Ramai yang mengeluh, bukan kecewa, tetapi sekadar meluahkan rasa… betapa kebaikan dipersia. Isteri yang setia, dipersiakan suami. Suami yang baik, ditinggalkan isteri. Ibu-bapa yang dipinggirkan anak-anak…
Inilah warna kehidupan yang kita perlu hadapi. Langit tidak selalu cerah. Hidup tidak sentiasa indah. Dipergilirkan antara senang dan susah, agar di hati kita ada sabar dan syukur. Umpama malam dan siang, barulah tercipta keharmonian, keseimbangan…
Lalu di pagi Jumaat ini, saya tulis satu kisah lama… sekadar untuk mengingatkan diri dan pembaca. Satu tulisan untuk membujuk hati sendiri atas satu pertanyaan, orang ikhlas tertindas?
Atau soalan yang lebih “dalam” dan sukar daripada itu… benar-benarkah kita orang yang ikhlas jika masih merasa tertindas ketika cuba mengikhlaskan hati kita ketika melalukan kebaikan kepada sesorang atau sesuatu pihak?
Ah, ikhlas itu memang rahsia. Rahsia dalam rahsia Allah. Ya Allah, bantulah kami untuk ikhlas…Amin.
ORANG IKHLAS ITU TERTINDAS?
Jika kita memberi kebaikan kepada seseorang, kebaikan itu akan dibalas walaupun yang membalasnya bukan orang yang kita berikan kebaikan itu. Hakikat ini mengingatkan saya kepada satu perbualan yang berlaku sewaktu saya mengendalikan program latihan beberapa tahun lalu di sebuah organisasi.
“Saya tidak mempunyai apa-apa harapan lagi pada organisasi ini,” kata seorang kakak berterus-terang.
“Mengapa?” balas saya.
“Organisasi ini dipenuhi oleh kaki bodek dan kaki ampu. Saya terseksa bekerja secara ikhlas di sini. Tidak pernah dihargai, tidak ada ganjaran yang wajar. Saya bukannya orang yang bermuka-muka. Tak pandai saya nak ampu-ampu orang atas, Fokus saya kepada kerja sahaja.”
Kakak itu sebenarnya adalah peserta program yang paling senior. Telah berpuluh tahun bekerja dalam organisasi tersebut. Itu adalah kali terakhir dia mengikuti program latihan. Enam bulan lagi dia akan bersara. Kesempatan yang diberikan kepadanya dalam sesi memperkenalkan diri itu telah digunakannya sepenuhnya untuk meluahkan rasa kecewa dan marahnya sepanjang berkhidmat di situ. Sungguh, dia kecewa sekali. Siapa tidak marah, jika bekerja secara ikhlas dan gigih tetapi tidak pernah dinaikkan pangkat atau mendapat kenaikan gaji?
Sewaktu rehat, sambil minum-minum dan berbual santai saya bertanya kepadanya, “kakak punya berapa orang anak?”
Sengaja saya bertanya soal-soal “di luar kotak” agar ketegangan dalam sesi sebelumnya dapat diredakan.
“Oh ramai encik…”
“Bagaimana dengan anak-anak kakak?”
Wah, saya lihat dia begitu ceria apabila mula menceritakan tentang anak-anaknya. Boleh dikatakan semua anak-anaknya berjaya dalam profesion masing-masing. Ada yang menjadi doktor, jurutera, pensyarah dan sebagainya. Malah seorang anaknya telah menjadi hafiz.
“Kakak, boleh saya bertanya?”
“Tanyalah encik…” ujar kakak itu sambil tersenyum. Mendung di wajahnya sudah berlalu. Dia begitu teruja bila bercerita tentang anak-anaknya. Memang, semua anak-anaknya menjadi.
“Jika kakak diberi pilihan, antara anak-anak yang “menjadi” dengan naik gaji, mana yang kakak pilih?”
Belum sempat dia menjawab, saya bertanya lagi, “antara kakak naik pangkat dengan anak-anak berjaya dalam karier mereka, mana yang kakak pilih?”
Dengan cepat kakak itu menjawab, “hati ibu encik… tentulah saya pilih anak-anak saya menjadi walaupun tidak naik gaji atau dapat pangkat. Anak-anak adalah harta kita yang paling berharga!”
Saya tersenyum. Hati ibu, begitulah semestinya.
