Wednesday, January 28, 2009

Kg.Nail,Kuala Besut...

alhamdulillah....pilot survey ku, nampaknya memberikan hasil yang memberangsangkan..
terima kasih x terhingga buat sahabatky Farah Iryani dan keluarga, atas kebaikkan dan susah payah mereka...buat warga Kg.Nail, terutama pok teh n mok teh..terima kasih x terhingga, insyaallah..nanti kita akan berjumpa lagi....disini, aku sertakan sedikit gambar kenangan...semasa di sana.....








meneruskan perjalanan..melihat keindahan pantai ngan laut yang luas...saujana mata memandang..aku bersyukur dengan keagungan ciptaan Allah SWT...







indahkan.....indah kejadian alam yang Allah ciptakan.....

MasyaAllah...

hanakimi (chap 1)

inilah adalah sebahagian komik hana kimi yang pernah aku janjikan suatu ketika dulu...












selebihnya...kawan2 boleh layari website: www.onemanga.com

Sunday, January 25, 2009

wajah dunia...

Wajah Dunia
Album : Damba Kasih
Munsyid : In-Team
http://liriknasyid.com


Kita menatap wajah dunia
Semakin musnah dimamah derita
Kekejaman kufar pencetus sengsara
Umat terseksa menanggung derita
Seharusnya kita bersatu bersama
Hidup bahagia aman sentosa

Di sana sini dah banyak terjadi
Perlakuan zalim menghancur memusnah
Apakah kita berdiam sahaja
Untuk membantu agama yang mulia
Kedamaian itu milik kita semua
Itulah kunci perpaduan ummah

Ibarat hari menanti senja
Tika mentari hilang sinarnya
Di ufuk timur terbitnya suria
Alam yang gelap cerah semula
Bersyukur kita pada yang Esa
Atas pimpinan yang bijaksana

(Selamatkan kami... dari fitnah dunia
Selamatkan kami... dari hidup terhina) x2

Ya Allah Ya Allah
Selamatkan kami dari fitnah dunia
Ya Allah Ya Allah
Selamatkan kami dari hidup terhina

Senilagu: Amaluddin (Amal Irsyad Production)
Senikata : Zulraime & Isman (Hijjaz Records Sdn. Bhd.)
Hakcipta : Hijjaz Records Sdn. Bhd.

Tuesday, January 20, 2009

children of Palestin...

Tentera rejim Zionis Yahudi terus memuntahkan ledakan bom dari udara, darat dan laut di segenap penjuru sasaran dengan segala peralatan perang paling canggih yang dibekalkan oleh Amerika Syarikat (AS) dan sekutu baratnya, ke atas rakyat Palestin di Genting Gaza yang kini lebih 800 telah syahid dan lebih 3,000 cedera dalam pelbagai kategori.

Serangan penaklukan ini yang telah melalui dua fasa. Pertama pengeboman dari udara yang telah memusnahkan dan menghancurkan segala kemudahan dan infrastruktur milik Pihak Berkuasa Palestin di Gaza yang kini berada di bawah pentadbiran Hamas. Fasa kedua melakukan serangan penaklukan dengan membedil dari darat dan laut kesasaran saluran perbekalan Hamas termasuk terowong-terowong bawah tanah.

Dengan segala serangan tanpa henti ini ia menyaksikan pembunuhan beramai-ramai umat Islam Palestin terdiri dari kanak-kanak, wanita termasuk ibu yang sedang mengandung dan hatta anggota pasukan sukarelawan bantuan kemanusiaan PBB dan anggota Pasukan Paling Merah Antarabangsa tidak terlepas dari menjadi mangsa jenayah terhadap kemanusiaan yang dilakukan oleh rejim Zionis

