Showing posts with label aku dan dia. Show all posts
Showing posts with label aku dan dia. Show all posts

Sunday, August 18, 2013

Terasa hati...

Orang cakap..kalo kite nak tau perangai seseorang..spend masa dengan die..bila bersama...sejujurnya kita akan tau di mana letaknya diri kita..sama ada.dalam.hati dia atau dalam hidup dia...

Dan nyata..kenyataan tidak pernah menipu apa yang aku rasai...yang dijangka...memang nyata benarnya...semuanya lakonan...semuanya adalah rasa kasihan yang tiada penghujungnya....

Xpelah...sabar untuk sekian kali..lepaskan perlahan2...lepaskan dengan tenang....sampai bila...sampai bila nak biarkan...

Tak mampu dah nak dikejar apa yqng tak tercapai dek akal...biarlah...dah tak mampu rasanya menganyam kisah...benci memandang..benci pada diri!!...

Apa yabg termampu dah tak termampu aku pertahankan....duka dalam bahagia!..

Friday, August 2, 2013

perbandingan!

entahlah..terlalu banyak yang membebani hati..akal dan fikiran...

persoalan berkaitan kerja..bukan kisah pendek yang boleh dihabiskan..kala berakhirnya waktu pejabat...ianya berterusan bagai air mengalir,,,takkan pernah berhenti..surut..dan sentiasa bergelora..mencipta gelombang yang kadang2 bertindak ganas dan kejam!..

aku melihat diri sendiri..membelek2 kisah aku..kisah dia dan kisah dia..!...

nyata terlalu jauh sikap dan keperibadiannya..dia cukup sempurna..di mata manusia...di muka buku...luahannya lebih bersifat rindu dan kasih pada Yang Maha Pencipta dan KekasihNya...sedangkan aku..lebih kepada mengadu domba!...

rintihan dan rindunya..lebih kepada rasa rindu pada agama...sedangkan aku..lemas dalam kerinduan manusia..nafsu yang beraja.

dan kala ini..aku ingin sekali mengarangkan kisah tiga penjuru..antara apa yang aku rasai....lihat dan yakini..!

saat aku berpaling pada satu keindahan seraut wajah...
aku melihat dia terlalu menawan dan manis...
senyuman dengan ulas bibir merkah..merah...
bertaut kala ukiran gembira teriak di wajah ayunya..
nyata dia sempurna...
tutur bahasa yang sopan..
penuh santun gadis melayu...
nyata!..dia tetap perempuan timur yang berhijab sempurna...
liuk lentok bahasa tubuh..
dengan tubuh indah seorang perempuan muda...
penuh mulus dengan kulit yang gebu dan menawan..
nyata..dia pilihan...
itu apa yang aku pandang....
tidak pada apa yang disampaikan padaku...
dia punya hati yang jitu..
imannya sempurna menjadi isteri...
menjadi ibu...
nyata dia solehah!...
nyata dia pilihan...
teman berjalan..teman dakapan suka dan duka...
dia sempurna dan istimewa...
indah ciptaannya..menuntut aku untuk terus mendiamkan diri..
melihat pada aku yang tidak sempurna..
melihat pada aku yang jauh hina!...
saat aku melihat diri aku..
seraut wajah kusam dengan simbolik dosa nyata jelas bersinar...
tiada serinya....
senyuman dengan gigi jarang nyata sumbang!
tutur bahasa yang kasar....
dengan tiada jiwa keibuan..
nyata aku bukan pilihan....
membiarkan kulit dibaham dosa-dosa kelacuran..
nyata yang menari gembira itu syaitan!!..
tapi itulah aku....
luahkan rindu dalam dakapan seorang yang nyata bukan cintaku!
meluahkan sayang pada yang tidak pernah sayang
mendamba kasih hanya pada dia yang nyata kasihan!..
tapi itulah diriku..
bukan pilihan hanya kasihan...
aku melihat kembali dan terus melihat..
membandingkan apa yang aku ada dan dia ada..
nyata....
aku tiada...!..
aku tiada apapun yang dia mahu seseorang untuknya ada!..

wahhh...apa lagi nak merapu ek....entahlah..kadang2 bila terlalu banyak sangat yang ada difikiran...rindu untuk mencurahkan segalanya tetap ada...

rintihan itu....sumbernya dari jiwa yang lara.....akukah manusia yang tidak bersyukur!...astagfirullah...Ya Allah..dibulan rahmat penuh keberkatan...berikan aku hidayahMU...agar dapat aku mencari nilai sempurna untuk diriku dan agamaMU....amin...aminn

Friday, February 8, 2013

pilihan....~

kadang-kadang...hidup ini terllau banyak perkara yang berlaku dalam tempoh setahun..dua tahun..sejam..dua jam atau seminit dua minit...

apa yang ada di hadapan mata...apa yang tiada di hadapan mata itu semua adalah kenyataan yang hendak atau tidak hendak perlu dihadapi...

wahai hati..
ku bawa perasaan ini jauh dari apa yang aku impi..
ku bawa ia jauh dari rasa yang ada..
walau sakit...jiwa ini tetap aku pelihara lukanya...
walau sakit..aku ubati luka ini...

aku biarkan jejak menyendiri ini sepi..
kerana aku rindu kesepian yang telah lama kau kekalkan...

jarak bukan penentu hakikat rasa kasih sayang ini lentur atau hilang
jarak mengajar aku erti keperluan dan diperlukan...
jarak membuatkan aku senyum
membuatkan aku menangis..

