Showing posts with label kata aku....kata kau.... Show all posts
Showing posts with label kata aku....kata kau.... Show all posts

Monday, August 5, 2013

Berkorban apa sahaja

Malam..malam  dalam keadaaan mata yang degil untuk melelapkan diri...sebab ada perancangan lain di minda...semuanya hanya tinggal perancangan..perlaksanaan hanya sedikit sahaja yang termampu dilaksanakan....

Tiba2 teringat akan beberapa buah kisah berkenaan dengan berkorban apa sahaja...baik untuk keluarga dan insan-insan tersayang...

Entry kali ini mungkin akan menyebabkan ada orang yang akan kembang tekak atau menangis. Tapi entry kali ini ditulis via phone dengan hujan di dalam bilik...dengan hembusan2 hidung tersumbat...

Definisi berkorban..mengorbankan dan dikorbankan..pilihab dan kehendak..kebodohan..kebaikan atau kesempatan.

Saat aku tiada duit..bila gaji disekat kerana prestasi kerja..dengan sewa rumah..kereta dan insuran...aku diam membelek2...seutas gelang dipergelangan tangan...inikah yang dinamakan pelaburan emas...? Maka..aku laburkan buat sementara..bersama dua bentuk cincin..semata2 untuk sewa rumah...diam dan damai ianya di ar-rahnu!..bukan tiada sources lain..tp transaction interbank akan ambik masa..so 2 days floating...duit umah nak kebe setel gak..so..melabur n melabur!!.

Selesai urusan pembayaran rumah...kita ikhtiarkan bayaran2 yang lain..huishhh..lambat lak cheque rm3000 ni nak clear...huhuhu..sabar n sabar..tp duit tetap duit!.

Setahu aku..aku tidak pernah berkira sangat berkenaan duit...berkenaan belanja..terutama makanan....makanlah apa sahaja yang termampu disediakan...

Macam hari ni...dah 6hb!..gaji seminggu pending..kat mana nak dapatkan duit n duit!!..terasa diperlekehkan..sakit hati!!

Macam sebelum2 ni...aku hanya ada rm250 dalam purse....laser jet ink rm189..so demi keje insan2 tersayang...beli! Seb baik ada insan yang share gak..tong2...

Bila aku xde duit nak ke fraser hill...tenangkan  fikiran....Allah permudahkan urusan...

Bila aku niatkan untuk hadiahkan suatu hadian yang termampu wihout return...Allah tetap permudahkan...duit datang dan pergi...

Aku tersakiti...aku mahu sambung..tp mata dah berkaca....nantilah....

Selamat hari raya..maaf zahir n batin...

https://www.youtube.com/watch?v=ncn_Xvgc-k0&feature=youtube_gdata_player

Friday, August 2, 2013

perbandingan!

entahlah..terlalu banyak yang membebani hati..akal dan fikiran...

persoalan berkaitan kerja..bukan kisah pendek yang boleh dihabiskan..kala berakhirnya waktu pejabat...ianya berterusan bagai air mengalir,,,takkan pernah berhenti..surut..dan sentiasa bergelora..mencipta gelombang yang kadang2 bertindak ganas dan kejam!..

aku melihat diri sendiri..membelek2 kisah aku..kisah dia dan kisah dia..!...

nyata terlalu jauh sikap dan keperibadiannya..dia cukup sempurna..di mata manusia...di muka buku...luahannya lebih bersifat rindu dan kasih pada Yang Maha Pencipta dan KekasihNya...sedangkan aku..lebih kepada mengadu domba!...

rintihan dan rindunya..lebih kepada rasa rindu pada agama...sedangkan aku..lemas dalam kerinduan manusia..nafsu yang beraja.

dan kala ini..aku ingin sekali mengarangkan kisah tiga penjuru..antara apa yang aku rasai....lihat dan yakini..!

saat aku berpaling pada satu keindahan seraut wajah...
aku melihat dia terlalu menawan dan manis...
senyuman dengan ulas bibir merkah..merah...
bertaut kala ukiran gembira teriak di wajah ayunya..
nyata dia sempurna...
tutur bahasa yang sopan..
penuh santun gadis melayu...
nyata!..dia tetap perempuan timur yang berhijab sempurna...
liuk lentok bahasa tubuh..
dengan tubuh indah seorang perempuan muda...
penuh mulus dengan kulit yang gebu dan menawan..
nyata..dia pilihan...
itu apa yang aku pandang....
tidak pada apa yang disampaikan padaku...
dia punya hati yang jitu..
imannya sempurna menjadi isteri...
menjadi ibu...
nyata dia solehah!...
nyata dia pilihan...
teman berjalan..teman dakapan suka dan duka...
dia sempurna dan istimewa...
indah ciptaannya..menuntut aku untuk terus mendiamkan diri..
melihat pada aku yang tidak sempurna..
melihat pada aku yang jauh hina!...
saat aku melihat diri aku..
seraut wajah kusam dengan simbolik dosa nyata jelas bersinar...
tiada serinya....
senyuman dengan gigi jarang nyata sumbang!
tutur bahasa yang kasar....
dengan tiada jiwa keibuan..
nyata aku bukan pilihan....
membiarkan kulit dibaham dosa-dosa kelacuran..
nyata yang menari gembira itu syaitan!!..
tapi itulah aku....
luahkan rindu dalam dakapan seorang yang nyata bukan cintaku!
meluahkan sayang pada yang tidak pernah sayang
mendamba kasih hanya pada dia yang nyata kasihan!..
tapi itulah diriku..
bukan pilihan hanya kasihan...
aku melihat kembali dan terus melihat..
membandingkan apa yang aku ada dan dia ada..
nyata....
aku tiada...!..
aku tiada apapun yang dia mahu seseorang untuknya ada!..

wahhh...apa lagi nak merapu ek....entahlah..kadang2 bila terlalu banyak sangat yang ada difikiran...rindu untuk mencurahkan segalanya tetap ada...

rintihan itu....sumbernya dari jiwa yang lara.....akukah manusia yang tidak bersyukur!...astagfirullah...Ya Allah..dibulan rahmat penuh keberkatan...berikan aku hidayahMU...agar dapat aku mencari nilai sempurna untuk diriku dan agamaMU....amin...aminn

Tuesday, July 30, 2013

Lena

Saat aku ingin sekali berbicara denganmu...
Kau diam dalam dengkuran halus yang menemani jagaku...
Damai dalam lena yang sering mengundang sabarku...
Nyata..kau lebih selesa membiarkan detik masa berlalu..
Tanpa pernah meminjamkan sesaat masa lenamu..untuk ruang kenyataanku..