Kezaliman Zionis ini tiada batasnya lagi dan ia telah membangkitkan kemarahan di seluruh dunia melampaui batas rasa dan agama, tetapi pemimpin-pemimpin yang menamakan diri mereka pemimpin Islam khususnya pemimpin negara-negara Arab hanya mampu mengeluarkan kenyataan dan pergi ke Majlis Keselamatan bermesyuarat untuk membuat resolusi yang akhirnya tidak dipedulikan Israel.
Hamas walaupun pihak yang terlibat dalam kancah peperangan ini tetapi ia tidak dibawa berunding langsung kerana AS menganggap Hamas pertubuhan pengganas, sedangkan Hamas merupakan pertubuhan mewakili rakyat Palestin setelah ia memenangi pilihan raya pada 2006. Presiden Mahmoud Abbas yang dikenali dengan Abu Mazin bukan lagi mewakili rakyat Palestin dan waktu tempuh Presidennya telah tamat baru-baru ini.
Walaupun sasaran serangan penaklukan rejim Zionis ke Gaza untuk memastikan tiada lagi roket dilancarkan dari Gaza menyeberangi wilayah haram Israel di selatan, tetapi sehingga saat ini pun para pejuang masih mampu menembakkan roketnya ke selatan yang menunjukkan sasaran matlamat serangan penaklukan Zionis belum lagi mencapai matlamatnya.
Selagi para pejuang berupaya melancarkan roketnya maka selagi itu Israel akan menyerang Gaza dan membunuh rakyat awam dan bukannya para pejuang yang melakukan operasi jihad melalui terowong bawah tanah. Nampaknya rejim Zionis membuat kesilapan dan salah perhitungan lagi seperti serangan yang dilakukan terhadap Hizbullah di Lubnan pada 2006 selama 34 hari.

Dalam serangan penaklukan untuk memusnahkan Hizbullah ternyata Hizbullah muncul berjaya mempertahankan diri walaupun infrastruktur Hizbullah dimusnahkan dan bangunan-bangunan di Beirut ranap dan musnah, tetapi keiltizaman Hizbullah tidak dapat dipatahkan, bahkan Hizbullah muncul lebih kuat dan gagah.
Episod ini akan berulang di Gaza. Bukan Hamas dan pejuang lain yang dapat dimusnahkan oleh rejim Zionis, tetapi Hamas muncul lebih kuat dan berupaya menghadapi kecanggihan dan kekuatan peralatan perang rejim Zionis Yahudi.

Kabinet keselamatan rejim kini sedang berkira-kira untuk melakukan fasa ketiga serangan penaklukan yang melibatkan perang gerila dari bangunan kebangunan, dari lorong ke lorong dan dari jalan ke jalan, tetapi perang gerila seperti ini akan memakan korban yang banyak dari kedua pihak. Apakah rejim Zionis mampu menghadapi pemikiran dan pendapat umum nanti apabila lebih ramai anggota tentera Zionis akan terbunuh.

Kini pendapat umum menyebelahi rejim dalam perang penaklukan ini, tetapi apabila angka tentera yang terbunuh terus meningkat, pendapat umum akan berubah. Inilah hakikat pemikiran rakyat Yahudi sedangkan bagi para pejuang mereka berjuang atas dasar iman dan taqwa, sama ada kemenangan atau mati syahid di medan perjuangan.
Tentera Zionis setakat ini tidak berani untuk bertempur secara berdepan dan kerana itu masih berkira-kira untuk melaksanakan fasa ketiga.

akan banyak nyawa-nyawa yang akan diragut tanpa belas..nyawa-nyawa kecil yang matang dengan hakikat hidup yang tiada damainya..anak-anak palestin akan tetap bersellimutkan darah...bercadarkan hamis-hamis tubuh manusia yang bergelimpang syahid. dunia ini tiada amannya untuk mereka...

Sunday, January 18, 2009

kronologi kepungan dan serangan ke atas GAZA!!

masyarakat yang tidak berdosa dibunuh...kematian hampir setiap hari...keperluan kesihatan tahap kritikal...

28 September 2000

apa yang berlaku ke atas Gaza sekarang ini adalah siri kezaliman rejim Zionis yang telah bermula pada 28 September 2000 apabila kerajaan penjajah Zionis mengisytiharkan wajib melaksanakan sekatan ke atas Gaza. bagi merealisikan rancangan tersebut, penjajah zionis telah menutup sempadan perhubungan antara Gaza dengan Tebing Barat sepenuhnya. pihak Zionis juga menyekat pemberian wang cukai yang merupakan hak kerajaan Palestin. bagi menyempurnakan lagi sekatan, Zionis telah meruntuhkan pelabuhan Gaza selepas sebulan sahaja intifadah dilancarkan sebagaimana memusnahkan lapangan terbang antarabangsa Gaza pada bulan Disember 2001.