“Kakak, sebenarnya keikhlasan dan kegigihan kakak bekerja dalam organisasi ini telah mendapat ganjaran…” kata saya perlahan. Hampir berbisik.
“Maksud encik?”
“Allah telah membalas dengan ganjaran yang lebih baik dan lebih kakak lebih sukai. Bila kakak ikhlas bekerja dalam organisasi ini, Allah berikan kepada kakak anak-anak yang menjadi.”
“Tidak pernah saya terfikir begitu encik…”
“Allah Maha Berkuasa. Ada kalanya takdir dan perbuatan-Nya terlalu misteri dan rahsia untuk dijangkau oleh pemikiran kita. Tetapi yakinlah what you give, you get back. Itu hukum sunatullah dalam hubungan sesama manusia. Kebaikan yang kita buat akan kembali kepada kita. Yakinlah.”
“Walaupun bukan daripada seseorang atau sesuatu pihak yang kita berikan kebaikan itu?”
“Maksud kakak?”
“Macam ni, saya buat kebaikan kepada organisasi tempat saya bekerja, tapi Allah berikan kebaikan kepada keluarga. Pembalasan Allah bukan di tempat saya bekerja, sebaliknya diberikan dalam keluarga saya. Begitukah encik?”
“Itulah yang saya katakan tadi, takdir Allah kekadang terlalu misteri. Tetapi ketetapannya mutlak dan muktamad, siapa yang memberi kebaikan akan dibalas dengan kebaikan. Dalam istilah biasa itu dipanggil golden rule!”
Kakak itu termenung. Mungkin memikirkan pertalian dan kaitan antara apa yang berlaku dalam organisasi dengan familinya.
“Metafora atau analoginya begini. Katalah kita sedang memandu di satu jalan yang mempunyai dua atau tiga lorong. Penuh sesak. Tiba-tiba sebuah kereta yang tersalah lorong di sebelah memberi isyarat untuk masuk ke lorong kita. Kerana simpati melihat dia terkial-kial memberi isyarat, kita pun beralah, lalu memberi laluan untuk kereta itu masuk di hadapan kita…”
Saya berhenti seketika mengambil nafas sambil mencari reaksi. Saya lihat kakak itu mendengar penuh minat. Dia meneliti metafora yang saya sampaikan dengan begitu teliti.
“Kemudian kita terus memandu ke hadapan. Mungkin sejam kemudian atau setelah berpuluh-puluh kilometer, tiba-tiba kita pula yang tersalah lorong. Kita pula yang memberi lampu isyarat untuk masuk ke lorong sebelah. Soalnya logikkah kalau kita mengharapkan kereta yang kita bantu sebelumnya memberi laluan untuk kita?”
Kakak itu tersenyum dan berkata, “tak logik encik. Kereta yang kita bantu tadi entah ke mana perginya.”
“Tapi ada tak kereta lain yang simpati dan memberi laluan untuk kita?’
“Pasti ada! Insya-Allah.”
“Ya, begitulah. Padahal kereta itu tidak pernah sekali pun kita tolong. Tetapi Allahlah yang menggerakkan hati pemandunya untuk memberi laluan kepada kita. Orang yang kita beri kebaikan, tidak ada di situ untuk membalas kebaikan kita… Tetapi Allah menggerakkan hati orang lain, yang tidak pernah merasa kebaikan kita untuk membalas kebaikan kita tadi.”
“Subhanallah!”
“Begitu dalam litar di jalan raya dan begitu jualah litar dalam kehidupan manusia. Kita buat baik kepada A, tetapi kerap kali bukan A yang membalas kebaikan kita tetapi B atau C atau D atau lain-lainnya yang membalasnya. Inilah hakikat yang berlaku dalam kehidupan ini.”
“Kita tidak boleh kecewa bila keikhlasan kita dipersiakan?” tanya kakak itu lagi. Lebih kepada satu respons minta diiyakan.
“Kakak, ikhlas sebenar tidak pinta dibalas. Tetapi Allah Maha Kaya dan Maha Pengasih, siapa yang ikhlas akan diberi ganjaran walaupun mereka tidak memintanya kerana setiap kebaikan itu akan dikembalikan kepada orang yang melakukannya. Ia umpama bola yang dibaling ke dinding, akan melantun semula kepada pembalingnya!”
“Selalunya saya dengar, orang ikhlas akan dibalas di akhirat.”
“Itulah balasan yang lebih baik dan kekal. Tetapi saya katakan tadi, Allah Maha kaya, Allah mahu dan mampu membalas keikhlasan hamba-Nya di dunia lagi.”