maaflah..ku coretkan sedikit banyak apa yang aku rasa..
kerana aku suka!..
aku bukan mahu mengaibkan diriku atau dirimu..
aku hanya mahu melayan jiwaku..
aku hanya mahu melayan hatiku...
aku hanya mahu menceritakan tentang kisah aku...

dirimu adalah suatu kisah yang ada dalam sejarah kisah-kisahku...
aku cuba melupakan..aku berusaha melupakan....aku akan melupakan...
pilihan ada padaku...

bahagialah....
bergembiralah.....
selamatlah...

tak perlu aku panjangkan ucapan doa ini secara zahirnya....
aku akan sentiasa mendoakan pilihan mu..kerana ianya adalah pilihan...
bukan aku dan milik dia!.

emmm....apabila menilai dan berbicara soal hati..banyak sangat benda yang bergegar dalam kepala...terlalu banyak yang memberi kesan...sama ada rasa tercengkam....perit dan pedih..atau rasa sayu...atau tiada rasa apa-apa...

entahlah..sukar untuk memahami apa yang aku rasa....tidak faham atau tidak mahu faham...pilihan...

kalau diberi pilihan...aku tidak tau yang mana satu akan menjadi pilihan...kerana antara hidup...pelbagai rasa Allah berikan..untuk terus menjadi manusia..akal dan hati..

ini semua berlaku..bila tetiba..perasaan teringat...atau rindukah?bertamu di kalbu...

zina hati!!..lupakan..lupakan...!kau bukan hakku!....lupakan...lupakan..

biarkanlah masa dan usaha ni membuktikan tekadku...aku belajar dan sedang belajar melupakan..........

usaha cik chummie!..usahakanlah......!!


Thursday, January 24, 2013

...................

kebenaran..walaupun menyakitkan...disuatu masa itulah kebaikan dan rahmat..

apabila diberikan ujian saat jiwa sebenarnya memang tidak pernah bersedia..ku yakini dengan janji Allah yang pasti...hanya yang terbaik untuk diriku menjadi hadiah hari-hari depanku..

terima kasih kerana berjaya merobek jiwaku dan menghiris hatiku...hingga lumat bagai tiada esok lagi...

terima kasih kerana kekalkan rasa tidak percaya pada diriku terus utuh dan bersemadi..

didalam hidup ini....

aku tak pasti dimana letaknya perasaanku..mudah benar dipatahkan dan dihancurkan...

seolah olah ianya hanya sampah longgokan dan busuk..

kenapa tidak pernah kau berterus terang...

SAKITNYAAAAAAAAAAA....!!!

Thursday, January 17, 2013

terbang....

entah kenapa..banyak yang aku malaskan sangat perasaan itu ingin aku buang jauh....nyata..kesakitan melepaskan usai bertahun-tahun perhubungan terjalin membuatkan aku sangat berjauh hati..mahu terus terbang dari terus diam...

seru angin sejuk pada puncak gunung ini aku biarkan terus menggigit tulang temulangku..
mencengkam pori...
hingga aku tidak mampu lari...
diam....
diam....
bila rasa mencengkam fizikal gempal ini...
tarikan nafas hanya mampu dihela..aduh!..sejuknya!!...
sejuk hingga terasa kebas jari jemari.....

eh..kenapa aku bercerita pasal seuk gunung..mahu menaipkan berkenaan dengan manis strawberi coklat.....cantik warna warni bunga...?

kenapa aku pusatkan Cameron Highland?dalam bayangan kisah yang cuba aku garapkan...?hahahaha...

NYATA...gambar yang terlihat oleh hati..menyiatkan jiwa yang masih belum mampu merelakan sepenuhnya...

kenapalah suka sangat menyusahkan diri dan hati..kenapa suka sangat menyakitkan hati sendiri....giler dengan perbuatan yang sia-sia. sudahlah!..

kenapa perasaan sayang itu sukr dihapuskan..sukar untuk disenarai hitamkan...

tuhan berikan aku kesempatan untuk meyayangi diri sendiri...

kebencian ini menyakitkan!!...

lepaskanlah...lepaskanlah!..

sudah lah!!!...

Wednesday, October 10, 2012

Lima jari

Bayu pagi yang berpuput lembut menyentuh kulit mulus si jelita yang masih membutang matanya. Jam menunjukkan ke pukul 4.46 pagi. Nyata matanya masih degil untuk lelap dan beradu mimpi. Entah apa yang merasuk dalam fikiran, hingga lenapun merajuk pergi.

Ira tahu, terlalu banyak yang bermain di sudut fikiran dan di gelombang jiwanya. Kusut dan membusut. Terlalu banyak pemikiran hingga akhirnya, tiada satu keputusan pun mampu dibuat dan terlaksana. Bicara hatinya yang penuh galau, bukan sahaja menambah kelam dan senja dalam kabut ribut akal fikiran tetapi turut mengundang cacat dalama setiap pergerakan sedarnya. Semua yang dilakukan sumbang dan tidak sempurna.

Perlahan-lahan Ira menapak menuju ke ruangan sempit ruang tamu rumahnya yang disewa bersama dengan Intan. Di perhatikan klip-klip signal Unifi dan dekoder ASTRO yang menyala. Eeemmm...mahu menonton TV atau melayari Internet. Persoalan pada diri. Huh...!Akhirnya, dia hanya berteleku di sofa L yang diletakkan betul-betul di sudut dinding berwarna coklat-krim itu. Hanya bersandar dengan kaki melunjur sambil memandang tepat skrin tv yang hitam-gelap. 