11 September 2005

Zionis telah keluar dari Gaza pada 11 Setember 2005 namun keadaan Gaza tidak berubah bahkan sempadan-sempadannya terus ditutup. sekatan ke atas Gaza semakin hebat dan meruncing bermula pada awal tahun 2006. pada masa itu, pihak penjajah Zionis telah bertindak memperkuatkan sekatan ke atas Gaza dengan meyekat kemasukan pekerja rakyat Palestin ke kawasan jajahan Zionis, mengurangkan waktu operasi sempadan dan menambahkan lagi waktu penutupannya. tekanan-tekanan tersebut membawa kepada peningkatan nisbah pengangguran di Gaza sebanyak 50% dan nisbah penduduk yang hidup dibawah paras kefakiran sebanyak 65%.

15 Jun 2007

pihak pengurusan Amerika dan Presiden Palestin Mahmoud Abbas bersepakat dan bersetuju merancangkan satu tindakan untuk menjatuhkan kerajaan HAMAS di Gaza. antara plan tindakan yang telah disepakati kedua-dua pihak ialah menghapuskan kerajaan campuran dan mengumumkan darurat, memisahkan Gaza dengan Tebing Barat, memberikan cukai kepada Abbas yang akan digunakannya untuk membangunkan Tebing Barat supaya rakyat Palestin di Gaza merasai keadaan mereka semakin teruk dibawah penguasaan HAMAS.satu tindakan yang boleh membawa rakyat Palestin menentang HAMAS dan belot terhadapnya.

Zionis membuat sekatan keseluruhan ke atas Gaza. Zionis bertindak menutup semua sempadan yang menghubungi Gaza. Tindakan ini merupakan satu usaha menghukum penduduk Gaza yang berjumlah lebih kurang 1.5 juta orang dan siri membalas dendam Zionis yang berterusan ke atas rakyat Palestin.

23 Februari 2008

hari gabungan sedunia menghapuskan sekatan ke atas Gaza. pihak penjajah telah menyekat barangan bernilai 150 juta dollar disamping mengenakan denda terhadap para peniaga. banyak projek-projek yang terpaksa dihentikan di Gaza dengan anggaran kerugian lebih kurang 350 juta dollar. awal 2008 menyaksikan siri pembunuhan berterusan oleh rejim Zionis. dalam tempoh 3 bulan (Jan-Mac 2008) seramai 300 orang rakyat Palestin gugur syahid. 112 daripadanya adalah dari Gaza.

19 Jun 2008

bermula gencatan senjata. pihak Zionis bersetuju menghentikan semua bentuk serangan ketenteraan di Gaza selama 6 bulan mengikut yang disepakati oleh pihak Palestin yang bermesyuarat di Kaherah

18 Disember 2008

pemimpin HAMAS mengumumkan tamatnya gencatan senjata. keesokkan harinya bermula serangan rejim Zionis ke atas Gaza.

27 Disember 2008

Israel melancarkan serangan udara yang membunuh 229 penduduk Gaza

28 Disember 2008

serangan udara Israel memusnahkan bangunan makmal di Universiti Islam Gaza.

1 Januari 2009

serangan bom Israel membunuh pemimpin kanan HAMAS, Nizar Rayan di Jabalia, Gaza.

2 Januari 2009

serangan uadara ke atas masjid menyebabkan 11 orang rakyat Palestin syahid

4 Januari 2009

lima orang awam Palestin syahid apabila terkena bedilan meriam Israell. sehingga kini angka syahid 524 nyawa, 120 kanank-kanak dan 50 wanita. jumlah yang tercedera pula melibatkan seramai 2500 orang yang tidak berdosa. sekatan di pintu sempadan Mesir-Rafah, menyebabkan bantuan makin sukar disalurkan dan menambahkan lagi kepayahan penduduk Gaza.