“Maksud encik?”
“Orang yang ikhlas akan diberi ketenangan dan kebahagiaan dalam hidup. Anak-anak yang soleh dan solehah. Isteri yang taat atau suami yang setia. Dan paling penting… hati yang sejahtera. Inilah kekayaan dan kelebihan yang lebih utama daripada pangkat, gaji dan jawatan.”
“Jadi orang ikhlas akan terus ditindas, tidak dapat kenaikan pangkat atau gaji? Bukan apa, saya terfikir kenapa nasib kaki ampu dan kaki bodek lebih baik dalam organisasi. Mereka dapat naik pangkat!”
Giliran saya pula tersenyum.
“Tidak ada kebaikan yang akan kita dapat melalui jalan yang salah. Percayalah, kalau benar mereka kaki ampu dan bodek sahaja… pangkat yang mereka dapat akan menyebabkan mereka melarat. Gaji naik, tetapi ketenangan hati menurun. Ingat apa yang saya kata tadi, what you give you get back… Golden rule itu bukan untuk kebaikan sahaja, tetapi untuk kejahatan juga. Kalau kita berikan kejahatan, kejahatan itu akan kembali semula kepada kita. Kaki ampu, mungkin akan dapat anak yang pandai bermuka-muka. Kaki bodek mungkin dibalas dengan isteri yang berpura-pura!” terang saya panjang lebar.
“Jadi apa yang harus saya lakukan dengan baki masa perkhidmatan yang tinggal tidak beberapa bulan lagi ni?”
“Bekerjalah dengan gigih. Walaupun mungkin bos tidak melihatnya, tetapi Allah Maha Melihat. Bekerja itu satu ibadah. God is our “ceo”, kata orang sekarang. Insya-Allah, satu hari nanti manusia juga akan diperlihatkan oleh Allah tentang keikhlasan manusia yang lain. Jangan berhenti memberi kebaikan hanya kerana tidak dapat penghargaan…”
“Maksud encik?”
“Jangan mengharap terima kasih daripada manusia atas kebaikan yang kita buat kepadanya.”
“Kenapa?”
“Kita akan sakit jiwa!”
“Kenapa?”
“Kerana umumnya manusia tidak pandai berterima kasih. Lihatlah, kalau kepada Allah yang Maha Memberi pun manusia tidak pandai bersyukur dan berterima kasih, apalagi kepada manusia yang pemberiannya terbatas dan berkala. Sedikit sekali daripada manusia yang bersyukur,” balas saya mengulangi apa yang maktub dalam Al Quran.
“Tetapi Allah tidak berhenti memberi… “ kata kakak itu perlahan.
“Walaupun manusia tidak berterima kasih kepada-Nya. Sekalipun kepada yang derhaka dan kafir, tetapi Allah terus memberi… Justeru siapa kita yang tergamak berhenti memberi hanya kerana tidak mendapat penghargaan dan ucapan terima kasih?”
“Ah, kita terlalu ego…”
Dan itulah kesimpulan perbualan yang saya kira sangat bermakna dan besar impaknya dalam hidup saya. Saya terasa “diperingatkan” semasa memberi peringatan kerana pada hakikatnya saya juga tidak terlepas daripada lintasan hati oleh satu pertanyaan… orang ikhlas tertindas?
p/s: terima kasih kepada sahabatku, Atikah yang berkongsi cerita ini, berkongsi memanjangkan lagi hadiah peringatan ikhlas ni, untuk rakan2 blog dan pembaca2 blog yang sudi berkunjung di blog ini.
keikhlasan itu satu hadiah dari hati yang tertinggi dan tak ternilai..ganjarannya jua sangat2 agam dengan kasih sayang...ada benarnya..setiap yang berlaku pada diri, keluarga...sahabat2..dan semuanya..ada tujuan dan hikmahnya...dibiarkan jatuh dan menangis....bukan kerana benci dan jemu..dbiarkan terus sirna dan gemilang..bukan kerana hebat dan cinta!....Allah jadikan manusia ni dalam ragam dan rasa..pilih sahaja apa yang dikehendaki dan mahu.....