"Let it go!". Rasanya ayat itu sudah terlalu sebati dalam dirinya hingga lali. Bertahun dia mencari kekuatan diri dan semangat untuk lepaskan segalanya. Bertahun juga dia memujuk diri untuk tidak lagi memikirkan kehendak dan keinginan nalurinya. Mengharap pada yang tidak sudi, hanya menambah rawan yang akhirnya membuatkan dia sawan. Sampai bila dia harus terus mengadu damba, mengharap dan berharap, hingga akhirnya menimbulkan benci dan marah yang panjang. Perasaan apakah yang dirasai oleh dirinya?, marah, merajuk, sunyi, sepi, benci, rindu..?. Entahlah. 

Ira mencapai sebuah buku yang terdampar di sudut kanan sofa yang didudukinya. Sebuah buku motivasi diri bertajuk Bibir tersenyum hati menangis yang ditulis oleh Muhammad Muhyiddin.Mungkin Intan yang menghabiskan masanya membaca buku tersebut malam tadi. Diselak helaian demi helaian dengan bacaan rambang dan sekilas pandang. Hanya memerhati beberapa tajuk-tajuk kecil yang dirasakan menarik. Ada dua topik yang dia rasakan menarik iaitu membongkar timbunan masalah dan misteri kehendak. Tetapi sekarang bukan masa yang sesuai untuk dia menelaah buku tersebut. Jiwa dan akal fikirnya menolak keinginan untuk mengetahui isi-isi yang terkandung di dalam buku tersebut.

Telefon bimbitnya tiba-tiba mengeluarkan isyarat mesej masuk. Eh, siapa yang masih menjadi jaga shift pagi sepertinya?. Bingkas mendapatkan telefon bimbit yang diletakkan di meja makan, Ira membuka peti simpanan mesej.

"Syg dah tido?Abg tak boleh tido.." itulah mesej yang tertera di skrin telefon bimbitnya. Pesanan yang baru diterima daripada seseorang yang hampir tiga bulan menyepikan diri, tanpa kiriman SMS, telefon atau berjumpa. Tiba-tiba, di subuh hening, memunculkan diri. Berulang dia membaca mesej yang tertera. Perlukah di balas mesej tersebut atau abaikannya seolah-olah dia sedang asyik di lena mimpi. Kalau tidak di balas, memang itu yang dinanti 3 bulan kebelakangan ini. Tapi kalau di balas, perasaan merajuk akan berakhir di sini. Argghhh......!

"Mesej telah di hantar". Itulah yang tertera di telefon bimbitnya. Eh, apa yang dibalas olehnya. "Abg tak sihat?demam ke sampai tak boleh tido?atau abg ada masalah?" Amboi, tanpa sedar itu yang dibalasnya. Hati perempuan, dalam merajuk, kerisauan mengatasi segalanya. Biarlah jiwa sedang parah dan berdarah, tetapi merawat duka dan luka yang tersayang, itu yang didahulukan. 


Monday, September 17, 2012

KUNING dan Coklat

salam kerinduan...dan semoga Allah permudahkan segala yang dirancang..diangankan dan diusahakan..

KENYATAAN!..

perlu lupakan semuanya..jelas segalanya akan dan telah lama berakhir....kenapa lah maish tidak sedar...xpelah...sila pastikan mampu mengawal diri...

nak buat apa mengharap pada yang tidak sudi...bukan lagi untuk diri sendiri....

sabarlah hati.....bukan diri menjadi pilihan..sedarlah diri.....sedarlah diri...

diam berhari-hari....diam berminggu-minggu..diam berbulan-bulan lamanya...

tak apalah.....sabar....sabarlah...

KUNING sama KUNING......coklat pegi menjauh...jangan di biar kecamuk rasa itu hidup...

anggaplah segalanya telah mati...

berusahalah lupakan selamanya...KUNING itu telah mati!

Tuesday, September 11, 2012

ombak rindu

entah kenapa..rindu sangat kat seseorang...
dah lama dia mendiamkan diri...
mungkin dia dah lupa..
mungkin dia dah lupa....

huhuhuhu.....walaupun aku hanya mampu diamkan diri...
aku tak mampu menipu diri dan perasaan yang ada...

akhirnya..dalama demam yang masih belum kebah...aku tujukan lagu ini khas untuk dia...

awak..
saya rindu sangat kat awak...

awak tak rindu saya kan....?


Sunday, August 26, 2012

siapa pemilik hati ini

Di dalam menghitung hari dan detik waktu yang semakin hari semakin meninggalkan jejak yang pasti takkan mampu kembali.

aku menilik emosi dan hakikat diri. Keadaan makin runcing..bisikan hati tiada siapa yang mahu dan mampu mengerti. Tamakkah diri...?terlalu mahukan sesuatu sehingga akhirnya menyeksa diriku...

Batin menjerit...sangat butuhkan ruang dan waktu yang terbaik...aku rasakan..semua nya entah apa-apa..

kenapa semuanya terjadi....sakit sangat rasanya hati...tak tahu lagi...