7 Januari 2009

jumlah angka syahid bertambah kepada 635 orang dan tercedera seramai 2900 orang. perkhidmatan ambulan hampir lumpuh disebabkan peningkatan operasi ketenteraan di Gaza. hospital-hospital telah kehabisan vaksin dan bekalan darah. sekurang-kurangnya dua buah hospital kehabisan bahan api untuk menghidupkan generator elektrik. bekalan air bersih juga semakin berkurangan kerana banyak telaga musnah dibedil rejim Zionis.

aduhai....sahabat-sahabat seIslam...jihadkan lah diri dengan kemampuan yang ada..kemampuan yang terbela....berdoalah untuk kesejahteraan ikhwan-ikhwan di Gaza....bantulah mereka dengan keimanan kepada ALLAH SWT...

"Mereka itulah orang-orang yang tiada beriman dan melarang kamu memasuki Masjid suci (Masjidil Haram) dan menhalangi hadnya sampai ke tempatnya. dan kalau tiada kerana beberapa orang lelaki dan perempuan yang beriman, yang tiada kamu ketahui sehingga mereka kamu injak, kerana itu kamu mendapat dosa dengan tiada diketahui(tentu kamu diizinkan bertempur) tetapi ditahanNya tangan kamu, kerana Allah hendak memasukkan kedalam rahmatNya siapa yang dikehendakiNya. kalau kiranya mereka terpisah, sudah tentu orang-orang yang tiada beriman di antara mereka akan kami seksa dengan seksaan yang pedih"

"Ketika timbul dalam hati orang-orag yang tiada beriman itu, perasaan kebencian (kesombongan) masa jahiliyyah, Allah menurunkan ketenanganNya kepada rasulNya dan kepada orang-orang yang beriman dan menetapkan kalimat taqwa(memelihara diri dari kejahatan) untuk mereka, dan mereka lebih berhak dan patut untuk itu. dan Allah itu Maha mengetahui segala sesuatu"

"Sesugguhnya Allah membuktikan kepada rasulNya kebenaran mimpi, bahawa kamu akan memasuki Masjid suci, jika Allah mengkehendaki dengan perasaan tenteram, bercukur dan bergunting rambut, kamu tiada merasa ketakutan, Allah mengetahui apa yang belum kamu ketahui dan diberikanNya disamping itu kemenangan yang sudah dekat waktunya"

(Al-Fath:25-27)

ayuhlah sahabat...sahabat.....dengan kudrat dan ruang yang ada..basahkan bibir dan kuatkan hati kita untuk terus berdoa..dan berdoa...hanya ini yang termampu kita zahirkan...sedekahkan doa dan wang riggit...

Tetapi jika upaya ini pun kandas, hanya ada dua hal yang tidak boleh ditinggalkan sama sekali, yakni
1- Menyisihkan sebagian harta untuk membantu meringankan beban rakyat Palestina, ataupun membantu pembiayaan jihad di bumi Palestina.
2- Selain itu kaum muslimin harus menyisipkan do’a yang baik untuk kemenangan kaum muslimin dan kehancuran Israel,disela-sela do’a yang ia lantunkan kepada Allah.

Prinsipnya, do’a kita untuk kemenangan palestina tidak boleh kering dari bibir kita.

hayya..hayya...bil jihad......hayya bil jihad..jihad fisabilillah....Allah hu Akhbar!!!......Allah hu Akhbar!!!

tubuh seharum kasturi...

dalam kitab Al-Akhlaq Al-Islamiyyah lin Nasyi'in, ada sebuah kisah yang indah menggetarkan jiwa. kisah ini terjadi di tanah Syam. kisah yang banyak disebut dari mulut ke mulut sampai abad ini.

ini adalah kisah ketaqwaan seorang pemuda yang bekerja sebagai penjual kain keliling. ia berkeliling dari satu daerah ke daerah, dari satu kawasan ke kawasan yang lain, dari lorong ke lorong, dari rumah ke rumah. ia berkeliling sambil memikul kain dagangannya. akhirnya masyarakat sekeliling mengenalinya sebagai Si Penjual Kain Keliling.

pemuda ini adalah seorang pemuda yang gagah, berkulit putih dan pastinya mempunyai raut wajah yang tampan.malah dia seorang yang sangat ramah dan berbudi bahasa. sesiapa jua akan tertarik dengan keluhuran budi pekerti dan akhlaknya yang baik.

pada suatu hari, sedang pemuda ini menjalankan rutin harianya, berkeliling menjual kain, dia dipanggil oleh seorang wanita. wanita itu menjemputnya masuk ke sebuah rumah mewah dan mengunci rumah tersebut sejurus selepas pemuda itu masuk. dia sangat terpesona dengan ketampanan pemuda si penjual kain itu. sudah lama wanita tersebut tergila-gilakan si pemuda.