Ya Allah..semoga aku sentiasa menemui pintu keikhlasan yang sebenarnya..semoga aku sentiasa ikhlas dalam setiap tingkah laku dan amalan seharianku..semoga aku menemui orang2 yang juga ikhlas menyintaiMu...dan mengasihi pesuruhMU...semoga...dikalangan sahabat2ku......yang aku kenal rapat atau kenal hanyat lewat sejarah hidupku..kekal dan ikhlas dalam segalanya..semoga Allah berikan ganjaran hikmah untuk semua...amin...
Monday, April 19, 2010
Friday, April 9, 2010
atau......
derap tapak kaki si pejalan menerjah cuping telingaku....
derapannya pendek tapi sangat laju...seakan tergesa-gesa
terkocoh-kocoh....
bulan malam itu cahayanya suram
rasa sepi
rasa sunyi...
bunyi desiran angin mengalunkan lepas rambut panjang..
jendela terbuka..sejuk angin mula berbahasa..
sampaikah hasrat....
sampaikah matlamat.....
tubuh itu kaku...
diam..tak berkutik...
bibirnya bisu...
bersuara dalam riak yang tiada kedengaran....
bahasa apa?
isyarat apa?
cerek air di dapur nyaring berteriakkkkk....
asap berkepul mega!...
kopi secawan.....
pekat dan hitam........
aromanya....asyik!!
kerusi rotan kau tarik dan duduk..
menyandarkan tubuh pada sandaran..uh..selesa..
kau kembali menyedut aroma kopi...
bantu membina terapi diri.......
kekal kah?
surutkah gelora?
kaki kau goyangkan sambil menghirup..
rambutmu beralun-alun mengikut irama angin....
kadang menutup matamu...kadang-kadang bebas...
kau betulkan...kau capai getah yang kau jumpa...
ikat!..kemas!...
kembali menghirup kopi..
tersedak!!!!!!!
kau sedar..kopi mu tak bergula...
pahit!
sepahit hatimu.....
kau diam...
kau letakkan kembali cawanmu ke piring..
kau renung...
mana gula....
kenapa mesti gula...
kenapa mesti manis..
kenapa tidak garam...
kenapa tidak masin...
kau persoalkan norma alam.....
kau tanyakan persoalan yang sebati dalam diri...
kau diajar...minuman mesti letak gula....
masakan dengan secubit garam....
biar sebati...
itu yang kau diajar...
kau persoalkan hakikat pasangan...
kau bandingkan dirimu dengan malam dan siang..
kau bandingkan dirimu dengan panas dan hujan...
kau bandingkan dirimu dengan pernikahan rosnah dan zaidi...
kau bandingkan dirimu dengan cinta Adam dan Hawa...
kau bandingkan nasibmu dengan nasib mereka...
mana pasangamu...
mana kekasihmu...
matamu berkerdip....
otakmu ligat berfikir...
sampai kini...
kau duduk dan sendiri.....
kau mewah tapi sepi...
kau berjaya tapi gagal....
mana hala tujumu......
kau mahukan keluarga..
tapi kau benci cinta......
benarkah benci?.....
atau....
sebenarnya kau takut cinta!!!...
kau dambakan kasih sayang...
tapi kau takut nak mulakan.....
atau.....
kau apa!!!....
************************************************

im so pathetic!
Malam: someone told me..."rasulullah kate, decision yg based on istikharah n istisyarah(discussion) iAllah xkan dtgkan penyesalan"...im lucky to have someone like u..thanks buddy.....i need a guidance to go thru this path..dont let me fall n paralyze...i cant stand alone..im so pathetic!
someone send me a message via FB message tools..she asked me bout my recent shout out..why it's looked gloomy and too weak!pathetic!...oo....GOD..u send me an angel for me to still stay and breathing.
suddenly she came and being an angel....she's hearing me...tearing!..huhuhuhu...
dear buddy.....i dont noe y this feeling keep growing and growth!. day by day, its was warmly hearts and hurt!. i was so mad n nuts!!