Tuesday, August 7, 2012

puisi matiku!

di luar sedar setelah beberapa lama menghabiskan masa mencari apa erti hidupnya...

berkali-kali dia tersadung dan gagal mempertahan hak dan bukan haknya...

perlahan-lahan di dongakkan wajah memandang pada terik mentari petang..bahangnya tidak segarang siangnya....

rasa hati yang berkecamuk dizahirkan dalam penulisan yang panjang. mencurahkan apa yang ada dalam lubuk jiwanya...apa yang sebenarnya bersarang dan berdiang!

kesedihan memaksa jiwanya karam dalam rasa yang pelbagai..sedih sangat!...luka makin parah..parut kemabli bernanah!. itulah hakikat.

siapa yang dia mahu...apa yang dia cari...?pertanyaan itu bukan hanya sekadar pertanyaan dia butuh keperluan dan jawapan!. Jiwa dan hati nya tidak tenang..

perempuan itu terus bertanya pada dirinya..kenapa rasa itu terus kekal dalam diri..kenapa ditangisi apa yang terjadi..pilihan dan kesannya...hanya dia yang akan menanggung!..sakitnya...

di ruang kamar yang serba ringkas, perempuan itu mula melakarkan kisah....dalam coretan jiwa yang tak pernah pudar kusutnya...

saat aku membilang hari-hari yang ada...
saat aku menilai kekurangan diri...terlalu banyak yang aku nilaikan..
saat aku memandang untung nasib dan kelemahan diri...
aku terasa ingin mati..
aku terasa ingin mati..

saat aku karam dalam lautan rasa jiwa yang tak pernah kurang..
aku terasa aku telah tenggelam dan hilang...
saat tenggelam...aku inginkan mati itu...

aku mencari apa mahuku dalam hidupku..
apa faedahku dalam rawan jiwamu...
aku mencari fungsi seorang aku...
mencari dalam bayang dan gelap rasa...

aku bagaikan reput kayu yang musnah menjadi humus..
aku bagaikan kertas kosong yang telah koyak dan basah
aku umpama kain buruk alas periuk hitam...
aku...aku.....siapakah aku...

semua tidak mahukan aku....semua membuangku...
tiada gunanya aku...
tiada gunanya aku...

semua membenciku...semua menidakkakn kewujudanku..
semua membiarkan aku...

aku sakit....aku sedih sangat!!!....
sedih sangat.....
dia yang ku puja.....dia tiada...
dia yang ku sayang...dia tiada...

aku terbuang...aku dibuang...
ayahku mencemuhku...ibuku menangis keranaku...
dan aku......
aku mahu mati!...

berhari-hari aku kirimkan pertanyaan..hanya sepi yang tertanam!
diam...diam..diam....
diam terbuang!...

apa gunaku.....
apa fungsiku.....

andai aku pergi....andai aku mati.....
andai aku pergi...

Nauzubillah....bisikan syaitan itu kuat menganggu imanku....
Nauzubillah.....
hati ini hanya merajuk....
hati ini hanya merajuk...

langit mendung hujannya tidak....
henda dirajuk...air diruang..
langit mendung..langit mendung..hujannya tidak...

apa dirajuk...apa dirajuk..kepada orang...
entahkan kasih..entahkan kasih..hai entahkan tidak...

Wednesday, June 13, 2012

terima kasih



Saya nak ucapkan TERIMA KASIH....

terutama kepada followers saya..yang sudi follow blog saya yang seADOnyer ini...

terima kasih kerana sudi meluangkan masa berkunjung..membaca blog ini...

segala yang tercatat..tercatit..dalam blog ini...banyak "kisahnya"...hehehe...

apa jua yang tertulis....disinilah tempatnya...

ada masa ianya akan sunyi....bukan tiada cerita...bukan tiada kisah....

cuma kengkangan masa membataskan....alasan?...ya..memang alasan..

saya sangat berharap....

saya akan boleh terus menulis..mencatitkan apa yang ada dalam jiwa saya......

bukan untuk apa....untuk kepuasan hati.....

terima kasih kerana sudi berkongsi kisah ini...

blog ini...saya sendiri..insyaAllah..akan sentiasa dekat di hati...

terima kasih.....


Monday, June 11, 2012

nak dara rindu

nak dara rindu.......


sama kampung hai sedang di rindu..inikan lagi jauh di mata...

aduhai...bercelarukan hati..berkecamukkan jiwa..andai rasa rindu itu..diam dalam hati..tapi terus subur dan mewangi!...

Tetttttttt....!

Thursday, January 20, 2011

kerana..mahabah delaila...

hehehheehe.....kesibukan bekerja n balik lewat ke rumah membuatkan aku kekadang x sempat nak follow ada 1 cerita kat tv9..mahabah delaila....

"Apa yang cuba kami zahirkan dalam cerita ini, bukan hanya ketabahan hati dua insan yang berbeza umur yang disatukan dalam ikatan perkahwinan tetapi kebaikan seorang insan yang mempunyai kelebihan dalam menghulurkan bantuan,"

apapun....aku suka pelakon watak Waad tu.......~.~..comey...nyum..nyum..!...

kenapa aku suka cerita ni...............?

hahahahahahaha.......korang rasa?....

=====...nanti aku updated k..======

ada kawan datang umah, nak tumpang tido....hehehehe..

Wednesday, January 19, 2011

menari dengan hati,,,

salam..wah..wah..rindunya dengan dunia penulisan diri di sini..'saya rindu awak'..sangat-sangat!..awak tak rindu saya ker......?...mesti awak rindukan....~.~..hehehehehe....

masih di opis....bersama dengan student, yang sedang menyiapkan cad drawing..semoga dipermudahkan segala urusan..amin!..

banyak yang perlu diselesaikan bulan ni..tanggungjawab diri sendiri..n tanggungjawab kepada kerja!!!..hey, cik chummie....x mo malas-malas tau....amanah tu...