Sering aku kau tinggalkan sepi dalam  jaga yang tak pernah cinta akan lena!
Aku hanya mampu merenung mulus tidurmu sayang...
Sedang mulut terkunci dan suara yang mati..
Indah!
Ruang menggeledah isi hati sendiri...
Damai!

Benarkah?
Sekali lagi kau biarkan cinta dan kuasa itu mati..
Diam tak berkutik...
Lidah jadi kelu dan saat itu...
Aku hanya mahu mengunci terus ointu hati..
Nyata bebanan perasaan menolak logik akal!
Kepenatan..keletihan...keserabutan...
Segalanya terisi dan terluah...

Akukah yang tidak pernah mahu memahami...
Sudahlah sepi..damailah kau berlari mencari sendiri...
Jangan diharap bunga itu mekar..
Sedang akar teracun n bersarang semut...lalu menunggu masa untuk mati...

Damaikanlah sepi wahai sepi....
Lepaskan lelah sendiri...
Tiada dia yang sudi menemani....damailah!..menemani hati...bukan mudah kau idamkan rindu..saat
Sayang berbaur kasihan...

Selamat makan sinar rembulan...
Selamat malam dakapan cahaya...
Damaikan sepiku...
Lenakan tangisku...
Aku mahu seperti dulu....

Sunday, July 21, 2013

Meluahkan apa yang terbuku

Entahlah..terlalu banyak yang perkara yang terjadi dan menagih sejuta perhatian dalam hati dan fikiran..

Penat menghela nafas yang tak pernah mahu kebah dari demam perasaan tidak menentu.aku mencari dan terus mencari dimana mahu diluahkan apa yang terbuku.semakin hari berlalu..semakin aku sedar..rupanya ramai yang tidak mengerti dan memahami.

Adakah ini dilema seorang perempuan 30an yang sendiri...persahabatan dengan seseorang yang bergelar lelaki selalu di salah erti..terutama seseorang lelaki yang lebih jauh muda usianya..yang punya cinta lain dihatinya..kami hanya berkawan...

Mungkin kerana perangai...minat..dan sifat yang hampir sama...kami menjadi akrab..tp 'hak milik' orang bukan sesuatu yang aku abaikan...bukan dan tidak sama sekali....

Tapi kebebasan itu nyata membuatkan aku sering dipersalahkan..sedangkan aku sendiri dihurungi rasa bersalah...

Aku hanya mahu menjadi diri sendiri..bukan memburukkan lagi keadaan...ada x sesiapa yang faham apa yang terkandung dihati..apa yang aku ingin...adakah ada org yang faham..adakah susah sangat untuk faham...adakah segalanya begitu membebankan...

Pada siapa mampu kuluahkan apa yang ku rasai...

Sunyi..sepi sendiri...aku cuma ingin bahagia dan mencari bahagia...!!!

Aduyai....terasa sayu dijiwa...tak terluah airmata yang mengalir..tak terungkap perasaan yang tersimpul...benarkah akhirnya aku akan sendiri....

Membahagiakab orang lain...dengan janji mereka akan bahagia...!

Sedangkan diri sendiri....diam! Bahagiakankah insan2 lain....biarkan mereka bahagia..

Semoga mereka bahagia...

Monday, December 10, 2012

fadhil

apabila ada mata yang menangis..tapi tidak berairmata!.

Fadhil memerhati sekeliling, pandanganya meliar. Jiwa kanak-kanaknya berperang dengan satu jiwa halus yang sering membawa dia jauh dan jatuh. Ilusi dan realiti, sukar untuk dia mengerti. Mak cakap, dia selalu berhalusinasi, bebas mengembara di dunia sendiri.

Fadhil hanya diam. Akal dan jiwanya tidak selari. Banyak yang dia nak luahkan, tapi akhirnya, tidak mampu disuarakan. Fadhil menguis mihun yang masih banyak berbaki. Kak Long, kakak sepupunya kalut di dapur menyediakan minuman. Dia hanya memandang, kosong!. Ikutkan jiwa, mahu sahaja dia menghulurkan bantuan, namun akal, menidakkan. Respon yang nyata, dia hanya diam, duduk di kerusi.

Firdaus, adiknya yang hanya berbeza usia setahun itu, cergas di dapur. Membantu Kak Long yang mungkin sangat-sangat mengejar masa. Jam dah menunjukkan ke angka 7.35pagi. Setengah jam lagi, Pak Anjang yang ditugaskan menghantar dan mengambil Kak Long pergi dan balik kerja akan sampai. Sah, Kak Long akan berang, kakak sepupunya itu mudah naik angin, apabila terkejar-kejar membuat sesuatu.


