Sunday, July 1, 2012

Membuat keputusan

Kak Long memandang kehadapan. Menonton berita utama yang sedang rancak mengisahkan berkenaan dengan kematian di Damsyik, Syria....Nyawa manusia bagaikan ayam kampung yang mati kelemasan akibat banjir. Letupan dan peperangan berleluasa disebabkan oleh kerakusan manusia. Sifat yang sentiasa ada.
Keletihan bekerja tanpa cuti rehat walaupun di hari minggu. 


Bosan melihat keruntuhan akhlak dan sifat manusia yang semakin sifar. Kak long mengalihkan tumpuan pada klip video Patah hati daripada penyanyi kesukaannya, Dato' Siti Nurhaliza....

"Patahlah hati..teruslah..merajuk...
merajuklah sampai...ke hutan belukar...
hati yang panas..kembalilah sejuk..sayang....
burung terbang....sangkar balik ke sangkar..."

Aduhai..bila berbicara soal hati..ada sayu yang tetap kekal dalam hatinya. Terlalu banyak yang ada dan terlalu banyak yang dirasa. Semuanya terpendam di sudut hatinya. Dibiarkan diam tanpa mampu di lakukan apa-apa.

Menilai kekurangan diri..terlalu banyak yang tiada daripada ada. Dia lepaskan segala-galanya..kerana kelemahan itu dan kerana kekurangan itu. Akhirnya dia merajuk sendiri.

Manusia, sifatnya tidak khusus..pelik..aneh dan amat sukar dimengertikan. Mengharapan keajaiban wujud di hadapan mata...tanpa usaha..untuk apa?.

Kak Long membetulkan duduknya. Kesakitan di bahagian perut sejak akhir-akhir ini semakin kusut. Kesakitan di bahagian tulang belakang dan rasa kebas kaki yang semakin meruncing, sedikit membimbangkan dirinya. Kesakitan semakin terasa, duduknya tidak lagi selesa.

Dengan kemas, di pegang bahagian penyandar  sofa kulit yang lembut itu, mengangkat sedikit punggung dan disandarkan tubuh besarnya pada sisi sofa berwarna coklat gelap itu. Membaringkan tubuhnya, mencari sedikit keselesaan untuk mengurangkan sakit belakang yang makin mencucuk-cucuk.

"when you came into my life...
it took my breath away
cause your love has found its way
to my heart...!"

Deringan telefon bimbitnya bergema, sedikit membingit. Lagu kegemarannya, when you came to my life bernyanyi riang.

Berbicara tidak kurang dari 2 minit, Kak long bingkas. Dalam rasa sakit yang kekal ada, dia bersiap-siap. Rindu yang membara, membuatkan dia sedikit tega melupakan rasa sakit yang ada. Rindukah dia?....soal hati..soal jiwa!.

Mahu keluar?...adakah dia pasti!. Emmmm....sedang asyik memilih t-shirt yang sesuai, Kak Long masih kalut berfikir. Mahu keluar?...emmm....