lewat dua minggu dulu..suasana hati redup jer..mendung berminggu2....huhuhu..sedey dengan result thesis..~x mencapai standard...bukan salah sesaper...salah cik chummie sendiri...terlalu melebih-lebihkan kolej...students..hingga terabai amanah diri sendiri....~saya ngaku salah!!.....tapi saya x menyesal...sebab saya pilih keadaan itu..saya tau saya ada pilihan untuk tidak buat...tidak ambik pot..tidak dan tidak...tapi saya takut....akan menyusahkan banyak pihak..sehingga tanpa sedar sy mengecewakan diri sendiri..mengecewakan hati sendiri....TIDAK!!....

tapi...nak buat macamana..dari dulu rasanya cik chummie memang suka mengecewakan hati sendiri....'ketawa dan air mata..itu sebenarnya cinta..!'..der.....

entahlah..mengumpul saki baki kekuatan..jangan risau k!..saya sedang dan akan terus berusaha!!..saya sayang diri saya!....saya sayang hati saya!...saya perlu gembira..dan berusaha untuk gembira!!.....

saya AKAN TERUS BERUSAHA!!!!!...

tinggal x sampai seminggu pada tarikh keramat...hah!!..saya akan cuba sehabis daya....esok cuti..maka!...bekerjalah saya dengan thesis saya...

jangan risau thesis...saya tetap akan sayang kamu!....

~.~..k...mahu terbang bersama si cintaku.....Mr.T...

jaga diri tau kawan2...sayang kamu dengan izinNya....

jumpa lagi tau....

jangan jemu membaca...!..

Sunday, December 12, 2010

hurt...

gara2...x dapat layan karaoke lagu hurt...masa karok last times...aku melalak lagu hurt ni thru youtube..walaupun sumbang..pitching lari...aku layan kan jer....nyanyi sambil meniarap..hahahaha.....

aku hanya suka2....bukan nak jadi penyanyi pun....




lagu ni pun..tetiba jer aku layan...hahahahaha.....xde kene mengena pun dengan kisah silam atau apa2..aku kalau terjumpe jer lagu apa2...excited melayan..hehehehehe...

bosan sebenarnya...td ke jalan TAR..dah lama gak aku x pegi jalan TAR...malas..sebab ramai sangat orang....

kenapa ke jalan TAR?...survey2..barang.....temankan salah seorang member aku yang nak cari hantar bertunang..iaitu baju angkat nikah...dan confirm..JAKEL menjadi pilihan...nice price..nice choice...lega...!

sambil2 tu..cuci2 mata ngan kedai2 hantaran kawin.....wow...banyak idea untuk cupcakes....~.^)v...suka2....hehehehe...

nanti..boleh ah datang ngan angah......

k lah....dah pukul 10.15...dah ngantuk..nguap2 dah ni....jap ag..nak sambung edit thesis....pastu..nak tido...esok keje...~boring!!.....

tp x keje...xde duit...~so..kene kuatkan semangat....

kepada pengunjung blog ku ini..yang membaca entry ni n entry lain2..yang rajin melayan any video dalam blog ini...dan yang rajin post2 comments...thank you.....

saya bukan penulis....bukan penyanyi...bukan pereka lagu...

hanyalah saya.....

terima kasih atas kunjungan....semoga hanya yang terbaik dan membahagiakan dunia akhirat untuk kalian semua~amin...

LOVE AND FAITH~.......~.^)v...

Thursday, November 11, 2010

akal dan hati...

Menunggu sesuatu yang sangat menyebalkan bagiku
Saat ku harus bersabar dan trus bersabar
Menantikan kehadiran dirimu
Entah sampai kapan aku harus menunggu

Sesuatu yang sangat sulit tuk kujalani
Hidup dalam kesendirian sepi tanpamu
Kadang kuberpikir cari penggantimu
Saat kau jauh disana

Walau raga kita terpisah jauh
Namun hati kita selalu dekat
Bila kau rindu pejamkan matamu
Dan rasakan a a a aku

Kekuatan cinta kita takkan pernah rapuh

Terhapus ruang dan waktu
Percayakan kesetiaan ini
Pada ketulusan a a ai aishiteru

Gelisah sesaat saja tiada kabarmu kucuriga
Entah penantianku takkan sia-sia
Dan berikan satu jawaban pasti
Entah sampai kapan aku harus bertahan

Saat kau jauh disana rasa cemburu
Merasuk kedalam pikiranku melayang
Tak tentu arah tentang dirimu
Apakah sama yang kau rasakan

Satu sendiri pikiran melayang terbang

Perasaan resah gelisah
Jalani kenyataan hidup tanpa gairah
Owu..wo..o..

Lupakan segala obsesi dan ambisimu
Akhiri semuanya cukup sampai disini
Dan buktikan pengorbanan cintamu untukku
Kumohon kau kembali

Kimita tuokukitemo
Kiminoi shuaguaratala
Shiniteruyo shiniteruyo

Wo wo wo..
Wo wo wo..a a ai aishiteru

(by Zivillia band: Aishiteru~aku cinta padamu~)


akhirnya.....segala yang menjadi persoalan dan tanda tanya berakhir dengan penuh kebaikan....aku terus menjalani kehidupan ini tanpa ghairah....semuanya kembali kepada asal..yang tiada akan terus tiada...kenangan yang mungkin akan jua tiada..terhapus oleh masa.....

inilah hakikat sebuah perhubungan dan kehidupan....peluang dan ruang yang akhirnya akan punya penamat sendiri....."percayakan kesetiaan ini..pada ketulusan....aishiteru.."..janji itu masih ada dalam diri..hanya yang layak akan menerima wadah cinta dari seseorang yang bernama aku..

namun lewat usia...cinta itu diam dan cuma mendiam....hakikatnya....?entahlah....aku sudah tidak punya perasaan akan akal hidup.....mungkin kerana dunia kerja yang semakin sempit dan menghimpit..aku lemas dengan kemelut pekerjaan...

yakini dengan akal...adili dengan hati....

selamat berbahagia dunia akhirat sahabat.....~amin...

