Kak Long hanya mampu mendiamkan diri. Rasa terpinggir yang menguasai diri dan berjaya merubah jiwanya menjadi seorang yang sensitif benar-benar ingin diusir jauh-jauh. Terlalu banyak benda dan perkara yang membebani akal fikiran dan jiwa kelamnya. Kalut, kusut, resah, duka...semuanya bersatu menjadi satu rasa yang entah apa-apa. Aduhai....bebanan perasaan dan resah gelisah jiwa kali ini...benar-benar membuatkan dia dihambat rasa pelik yang sangat sukar dimengertikan.
Kak Long menyelak helaian demi helaian penulisan tesis masternya. Mencari di mana arah pandu dan kesalahan yang benar-benar kabur di pandangan matanya. Kusut dengan masalah terbaru yang dihadapi..Kak Long seakan-akan telah hilang semangat...Terlalu banyak masalah yang datang di saat dia sendiri sedar...tiada hata sekelumit kekuatan dalam dirinya.
Dengan perlahan disisip kopi O panas yang masih berasap. Minuman kegemarannya. Pagi hingga ke malam dia betah jer kalau dihidangkan dengan kopi O panas. Kopi pekat dan pahit itu memang teman setia. Bukan untuk berjaga malam...tapi memang rutin.
Sambil menikmati Kopi O panas yang nyaa lazat dan penuh nikmat. Kak Long meluaskan pandangannya jauh, merenung kawasan sekeliling yang gelap. hanya cahaya lampu jalan dan lampu rumah kawasan kejiranan yang bersuluh. Di balik pepohon ara yang rendang..suasana jam 11.30pm itu benar-benar mengasyikkan. Sesuai dengan niat hatinya untuk mencari damai yang hilang. Deruan angin yang sepoi-sepoi bahasa, segar dan damai. Cuma yang mencacatkan deria yang ada, adalah....hiruk pikuk kenderaan yang masih aktif di jalanan.
Kalaulah sekarang ni, aku kat kampung wan...kan best!...
Rindu pada nenek yang satu memang sentiasa ada dalam jiwa dan hatinya.
Wednesday, May 30, 2012
Tuesday, May 29, 2012
sebab di sebalik.....
Mendapat panggilan telefon dan mendengar khabar yang x best...huhuhuhu...Head of Department, merangkap internal examiner master aku nak jumpa aku khamis ni......
banyak correction thesis aku....x boleh nak buat proofread..aduhai sedey sangat...
inikah perkara yang aku perlu selesaikan setelah aku resign!...mungkin....sebab selama ni..dalam tempoh selepas viva...xdelah...aku tau status thesis aku..aku viva january kot!..(ye ke..?)..
tahun bila lah master aku nak abis ni...kawan2 semua dah grad..dah ada scroll master..aku?
dah lah br plan nak sambung phd.....(sebab x keje....)...
dah tu...aduhai..dah berdebar2 dah segala urat kepala n kepala lutut!..
khamis ni...khamis ni...huhuhuhu.....risau sangat...
apa akan jadi..aku kene berusaha keras..kekuatan!!...
banyak correction thesis aku....x boleh nak buat proofread..aduhai sedey sangat...
inikah perkara yang aku perlu selesaikan setelah aku resign!...mungkin....sebab selama ni..dalam tempoh selepas viva...xdelah...aku tau status thesis aku..aku viva january kot!..(ye ke..?)..
tahun bila lah master aku nak abis ni...kawan2 semua dah grad..dah ada scroll master..aku?
dah lah br plan nak sambung phd.....(sebab x keje....)...
dah tu...aduhai..dah berdebar2 dah segala urat kepala n kepala lutut!..
khamis ni...khamis ni...huhuhuhu.....risau sangat...
apa akan jadi..aku kene berusaha keras..kekuatan!!...
Monday, May 28, 2012
rasa aneh
Dalam hidup..kalau tak berani bermimpi....akan tiada langsung impian dan cita-cita. Mungkin itu adalah punca kenapa Shamir selalu menolak apa yang dia rasa dan apa yang dia ada. Takutkan bayang-bayang sendiri..itukah puncanya dan masalahnya. Entahlah..sukar untuk dia menjawab apa yang bersirat dalam lapang dada dan fikirannya.