"wahai pemuda tampan,sebenarnya aku memanggilmu bukan untuk membeli barang daganganmu, tapi semata-mata kerana aku sangat menyintaimu. selama ini, aku tergila-gilakan ketampananmu...".

wanita itu merayu dan terus merayu.dia memujuk pemuda tampan itu untuk melakukan zina.keengganan pemuda itu semakin membuak-buakkan perasaan marahnya....dia terus merayu. dengan keimanan yang tinggi, pemuda itu tetap bertegas dengan pendiriannya untuk tidak melakukan zina bersama perempuan tersebut. dia ingatkan seksaan dan murka Allah...

penolakkan pemuda itu yang berkali-kali, mengundang murka si wanita yang sudah tenggelam dengan asukan syaitan itu, lalu dia mengancam untuk memfitnah pemuda tersebut. dia tekad untuk menjerit.

"jika kamu tidak menurut perintah dan kemahuanku..aku akan menjerit sekuat-kuatnya.aku akan mengatakan kau menceroboh masuk ke rumah ku dan ingin memperkosa aku!!.mereka pasti percaya!!dan kau akan binasa..dan akan digantung hidup-hidup!!"

pemuda itu mencari akal, dia tidak akan sesekali melakukan maksiat, malah dia tidak mahu nama dan maruahnya tercalar.tindakan nekad, harus dilawan dengan tindakan yang nekad jugak, cetus suara hatinya.

sambil tersenyum, dia berkata:

"Baiklah,bolehkah aku mandi dahulu, untuk membersihkan diriku.lihatlah tubuhku ni penuh dengan peluh, dan bau yang kurang enak.."

"Ooo..sudah tentu aduhai kekasihku...."dengan nada gembira wanita itu berkata.

si pemuda, meluru ke bilik air. kata-katanya tadi hanya sebagai helah untuk menyelamatkan diri.dia terus berfikir...dia tidak mahu jatuh ke dalam kencah maksiat. Sabda Rasulullah SAW "Tak ada seorang lelaki dan wanita yang berduaan, kecuali yang ada ketiga adalah syaitan"..astagfirullah!!!

ia pasrah kepada Allah. Ya Allah, apa yang mesti aku lakukan?Berilah hambaMU petunjuk Ya Allah..

"Aku tahu, di antara golongan yang akan mendapatkan naungan pada hari tidak ada naungan lagi di hari kiamat adalah seorang pemuda yang diajak berzina oleh seorang perempuan cantik dan berkedudukan, lalu is mengatakan: sesungguhnya aku takut pada Allah!!.aku juga tahu bahawa orang yang meninggalkan sesuatu kerana takut pada Allah, maka Allah akan mengantikannya dengan yang lebih baik. Tidak sedikit orang yang menurutkan nafsunya, maka ia akan membawa penyesalan sampai akhir hayatnya. jika aku lakukan maksiat ini, Allah akan menhilangkan cahaya dan kenikmatan dari hatiku. Duhai Tuhan, tidak!!tidak sesekali aku tidak akan lakukannya!!tapi apa yang boleh aku buat?"

terjun daripada tingkap?gumam pemuda itu sendiri. terlalu kukuh dan kuat binaan tingkap tersebut.lalu?

ya..melumurkan tubuhku dengan kotoran!!!ya..dengan najisku..supaya wanita itu jijik melihatku...ya....najisku!!

pemuda itu lalu berak dan melumurkan najisnya pada seluruh tubuhnya, seluruh rambut, mukanya, dadanya,tangannya dan semua anggota tubuhnya. ia sendiri merasa mual dan termuntah, tapi si pemuda tetap meneruskan....sambil menangis dia berkata: Ya Allah, Ya Rabbi,kerana rasa takutku padaMU,,,aku melakukan ini!maka gantikanlah untukku yang lebih baik.."

sebaik sahaja dia keluar..wanita itu terkejut dan menjerit.dia jijik melihat pemuda itu....lalu menghalaunya keluar..."keluar kau orang gila...keluar!!!"

