Tuesday, March 17, 2009

mimpi yang membawa maksud...

salam...aduhai hati yang lara..yang telah jauh di bawa amuk dunia...hingga hilang nikmat syurga...aku dikejutkan dengan kehadiran mimpi yang tiba-tiba menerjah dan berbekam di hati. bukan meninggalkan parut yang boleh hilang kesannya..tapi meninggalkan sesuatu yang sangat dalam dan takkan mungkin hilang kesannya.

aku dikejutkan mimpi..ada seseorang mengucup hajar aswad..melontar jamrah...berjalan dari safa ke marwah....menunaikan solat di masjid...bersujud....berkali2 menunaikan solat, tiba2 aku meihat aku disebelah seseorang itu....dia berlari-lari anak menuju ke sebuah kawasan lapang di antara perjalanan mina ke muzdalifah..atau antara muzdalifah ke arafah..masa tu hujan lebat...basah kuyup wajah-wajah manusia yang sedang berusaha untuk beribadah. dia dihampiri seorang lelaki, membawa sejadah, melindungi kepalanya dari hujan..di tolak oleh nya secara baik, dia ingin menggunakan pakaian yang dipakainya sebagai lapik sujudnya. dibentang pakaian lencun itu di tanah lembab. dia ingin meneruskan ibadahnya....tapi, susunan saf memaksa dia bergerak ke hadapan....di tinggalkan pakaiannya di situ, bergerak memenuhkan saf yang kosong di hadapan. aku la..tiba2 jer pergi ke saf yang dia sediakan..sejadah yang beralaskan pakaiannya. aku statik disitu....tiba2 ruang solat menjadi penuh..terlalu ramai, aku tak dapat bergerak ke mana2..di hadapan aku, terbentang "sejadah" yang dia sediakan.....maka, bersujudlah aku di atas sejadah itu....

siapa lelaki itu....???aku sendiri tak faham..mainan dan maksud disebalik mimpi ini. adakah Allah ingin menyampaikan sesuatu..ingin memberikan peringatan untukku...kalaulah Muhammad SAW tidak berulang alik memanjat tangga-tangga langit meminta dikurangkan rakaat solat 2+4+4+3+4=17.....aku xtau, mampukah aku menunaikan semua rukunnya..sedangkan....yang 2+4+4+3+4 itu sendiri selalu jer -2+4-4+3-4....bagaimanalah keadaannya untuk aku menunaikan yang beratus-ratus rakaat itu....menunaikan yang sunat..menunaikan yang fardhu....astagfirullah.....mimpi apakah ini....

mimpi apakah yang membuatkan aku terus sentap!!

Monday, March 2, 2009

masih belajar...

alhamdulillah...diberikan kesempatan untuk membuat sedikit kerja-kerja sampingan..dan inilah hasil yang mampu dibuat...






Wednesday, January 28, 2009

Kg.Nail,Kuala Besut...

alhamdulillah....pilot survey ku, nampaknya memberikan hasil yang memberangsangkan..
terima kasih x terhingga buat sahabatky Farah Iryani dan keluarga, atas kebaikkan dan susah payah mereka...buat warga Kg.Nail, terutama pok teh n mok teh..terima kasih x terhingga, insyaallah..nanti kita akan berjumpa lagi....disini, aku sertakan sedikit gambar kenangan...semasa di sana.....








meneruskan perjalanan..melihat keindahan pantai ngan laut yang luas...saujana mata memandang..aku bersyukur dengan keagungan ciptaan Allah SWT...







indahkan.....indah kejadian alam yang Allah ciptakan.....

MasyaAllah...

hanakimi (chap 1)

inilah adalah sebahagian komik hana kimi yang pernah aku janjikan suatu ketika dulu...












selebihnya...kawan2 boleh layari website: www.onemanga.com

Sunday, January 25, 2009

wajah dunia...

Wajah Dunia
Album : Damba Kasih
Munsyid : In-Team
http://liriknasyid.com


Kita menatap wajah dunia
Semakin musnah dimamah derita
Kekejaman kufar pencetus sengsara
Umat terseksa menanggung derita
Seharusnya kita bersatu bersama
Hidup bahagia aman sentosa

Di sana sini dah banyak terjadi
Perlakuan zalim menghancur memusnah
Apakah kita berdiam sahaja
Untuk membantu agama yang mulia
Kedamaian itu milik kita semua
Itulah kunci perpaduan ummah

Ibarat hari menanti senja
Tika mentari hilang sinarnya
Di ufuk timur terbitnya suria
Alam yang gelap cerah semula
Bersyukur kita pada yang Esa
Atas pimpinan yang bijaksana

(Selamatkan kami... dari fitnah dunia
Selamatkan kami... dari hidup terhina) x2

Ya Allah Ya Allah
Selamatkan kami dari fitnah dunia
Ya Allah Ya Allah
Selamatkan kami dari hidup terhina

Senilagu: Amaluddin (Amal Irsyad Production)
Senikata : Zulraime & Isman (Hijjaz Records Sdn. Bhd.)
Hakcipta : Hijjaz Records Sdn. Bhd.