Bukan menolak fitrah kejadian manusia...bukan menolak sunnah Rasulullah....aduhai..jiwanya dalam amuk rasa yang pelbagai..entahlah.....entahlah!. Hanya itu yang mampu dinyatakan saat akal bertunjangkan rasa yang aneh. Perasaan itu membunuh hampir keseluruhan jiwanya..kekuatannya seakan musnah, kegagahannya kalah dengan rasa yang aneh itu. Anehkah memiliki rasa yang satu itu. Rasa yang membuatkan jaganya tidak karuan dan lenanya tidak kenyeyakkan..(perkataan ini adakah?).
Shamir memandang ke luar tingkap. Hiruk pikuk kenderaan tidak sedikit pun menjejaskan apa yang bersarang dalam kotak fikirannya. Aduhai....aduhai. Keluahan demi keluhan bagaikan tidak pernah luput.
susah!
Bunyi deringan SMS mengejutkan Shamir. Di capai telefon di meja kecil bersebelahan dengan katil bujangnya.
"Shamir...busy x?" SMS daripada Ziera.
"Tak buat apa pun. Kenapa?" balas Shamir, cepat
"Ada masalah sikit..huhu"
Tidak menjawab sms yang dikirim oleh Ziera, pantas Shamir mendail nombor seseorang. Kerisauan memuncak dan rasa ingin tahu beraja dengan mengila.
"Hello...Miss...Miss...!"
"Assalammualaikaum..Shamir..."
Kalut sangat membuat panggilan, sehingga lupa memberi salam, Malu Shamir sendiri.
"Waalaikummusalam warahmatullah...Miss kat mana?,apa yang jadi?kenapa?ada masalah apa?" bertubi-tubi soalan di tanya.
"Sabar..sabar..saya kat Wangsamaju..kat dengan area Wangsawalk Mall...kereta saya breakdown...saya tak tau nak buat apa ni......"
"Ok. Tunggu. Saya datang sekarang!". Mencapai kunci kereta, Shamir meluru ke arah pintu. Dicapai baju kemeja T yang tersidai di kerusi. Dengan hanya berseluar bermuda, pantas langkah dihayunkan.
Bimbangkan keselamatan dan keadaan Ziera, tiada yang lain yang dia pedulikan, Apa yang dia hanya tahu, perlu cepat sampai!
Bunyi deringan SMS mengejutkan Shamir. Di capai telefon di meja kecil bersebelahan dengan katil bujangnya.
"Shamir...busy x?" SMS daripada Ziera.
"Tak buat apa pun. Kenapa?" balas Shamir, cepat
"Ada masalah sikit..huhu"
Tidak menjawab sms yang dikirim oleh Ziera, pantas Shamir mendail nombor seseorang. Kerisauan memuncak dan rasa ingin tahu beraja dengan mengila.
"Hello...Miss...Miss...!"
"Assalammualaikaum..Shamir..."
Kalut sangat membuat panggilan, sehingga lupa memberi salam, Malu Shamir sendiri.
"Waalaikummusalam warahmatullah...Miss kat mana?,apa yang jadi?kenapa?ada masalah apa?" bertubi-tubi soalan di tanya.
"Sabar..sabar..saya kat Wangsamaju..kat dengan area Wangsawalk Mall...kereta saya breakdown...saya tak tau nak buat apa ni......"
"Ok. Tunggu. Saya datang sekarang!". Mencapai kunci kereta, Shamir meluru ke arah pintu. Dicapai baju kemeja T yang tersidai di kerusi. Dengan hanya berseluar bermuda, pantas langkah dihayunkan.
Bimbangkan keselamatan dan keadaan Ziera, tiada yang lain yang dia pedulikan, Apa yang dia hanya tahu, perlu cepat sampai!
Tuesday, May 22, 2012
pak tam dan rasa itu
kak long kepelikan. Makin lama perasaan yang ada ini membuahkan rasa yang pelbagai, manis dan pahit. Pelik tetapi benar. apa yang ada dalam koak rasanya sekarang berbeza sekali dengan apa yang ada didalam fikiran warasnya.