dengan berpura-pura gila, pemuda itu keluar daripada rumah wanita tersebut, mencari jalan sunyi untuk pulang ke rumahnya. dia bimbangkan fitnah pada dirinya andai dia dilihat orang dalam keadaan sebegitu.

sesampainya dia di rumah, terus dia mandi dan membersihkan diri. ketika ia keluar daripada bilik mandi,Allah Subhanahu wa Ta'ala menunjukkan kekuasaanNYa. Allah menjadikan bau harum yang luar biasa memancar dari seluruh pori-pori tubuhnya. bau yang boleh dicium dari jarak beberapa meter. akhirnya, dia dikenali sebagai Al-Miski atau orang yang seharum kasturi.

sehingga ke hari ni, di tanah Syam, disebuah perkuburan, abadinya sekujur jasad bernisankan Al-Miski..

(di olah dan dipetik daripada novel: di atas sejadah cinta, Habiburrahman El Shirazy)

wallahualam..

Saturday, January 17, 2009

sahabatku..Aisyah..

salam.......aduhai, rindu benar rasanya hati ini, untuk menatap sebening wajah ayu sahabat yang kini sedang menyulam kemesraan dan keindahan berumahtangga. aduhai hati, kebahagiaan yang jelas diluahkan oleh sahabatku Aisyah, mengundang seribu cerita dalam hati dan jiwa. bahagianya Aisyah, punya teman hidup..pemimpin perjalanan untuk mencari yang abadi...percintaan selepas perkahwinan, itu lah yang pasti..melengkapi kasih sayang dan kebutuhan diri dengan penuh redha dan restu Ilahi dan ayah ibu, itulah hakikat perjalinan cinta dan kasih sayang yang hakiki...

galau di hati aku ini pun turut menari....di manakah teman mencari cinta Allah yang sudi berdamping bersama aku yang tak punya apa-apa ini?aku dah letih mencari cinta dan mengejar cinta manusia..hingga akhirnya, aku serahkan cinta pada Allah, die yang lebih mengetahui apa yang gelodak jiwa seorang aku...

in kuntu 'asyiqatul lail fa ks'si....
musyriqun bi dhau'...
wal hubb al wariq...

(jika aku pencinta malam maka...
gelasku memancarkan cahaya....
dan cinta yang mekar)

fa alhamaha fujuuraha wa taqwaaha...
qad aflaha man zakkaaha
wa qad khaaba man dassaaha...

(maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu jalan kefasikkan dan ketakwaan,
sesungguhnya, beruntunglah orang yang mensucikan jiwa itu,
dan sesungguhnya merugilah orang yang mengotorinya...
(Asy Syams)

aduhai, dimanakah letaknya sekeping hati aku ini?

dan adapun orang-orang yang takut kepada keagungan Tuhannnya, dia menahan diri dari keinginan hawa nafsunya,maka sesungguhnya syurgalah tempat tinggal yang abadi

(AN-Naaziat: 40-41)

"Ya Allah, tetapkanlah hati aku eguh pada agamaMU, kurniakanlah pada aku kesucian niat yang akan membawa kami pada kebajikan-kebajikan dan amal yang engkay redhai.Amin!"

sesungguhnya, aku hanyalah seorang hambaMu yang penuh khilaf dan alpa...mencari cinta dan mendambakan keutuhan dan keabadian cinta dalam damai dan redhaMU..amin..semoga akan ada ketulusan jiwa yang akan bersatu...

amin..

Thursday, January 15, 2009

hanazakari no kimitachi e (intro)

for you in full blossom..

kecintaan aku pada dunia drama jepun dan korea..menginjak pada kekuatan mesej atau dakwah dunia industri drama dan perfileman taiwan, membuahkan cinta yang tiada perinya pada keindahan dan buah fikiran manga-manga jepun. yang akhirnya menjadi antara koleksi peribadi kesayangan.....membilah hari dewasa, saat-saat hidup perlukan inspirasi dan pengalaman, kisah-kisah masyarakat yang dipaparkan lewat plot-plot yang ringkas hatta berat, aku sentiasa di motivasikan untuk lebih berfikir dan menjadi pemikir. bukan aku menidakkan dan menyangkal kualiti produk dalam negara sendiri. tetapi, hakikatnya masih tercari antipati yang sesuai, yang lebih dekat dengan jiwa, dengan agama, dengan perpaduan yang nyatanya, hampir 90% lebih menjurus kepada nilai komersial dan pulangan juta-juta yang papa dengan dakwah untuk mentarbiah ummah. di mana silapnya industri kita?wah..wah....maafkan aku andai ianya terlalu kasar dan lebih bersifat peribadi.

