Showing posts with label mencari melayu..melayu itu aku. Show all posts
Showing posts with label mencari melayu..melayu itu aku. Show all posts

Sunday, June 13, 2010

LENGGANG PERUT SUATU WARISAN


Melenggang perut atau di sesetengah tempat digelar sebagai `kirim perut' menjadi suatu kebiasaan dalam masyarakat Melayu silam dalam usaha mereka mengenal pasti jantina bayi yang dikandung.
Upacara yang menjadi amalan `orang lama' ini biasanya dilakukan apabila tempoh kehamilan sudah menjangkau tujuh bulan dalam usaha memastikan kedudukan bayi berada di tempat sepatutnya dan mengelakkan kelahiran songsang yang mungkin akan memberi kesan terhadap ibu mahupun bayi.
Di sesetengah negeri, adat melenggang perut hanya membabitkan proses mengurut ibu yang hamil bagi memastikan kandungan mereka berada pada kedudukannya, manakala ada juga yang meneruskan tradisi penggunaan buah kepala bagi mengenal pasti jantina bayi.
Percampuran antara proses mengurut dan penggunaan buah kepala dalam penentuan jantina bayi ini menyebabkan sesetengah pihak melihatnya sebagai adat yang terpesong daripada kepercayaan agama Islam.
Ada juga yang melihat tradisi ini tidak perlu diteruskan memandangkan perkembangan sains dalam dunia moden membolehkan jantina bayi dikenal pasti dengan menggunakan ultrasound dan kebiasaan bacaannya tepat.
Pensyarah Akademi Pengajian Melayu (APM), Universiti Malaya (UM), Prof Dr Dr Hashim Awang, melihat adat melenggang perut sebagai persediaan awal bagi sesebuah keluarga untuk menerima kehadiran orang baru.
"Adat ini hanya dilakukan untuk kelahiran anak sulung dan ia satu keperluan sosial kepada ibu yang melenggang perut kerana beliau akan berasa lega dan tenang apabila mendapat perhatian daripada keluarga meskipun dalam keadaannya sebegitu," katanya pada pertemuan dengan Sastera di pejabatnya di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Selain itu, adat terbabit dilakukan sebagai usaha untuk mengetahui jantina bayi yang dikandung dan majlis sebagai penyeri dan sekadar ritual bagi mengurangkan tekanan kepada ibu yang hamil, tanpa menafikan risiko bersalin hanya ditentukan Allah SWT.
"Amalan ini masih lagi dilakukan segelintir masyarakat dan apa salahnya ibu yang melalui adat ini diberi sokongan moral kerana ia episod penting dalam kehidupan bakal ibu dan bapa yang baru pertama kali melalui peristiwa bersejarah dalam hidup mereka," ujarnya.
Beliau berharap amalan melenggang perut diteruskan oleh masyarakat Melayu yang semakin melupakan adat resam mereka dan ia boleh dimanfaatkan sebagai medan untuk menguatkan hubungan kemasyarakatan yang semakin pudar ekoran tuntutan memenuhi keperluan hidup.
Bagaimanapun, Pensyarah Fakulti Pengajian Islam (FPI), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Dr Zainab Ismail, menasihatkan bakal ibu untuk tidak meneruskan adat melenggang perut kerana ia boleh menjurus kepada khurafat dan syirik.
"Saya bimbang ia menjurus kepada khurafat dan syirik yang akan menyebabkan jatuhnya hukum haram. Bagaimanapun, sekiranya ia sekadar adat bagi melancarkan proses kelahiran bayi, Islam membenarkannya," jelasnya.
Beliau turut menolak tanggapan bahawa adat terbabit sebagai amalan bagi menghargai dan menenangkan ibu yang hamil kerana yang lebih terpapar ialah pembabitan bidan dan penggunaan buah kelapa untuk mengetahui jantina anak.
"Masyarakat dulu menggunakan kaedah ini bagi membantu bakal ibu mengetahui jantina anak mereka kerana ketika itu teknologi masih belum berkembang. Kini, ultrasound dapat membantu ibu mengetahui jantina anak dengan lebih tepat tanpa membabitkan akidah," katanya.
Justeru, beliau mencadangkan istilah melenggang perut ditukarkan kepada perkataan lain yang lebih sesuai bagi memastikan masyarakat memahami perbezaan di antara upacara yang haram dan sebaliknya, sekali gus memastikan proses kelahiran anak lebih berkat.
"Hasil kajian Fakulti Pengajian Islam UKM terhadap mahasiswa universiti ini, Universiti Islam Antarabangsa (UIA) dan Universiti Malaya (UM), menunjukkan 75.3 peratus tidak bersetuju dengan adat melenggang perut," jelasnya.