Wednesday, November 21, 2012

kisah yang hidup

mencari suatu definisi kehidupan yang jelas. Nyata bukan mudah. Penilaian itu punya pembolehubah yang pelbagai, yang nampak nyata dan jelas dan yang kabur dan samar. Ada orang menilai tahap kepuasan diri dengan memiliki wang yang banyak..ada yang menilai kepuasan diri dengan memiliki anak-anak comel yang memeriahkan liku kehidupan. Ada yang menilai kepuasan diri dengan memiliki segala-galanya yang menjadi impian orang lain..pangkat, harta, nama. kereta mewah, rumah banglo...semuanya dari segi materialisasi...

entahlah, terlalu banyak definisi kepuasan dalam hidup...

aku sendiri melihat fenomena dan jalan hidup itu dalam pelbagai sketsa. Pelbagai ceritera yang kadang-kadang membuatkan aku sentap..dan sebaliknya. Bukan maksud untuk memperlekeh dan menjatuhkan hukum, hanya sekadar berkongsi apa yang aku rasa punya nilai dalam hidup.

aku masih mencari ruang kepuasan diri dalam khilaf yang tak pernah ada hujungnya. aku melihat. segala-galanya punya visi dan misi, punya cara dan punya keputusan. Terpulang!..

Dalam sibuk mengolah suatu kisah menjadi sejarah!. Aku sentiasa membandingkan apa yang aku ada dengan apa yang aku tiada!..membandingkan aku dengan mereka-mereka. Aku melihat...mereka yang ada di antara yang ada...aku melihat berjuta wajah dalam satu cerita..hingga akhirnya, sukar untuk aku membuat keputusan..puaskah mereka dengan kehidupan mereka?

menyusuri denai hidup..aku tahu ada kalah dan menangnya di situ. Sama!ada susah dan senangnya cerita aku dan mereka!. Memandang..menilai dengan mata kasar..hanya yang kasar jer yang mampu diberi nilai. Dalaman...itu suara hati, sukar untuk dimengerti..sesukar menilai hati sendiri..

aku hanya menulis dalm kontek penulisan yang aku selesa. mungkin sesetengah orang, cerita mereka dizahirkan dalam bentuk dialog..bukan monolog..epilog!. Entahlah.....kepuasan itu milik bebas. Pilih sahaja yang manaa satu menjadi jati diri.

kisah yang hidup ni nyata aku zahirkan dari kumpulan pengalaman yang aku kumpul bukan dari kisah sendiri..tetapi kisah bersama..kisah aku dan mereka. Niat aku..hanya untuk berkongsi kisah agar mampu menjadi motivasi kepada mereka yang lelah seperti aku. Manusia yang punya keyakinan dan percaya diri. 

aku bukan pakar motivasi...bukan seorang penulis yang baik..bukan pengkarya yang agung!..aku cuma mahu berkongsi...apa yang aku mampu kongsikan kerana pengalaman pengkongsian!.Ok dah merapi!!

kisah yang hidup!
aku melalui kisah itu dalam mimpi dan jagaku
melihat selok belok kisah
dalam terang dan berbalam
kadang-kadang aku berjalan dalam gerakan santun yang sungguh ayu
kadang-kadang aku berjalan dalam gaya seorang pejuang, utuh dan kukuh..
bila aku jatuh..ada luka yang bersirat
ada lebam yang melekat...
aku berlari..tersungkur..
bibir mencium bumi..dahi berbekas tanda..
kekal...hingga wajah berubah riak
kisahnya...
itu hidup..!
bila dari sembuh aku rasa sakit..
dari sakit aku kembali sembuh
sering lupa untuk bersyukur..
aku kisahkan apa...
ikhlas dan benci bukan siapa tahu
kalau riak mampu topengkan hasad!.

aku memandang dalam pandangan tipu dan jujur
beriak ikhlas...beriak hati busuk
tiada siapa tahu
kerana pelakon itu aku!..

bila aku berjalan dalam gelap dans empit ruang..
aku bising pada keadaan diri dan alam
tanpa sedar...
aku menidakkan seindah kejadian!.

aku mula mendaki dan mendaki
mencari identiti diri
yang mungkin tersangkut di dahan getah
atau bergabung menjadi rumpun buah kelapa sawit..
minta dicanai menjadi ulian tepung!
yang mana satu aku sebenarnya?

bukan mudah membelai jiwa halus yang rawannya terlalu komplek
aku malas nak berdebat!
tapi dalam hati memberontak maki hamun!
hanya..topeng ini Maha sakti!

aku terbau manis dan pahit kopi panas
semerbak menusuk hidung-bersin!
bila pedas menyengat pun..bersin!
apa bezanya...?

sendu dan sedu..bila aku tatap kembali tubuh sendiri
kerutan dan kedutan
tidak kekal dan kekal..
sama seperti milik dan bukan milik
lariannya sama...
bukan abadi!!..

habis..apa yang aku kalutkan kekurangan diri
sedang kelebihan diri turut aku kritik
bimbang menjadi riak
sedang kadang-kadang sangat riak!.

kisah yang hidup..
aku garap dari peti besi kisah-kisah hati..
koleksi cinta
koleksi putus cinta
koleksi benci
koleksi rindu
koleksi perempuan
koleksi lelaki...
koleksi pondan
koleksi sedih
koleksi gembira
koleksi dan koleksi..
yang banyak hinggak ada yang aku lupa!..
aku mahu kongsikan kisah hidup untuk kekal menjadi sejarah yang hidup...!!!