"Satu sendiri pikiran melayang terbang..perasaan resah gelisah..Jalani kenyataan hidup tanpa gairah..."..saat ku harus bersabar dan terus bersabar..sesuatu yang amat sulit untuk ku jalani.....

kamu!!!!....

kamu...!!

yang sedang asyik menaip!!..

kamu...!!

perlu kuat!!..

hidup ini indah....!!...

hati kita akan selalu dekat!..

aku..dan..diri aku!...

pengalaman indah seindah persahabatan kita..

terima kasih...







Saturday, October 9, 2010

aku dan ungu..

mengerti akan hadirnya cinta terindah...banyak kata...yang tak mampu kuungkapkan..kepada dirimu....aku ingin engkau selalu..hadir dan temani aku...di setiap langkah yang meyakiniku..kau tercipta untukku..sepanjang hidupku...

wah2..aku menulis sambil melayan lagu tercipta untukku..siapakah....?

aku ingin engkau selalu..hadir dan temani aku..
di setiap langkah yang meyakiniku..
kau tercipta untukku...
mesti waktu akan mampu..
memanggil seluruh ragaku..
ku ingin kau tahu..ku selalu milikmu..
yang menyintaiku sepanjang hidupku..

wah..lagu ni sangat sweet untuk dinyanyikan kepada seseorang yang bergelar suami....wakakakakaka

andaiku tahu...kapan tiba ajalku..
ku akan memohon ..tuhan tolong panjangkan umurku
andaiku tahu..kapan tiba masaku...
ku akan memohon...tuhan jangan kau ambil nyawaku....

aku takut..akan semua dosa-dosaku..
aku takut..dosa yang terus membayangiku...

aduhai......bilakah dan bisakah....?aku masih jauh dengan dunia...

andaiku tahu..malaikat bukan menjemputku
izinkan aku..mengucap kata taubat padamu...

aku takut..akan semua dosa-dosaku...aku takut...dosa yang terus membayangiku..
ampuni aku...dari segala dosa-dosaku...
ampuni aku..menangisku bertuabat padamu

aku manusia yang takut neraka
namun aku juga..tak pantas di syurga...

terasa kerdil dan kecilnya diriku..dalam azab dan dosa yang ku lakukan sendiri...huhuhuhuhu.....


Tuesday, August 24, 2010

tak kan pernah ada...

rasanya dah lama tidak meluangkan masa menulis entry baru sebagai cerita lewat seorang perempuan bernama aku. tuntutan dan tanggungjawab kerja dan belajar benar-benar membutuhkan ruang panjang. penat dan sangat terbeban, tapi itulah pilihan dan perjalanan...

seseorang sahabat memperkenalkan aku pada satu lagu yang selama ini tidak pernah pulak aku dengar di mana-mana....'takkan pernah ada...'by geisha band..

dia memang hanya dia
ku selalu memikirkannya
tak pernah ada habisnya
benar dia..benar hanya dia...
ku selalu menginginkannya..belaian dari tangannya
mungkin hanya dia harta yang paling terindah...
diperjalanan hidupku setia gerak denyut nadiku
mungkin hanya dia
indahnya sangat berbeza
ku haus merindukannya
ku ingin kau tahu isi hatiku
kaulah yang terakhir dalam hidupku
tak ada yang lain..hanya kamu
tak pernah ada..
takkan pernah ada

benar dia...benar hanya dia...
ku selalu menginginkannya..belaian dari tanganya
mungkin hanya dia....
indahnya sangat berbeza
ku haus merindukannya.....

aduhai..apa nih!...tetiba ingat si dia...

x suka dengan perasaan yang ada..tetapi tetap biarkan perasaan ini terus bermain-main dalam hati..deym!

bersungguh benar bunyinya...geruh di langit di abaikan saja..atas dasar..punya kekuatan untuk terus menyembunyikan kisah..padahal....satu dunia boleh sahaja melayangkan onar...sebab...memilih untuk menyatakannya di sini.....

huhuhuhu..bagaimanakah caranya untuk mengusir rindu andai ianya telah sebati dalam diri..bencinya hidup termimpi-mimpi..sedangkan hakikatnya...tak seindah impian...huhuhuhuhu

waktu mengulik resah..aku akan kekal gelisah....gelisah dan pasrah...

bukan cuba untuk mengadu domba...aku cuma insan biasa..takkan kekal dengan rasa yang sama..

tapi mengapa ianya masih kekal bersisa dan terus menyisa....huhuhuhu

Friday, August 13, 2010

kisah yang dipanjangkan.....(3)

hari ni aku bekerja masih macam biasa....sekali lagi aku kecewa dengan rekod kedatangan student aku...hari ni ada kuiz..boley jer slamber dek...dua org student aku x datang...huhuhuhu..tinggalah satu2nya student harapan menyelesaikan kuiz..hai..bersabar dengan karenah budak2 ni..kuiz tu tidak sepatutnya di anggap beban...sebab...kuiz..assignmentlah yang banyak membantu..untuk score dalam keputusan. Nak mengharapkan keputusan ujian final jer..x dapat der....bukan senang nak score 40%!...

