Wednesday, June 13, 2012

terima kasih



Saya nak ucapkan TERIMA KASIH....

terutama kepada followers saya..yang sudi follow blog saya yang seADOnyer ini...

terima kasih kerana sudi meluangkan masa berkunjung..membaca blog ini...

segala yang tercatat..tercatit..dalam blog ini...banyak "kisahnya"...hehehe...

apa jua yang tertulis....disinilah tempatnya...

ada masa ianya akan sunyi....bukan tiada cerita...bukan tiada kisah....

cuma kengkangan masa membataskan....alasan?...ya..memang alasan..

saya sangat berharap....

saya akan boleh terus menulis..mencatitkan apa yang ada dalam jiwa saya......

bukan untuk apa....untuk kepuasan hati.....

terima kasih kerana sudi berkongsi kisah ini...

blog ini...saya sendiri..insyaAllah..akan sentiasa dekat di hati...

terima kasih.....


Monday, June 11, 2012

tiada kata secantik bahasa

aku jarang sangat sukakan lagu klasik yang di cover version oleh penyanyi-penyanyi profesional negara...

inilah pertama kali..aku suka cover version lagu ini..satu-satunya lagu yang aku rasa punya soul dalam kedua-dua version....

korang rasa camner?

version asal....by P.Ramlee

version baru....by monoloque

version mana yang korang suka......................?

aku....?dua-dua version!!..



nak dara rindu

nak dara rindu.......


sama kampung hai sedang di rindu..inikan lagi jauh di mata...

aduhai...bercelarukan hati..berkecamukkan jiwa..andai rasa rindu itu..diam dalam hati..tapi terus subur dan mewangi!...

Tetttttttt....!

Jauh di mata


Menghabiskan masa rehatnya dengan melayan lagu-lagu klasik dendangan Alyarhamah Saloma..Rafeah Buang..Mummy Kartina Dahari..Mummy Uji...Bonda Sharifah Aini....aduhai..terbuai betul jiwanya.

"Bila memandang wajahmu..hatiku rasa terharu..senyuman dibibirmu menawan kalbu..mengapa hanya bayangan...tak sanggup berjauhan..andainya kita bersua betapa mesra..."perlahan-lahan dinyayikan lagu Semakin hari semakin sayang nyanyian Mummy Uji Rashid..lagu yang sangat menarik dengan lirik yang sangat indah.

 Ziera menghabiskan sisa-sisa penulisan artikel untuk terbitan salah sebuah surat khabar tempatan. Artikel berkenaan alam sekitar dan peranan kita sebagai pengguna yang berilmu dan bertanggungjawab. Memang menjadi rutin aktivitinya, diperuntukan masa seminima 2 hari untuk aktiviti penulisan bebas atau untuk tujuan penerbitan, buku atau novel. Tidak sedikitpun perasaan ralat dan bosan dalam dirinya.

"berdendang dendang..anak dara..duduk..berdendang irama melagukan..."eh..tetiba terlayan lagu dendang anak dara daripada Alyarham Sudirman..

Entah kenapa, mood mendengar lagu-lagu klasik beraja dan bertakhta. Penuh jiwanya dengan alunan klasik dan merdu nostalgia suara-suara penyanyi-penyanyi lama, kegemarannya.

Sesekali suara merdu penyanyi-penyanyi ini agak mengganggu konsentrasinya. Tetapi inilah peneman jiwa sepinya.

"Bertahun..tahun sudah lama...tiada pernah kita berjumpa..Kau pergi..entah kemana..duhai kasih..ku nan setia..ku teringat masa dahulu..masa kita berada di rantau..berirama senandung anak dara..iaitu nyanyian kita bersama...Malam bulan purnama..tiada hati dirundung duka..kita bersenda gurau bersama..Riang ria gembira..dengan cahaya sinaran rambulan..itu semua pengalaman..namun kini..hilang lenyap sudah..kenangan waktu hidup bersama..Kau kini..jauh di mata..jangan lupa khabar berita....". Terhenti jarinya menari di bibir papan kekunci. Gemersik suara Bonda Sharifah Aini..penuh syahdu, merayu mendendangkan lagu Jauh di mata membuatkan jiwanya melayang jauh..

"Jauh di mata...." bisik Ziera lembut.



Wednesday, May 30, 2012

kak long serabut

Kak Long hanya mampu mendiamkan diri. Rasa terpinggir yang menguasai diri dan berjaya merubah jiwanya menjadi seorang yang sensitif benar-benar ingin diusir jauh-jauh. Terlalu banyak benda dan perkara yang membebani akal fikiran dan jiwa kelamnya. Kalut, kusut, resah, duka...semuanya bersatu menjadi satu rasa yang entah apa-apa. Aduhai....bebanan perasaan dan resah gelisah jiwa kali ini...benar-benar membuatkan dia dihambat rasa pelik yang sangat sukar dimengertikan.