Source: Berita Harian
Date: 09/07/2009
Page Number: 21
Byline: Rashiqah Ilmi Abd Rahim; Hasnidarwina Hasim
Column Name: Warna kehidupan

Saturday, June 12, 2010

di aNtaRa iLmU daN PeNuliSanKu..aDa..iNi!

salam..ingin rasanya aku berkongsi sedikit atau di antara draft ilustrasi untuk thesis master aku.....ilustrasi yang aku lakar khas untuk tambahan maklumat thesis yang sedang aku usahakan untuk disiapkan dan dilengkapkan. hanya sekadar lukisan tangan..yang biasa..sekadar untuk ilustrasi menerangkan dalam bentuk visual apa yang cuba aku bentangkan dalam bentuk penulisan. bukan kah minda kita akan lebih terbuka....pemprosesan datanya pula lebih berkesan dan cepat. sebab itulah diawal tumbesaran minda kanak2 akan lebih terangsang kerana fokus pelajaran mereka memusat pada objek, warna, bentuk, corak dan apa sahaja bahan ilustrasi yang mampu membuatkan mereka seronok. sebab itulah, coklat dan ais krim, dihiasi dengan pilihan warna dan gaya yang pelbagai..macam pelangi....

apa yang aku sedang tulis untuk kajian sarjana aku, adalah berkenaan dengan adat dan proses perbidanan melayu tradisi kita, yang semakin lama semakin lupus dan pupus. bukan tertumpu kepada proses perbidanan semata-mata, tetapi lebih kepada bahan atau plant materials atau herbs yang digunakan semasa process midwifery. bukan apa...bumi semakin tandus bahan semulajadinya....hutan hijau kita pun sekarang..makin tandus menjadi hutan batu..akibat dari kerakusan dan pemodenan yang tidak terkawal dan seimbang. khazanah alam makin rakus di cabul...itu yang aku mahu buktikan dalam kajian aku..bumi Malaysia..penuh dengan flora yang sangat tinggi nilaiannya.....perlu diselamatkan apa yang dinamakan 'budaya' dan 'bangsa'..alam melayu itu...warisan tradisi itu..bukan boleh diwujudkan via cyber....maka....pattern dan juga pengelasan bahan itu sendiri perlu dititik beratkan. Mak aii...bercakap seolah-olah ahli bijak pandai...tapi itulah yang ada di dalam hatiku...



ada di antara kampung2 di daerah2 di beberapa negeri di Malaysia ini yang masih mempercayai berkenaan ritual menyepak kelapa yang telah digolekkan di atas perut ibu....untuk menentukan jantina bayi yang dikandung. kelapa dan bayi..apa signifikannya...?



di indonesia pula...sebelum upacara doa selamat dimulakan...seseorang yang dihormati, akan membacakan beberapa doa di atas dua buah labu, sebagai tanda memohon kesenangan dan keselamatan semasa kelahiran..


7 helai kain, sama ada putih, kuning atau kain batik pulak..pastinya popular di kalangan mereka yang tahu berkenaan adat melenggang perut. adat yang biasanya hanya dilakukan untuk kandungan pertama seorang ibu...(nak tahu lebih detail..kene lah baca thesis ku...hehehehehe)



inilah antara process dan ritual swinging the tummy yang biasanya diamalkan oleh seorang pakar sakit puan pada zaman purbakala dulu, mak bidan atau midwife.

apapun yang dilakukan..selagi iman dan amal masih utuh dalam diri...apa sahaja yang kita rasakan melanggar syariah..tahyul...khurafat..syirik..maka jauhilah...

niatku hanya ingin memartabatkan nilai budaya melayu yang masih ada...dah 27 tahun aku masih mencari nilai melayu..apa lagi anak2 bangsa yang akan datang..mampukah mereka mencari..atau masih adakah yang berminat untuk mencari....apa itu melayu....?

semoga apa yang mampu dikongsi...dicari...ditulis...mampu memberikan manfaat kepada semua...bangsa dan agama...

jumpa lagi yer...