tapi itulah...budak2 yang sedang nak meningkat naik kan....kenalah banyak bersabar..melayan perangai dan semuanya...tapi aku bersyukur..mengenali mereka membuatkan aku lebih mengenali diri sendiri. Cukup dalam tempoh sebulan di sini,aku masih bahagia..cuma agak bimbang dengan perihal master aku. Tadi aku sempat berchat dengan bet, aduhai, perkhabaran yang menakutkan dan menyentak rasa dan jiwaku...kalau tak abiskan jugak dalam tempoh 3 tahun..dikira fail...deym!!

aku perlu meningkatkan usaha dan daya..takkan nak buang begitu sahaja masa yang aku leburkan untuk 3 tahun ni....baru nak mencapai bintang..kene usaha lebih dan lebih lagi...Ya Allah..berikan aku kekuatan....keazaman dan kecekalan..agar aku bisa menyempurnakan semuanya dengan sebaik mungkin.amin!!...

perlu mencari alternative jugak sebenarnya.....!bukan apa..tanggungjawab menjadi sangat besar bila aku membuat keputusan untuk bekerja!.Di fikiran..aku teringat que..aku akan upah dia untuk menyiapkan beberapa perkara penting masterku..lagipun que punya pengalaman dan faham akan kajian masterku...harap2lah que setuju...bukan apa.....perlukan pembantu yang baik...boleh jugak gadis itu gunakan duit ini sebagai duit raya dan belanja raya....nanti akan aku listkan..apa bentuk bantuan yang aku butuhkan dari que..harap2 gadis itu setuju...

hari ni..aku pulang lewat untuk kali kedua sepanjang bulan puasa ni...emmm.....aku ingatkan selepas membeli juadah berbuka di bazaar berhampiran (untuk tujuan berbuka di dalam kereta)..aku akan duduk di opis seorang diri..namun sangkaan aku meleset..Hazwan pun..pulang lewat....dalam 6 lebih.....kiranya aku sekarang berdua jelah dengan wan.....tak selesa..tp tulah..dengan pintu terbuka..lampu yang menyala pastinya..aku dan wan masing2 buat kerja masing2..die melayan anime one piece..manakala aku giat mencatatkan kisah yang dipanjangkan ini..sambil melayan video clip cheryl cole parachute..i dont need a paratchute..baby if i got you.. bbaby if i got you...you gonna catch me...you gonna catch me for fall, down..down..down.. i wont fall out of love..i wont fall out of love.....i fall into you..deym!!!!.....

hahahahahahaha...aku suka sangat dengan tarian cheryl dalam vid ni...sangat kemas..sangat simple...dengan gaya gothic n ala2 vampire....tiba2 aku rindukan jacob n edward!..saga twilight..eclipse..really miss u..

don't tell anyone....!hahahahaha......ada gelak jahat disebaliknya...jangan fikir yang bukan2....aku takkan mudah berubah dan mengubah,,,,,jangan pernah mengandaikan sesuatu yang tidak baik...jauhi dari segala rasa yang tidak baik dan akan memudaratkan...buang sahaja ke dalam longkang atau tanam sahaja..hapuskan segala rasa yang tak best!!....

berbalik kepada apa yang berlaku dan kisah menarik hari ini..tiada kisha menarik..melainkan..kerja yang bertimbun dan kesedihan menanti..para pelajar datang ke kelas dan menjawab soalan kuiz...akhirnya aku kecewa....ujian untuk menguji kesabaran dan keikhlasan.....semoga Allah permudahkan jalan dan urusan di masa hadapan......jangan dipersoalkan keadaan mengapa dan kenapa..aku perlu lakukan sesuatu untuk mengubahnya..fikirkan perubahan dan jalan penyelesaian yang terbaik....

semenjak aku bekerja..atau kah bidang kerja aku ni yang menyebabkan..aku sangat keletihan..bila balik jer...mata cepat jer layu......ngantuk..sampai tertinggal2..kerja2 master aku..aduhai.....perlukan tenaga extra untuk semua benda....

aku perlukan kekuatan dalam diri untuk mengubah segala keadaan dan memperbetulkan segala kesalahan dan kesilapan...aduhai hati...bilakah akan berubah menjadi lebih baik...lebih ikhlas dan lebih lembut...aku hanya mampu berusaha menjadi diri sendiri...menjadi hanya yang aku mampu jadi......

masih menanti adikku datang menjemput. Dia sendiri sebenarnya sangat penat..menunaikan pesanan..membeli laptop untuk adik sepupu aku...kemudian..bergegas pulak datang menjemput aku..apalah daya dan upaya....tunggu dan terus menunggu..cuma jam dah 6.29..aku masih berdua dengan wan..x sampai sejam ag......nak berbuka..adik aku masih x sampai2..aku akan tumpangkan wan sampai LRT..kesian lak die...

huish...keadaan makin menekan....huhuhuhuh....macamana ek..ujian bulan Ramadhan...ujian yang sangat membutuhkan..kesabaran dan kecekalan....

insyaAllah..urusan dan niat yang baik akan dipermudahkan Allah...

Thursday, August 12, 2010

kisah yang dipanjangkan....(2)

hari ini..ada pembentangan tugasan studio yang telah pun aku postponed atas dasar timbangrasa terhadap dua orang pelajar ku. Dari awal pembelajaran, aku telah menyusun jadual yang semampunya untuk memastikan kelancaran jadual pembelajaran. Dari awal studio kelas,....aku dah ajarkan teori..aku ulang sehingga hampir setiap kali kelas...untuk memastikan semuanya mendapat main criteria or principle in urban design.. Nampak senang buat terlalu technical..banyak terms yang perlu difahami maksud dan applicationnya..der...!(wah itu ayat yang aku sering gunakan lately..why?i even don't know!...)..

perbentangan hari ini, aku jemput dua orang rakan ku untuk turut memberikan pandangan dan pendapat..komen dan sebagainya. Alhamdulillah..kedua2 nya ada masa untuk semua itu..thanks dude!...thanks atas komen..pemerhatian dan pandangan n cadangan..really appreciated!