Tuesday, August 7, 2012

puisi matiku!

di luar sedar setelah beberapa lama menghabiskan masa mencari apa erti hidupnya...

berkali-kali dia tersadung dan gagal mempertahan hak dan bukan haknya...

perlahan-lahan di dongakkan wajah memandang pada terik mentari petang..bahangnya tidak segarang siangnya....

rasa hati yang berkecamuk dizahirkan dalam penulisan yang panjang. mencurahkan apa yang ada dalam lubuk jiwanya...apa yang sebenarnya bersarang dan berdiang!

kesedihan memaksa jiwanya karam dalam rasa yang pelbagai..sedih sangat!...luka makin parah..parut kemabli bernanah!. itulah hakikat.

siapa yang dia mahu...apa yang dia cari...?pertanyaan itu bukan hanya sekadar pertanyaan dia butuh keperluan dan jawapan!. Jiwa dan hati nya tidak tenang..

perempuan itu terus bertanya pada dirinya..kenapa rasa itu terus kekal dalam diri..kenapa ditangisi apa yang terjadi..pilihan dan kesannya...hanya dia yang akan menanggung!..sakitnya...

di ruang kamar yang serba ringkas, perempuan itu mula melakarkan kisah....dalam coretan jiwa yang tak pernah pudar kusutnya...

saat aku membilang hari-hari yang ada...
saat aku menilai kekurangan diri...terlalu banyak yang aku nilaikan..
saat aku memandang untung nasib dan kelemahan diri...
aku terasa ingin mati..
aku terasa ingin mati..

saat aku karam dalam lautan rasa jiwa yang tak pernah kurang..
aku terasa aku telah tenggelam dan hilang...
saat tenggelam...aku inginkan mati itu...

aku mencari apa mahuku dalam hidupku..
apa faedahku dalam rawan jiwamu...
aku mencari fungsi seorang aku...
mencari dalam bayang dan gelap rasa...

aku bagaikan reput kayu yang musnah menjadi humus..
aku bagaikan kertas kosong yang telah koyak dan basah
aku umpama kain buruk alas periuk hitam...
aku...aku.....siapakah aku...

semua tidak mahukan aku....semua membuangku...
tiada gunanya aku...
tiada gunanya aku...

semua membenciku...semua menidakkakn kewujudanku..
semua membiarkan aku...

aku sakit....aku sedih sangat!!!....
sedih sangat.....
dia yang ku puja.....dia tiada...
dia yang ku sayang...dia tiada...

aku terbuang...aku dibuang...
ayahku mencemuhku...ibuku menangis keranaku...
dan aku......
aku mahu mati!...

berhari-hari aku kirimkan pertanyaan..hanya sepi yang tertanam!
diam...diam..diam....
diam terbuang!...

apa gunaku.....
apa fungsiku.....

andai aku pergi....andai aku mati.....
andai aku pergi...

Nauzubillah....bisikan syaitan itu kuat menganggu imanku....
Nauzubillah.....
hati ini hanya merajuk....
hati ini hanya merajuk...

langit mendung hujannya tidak....
henda dirajuk...air diruang..
langit mendung..langit mendung..hujannya tidak...

apa dirajuk...apa dirajuk..kepada orang...
entahkan kasih..entahkan kasih..hai entahkan tidak...

Wednesday, June 13, 2012

terima kasih



Saya nak ucapkan TERIMA KASIH....

terutama kepada followers saya..yang sudi follow blog saya yang seADOnyer ini...

terima kasih kerana sudi meluangkan masa berkunjung..membaca blog ini...

segala yang tercatat..tercatit..dalam blog ini...banyak "kisahnya"...hehehe...

apa jua yang tertulis....disinilah tempatnya...

ada masa ianya akan sunyi....bukan tiada cerita...bukan tiada kisah....

cuma kengkangan masa membataskan....alasan?...ya..memang alasan..

saya sangat berharap....

saya akan boleh terus menulis..mencatitkan apa yang ada dalam jiwa saya......

bukan untuk apa....untuk kepuasan hati.....

terima kasih kerana sudi berkongsi kisah ini...

blog ini...saya sendiri..insyaAllah..akan sentiasa dekat di hati...

terima kasih.....


Monday, June 11, 2012

tiada kata secantik bahasa

aku jarang sangat sukakan lagu klasik yang di cover version oleh penyanyi-penyanyi profesional negara...

inilah pertama kali..aku suka cover version lagu ini..satu-satunya lagu yang aku rasa punya soul dalam kedua-dua version....

korang rasa camner?

version asal....by P.Ramlee

version baru....by monoloque

version mana yang korang suka......................?

aku....?dua-dua version!!..



Wednesday, August 17, 2011

alahai...

salam....

banyak yang hendak dicoretkan dan banyak sebenarnya yang ada dalam hati dalam fikiran dan dalam apa jua kotak yang bernama perasaan manusia.

akal kononnya menjurus ke arah logik sedang hati lebih kepada sentimental....syahdu dan layu..benarkah...?

entahlah...aku sekrang dalam mood...gundah gulana..caca merba..keluh kesah..resah gelisah...

kerana apa....

kerana rasa dan kerana akal!

loh...

bila hati aku berbicara.....

dalam debar dan degup yang entah kenapa...ada kisah fairy tale yang menari-nari dalam hati...dalam jiwa dan dalam rasa....kisah menarik tentang apa yang dinamakan perasaan..hehehehe

pelikkan....tetiba rasa itu berputik dan akhirnya subur..subur pulak di taman larangan..ada jurang memisahkan...aduhai...

tapi itulah rasa jiwa..

jika hari ni aku menari keranamu
mungkin esok aku tidak akan menari lagi...
jika hari ini aku mengejarmu
mungkin esok aku akan berhenti...
jika hari ini aku mengenangmu
mingkin esok aku akan terlupa tentangmu
jika hari ini aku punya rasa ini...
mungkin esok rasa ini telah mati...

kadang-kadang..aku terfikir gak..dalam kita duk jaga2....kunci rapat2 rasa suka....suatu hari..kunci pintu cinta itu akan terbuka jua...

tapi cinta kah ini....~sengal!

pasti tidak..kerana cinta itu dua jiwa..bukan 1 jiwa!..

kuburkan...akal berkata!!..