Wednesday, July 15, 2009

kembara melayu di palembang....

alhamdulillah...cuaca dan keadaan persekitaran agak baik.walaupun penularan virus H1N1 masih berleluasa dikebanyakkan negara..langkah berjaga-jaga mesti dan harus tetap di ambil kira oleh semua pihak...termasuk aku...

tak sangka jugak...trip yang telah di booking november lepas, terpaksa dilaksanakan jugak..saat dunia di gemparkan ngan influenza A...alahai..selsema burung...selesema babi...semuanya akan effect manusia...tapi kalo selsema manusia...hatta semut pun xde effect..buat dek jer....

risau gak, nak meneruskan kembara sumatera, tapi tulah..semuanya diserahkan kepada takdir Allah SWT.insyaallah,semuanya akan baik dan selamat~amin..

okey..bercakap pasal kembara melayu palembang..kenapa palembang?kenapa tak ke bali..ke bandung..medan...padang hatta jogja..yang lebih menjadi tumpuan pelancongan...kenapa palembang?..hehehehe...panjang sejarah dan ceritanya...aku pun dah ingat-ingat lupa...

tapi hakikatnya, aku menjengah dunia baru hari ini...

15/07/09...hari pertama...

flight AK 492, di jadualkan akan berlepas pada pukul 3.35 dan akan sampai ke palembang pada pukul 4.05....seperti yang telah dibincangkan dengan ayah dan angah...kami sepakat untuk ke LCCT dengan menaiki shutter bus di KL sentral. so, dalam pukul 11, lebih kurang, kami ke KL sentral. sempatlah pekena laksa asam laksa kat K-Avenue dulu, breakfast yang nak cepat..x sampai 20 minit.

dari KLCC,perjalanan diteruskan ke KL sentral...dah lama gak x naik putra LRT..hehehehe......sebaik sampai, berkejar2 nak naik bas. semua pembayaran tiket shutter bas telah dilunaskan melalui internet...dunia di hujung jari anda..macam-macam...

bus?aduhai malu betul aku ngan maintainence negara sendiri..bas nak bawak pelancong, ag teruk dari bas kampung2. bunyi macam2....buruk..aduhai..mencemarkan imej pelancongan negara. dahlah pemandunyer, ala-ala mabuk...huh...

sampai LCCT...setelkan hal yang patut....makan..bla..bla...then, perjalan diteruskan.....

flight delay..huhuhuhu...rata2 flight hari ni, semuanya delay..termasuk AK 492...pukul 4.15, baru perjalanan dimulakan..seat 26A..hahahaha....dulu, masa last year ke jogja, Air Asia free seated....this year tak ag..kene duduk ikut seat yang telah dicetak pada tiket. menu pun dah berubah...emmm.....

duk dalam flight, sejam tu..x sempat nak membuta....hahahaha.....

tapi skang......dah 11.35(waktu indon), bersamaan 12.35 waktu malaysia....aku dah ngantuk....mintak izin tido dulu ek...insyaallah, ada kelapangan esok...aku akan masukkan journey kembara melayu palembang.....

disaat pertama kali menjejakkan kaki di airport palembang....cantik..medical check....bandar palembang yang bersih....hotel yang wow...menarik!..dan yang best....COWOK-COWOK palembang yang HENSEM-HENSEM!!!...serius..setakat yang aku jumpe, x sampai separuh hari di palembang...dari yang menjemput di airport (pekerja horison hotel), mas supir (driver horison hotel), penyambut tetamu....serius...semua HENSEM2.....hahahaha....