Thursday, April 8, 2010
andainya..andainya dia tahu....
salam wahai jiwaku......sudah lama rasanya aku tidak menemani lakaranmu..aku rindu untuk menulis dan menulis..aku rindu kamu!....
entahlah...banyak yang terjadi...dan yang telah terjado..banyak yang mengajarku erti hidup dan membuatkan aku rasa pelbagai perasaan. aku ingin berlari dalam kalung emas sebuha kejayaan yang tak terhingga..aku ingin berenang dalam kolam kejayaan yang tak terperi...aku ingin menari dalam lenggok lembut kejayaan yang ulung..aku mahu berjaya..berjaya menjadi diri sendiri....berjaya menjadi hambaMU...
aku mahu......
namun itulah..perancangan seindah kesempurnaan..hakikat!tak semanis bayangan dan anganan...banyak yang perlu diperbetulkan dan dipersoalkan...banyak yang perlu di ambik kira dan perlu diberi perhatian. bukan 1, bukan 2...bukan 100....tapi banyak...
aku mahu menjadikan diri hanya yang terbaik untuk diri sendiri..untuk keluarga..untuk bangsa..untuk agama dan pastinya untuk dia...untuk kamu!...
ada rindu yang mekar dalam diri..ada rasa sayang yang seakan subur dan masih subur..diamnya memberi nafas dalam diri....diamnya membuatkan aku rasa seperti terlalu perasan diri...diamnya membuatkan aku rasa mahu mati..akhirnya malu sendiri...
jodoh tidak akan bergolek..tidak akan menyembah kaki..tidak akan muncul...andai tidak kita usaha untuk mencarinya. cinta takkan ada.......perasaan ini untuk apa?untuk siapa dan kerana apa.....
aku diamkan rindu..pendamkan rasa...tapi aku tak boleh menipu diri...menipu hati...menipu dirimu kasihku....aku mahu....
andainya...andainya kau tahu.......
kau pastikan mentertawakanku..perasan!!!!!!!....
andainya...andainya...dia tahu...
aku mahu kau tahu..aku mahu kau tahu...tapi aku malu..aku masih percaya pada maruah diri...aku masih kenal diri..masih sedar ukur badan sendiri.....
manalah layak aku untukmu...mimpi ini cukup indah untuk memberi inspirasi....tapi bukan indah untuk menjadi realiti..
kau takkan mengerti...kau takkan fahami...

Tuesday, March 23, 2010
rutin...

semasa browse2 gambar dalam folder facebook adik bongsuku, tertarik aku dengan gambar di atas, daily life....
kalau diukur dari sudut halikat..ini lah hakikat sebenar kehidupan seharian, simple tetapi itu lah yang ADO!..semuanya berjalan dan berlaku dalam rutin yang sama...adakah ianya salah dan susah..atau adakah ianya betul dan mudah...persoalan itu..banyak tanggungjawab dan pihak berwajib perlu fikirkan jawapan. samaada kokurikulum sekolah itu sendiri dah cukup "kuat" atau "terlalu kuat"..atau "Longgar" dan mungkin "terlalu longgar"..adakah sistem pembelajaran dan pengajaran itu seiring dengan daya dan upaya. atau hanya ingin mencapai walaupun hanya 1% kecemerlangan..sistem ini terus di lunaskan....
zaman sekolah.....tido ada waktunya..bangun ada waktunya..bermain ada waktunya..makan ada waktunya.....semua itu displin atau pun perintah!atau pun memang keperluan agar tiada satu pun yang culas...
bangun: 6-6.30...kalo sempat mandi untuk solat, lebih bagus..biasanya..bangun around 6...betul2 bangun..dah nak dekat subuh2 gajah....+ mandi n bla..bla..bla...dah pkl 7..solat pun, ha....sehabis gajah lah..(eh..gajah solat kah??...toing...toing!..bukan oing..oing...hehehehe)..then get ready to school..after breakfast, salam mak ayah.....jalan kaki, naik basikal, naik bas..atau mak ayah antar..mana2 pun boleh, janji sampai sekolah before 7.30..kalo lambat seminit pun.....al kisah...tercatitlah nama dalam buku si p_mawas!...
kat sekolah: dari 7.30 sampai pkl 1.30..x campur kelas tambahan dan sekolah agama.....+ itu + ini....dah 4.30....balik sekolah..mandi...lapor lak..melantak n melantak...cara berehat2 budak skarang?...PSP..PS2..FACEBOOK!..yeay!....TV...emm..boleh dikategorikan yes! (itupun kalo xde semua perkara2 yang telah disebut sebelumnya)...
then...dinner time...lepas dinner...ngan perut kenyang...buat homework!OOO>.MY GOODNESS!!!sleepy...bosan..bored!..benci...serabut!.......uwwwarGGhhhhhh!!! (bila buat keje sekolah jer..mulalah MEROYAN!)....siap buat keje sekolah..before tido...bukak laptop jap..check notification FACEBOOK!...bla..bla....