Kak Long menyelak helaian demi helaian penulisan tesis masternya. Mencari di mana arah pandu dan kesalahan yang benar-benar kabur di pandangan matanya. Kusut dengan masalah terbaru yang dihadapi..Kak Long seakan-akan telah hilang semangat...Terlalu banyak masalah yang datang di saat dia sendiri sedar...tiada hata sekelumit kekuatan dalam dirinya.

Dengan perlahan disisip kopi O panas yang masih berasap. Minuman kegemarannya. Pagi hingga ke malam dia betah jer kalau dihidangkan dengan kopi O panas. Kopi pekat dan pahit itu memang teman setia. Bukan untuk berjaga malam...tapi memang rutin.

Sambil menikmati Kopi O panas yang nyaa lazat dan penuh nikmat. Kak Long meluaskan pandangannya jauh, merenung kawasan sekeliling yang gelap. hanya cahaya lampu jalan dan lampu rumah kawasan kejiranan yang bersuluh. Di balik pepohon ara yang rendang..suasana jam 11.30pm itu benar-benar mengasyikkan. Sesuai dengan niat hatinya untuk mencari damai yang hilang. Deruan angin yang sepoi-sepoi bahasa, segar dan damai. Cuma yang mencacatkan deria yang ada, adalah....hiruk pikuk kenderaan yang masih aktif di jalanan.

Kalaulah sekarang ni, aku kat kampung wan...kan best!...

Rindu pada nenek yang satu memang sentiasa ada dalam jiwa dan hatinya.

Tuesday, May 29, 2012

sebab di sebalik.....

Mendapat panggilan telefon dan mendengar khabar yang x best...huhuhuhu...Head of Department, merangkap internal examiner master aku nak jumpa aku khamis ni......

banyak correction thesis aku....x boleh nak buat proofread..aduhai sedey sangat...

inikah perkara yang aku perlu selesaikan setelah aku resign!...mungkin....sebab selama ni..dalam tempoh selepas viva...xdelah...aku tau status thesis aku..aku viva january kot!..(ye ke..?)..

tahun bila lah master aku nak abis ni...kawan2 semua dah grad..dah ada scroll master..aku?

dah lah br plan nak sambung phd.....(sebab x keje....)...

dah tu...aduhai..dah berdebar2 dah segala urat kepala n kepala lutut!..

khamis ni...khamis ni...huhuhuhu.....risau sangat...

apa akan jadi..aku kene berusaha keras..kekuatan!!...

Monday, May 28, 2012

rasa aneh

Dalam hidup..kalau tak berani bermimpi....akan tiada langsung impian dan cita-cita. Mungkin itu adalah punca kenapa Shamir selalu menolak apa yang dia rasa dan apa yang dia ada. Takutkan bayang-bayang sendiri..itukah puncanya dan masalahnya. Entahlah..sukar untuk dia menjawab apa yang bersirat dalam lapang dada dan fikirannya.

Bukan menolak fitrah kejadian manusia...bukan menolak sunnah Rasulullah....aduhai..jiwanya dalam amuk rasa yang pelbagai..entahlah.....entahlah!. Hanya itu yang mampu dinyatakan saat akal bertunjangkan rasa yang aneh. Perasaan itu membunuh hampir keseluruhan jiwanya..kekuatannya seakan musnah, kegagahannya kalah dengan rasa yang aneh itu. Anehkah memiliki rasa yang satu itu. Rasa yang membuatkan jaganya tidak karuan dan lenanya tidak kenyeyakkan..(perkataan ini adakah?).

Shamir memandang ke luar  tingkap. Hiruk pikuk kenderaan tidak sedikit pun menjejaskan apa yang bersarang dalam kotak fikirannya. Aduhai....aduhai. Keluahan demi keluhan bagaikan tidak pernah luput.

susah!

Bunyi deringan SMS mengejutkan Shamir. Di capai telefon di meja kecil bersebelahan dengan katil bujangnya.

"Shamir...busy x?" SMS daripada Ziera.

"Tak buat apa pun. Kenapa?" balas Shamir, cepat

"Ada masalah sikit..huhu"

Tidak menjawab sms yang dikirim oleh Ziera, pantas Shamir mendail nombor seseorang. Kerisauan memuncak dan rasa ingin tahu beraja dengan mengila.

"Hello...Miss...Miss...!"

"Assalammualaikaum..Shamir..."

Kalut sangat membuat panggilan, sehingga lupa memberi salam, Malu Shamir sendiri.

"Waalaikummusalam warahmatullah...Miss kat mana?,apa yang jadi?kenapa?ada masalah apa?" bertubi-tubi soalan di tanya.

"Sabar..sabar..saya kat Wangsamaju..kat dengan area Wangsawalk Mall...kereta saya breakdown...saya tak tau nak buat apa ni......"

"Ok. Tunggu. Saya datang sekarang!". Mencapai kunci kereta, Shamir meluru ke arah pintu. Dicapai baju kemeja T yang tersidai di kerusi. Dengan hanya berseluar bermuda, pantas langkah dihayunkan.

Bimbangkan keselamatan dan keadaan Ziera, tiada yang lain yang dia pedulikan, Apa yang dia hanya tahu, perlu cepat sampai!