Monday, April 18, 2011

diam...

"kenapa awak ajak saya minum ni...."debaran sebenarnya memuncak di dalam hati Ayu. dialihkan pandangan matanya dari terus memandang Lukman.

"entahlah..mungkin saya rindu..."aduhai hati. tersentap dan cuba mengawal perasaan, Ayu hanya mampu tersenyum.

"Tapi..hari tu kenapa Luk tak tegur Ayu..."

"Bila nak Kawin...?". dummm!!..soalan Lukman membuatkan hati Ayu seakan berhenti berdenyut.

"Kawin dengan siapa?"

"Dengan Hisyam..lelaki yang Ayu cakapkan dulu.." riak muka Lukman masih senada. Tiada Reaksi. Ayu menelan liur, meneguk sedikit demi sedikit air tembikai laici di hadapannya.

"Mana Luk dengar cerita ni...?" hanya soalan itu yang terlintas di fikirannya buat masa itu.

"Ayu yang bagi tau dulu...Ayu dah nak kawin..". Lukman masih menjawab tanpa reaksi. Matanya sesekali dilirikkan pada gadis bertudung disebelahnya. Rindu menebal dan semakin hari semakin subur mewangi. Hatinya sangat rindu..sangat mengasihi gadis itu.

Suasana diam, bungkam seribu bahasa. Ayu hanya mampu mendiamkan diri. Tiada jawapan yang terbaik yang mampu dia nyatakan.

Selesai menghabiskan air, kedua-duanya bergerak ke kereta masing-masing. Terlalu banyak persoalan yang ingin Lukman nyatakan dan luahkan. Aduhai hati, debaran apakah ini....

"Ayu....Luk..Luk sangat rindukan Ayu...." perlahan sahaja bicara itu keluar dari bibir Lukman. Ayu berpaling. tidak jadi membuka pintu keretanya. Penyataan bersahaja Lukman mengejutkannya.