Syahrel..nampaknya bersungguh! (dr awal die memang bersungguh2 untuk projek ni...dalam kelas teori pun sama..tumpuan tidak pernah mengecewakan..insyaAllah....ada daya saing..adalah ruang kecemerlangannya-amin....Mun pulak?....emmm.....jelas seperti yang digambarkan rakan-rakan sekelasnya...selalu sangat ke bulan...hilang...2 minggu tak nampak batang hidung..studio kelas..skip....maybe ada misi penting di bulan agaknya....sayang!..aku nak lihat dia turut komited dan berjaya macam syahrel....kurang2..bg feedback dan perform....

dia x suka kelas aku kah...?x suka cara akukah..?rasanya..aku dah cuba menjadi seorang pensyarah yang bersungguh dan cuba sebaik daya menjadi rakan dan pembimbing mereka...masih ada kurangkah?dia seperti tidak berminat dna menyukai aku...Kalaulah untuk menjadi seorang pensyarah yang menarik..aku kena menjadi cantik seperti Yana......tak dapat der....!aku bukan cantik...comel dan cun seperti Yana....huhuhuhuhu...sedey!..kalau itu kriteria untuk pelajar minat datang ke kelas..nyata!..kelas aku akan kosong...hahahahaha

mana mungkin aku mampu menarik minat pelajar dengan berbekalkan paras rupa menarik dan tubuh genit..sedangkan hakikat..aku tak punya itu semua!ganjil dan pelik....yang aku tau..niat aku...aku curahkan segala ilmu yang aku ada..untuk dikongsi dan untuk dijadikan panduan kepada semua pelajar2ku...aku jadikan mereka sahabat....teman berbicara dan teman aku berinteraksi disamping menunaikan amanat seorang pensyarah..kakak..dan muslimat...9dala kelas..selain teori..aku selitkan jugak unsur2 dakwah dan kemanusian)..biar generasi yang bakal lahir..lengkap ilmu di dada...cewah!!..tapi sejauh mana kefahaman mereka..wallahualam...

pelajar favorite...hehehehehe...emmm...baru aku tau..seseorang pensyarah juga punya favorite student die....student yang dia selesa..student yang dia sayang..bukan sebab fizikal..wajh atau apa2..biasanya disebabkan kerja dan kesungguhan.....hehehehehe...kalo aku?..siapa pelajar yang aku suka.......?heheehehehe..adalah....!masih terlalu awal untuk dinyatakan dengan benar dan jujur....

berbalik kepada kehidupan kerjaku..aku dan kerjaku..sesungguhnya bidang ini menjadi bidang yang aku minat sekian lama..pendidik...penyelidik!..aku sangat suka bergelumbang dengan research..dengan buku dengan semua cabang ilmu..sangat suka......(tapi master lambat gak habis!...huhuhuhu)....sangat teruja dengan dunia akademik..aku terjun ke bidang pendidikan..mengajar budak2 diploma yang akan berdaya saing dalam bidang landscape architecture.....

aku mahu menjadikan mereka pattern terbaik.....sebuah product yang dinamakan landscape architect..sesungguhnya aku sangat butuhkan pertolongan semua orang..bagi merealisasikan impian dan harapan....tolong ek kawan2..tolong usaha bersama n tolong doakan niatku..-amin!...

semenjak bekerja..aku rasakan..semuanya terlalu pantas..masa dan juga keadaan. Aku perlu lebih menjadi sistematik walau dalam apa jua keadaan..perlu tegas dan dalam masa yang sama perlu berlembut dan sangat bersabar..bukan senang nak menjadi senang....

aku mahu teruskan ag catatan kisah ini..tapi kelajuan menaip aku membuatkan aku teringat kata2 hazwan..semasa die melihat aku berbalas2 chat dengan sahabatku..."ni mesti selalu YM ni!!..."cet!!..xdelah laju sangat aku menaip...tapi keyboard aku keyboard zaman batu..(komputer opis..hahahahah)..sekali tekan key..berbunyi satu dewan...hahahahahaha...ketup ketet..ketup..ketet...hahahahaha....bingit jer...!-tapi bersyukurlah..oklah tu...

perasaan aku sekarang?..aku bahagia dengan apa yang aku ada sekarang..kerja yang alhamdulillah masih baik dan menyenangkang..kawan2 opis yang sangat layan kepala....best!..dan kawan2 belajar yang sangat2 aku rindukan....!...aku sangat berpuas hati dan bersyukur dengan apa yang Allah berikan padaku..alhamdulillah....

terima kasih..terima kasih atas peluang pengalaman dan peluang untuk aku terus mengali dan mencari ilmu MU..aku mahu menjadi seorang yang berjaya melalui jalanMu dan menemui cintaMU..amin....

buat kawan2 pembaca blogku...terima kasih kerana sudi singgah dan membaca catatan2 ku yang entah apa2...maaf andai ada rasa riak wujud dalam mana2 entry...kerana aku pasti..aku tidak menulis dengan niat itu..aku hanya menulis apa yang hati aku berkata....

terima kasih atas kunjungan..terima kasih atas penghargaan....sangat2 aku hargainya....

selamat menunaikan ibadah puasa dan melipat gandakan amalan di bulan mulia ini..selamatlah atas segalanya-amin....

semoga bertemu kembali......v(^_^)v....love and faith~