aku bukan pengemar filem2 bollywood, bukan pengemar filem2 hollywood, bukan pengemar filem2 malaywood...aku hanya manusia biasa yang lebih sukakan sesuatu yang benar-benar "hidup"

bagi aku...manifestsi dan imaginasi filem2 atau drama2 series korea, jepun dan taiwan, ianya hidup dalam kontek "khayalan" dan Daydreaming semua orang. bukan aku tidak menidakkan sebarang kekurangan...namapun penghasilan sebuah karya manusia..kita tak sempurna....cuma kita perlu mencari satu elemen yang boleh membuatkan pada zahirnya, ianya sempurna. aku sukakan cerita-cerita rashid sibir, along kamalaudin,yasmin ahmad, afdlin shauki,bade haji azmi, suhaimi baba, khabir bahtia...hatta mamat khalid..even pengarah berkaliber seperti azizi 'chunk', yusri kru, yang memberi dunia dan dimensi baru warna filem malaysia. aku tabik pada kesungguhan..pada keazamaan yang cuba di tonjolkan....

mereka bagi aku memperjuangkan filem dengan mesej hidup untuk menjadi inspirasi terbaik kepada setiap manusia. memperjuangkan kisah-kisah masyarakat dalam bentuk yang pelbagai...dakwah berkesan yang ringkas tetapi penuh isi. itulah yang perlu diperhebahkan dan di gali-gali dan terus digali....filem bukan hanya bergantung kepada ke'diva'an atau ke'primadona'an seseorang pelakon, tetapi perlu bergantung pada kekuatan intipati mesej yang cuba dikongsi dan disampaikan. harapkan keglamoran....tolonglah...x kan sampai ke puncak perginya!!..cewah..sekali lagi aku menulis ngan sesuka hati aku.

aku sebenarnya, bukan layak untuk mengomen atau mengulas tentang filem ini, sebab aku bukan mahir atau berilmu tentang filem...cuma, aku sebagai pemerhati bebas, hanya ingin bersuara menyampaikan amanat dan impian di hati...berkongsi walau sepotong ayat itu sudah berupa ilmu....dan tinggi darjatnya orang yang menyampaikan ilmu.maka, adalah lebih bermutu dan berkualitinya sesuatu filem yang memakan bergulung2 role dan tape itu, penuh dengan ilmu dan panduan. filem2 atau drama2 kemanusian ini, bukan TV pendidikan khas...tapi TV pendidikan informal yang bergerak mengikut masa, kemajuan dan kehidupan. ianya perlu releven, perlu tegas dan perlu lebih bertanggungjawab...

emm..kembali ke tujuan sebenar penulisan entry ini. aku sebenarnya, ingin berkongsi ngan kawan-kawan semua, manga jepun yang baru aku download dripada internet. INsyallah, kalo after this GEMPAQ (pengedar utama, manga2 koleksi aku) menerbitkan manga ini, aku akan beli as usual. manga ini, telah diadaptasikan kedalam bentuk drama series(jepun dan taiwan)....yang bagi aku, isinya simple tetapi bermesej. seperti kebanyakkan drama korea, jepun dan taiwan yang aku tgk. message nye x lari dr sudut kemanusia, kekeluargaan, persahabatan dan ke..macam-macam ade.aku ingin berkongsi dengan kawan-kawan plot demi plot manga hanakimi ini...dengan harapan, kawan2 kawan semua terhibur dan bersama-sama mendapat panduan-amin

(manalah tau, one fine day, azizi 'chunk', boleh ambik sedikit plot manga ini dijadikan drama series, seperti attention please(jepun)=awan dania...hehehehehe)