"fikir logik...fikir logik!..ini hanya perasaan perasan!!!..bukan cinta.."akal berkata dan berkata!

hati degil untuk menerimanya....

"kenapa aku mesti suka dia!!!..."akal diam.

penat menjelaskan segalanya... perasaan jer tu!..PERASAN BETOIII!!!...dush..dush..ambik ko..PERAHSANTAN sangat..~

oooo...begitukah,,,?

ENTAH!......

eeemmmm...biarkan rasa cinta itu berlalu dengan izinNYA....

sedih....terasa sangat..marah..terkilan!!..itu apa pulak...itu aggressive....marah hingga terasa nak makan pintu...!

aktif dan comel...ehhhh...?

tanggungjawab mengajar....

eemmm......

begini jelah.....

kalau diri masih pelajar...
sila perjuangan masa depan sendiri..
duit mak ayah..duit mak ayah...
duit kita untuk masa depan kita....
kalau diri masih pelajar...
dosa masih di bahu ayah...
sanggupkah bebankan dia..sedang dia sudah tua...
jadi..berusahalah-berusahalah....
dunia belum milik kita...
berusahalah...
berusahalah...
berusahalah...
dan andai kamu rasa terkilan dan hilang wibawa diri....
biarkan dan biarkanlah..
satu hari..akan ada 1 isues...
akhirnya,,,
apa...
apa...
.........
.......
.....
...
..
.

sesiapa yang bodoh sombong..degil..x sopan..itulah egonya...


Tuesday, May 24, 2011

dimensi baru EEP 1

salam penuh kerinduan...sudah lama tidak mengupdated dan pastinya menulis di ruangan blog ini. kesempatan..tanggungjawab kerja menuntut seribu dan sejuta pengorbanan sehingga kadang2 melupakan ada satu tempat yang ada untuk aku setia menulis..walau kadang2 penulisan itu akan bisa membunuhku...hehehehe..apapun.dunia..dimensinya tidak sama untuk aku mahupun untuk kamu...

baru selesai menunaikan amanah baru..yang secara tiba2 terpaksa aku galas..dengan rela atau dengan paksa rela...menguruskan pelajar-pelajar baru....hehehehe..bolehkah aku...?

entahlah..banyak pengalaman dan dimensi baru yang berjaya aku rakamkan lewat beberapa jam bersama mereka. nyata..pengalaman mendewasakan...hakikatnya...aku suka!...bukan suka untuk mengalas beban..tapi aku suka dengan dunia baru ini...segar!!..

apabila disuruh/diminta/dipaksa mengelola secara bidan terjun atau sememangnya dirancang...aku layankan jer.....tak pernah2 aku involve secara langsung..kali ini kesempatan itu ada....jumlah pelajar 150...menuntut semua kaki tangan yang 'tiada kerja' untuk ada kerja....

hahahaha....aku yang tiada kerja?...benarkah...hahahahaha..

so apa yang aku lakukan hari ini...?aktiviti bebas..yelah modul xde...aku nak follow apa..nak buat apa..so aku buat apa yang aku rasakan logik dan bersesuaian..

sesi pagi..taaruf atau suaikenal....nama..asal...bidang dan kenapa pilih bidang ni?..jawapan:macam-macam ada...hahahahaha....

sesi petang:..mencipta lagu GCI..bukan sebab aku sayang sangat ngan GCI ni...tp untuk membuka ruang setiap ahli kenal komuniti kecil (kumpulan masing2)..sebelum mengenali kawan seangkatan..at least ruang interaksi dan komunikasi itu ada...

maka pelbagai lagu diperdendangkan tadi..kreatif..bersungguh dan yang pastinya....happening!..terima kasih...langkah pertama berjaya!...

seterusnya...tadi baru dapat acara/modul yang perlu di ajar....oh yer..aku bersama seorang rakanku...laila...so..esok kami akan memulakan modul kami....'pengurusan acara".....bisakah....?

hahahahaha....entah.......!

Monday, March 21, 2011

rindu..saya rindu kamu....

aduhai hati....entah bila akan tenang dan diam dalam damainya...

saya sangat rindu untuk menarikan pelbagai kisah didada blog yang setia ini..namun itulah...tuntutan waktu dan kesibukan diri menjadi kengkangan dan halangan..lagipun xde perkara yang saya rasakan major untuk dikongsi bersama..hanya...'soal hati..' soley-soley..!

recently duk sibuk dengan final exam bebudak..sibuk updated carrymarks n so on....ptg2 lak duk sibuk ngan training tarian retro untuk Annual grand Dinner college this coming friday..another 2 weeks to go!...really enjoy and love to dance!!..

persoalannya..entah..selalu jer kalut hati datang dan memepersendakan apa jua yang ada...marah merah...tenang biru...damai hijau..benarkah?..entah,,,,mungkin adakalanya ia menjadi benar dan benar!


currently i was listen to jika cinta dia by giesha..it's remind me to someone...

"terlampau sering kau buat airmataku..x pernah kau tahu..dalamnya rasa cintaku..
tak banyak inginku jangan kau ulangi..menyakiti aku sesuka kelakuanmu
ku bukan manusia yang tidak berfikir..berulang kali kau lakukan itu padaku...

jika cinta dia jujurlah padaku
tinggalkan aku disini tanpa senyumanmu..
jika cinta dia ku cuba mengerti..."

aduhai...hahahahahaha


Thursday, January 20, 2011

kerana..mahabah delaila...

hehehheehe.....kesibukan bekerja n balik lewat ke rumah membuatkan aku kekadang x sempat nak follow ada 1 cerita kat tv9..mahabah delaila....

"Apa yang cuba kami zahirkan dalam cerita ini, bukan hanya ketabahan hati dua insan yang berbeza umur yang disatukan dalam ikatan perkahwinan tetapi kebaikan seorang insan yang mempunyai kelebihan dalam menghulurkan bantuan,"

apapun....aku suka pelakon watak Waad tu.......~.~..comey...nyum..nyum..!...

kenapa aku suka cerita ni...............?

hahahahahahaha.......korang rasa?....