Arghh..susah benar untuk memahami rasa yang ada. Unjuran perancangan jiwa, nyata tidak sama dengan perancangan akal fikiran yang berpaksikan pada ilmu logik dan nyata. Fantasi kadangkala melemahkan tetapi kadang kala menjadi nada penguat cerita.
Dah lama tidak bertemu dan berbual-bual dengan Pak Tam. Kesibukan bekerja dan kebatasan masa membuatkan segala tanggungjawab sosial terpaksa di tinggalkan. Bekerja juga melunaskan tanggungjawab sosial, cuma lebih bersifa sejagat. Tanggungjawab sosial yang dimaksudkan sekarang lebih kepada keperluan batin.
Kak Long membelek-belek helaian buku yang sedari tadi hanya diselak-selak tanpa sedikit pun di baca isinya. Perasaan dan fikiran melayang, kontra dalam definisi fikiran dan rasa hati. Aduhai, bisakan rindu itu membuai-buai jiwa perempuannya. Sedangkan logik akal, menidakkan perasaan yang makin bercambah.
Manusia, ketamakan dalam menentukan apa yang dikehendaki. Antara kemahuan rasa dan kemahuan akal, antara logik dan khayalan.
Apa yang sedang dilakukan oleh dia sekarang. Sudah tidurkah?. Jam menunjukkan tepat jam 2.30 pagi. Aduhai, malam indah yang sangat sesuai untuk bertahajud dan solat sunat. Kak Long bingkas, niatnya hanya satu, merendahkan diri pada si Pencipta, agar jiwanya yang kusut mampu untuk ditenangkan. Semoga dipermudahkan keputusan.
*******************************************************************************
Shamir hanya diam, merenung keluar jendela, Peluh yang menitis di dahinya di sapu dengan tuala yang dilingkarkan ke leher. Dia baru sahaja pulang daripada menjalankan kerja-kerja yang di amanatkan. Sudah hampir seminggu dia menjalankan tanggungjawab pada kerja-kerja yang di amanatkan kepadanya. Keluar jam 9.00 malam, selesai kerja jam 2-3.00 pagi. Begitulah rutin kehidpunnya dalam tempoh seminggu ini. Tinggal dua minggu lagi, roda kehidupannya akan kembali normal. Itupun kalau tiada assignment yang menanti.
Mengeliat sambil membetulkan urat otot yang berselirat, Shamir merebahkan dirinya pada ribaan tilam. Rambutnya masih basah. Dia baru sahaja usai mandi. Haba malam yang panas membuatkan badannya berpeluh. Tidak selesa dengan keadaan dirinya, suhu air cond di rendahkan kepada 18 darjah. Biar sejuk sikit.
Emmm...apa cerita ek, geng-geng yang lain. Dah lama tak update facebook!. Aduh..malasnya. Ulah Shamir sendiri sambil telentang dengan tangan di tongkatkan di dahinya.
Jam menunjukkan pukul 2.30 pagi. Rasa mengantuk masih berlum bertandang. Solat Isyak telah selamat disempurnakan. Emm...mungkin ini malam yang baik untuk solat sunat. Bisikan hati Shamir merungkaikan aktiviti untuk saat itu. Bingkas menuju kebilik air mengambil wuduk. Rasa sayu terbuai dalam syahdu.
*******************************************************************************
Dalam tenang tanpa suara kenderaan dan hiruk pikuk manusia kota. Ada insan-insan yang punya ruang dan peluang, khusyuk dalam damai menunaikan ibadah pada yang Maha Berkuasa. Ada alunan zikir-zikir memuji kebesaran si pencinta dan kekasihNYA berlagu dalam irama yang penuh cinta. Lembut dan mendamaikan. Ada yang masih sujud menyembah dengan rasa cinta yang besar dan ada yang sedang memanjatkan doa memohon hanya kepadaNYA.
Segalanya dilakukan dalam ikhlas dan redha.