MAAF-NANTI AKU UPLOAD IMAGES MANGGA NI-ADE SERVER PROBLEMS...SO SORRY, INSYAALLAH, NANTI AKU UPLOAD, BILA KEADAAN MENGIZINKAN,AMIN.

kembali.....

alhamdulillah..akhirnya, Allah memberikan aku laluan dan keizinan untuk kembali menulis..memberi aku kekuatan untuk terus mengabadikan kisah di sini....rindu betul pada laman blog yang tak seberapa ini...aduhai, segala keluh resah jiwa abad ini, aku pendamkan sepi dalam diri...entahlah..banyak betul kejadian,kisah yang menyesakkan fikiran....entah kerana apa?mungkin aku sendiri yang mengundang resah itu datang bertandang.

aku, alhamdulillah, masih di anugerahkan kesihatan dan keluarga yang baik dan mengerti. pendek kata, rasa kasih sayang itu masih kekal abadi dalam diri.biarlah ianya jarang diluahkan dengan kata-kata, yang penting, perasaan untuk merasa cinta dan kasih sayang keluarga itu ada. itulah harta yang tak ternilai harganya~kasih sayang dan cinta...

memulakan kehidupan..menjalani kehidupan rutin-menyiapkan thesis...berusaha untuk merealisasikan impian sendiri....impian yang benar-benar menuntut sejuta pengorbanan..maafkan along emak dan ayah..kerana masih gagal memberikan kesenangan malah menyusahkan kalian (tuition fee n etc). malu jugak aku sebenarnya, umur dah 26 tahun, masih pingin disusuin...aduhai..aku sedang berusaha. dulu,mungkin tak terasa susahnya, sebab masih diberi peluang untuk mengajar sambil belajar, tapi itulah...bukan rezeki aku. lagipun, bila menilik diri sendiri,x layak rasanya aku menjadi antara pengajar2 yang baik...disebabkan itu, aku akhirnya bergelar penganggur terhormat....kene sedar diri...dan menjadi diri sendiri. peluang yang pernah datang dulu, x mungkin datang lagi. aku kah yang tak cukup berusaha...argh!!..malas nak fikir, bisa membuatkan retak jiwa...kusut fikiran....politic is sick....im sick!!!

malas nak menghuraikan kisah2 alam pekerjaan ini. lalu, ku bawa diri jauh..apa lagi yang mampu dilakukan....kalaulah bisa dilaungkan apa yang terkandung di jiwa dan lubuk fikiran...semua orang adalah salah!!!maka, lebih baik mendiamkan diri, dr mengundang persengketaan, kerana aku sendiri x semestinya betul dan sentiasa betul..bukan nyer baik sangat pun aku ni, untuk mendapatkan semua peluang. tapi jujurnya...aku diamkan diri di rumah..membawa diri jauh ke terengganu, sebab aku dah mual dan muak dengan senario kehidupan kota..kehidupan "syurgawi" dunia pelajar di kuliah sendiri.kerana sedar diri itulah, aku malas nak ambik tahu hal2 "dunia" di bumi gombak...jahat kah aku?mungkin annoying....tapi, bagi aku lebih baik aku "annoying" daripada aku mencetuskan murka dan kecewa...persahabatan dan pertalian, banyak perhubungan dan hati yang perlu di jaga...

emm..dah lah......tukar topic....alhamdulillah, thesis aku, dalam keluh kesah jiwa, sampai jua ke chapter ke 4, walaupun masih banyak rongga-rongga kosong di antara chapter..yang penting, aku akan tetap berusaha.kerana aku percaya, usaha itu akan ada manisnya.....yang penting aku usaha dengan titik peluh sendiri, bukan dengan menggunakan orang lain....cewah...sinis untuk sindiran sendiri.

segalanya memungkin untuk semua menjadi berubah. topeng dan bertalamkan apa-apa sahaja. argh.....bidalan apakah!!...abaikan, aku ni kalo menulis, macam2 yang terlintas....hehehehehe....

sambil-sambil menyiapkan diri ngan jihad kecil ini, x lupa, aku doakan pengakhiran seksaan ikhwan2 di Palestin..aduhai, remuk jiwa melihat saudara-saudara seagama, bergelut dan bergelumang darah untuk menegakkan Islam~atas sejadah cinta..dan ketika cinta bertasbih...Allahuakhbar!!!....