=====...nanti aku updated k..======

ada kawan datang umah, nak tumpang tido....hehehehe..

Wednesday, January 19, 2011

menari dengan hati,,,

salam..wah..wah..rindunya dengan dunia penulisan diri di sini..'saya rindu awak'..sangat-sangat!..awak tak rindu saya ker......?...mesti awak rindukan....~.~..hehehehehe....

masih di opis....bersama dengan student, yang sedang menyiapkan cad drawing..semoga dipermudahkan segala urusan..amin!..

banyak yang perlu diselesaikan bulan ni..tanggungjawab diri sendiri..n tanggungjawab kepada kerja!!!..hey, cik chummie....x mo malas-malas tau....amanah tu...

lewat dua minggu dulu..suasana hati redup jer..mendung berminggu2....huhuhu..sedey dengan result thesis..~x mencapai standard...bukan salah sesaper...salah cik chummie sendiri...terlalu melebih-lebihkan kolej...students..hingga terabai amanah diri sendiri....~saya ngaku salah!!.....tapi saya x menyesal...sebab saya pilih keadaan itu..saya tau saya ada pilihan untuk tidak buat...tidak ambik pot..tidak dan tidak...tapi saya takut....akan menyusahkan banyak pihak..sehingga tanpa sedar sy mengecewakan diri sendiri..mengecewakan hati sendiri....TIDAK!!....

tapi...nak buat macamana..dari dulu rasanya cik chummie memang suka mengecewakan hati sendiri....'ketawa dan air mata..itu sebenarnya cinta..!'..der.....

entahlah..mengumpul saki baki kekuatan..jangan risau k!..saya sedang dan akan terus berusaha!!..saya sayang diri saya!....saya sayang hati saya!...saya perlu gembira..dan berusaha untuk gembira!!.....

saya AKAN TERUS BERUSAHA!!!!!...

tinggal x sampai seminggu pada tarikh keramat...hah!!..saya akan cuba sehabis daya....esok cuti..maka!...bekerjalah saya dengan thesis saya...

jangan risau thesis...saya tetap akan sayang kamu!....

~.~..k...mahu terbang bersama si cintaku.....Mr.T...

jaga diri tau kawan2...sayang kamu dengan izinNya....

jumpa lagi tau....

jangan jemu membaca...!..

Thursday, January 6, 2011

yakini dengan hati....

aduhai..kenapa rasa pedih dan sangat suram jer hati ni..terasa semuanya berada dalam mood 'mendung'..'sedih'...pilu..aduhai..kemana hilangnya sang ceria..rindu rasa manja dan manis itu....

entahlah..mungkin kerana bebanan kerja dan tanggungjawab yang banyak...terpikul dan tak tergalas...di tambah dengan rasa kecewa pada diri dan orang-orang sekeliling..aku akhirnya jadi begini..sendiri...merenung nasib diri..sendiri mengelola rasa dan rahsia hati..!!

aduhai.....sambil2 aku menaip ni..tiba2 dapat panggilan telefon dr seorang sahabat.....rindu kamu dilla.....terima kasih kerana sudi bertanya khabar n concern!..sangat butuh....

penyelesaiannya makin pudar dan kian pudar...

bebanan kerja dan 'cerita' dan drama budak2 pun makin menambah luka di dada...!!

sakit hati!!!

Tuesday, December 21, 2010

my Fb StaTuS 2010...


ini adalah salah asati daripada cerita status Fb aku bagi musim 2010..hehehehe..siapalah yang rajin sangat buat application ni on FB...hasilnya....hahahaha...banyak mana perkara yang aku post kan on my wall.....total pages: 74..giler kan...bila baca balik a few pages...ada yang mengelikan hati sendiri....dan x kurang yang mengarut...hehehehe...pendek kata...panjang x kata apa2...MACAM2 ADA....hehehehehe

mostly: mana2 entry aku berkenaan dengan perasaan aku masa tu..serabut?gembira?suka?duka...kecewa...semuanya ada..hasilnya..semua terbongkar di FB...malu....=.~...

jom cerita satu persatu apa yang aku riwayatkan dalam setiap penulisan status FB aku.....

page 1: latest...80% berkaitan dengan kisah thesis....master yang macam2 hal.....selebihnya...berkenaan dengan mood dan lagu..hehehehe...lagu apa yang aku dengar...sedang dengar...nyanyi dan sebagainya....hehehehehehe

bila check balik..kadang2 kata2 yang terluah...buatkan aku impress dengan diri sendiri..benarkah.....hahahahahaha....

~.~..next pages....soon k...

Tuesday, December 14, 2010

bila kita mahukan sesuatu...

bila kita mahukan sesuatu....kita kadangkala hanya terfikir untuk mendapatkannya dengan hanya bergantung kepada SATU jalan penyelesaian semata-mata.....mahu mendapatkan duit untuk tujuan berbelanja lebih..MLM menjadi tumpuan..benarkah MLM itu menjamin kesejahteraan dan kekepokkan duit didalam poket dan bank kita...jawapannya...Wallahualam....

aku hanya percaya benda dan perkara yang ada..yang aku yakini denga jiwa dan akal fikiran..hanya Quran dan sunnah..menjadi panduan penunjuk jalan. Hakikatnya...sejauh mana aku berpaling pada Quran andai kesempatan menyentuhnya..aku tinggalkan jauh....dengan alasan..sibuk~dunia~sibuk~dunia...!!semuanya perihal dunia...