TIDO!
inilah die kehidupan seharian........
inikah yang perlu di ajar di peringkat remaja dan sekolah menengah....
inikah modal pembanguan insan?
inikah nilai sebuah kemajuan?
di mana ruang dan peluang bersama keluarga, mak ayah dan kawan2 (di dunia realiti,bukan dunia jalur lebar!)
inikah apa yang kita sendiri mahukan?
perubahan?
bertanya sahaja pada yang pakar..mengubah..menggubal..dan adakah akan berlaku perubahan.....
emmmmmmmmmmmmmm......
Sunday, March 21, 2010
mahu kamu...(part 3)
amira merenung ke luar jendela, menyebak langsir ke tepi. di tajamkan pandangan pada busut yang semakin tinggi di belakang rumahnya. di pintal-pintal rambutnya yang sedia kusut.matanya bergenang.......bertakung tapi masih utuh, tidak memecahkan air mata!. sendunya sedikit teresak..hu..hu....
dia melihat dengan satu pandangan yang tajam. merenung dengan penuh tumpuan. memfokuskan titik arah yang hanya dia tahu untuk apa dan kenapa. busut itu, nampak lain padanya. seperti sebuah istana!...istana...?
"Amy....Amy....."panggilan sayup mak nya, di biarkan sepi. riak hati ingin menyahut, tapi suaranya seolah-oleh tenggelam, jauh. panggilan emak, masih dibiarkan sepi....."Ya Mak.....!" itu..hanya sahutan yang bergema dalam diri..hakikatnya!..lidahnya kelu dan bibirnya bisu.Rawan!
"Kat sini, Amy rupanya.....meh, mak mandikan Amy....dari pagi tadi Amy tak mandi....."sentuhan lembut tangan seorang ibu, mengelus bahu anak gadisnya yang kurus. terasa tulang bahu Amira yang timbul. Anaknya itu dari sehari ke sehari, makin susut badannya. Dielus lembut bahu satu-satunya anak gadis yang dia ada, anak-anaknya yang lain, semuanya lelaki.
"Amy...jom..mak mandikan....."perlahan-lahan di papah tubuh melidi itu dan di letakkan di atas papan luncur di sebelah anak gadisnya. apalah yang mampu disediakan oleh dia dan suami. nak membeli sekilo beras pun, mereka memerlukan ikhtiar yang panjang, ini pula, ingin menyediakan sebuah kerusi roda untuk anak gadisnya itu. bukan mempertikaikan percaturan Ilahi, cuma menyatakan, itulah hakikat rezeki yang dia, suami dan anak-anak mampu kecapi. redha....dan ikhlaskan lah hati, Allah itu Maha pengasih dan penyayang..Ar-Rahman dan Ar-Rahim!.
Mak mah menarik papan luncur yang dibuat oleh suaminya, Pak Din, menuju ke ruang mandi yang terletak di sudut kanan rumahnya. sudah di sediakan sebesen besar air suam untuk mandian anaknya itu. tak sanggup dia melihat, anaknya menggigil kesejukan, bermandikan air perigi semata-mata.Dan yang lebih dia tak sanggup,melihat dan mengendalikan tubuh separuh nyawa anaknya itu.bukan kurang dan jemu menyalurkan rasa kasih sayang seorang ibu. cuma tak sanggup menahan rawan, melihat tubuh anak gadisnya, yang dulunya lincah berjalan, riang bersorak, kini, diam dan terkulai tak berdaya. dah dua tahun, anaknya itu begitu.
perlahan-lahan dimandikan tubuh Amira yang hanya bersimpuh diam di atas lantai ruang mandi yang berlubang-lubang. Amira hanya diam, hanya bahasa tubuh sahaja yang menyatakan segalanya. dia sejuk, dia sejuk atau apa.Mak mah menyabunkan tubuh anaknya itu, menjerus perlahan-lahan air untuk membilas tubuh anaknya. selesai semuanya, di lap perlahan dan dipakaikan kain batik sarung yang kering pada tubuh pucat anaknya itu. di papah anaknya kembali pada papan luncur dan di tarik anaknya itu keluar.