Tuesday, January 20, 2009

children of Palestin...

Tentera rejim Zionis Yahudi terus memuntahkan ledakan bom dari udara, darat dan laut di segenap penjuru sasaran dengan segala peralatan perang paling canggih yang dibekalkan oleh Amerika Syarikat (AS) dan sekutu baratnya, ke atas rakyat Palestin di Genting Gaza yang kini lebih 800 telah syahid dan lebih 3,000 cedera dalam pelbagai kategori.

Serangan penaklukan ini yang telah melalui dua fasa. Pertama pengeboman dari udara yang telah memusnahkan dan menghancurkan segala kemudahan dan infrastruktur milik Pihak Berkuasa Palestin di Gaza yang kini berada di bawah pentadbiran Hamas. Fasa kedua melakukan serangan penaklukan dengan membedil dari darat dan laut kesasaran saluran perbekalan Hamas termasuk terowong-terowong bawah tanah.

Dengan segala serangan tanpa henti ini ia menyaksikan pembunuhan beramai-ramai umat Islam Palestin terdiri dari kanak-kanak, wanita termasuk ibu yang sedang mengandung dan hatta anggota pasukan sukarelawan bantuan kemanusiaan PBB dan anggota Pasukan Paling Merah Antarabangsa tidak terlepas dari menjadi mangsa jenayah terhadap kemanusiaan yang dilakukan oleh rejim Zionis

Kezaliman Zionis ini tiada batasnya lagi dan ia telah membangkitkan kemarahan di seluruh dunia melampaui batas rasa dan agama, tetapi pemimpin-pemimpin yang menamakan diri mereka pemimpin Islam khususnya pemimpin negara-negara Arab hanya mampu mengeluarkan kenyataan dan pergi ke Majlis Keselamatan bermesyuarat untuk membuat resolusi yang akhirnya tidak dipedulikan Israel.
Hamas walaupun pihak yang terlibat dalam kancah peperangan ini tetapi ia tidak dibawa berunding langsung kerana AS menganggap Hamas pertubuhan pengganas, sedangkan Hamas merupakan pertubuhan mewakili rakyat Palestin setelah ia memenangi pilihan raya pada 2006. Presiden Mahmoud Abbas yang dikenali dengan Abu Mazin bukan lagi mewakili rakyat Palestin dan waktu tempuh Presidennya telah tamat baru-baru ini.
Walaupun sasaran serangan penaklukan rejim Zionis ke Gaza untuk memastikan tiada lagi roket dilancarkan dari Gaza menyeberangi wilayah haram Israel di selatan, tetapi sehingga saat ini pun para pejuang masih mampu menembakkan roketnya ke selatan yang menunjukkan sasaran matlamat serangan penaklukan Zionis belum lagi mencapai matlamatnya.
Selagi para pejuang berupaya melancarkan roketnya maka selagi itu Israel akan menyerang Gaza dan membunuh rakyat awam dan bukannya para pejuang yang melakukan operasi jihad melalui terowong bawah tanah. Nampaknya rejim Zionis membuat kesilapan dan salah perhitungan lagi seperti serangan yang dilakukan terhadap Hizbullah di Lubnan pada 2006 selama 34 hari.

Dalam serangan penaklukan untuk memusnahkan Hizbullah ternyata Hizbullah muncul berjaya mempertahankan diri walaupun infrastruktur Hizbullah dimusnahkan dan bangunan-bangunan di Beirut ranap dan musnah, tetapi keiltizaman Hizbullah tidak dapat dipatahkan, bahkan Hizbullah muncul lebih kuat dan gagah.
Episod ini akan berulang di Gaza. Bukan Hamas dan pejuang lain yang dapat dimusnahkan oleh rejim Zionis, tetapi Hamas muncul lebih kuat dan berupaya menghadapi kecanggihan dan kekuatan peralatan perang rejim Zionis Yahudi.

Kabinet keselamatan rejim kini sedang berkira-kira untuk melakukan fasa ketiga serangan penaklukan yang melibatkan perang gerila dari bangunan kebangunan, dari lorong ke lorong dan dari jalan ke jalan, tetapi perang gerila seperti ini akan memakan korban yang banyak dari kedua pihak. Apakah rejim Zionis mampu menghadapi pemikiran dan pendapat umum nanti apabila lebih ramai anggota tentera Zionis akan terbunuh.