caturan hidup bagaikan telah di pattern dengan konsep yang sama..bangun tido..solat..mandi..gosok baju keje (itu pun kalo aku rajin..~kantoi~..)...kalo sempat bancuh air..aku bancuh lah...kalo sempat buat breakfast..pastinya nasi goreng menjadi pilihan..kalo kedua2nya tak sempat...hahahaha...restaurant syawal jadi pot...(dan biasanya itulah rutinnya...~syawal...dengan kopi O panas...nasi goreng atau roti kosong susu...hehehehe)...sesudah bergosip2..hahahahaha....sesi bicara pagi selesai..naik opis...ngadap pc...buat keje...fb..keje..fb...youtube..keje.....tima lunch..pegi lunch...solat zohor...keje...asar..keje...balik....(temankan adik aku kat pusat terapi dia dulu....)~lebih kurang 10.30-11 lebih..aku balik umah...sampai2..penat...baju?berguni tak basuh...hahaha...ni pun br selesai 1 trip....baju kurung...n baju tido..dengan beberapa helai t-shirt....tinggal t-shirt..seluar n baju tido jer ag..........penat woo....

then, bila masa di antara waktu2 tersebut aku baca Quran....?..jawapannya: bila aku browse Quranicexplorer...itu jelah yang paling mudah dan senang....ngaji dalam hati sambil ikut suara merdu Qari mengalunkan ayat2 Quran....(headphone yang ku sayang..terima kasih...)..itupun...bukan hari2..aku ni, manusia alpa...ada masanya aku hanyut...n alhamdulillah..masih teringat jalan kembali...semoga Allah permudahkan urusan akhiratku..jangan lalaikan aku....

kalau kat umah...Quranku, aku letakkan elok dalam drawer almari makeup ku...biasanya..kalo ada kesempatan..usai solat maghrib..sempatlah aku abiskan 3,4 helai.....itu jer yang termampu...3,4 helai dalama seminggu....cukupkah buat bekal?...aduhai..bila aku mahu berubah...-malu dengan khilaf dan kelemahan diri sendiri....perlu berubah..bukan cakap jer..tapi usaha....

aku akan cuba yang terbaik.....-di kala ini..ada bisikan hati yang terlintas...mampukah...doakanlah aku wahai sahabat2 ku....

hari ni, walau penat membasuh dan mengemas2 apa yang patut....aku macam bersemangat untuk selesaikan thesisku...semoga aku bersemangat untuk terus berusaha..doakanlah....

ok lah..sambung thesis dulu ek...

terima kasih kerana sudi luangkan masa membaca coretan aku..yang semuanya datang bagai air...dan aku leka menulis...hahahahaha...

semoga segalanya indah dan baik2 aja.....LOVE AND FAITH....~.^)v

Sunday, December 12, 2010

hurt...

gara2...x dapat layan karaoke lagu hurt...masa karok last times...aku melalak lagu hurt ni thru youtube..walaupun sumbang..pitching lari...aku layan kan jer....nyanyi sambil meniarap..hahahaha.....

aku hanya suka2....bukan nak jadi penyanyi pun....




lagu ni pun..tetiba jer aku layan...hahahahaha.....xde kene mengena pun dengan kisah silam atau apa2..aku kalau terjumpe jer lagu apa2...excited melayan..hehehehehe...

bosan sebenarnya...td ke jalan TAR..dah lama gak aku x pegi jalan TAR...malas..sebab ramai sangat orang....

kenapa ke jalan TAR?...survey2..barang.....temankan salah seorang member aku yang nak cari hantar bertunang..iaitu baju angkat nikah...dan confirm..JAKEL menjadi pilihan...nice price..nice choice...lega...!

sambil2 tu..cuci2 mata ngan kedai2 hantaran kawin.....wow...banyak idea untuk cupcakes....~.^)v...suka2....hehehehe...

nanti..boleh ah datang ngan angah......

k lah....dah pukul 10.15...dah ngantuk..nguap2 dah ni....jap ag..nak sambung edit thesis....pastu..nak tido...esok keje...~boring!!.....

tp x keje...xde duit...~so..kene kuatkan semangat....

kepada pengunjung blog ku ini..yang membaca entry ni n entry lain2..yang rajin melayan any video dalam blog ini...dan yang rajin post2 comments...thank you.....

saya bukan penulis....bukan penyanyi...bukan pereka lagu...

hanyalah saya.....

terima kasih atas kunjungan....semoga hanya yang terbaik dan membahagiakan dunia akhirat untuk kalian semua~amin...

LOVE AND FAITH~.......~.^)v...

Friday, December 10, 2010

cinta...

rindu untuk kembali mencoretkan suatu kisah dan cerita yang aku namakan kenangan dan pengalaman..membuka ruang kebenaran dan pendedahan dengan menulis di sini..pasti akan membawa perjalanan yang jauh pada satu dunia...pengisian yang hanya aku tahu kenapa dan mengapa......

seorang cinta sedang asyik melihat handphonenya....
membaca balasan dan pesanan cinta dari cintanya....

tersenyum....dan tertawa penuh cinta.....
terbayang keletah cintanya..dengan penuh cinta.....

rindu yang ada dalam diri...penuh dengan bunga-bunga cinta...
harum dan mekar hanya untuk cintanya...

seorang cinta itu merenung keluar cermin kereta...
tersenyum sendiri..walau disepanjang perjalanannya hanya ada pepohon...
itu kuasa cinta.....

tersenyum......
terkecewa.......
termerajuk.....
tersenyum......

seorang cinta itu akan terus setia untuk cintanya....
dan akan terus percayakan cintanya......
akan terus menunggu cintanya....

seorang cinta itu akan terus menjaga dirinya untuk cintanya...
kerana dia mahu cintanya jua mampu menjaga dirinya.....

cinta membuatkan cintanya terus kekal mencintainya...
cinta membuatkan si pemerhati cinta..hanya mampu memerhati....