Monday, December 26, 2011
bagaimana...?
setelah sekian lama dan berkali-kali menghabiskan detik2 waktu bersama pak tam..kak long dapat rasakan perasaan itu makin pelik...tapi hanya kak long yang rasa...pak tam takkan sesekali....
bila lihat banyak kejadian yang indah-indah berlaku depan mata..yang kak long tahu..doakan pak tam bahagia dengan yong....hehehehe..nampak keserasian itu ada....dua-dua padan bersama...saling melengkapi...
kak long menghabiskan sisa novel yang dah lama die sendiri tidak punya waktu untuk membaca hatta menulis. kali ini, dia usahakan untuk habiskan kisah pak tam yang bagi dirinya..punya rahsia dan kisah manis. berkali-kali paktam keluh kesahkan rahsia hati..luahan hati..kak long sendiri yang sebenarnya gundah..hanya mampu memberikan semangat..pak tam!...jangan sesekali mengalah!.
kak long sendiri walau dah lemas dengan rasa duka..tetap berpegang dengan janji..akan sentiasa menyokong rasa hati pak tam pada yong!..entah apa yang mendorong...rasa yang ada dalam hati..biarkanlah ia mati sendiri....yang penting..realisasikan apa yang pak tam impikan...
walau ada yang akan mengatakan kak long bodoh..biarlah...dia sedar diri siapa dirinya. kak long bukan x pernah fikirkan hati sendiri..tapi untuk apa?..dia tiada apa2.....
hati pak tam yang perlu dia tolong...yelah...pertama kali pak tam rasa ada cinta dalam dirinya....takkan kak long nak musnahkan dengan berterus terang. TIDAK AKAN!!..TIDAK SAMA SEKALI...kak long dah berjanji pada diri..akan membantu pak tam merealisasikan rasa hati paktam!...
kalau ikutkan hati kak long....dah lama die berjumpa yong dan jelaskan pada yong..tapi mengenangkan pak tam...dia terpaksa fikirkan alternatif lain yang lebih rasional!.
macamana kak long boleh tolong pak tam dan yong!...
macamana nak tolong pak tam bagi tau yong yang paktam sukakan yong...bukan sekadar suka...malah lebih daripada itu....
bagaimana?....emmmmm
Sunday, November 13, 2011
diamkan jelah...!
penantian itu satu penyeksaan..satu perasaan yang sukar untuk dimengertikan..mungkin bagi sesetengah orang..penantian itu cabaran..tetapi bagi sesetengah orang...penantian itu seakan menyusahkan...it's depend...kadang-kadang yang dirasakan tidak baik itu..baik untuk sesetengah orang....
kalau ditanya pada kak long berkenaan penantian...jawapannya: sangat menyakitkan....penantian dan mungkir janji..sangat-sangat menyakitkan....menanti tapi tiada terisi...macam dungu pun ada...
tapi entahlah..keadaan dan keupayaan berbeza..halangan..cabaran dan mungkin ketidakupayaan membataskan segalanya. semuanya tidak sama..tak terbukak hijab kak long untuk memberikan jawapan.
dilema...itulah kenyataan yang ada. kenapa mesti ada dilema dan dilema....
tidak perlu perasaan was-was itu ada..tidak perlu untuk terus wujud dalam diri.
timbul rasa benci dan sakit hati...rasa marah dan dikhianati....
timbul rasa yang entah apa-apa!...
nyata..perasaan itu membuatkan semua boleh menjadi apa-apa sahaja.....
benci dengan keadaan yang perlu....mesti...kena...menanti...
persoalan bersirat..jawapannya..melarat-larat..hingga kini,,1 pun tiada!...
belum masanya mungkin...!
kak long..diamkan jelah...jangan difikir..walau hakikat kak long memang suka berfikir...!
diam dan diam...
Thursday, November 10, 2011
salam kunjung paktam!
entah benar atau tidak....penjelasan masih samar-samar!.
pak tam ada singgah melawat....menjengah dan mungkin hanya kebetulan singgah memerhati....
kesannya seakan ada....tapi tetap tidak nyata dan jelas.
pak tam..pak tam..kenapalah diam jer....paktam marahkah dengan kak long....
pak tam sudah tidak mahu berkawan dengan kak long?..
inilah susahnya menjadi seseorang yang suka berfikir...berfikir...dan berfikir...kenapa?..mengapa?sebab apa?pasai apa?...apa...?kenapa....?
huh!...
jawapannya hanya paktam yang tau!....
Subscribe to:
Posts (Atom)