"Mak pakaikan Amy baju yer. Bedakkan Amy, macam masa Amy kecik-kecik dulu. Jalinkan rambut Amy....."sambil bercakap, tangannya pantas menyulam kerja-kerja menyiapkan anaknya itu. disarungkan t-shirt putih dan dipakaikan kain batik tadi, kemas di pinggang Amira. di sapu bedak baby dan di sikat rambut anaknya yang panjang paras dada itu.sambil menyiapkan anaknya itu, spontan, bibirnya menyanyikan lagu hati ke hati..."tinggilah tinggi..tinggi-tinggi burung di awan....akhirnya engkau turun, akhirnya turun..mencari kawan.....terbang di awan...turun mari kedalam taman...kalau mencari kawan..mencari kawan...biarlah padan....."
tak semena-mena terdengar sedu dan titik air mata amira pada tangannya. Anaknya itu menangis.
"Kenapa nangis Amy.......sakit ke nak...?" Cemas Mak Mah. dia sendiri tak tahu, apa yang ada dalam kotak fikiran anaknya itu. apa yang sedang dan sering difikirkan oleh anaknya itu.
Amira hanya diam, tidak berkutik. Mak......lagu mak buat Amy sedih......."kalau mencari kawan..mencari kawan..biarlah padan......". Amy hanya mampu menitiskan air mata dan esakan sayunya.hanya itu yang mampu diriakkan.
"....Az.....Azwan....!"hanya perkataan itu dan nama itu sahaja yang mampu disebutnya.
Mak Mah sendiri pelik.hanya perkataan itu dan nama itu sahaja yang mampu anaknya itu ucapkan. tiada lagi panggilan Mak atau ayah..atau apa-apa sahaja......hanya Azwan!. siapakah lelaki itu?. dia sendiri tidak tahu.
"Amy.....kalaulah mak kenal si Azwan tu....mak bawak dia jumpa Amy....." bergetar suara Mak Mah. walaupun dia tidak tahu siapa kah gerangan budak yang bernama Azwan itu. hati tuanya tahu, Azwan sangat bermakna dalam hidup anak gadisnya itu. di dakap tubuh anak gadisnya yang masih beresak kecil. Hati seorang ibu, terjentik sikit pun tubuh seorang anak, akan di pawahkan satu kampung, buat jadi korban kesakitan anaknya. Azwan........?dipelusuk dan diceruk manakah gerangan tuan empunya nama itu. hati seorang ibu merintih. mahu dijejaki si tuan empunya nama.

dulu-sekarang!
salam..dah lama rasanya....tidak mencoretkan sesuatu di dada kanvas ini. dulunya..aku gemar membaca.....menulis jarang sekali..melukis pulak...selalu!..mak selalu bising, lewat usia persekolahan yang lalu..."habis semua buku di conteng....plan umah....plan umah...!buku matematik bukan penuh dengan pengiraan..penuh dengan kotak2 plan umah!!..apalah nak jadi along nih"...bebelan mak, rupanya doa mak, hingga aku tamat degree landscape architecture...walaupun bukan arkitek...tapi tetap berkaitan dengan dunia drawing dan plan!...hahahaha...
bila diingat kembali....tersenyum malu....sampai skang...aku masih "gila" dengan lukisan plan2 umah...kalo dulu, manually aku lukis di buku2 petak...kenapa buku petak?...hahahaha..senang nak buat measurement...main ikut petak2 jer...4000mm x 2500mm (kalo buku petak: 4 kotak x 2.5 kotak....)...hahahahaha...maka, jadilah sebuah bilik....sekarang lak, bila dah di usia 27 tahun ni, software bernama sketchup menjadi mangsa....ada jer kelapangan masa....."berkampung-kampung" aku wujudkan..sebab tu aku giler dan boleh gila main game SIM and Giant Hotel!
DULU....setiap kali melukis...mesti akan jadi kampung..nama2 kampung lak...hahahahaha, ambik pangkal nama sendiri (tp yang dikomersialkan...upss)..contohnya....taman Nuriz perdana...taman nuriz jaya...wakakakaka....bagaimana aku tau melukis pelan?..semuanya kerana surat khabar!...surat khabar dan iklan rumah yang ada plan......simbol masa tu yng paling aku x kan boleh lupa......selimut di atas katil...bentuknya...macam helaian buku yang dilipat sebagai aras baca......hehehehe......
SEKARANG.."kampung-kampung" aku...semuanya dalam bentuk 3-Dimensi!....up skill sket!..hahahahaha
tentang dulu dan sekarang aku......aku rasa, cintanya masih sama....kegilaannya tetap sama...dan kewarasannya jua...-tiada berubah dan tidak berubah!

Subscribe to:
Posts (Atom)