Kini pendapat umum menyebelahi rejim dalam perang penaklukan ini, tetapi apabila angka tentera yang terbunuh terus meningkat, pendapat umum akan berubah. Inilah hakikat pemikiran rakyat Yahudi sedangkan bagi para pejuang mereka berjuang atas dasar iman dan taqwa, sama ada kemenangan atau mati syahid di medan perjuangan.
Tentera Zionis setakat ini tidak berani untuk bertempur secara berdepan dan kerana itu masih berkira-kira untuk melaksanakan fasa ketiga.

akan banyak nyawa-nyawa yang akan diragut tanpa belas..nyawa-nyawa kecil yang matang dengan hakikat hidup yang tiada damainya..anak-anak palestin akan tetap bersellimutkan darah...bercadarkan hamis-hamis tubuh manusia yang bergelimpang syahid. dunia ini tiada amannya untuk mereka...

Sunday, January 18, 2009

kronologi kepungan dan serangan ke atas GAZA!!

masyarakat yang tidak berdosa dibunuh...kematian hampir setiap hari...keperluan kesihatan tahap kritikal...

28 September 2000

apa yang berlaku ke atas Gaza sekarang ini adalah siri kezaliman rejim Zionis yang telah bermula pada 28 September 2000 apabila kerajaan penjajah Zionis mengisytiharkan wajib melaksanakan sekatan ke atas Gaza. bagi merealisikan rancangan tersebut, penjajah zionis telah menutup sempadan perhubungan antara Gaza dengan Tebing Barat sepenuhnya. pihak Zionis juga menyekat pemberian wang cukai yang merupakan hak kerajaan Palestin. bagi menyempurnakan lagi sekatan, Zionis telah meruntuhkan pelabuhan Gaza selepas sebulan sahaja intifadah dilancarkan sebagaimana memusnahkan lapangan terbang antarabangsa Gaza pada bulan Disember 2001.

11 September 2005

Zionis telah keluar dari Gaza pada 11 Setember 2005 namun keadaan Gaza tidak berubah bahkan sempadan-sempadannya terus ditutup. sekatan ke atas Gaza semakin hebat dan meruncing bermula pada awal tahun 2006. pada masa itu, pihak penjajah Zionis telah bertindak memperkuatkan sekatan ke atas Gaza dengan meyekat kemasukan pekerja rakyat Palestin ke kawasan jajahan Zionis, mengurangkan waktu operasi sempadan dan menambahkan lagi waktu penutupannya. tekanan-tekanan tersebut membawa kepada peningkatan nisbah pengangguran di Gaza sebanyak 50% dan nisbah penduduk yang hidup dibawah paras kefakiran sebanyak 65%.

15 Jun 2007

pihak pengurusan Amerika dan Presiden Palestin Mahmoud Abbas bersepakat dan bersetuju merancangkan satu tindakan untuk menjatuhkan kerajaan HAMAS di Gaza. antara plan tindakan yang telah disepakati kedua-dua pihak ialah menghapuskan kerajaan campuran dan mengumumkan darurat, memisahkan Gaza dengan Tebing Barat, memberikan cukai kepada Abbas yang akan digunakannya untuk membangunkan Tebing Barat supaya rakyat Palestin di Gaza merasai keadaan mereka semakin teruk dibawah penguasaan HAMAS.satu tindakan yang boleh membawa rakyat Palestin menentang HAMAS dan belot terhadapnya.

Zionis membuat sekatan keseluruhan ke atas Gaza. Zionis bertindak menutup semua sempadan yang menghubungi Gaza. Tindakan ini merupakan satu usaha menghukum penduduk Gaza yang berjumlah lebih kurang 1.5 juta orang dan siri membalas dendam Zionis yang berterusan ke atas rakyat Palestin.

23 Februari 2008

hari gabungan sedunia menghapuskan sekatan ke atas Gaza. pihak penjajah telah menyekat barangan bernilai 150 juta dollar disamping mengenakan denda terhadap para peniaga. banyak projek-projek yang terpaksa dihentikan di Gaza dengan anggaran kerugian lebih kurang 350 juta dollar. awal 2008 menyaksikan siri pembunuhan berterusan oleh rejim Zionis. dalam tempoh 3 bulan (Jan-Mac 2008) seramai 300 orang rakyat Palestin gugur syahid. 112 daripadanya adalah dari Gaza.