cinta membuatkan cintanya setia mencintainya....
cinta membuatkan si pemerhati cinta..akhirnya mengalah untuk merebut cintanya...

cinta membuatkan dunia ini penuh dengan cereka...
ceria..duka..gembira..sedih.....

cinta membuatkan si pemerhari cinta..diam....
si pemerhati cinta akan terus diam...
menyimpan semua yang ada dalam hati..sendiri...

cinta membuatkan si pemerhati cinta terasa penuh berdosa....
mencintai cintanya dalam diam...

kuasa cinta si cinta pada cintanya...
akhirnya membuatkan si pemerhati cinta mendoakan hanya yang terbaik untuk cinta dan cintanya...

cinta itu umpama kristal...umpama lelangit....umpama air...
jangan kau usik nakalnya...kelak berderai hancur semuanya...
jangan kau cemarkan udaranya.....kelak gelap dan kotorlah lelangitnya..
jangan kau cemarkan airnya..kelak berkeladak dan membusuk airnya....

pergilah si pemerhati cinta..
jangan kau teruskan langkahmu...
jangan kau tega pisahkan cinta dan cintanya...
cinta hanya perlukan cintanya...
cintanya hanya perlukan cinta..

pergilah...
bawalah dirimu.....berlalullah.....
jangan pernah datang dan jelmakan diri....

semadikanlah rasa mu wahai si pemerhati cinta...
buang dan hapuskan semuanya.....
jejak hati yang sepatutnya dari mula tiada....



~wah...tetiba menulis kisah cinta...hehehehe....sebab mungkin terasa ada aura cinta disekelliling..membuatkan penulisan kali ini lebih kepada cinta..melihat teman-teman makin sibuk mempersiapkan diri untuk masuk ke alam cinta yang sebenar..jelas..cinta membuatkan manusia boleh berubah menjadi 'gila'...senyum...ketawa....hehehehehehe...

indah!...

hanya itu yang mampu diucapkan...gelisah sesaat...bila tiada khabar si cinta.....saat berjauhan..rasa cemburu itu akan merasuk dalam fikiran..lalu jadi tak tentu arah......comel!..hehehehe

betulkan..cinta membuatkan manusia menjadi gila....

rindu yang melampaui tahap dan kebatasan hati......adakalanya..mahu sahaja di jerit-jeritkan rindu.....terkinja-kinja..."rindu sangat...".....peluk teddy atau bantal kuat2...geramkan rindu...hahahahaha....(~pernah ker...?-monolog diri..)hehehehe....

~listening to hurt christina aguilera............

Thursday, November 11, 2010

akal dan hati...

Menunggu sesuatu yang sangat menyebalkan bagiku
Saat ku harus bersabar dan trus bersabar
Menantikan kehadiran dirimu
Entah sampai kapan aku harus menunggu

Sesuatu yang sangat sulit tuk kujalani
Hidup dalam kesendirian sepi tanpamu
Kadang kuberpikir cari penggantimu
Saat kau jauh disana

Walau raga kita terpisah jauh
Namun hati kita selalu dekat
Bila kau rindu pejamkan matamu
Dan rasakan a a a aku

Kekuatan cinta kita takkan pernah rapuh

Terhapus ruang dan waktu
Percayakan kesetiaan ini
Pada ketulusan a a ai aishiteru

Gelisah sesaat saja tiada kabarmu kucuriga
Entah penantianku takkan sia-sia
Dan berikan satu jawaban pasti
Entah sampai kapan aku harus bertahan

Saat kau jauh disana rasa cemburu
Merasuk kedalam pikiranku melayang
Tak tentu arah tentang dirimu
Apakah sama yang kau rasakan

Satu sendiri pikiran melayang terbang

Perasaan resah gelisah
Jalani kenyataan hidup tanpa gairah
Owu..wo..o..

Lupakan segala obsesi dan ambisimu
Akhiri semuanya cukup sampai disini
Dan buktikan pengorbanan cintamu untukku
Kumohon kau kembali

Kimita tuokukitemo
Kiminoi shuaguaratala
Shiniteruyo shiniteruyo

Wo wo wo..
Wo wo wo..a a ai aishiteru

(by Zivillia band: Aishiteru~aku cinta padamu~)


akhirnya.....segala yang menjadi persoalan dan tanda tanya berakhir dengan penuh kebaikan....aku terus menjalani kehidupan ini tanpa ghairah....semuanya kembali kepada asal..yang tiada akan terus tiada...kenangan yang mungkin akan jua tiada..terhapus oleh masa.....

inilah hakikat sebuah perhubungan dan kehidupan....peluang dan ruang yang akhirnya akan punya penamat sendiri....."percayakan kesetiaan ini..pada ketulusan....aishiteru.."..janji itu masih ada dalam diri..hanya yang layak akan menerima wadah cinta dari seseorang yang bernama aku..

namun lewat usia...cinta itu diam dan cuma mendiam....hakikatnya....?entahlah....aku sudah tidak punya perasaan akan akal hidup.....mungkin kerana dunia kerja yang semakin sempit dan menghimpit..aku lemas dengan kemelut pekerjaan...

yakini dengan akal...adili dengan hati....

selamat berbahagia dunia akhirat sahabat.....~amin...

"Satu sendiri pikiran melayang terbang..perasaan resah gelisah..Jalani kenyataan hidup tanpa gairah..."..saat ku harus bersabar dan terus bersabar..sesuatu yang amat sulit untuk ku jalani.....

kamu!!!!....

kamu...!!

yang sedang asyik menaip!!..

kamu...!!

perlu kuat!!..

hidup ini indah....!!...

hati kita akan selalu dekat!..

aku..dan..diri aku!...

pengalaman indah seindah persahabatan kita..

terima kasih...