19 Jun 2008

bermula gencatan senjata. pihak Zionis bersetuju menghentikan semua bentuk serangan ketenteraan di Gaza selama 6 bulan mengikut yang disepakati oleh pihak Palestin yang bermesyuarat di Kaherah

18 Disember 2008

pemimpin HAMAS mengumumkan tamatnya gencatan senjata. keesokkan harinya bermula serangan rejim Zionis ke atas Gaza.

27 Disember 2008

Israel melancarkan serangan udara yang membunuh 229 penduduk Gaza

28 Disember 2008

serangan udara Israel memusnahkan bangunan makmal di Universiti Islam Gaza.

1 Januari 2009

serangan bom Israel membunuh pemimpin kanan HAMAS, Nizar Rayan di Jabalia, Gaza.

2 Januari 2009

serangan uadara ke atas masjid menyebabkan 11 orang rakyat Palestin syahid

4 Januari 2009

lima orang awam Palestin syahid apabila terkena bedilan meriam Israell. sehingga kini angka syahid 524 nyawa, 120 kanank-kanak dan 50 wanita. jumlah yang tercedera pula melibatkan seramai 2500 orang yang tidak berdosa. sekatan di pintu sempadan Mesir-Rafah, menyebabkan bantuan makin sukar disalurkan dan menambahkan lagi kepayahan penduduk Gaza.

7 Januari 2009

jumlah angka syahid bertambah kepada 635 orang dan tercedera seramai 2900 orang. perkhidmatan ambulan hampir lumpuh disebabkan peningkatan operasi ketenteraan di Gaza. hospital-hospital telah kehabisan vaksin dan bekalan darah. sekurang-kurangnya dua buah hospital kehabisan bahan api untuk menghidupkan generator elektrik. bekalan air bersih juga semakin berkurangan kerana banyak telaga musnah dibedil rejim Zionis.

aduhai....sahabat-sahabat seIslam...jihadkan lah diri dengan kemampuan yang ada..kemampuan yang terbela....berdoalah untuk kesejahteraan ikhwan-ikhwan di Gaza....bantulah mereka dengan keimanan kepada ALLAH SWT...

"Mereka itulah orang-orang yang tiada beriman dan melarang kamu memasuki Masjid suci (Masjidil Haram) dan menhalangi hadnya sampai ke tempatnya. dan kalau tiada kerana beberapa orang lelaki dan perempuan yang beriman, yang tiada kamu ketahui sehingga mereka kamu injak, kerana itu kamu mendapat dosa dengan tiada diketahui(tentu kamu diizinkan bertempur) tetapi ditahanNya tangan kamu, kerana Allah hendak memasukkan kedalam rahmatNya siapa yang dikehendakiNya. kalau kiranya mereka terpisah, sudah tentu orang-orang yang tiada beriman di antara mereka akan kami seksa dengan seksaan yang pedih"

"Ketika timbul dalam hati orang-orag yang tiada beriman itu, perasaan kebencian (kesombongan) masa jahiliyyah, Allah menurunkan ketenanganNya kepada rasulNya dan kepada orang-orang yang beriman dan menetapkan kalimat taqwa(memelihara diri dari kejahatan) untuk mereka, dan mereka lebih berhak dan patut untuk itu. dan Allah itu Maha mengetahui segala sesuatu"

"Sesugguhnya Allah membuktikan kepada rasulNya kebenaran mimpi, bahawa kamu akan memasuki Masjid suci, jika Allah mengkehendaki dengan perasaan tenteram, bercukur dan bergunting rambut, kamu tiada merasa ketakutan, Allah mengetahui apa yang belum kamu ketahui dan diberikanNya disamping itu kemenangan yang sudah dekat waktunya"

(Al-Fath:25-27)

ayuhlah sahabat...sahabat.....dengan kudrat dan ruang yang ada..basahkan bibir dan kuatkan hati kita untuk terus berdoa..dan berdoa...hanya ini yang termampu kita zahirkan...sedekahkan doa dan wang riggit...

Tetapi jika upaya ini pun kandas, hanya ada dua hal yang tidak boleh ditinggalkan sama sekali, yakni
1- Menyisihkan sebagian harta untuk membantu meringankan beban rakyat Palestina, ataupun membantu pembiayaan jihad di bumi Palestina.
2- Selain itu kaum muslimin harus menyisipkan do’a yang baik untuk kemenangan kaum muslimin dan kehancuran Israel,disela-sela do’a yang ia lantunkan kepada Allah.

Prinsipnya, do’a kita untuk kemenangan palestina tidak boleh kering dari bibir kita.

hayya..hayya...bil jihad......hayya bil jihad..jihad fisabilillah....Allah hu Akhbar!!!......Allah hu Akhbar!!!