Tuesday, July 30, 2013

Lena

Saat aku ingin sekali berbicara denganmu...
Kau diam dalam dengkuran halus yang menemani jagaku...
Damai dalam lena yang sering mengundang sabarku...
Nyata..kau lebih selesa membiarkan detik masa berlalu..
Tanpa pernah meminjamkan sesaat masa lenamu..untuk ruang kenyataanku..

Sering aku kau tinggalkan sepi dalam  jaga yang tak pernah cinta akan lena!
Aku hanya mampu merenung mulus tidurmu sayang...
Sedang mulut terkunci dan suara yang mati..
Indah!
Ruang menggeledah isi hati sendiri...
Damai!

Benarkah?
Sekali lagi kau biarkan cinta dan kuasa itu mati..
Diam tak berkutik...
Lidah jadi kelu dan saat itu...
Aku hanya mahu mengunci terus ointu hati..
Nyata bebanan perasaan menolak logik akal!
Kepenatan..keletihan...keserabutan...
Segalanya terisi dan terluah...

Akukah yang tidak pernah mahu memahami...
Sudahlah sepi..damailah kau berlari mencari sendiri...
Jangan diharap bunga itu mekar..
Sedang akar teracun n bersarang semut...lalu menunggu masa untuk mati...

Damaikanlah sepi wahai sepi....
Lepaskan lelah sendiri...
Tiada dia yang sudi menemani....damailah!..menemani hati...bukan mudah kau idamkan rindu..saat
Sayang berbaur kasihan...

Selamat makan sinar rembulan...
Selamat malam dakapan cahaya...
Damaikan sepiku...
Lenakan tangisku...
Aku mahu seperti dulu....

Sunday, July 21, 2013

Meluahkan apa yang terbuku

Entahlah..terlalu banyak yang perkara yang terjadi dan menagih sejuta perhatian dalam hati dan fikiran..

Penat menghela nafas yang tak pernah mahu kebah dari demam perasaan tidak menentu.aku mencari dan terus mencari dimana mahu diluahkan apa yang terbuku.semakin hari berlalu..semakin aku sedar..rupanya ramai yang tidak mengerti dan memahami.

Adakah ini dilema seorang perempuan 30an yang sendiri...persahabatan dengan seseorang yang bergelar lelaki selalu di salah erti..terutama seseorang lelaki yang lebih jauh muda usianya..yang punya cinta lain dihatinya..kami hanya berkawan...

Mungkin kerana perangai...minat..dan sifat yang hampir sama...kami menjadi akrab..tp 'hak milik' orang bukan sesuatu yang aku abaikan...bukan dan tidak sama sekali....

Tapi kebebasan itu nyata membuatkan aku sering dipersalahkan..sedangkan aku sendiri dihurungi rasa bersalah...

Aku hanya mahu menjadi diri sendiri..bukan memburukkan lagi keadaan...ada x sesiapa yang faham apa yang terkandung dihati..apa yang aku ingin...adakah ada org yang faham..adakah susah sangat untuk faham...adakah segalanya begitu membebankan...

Pada siapa mampu kuluahkan apa yang ku rasai...

Sunyi..sepi sendiri...aku cuma ingin bahagia dan mencari bahagia...!!!

Aduyai....terasa sayu dijiwa...tak terluah airmata yang mengalir..tak terungkap perasaan yang tersimpul...benarkah akhirnya aku akan sendiri....

Membahagiakab orang lain...dengan janji mereka akan bahagia...!

Sedangkan diri sendiri....diam! Bahagiakankah insan2 lain....biarkan mereka bahagia..

Semoga mereka bahagia...

Friday, February 8, 2013

pilihan....~

kadang-kadang...hidup ini terllau banyak perkara yang berlaku dalam tempoh setahun..dua tahun..sejam..dua jam atau seminit dua minit...

apa yang ada di hadapan mata...apa yang tiada di hadapan mata itu semua adalah kenyataan yang hendak atau tidak hendak perlu dihadapi...

wahai hati..
ku bawa perasaan ini jauh dari apa yang aku impi..
ku bawa ia jauh dari rasa yang ada..
walau sakit...jiwa ini tetap aku pelihara lukanya...
walau sakit..aku ubati luka ini...

aku biarkan jejak menyendiri ini sepi..
kerana aku rindu kesepian yang telah lama kau kekalkan...

jarak bukan penentu hakikat rasa kasih sayang ini lentur atau hilang
jarak mengajar aku erti keperluan dan diperlukan...
jarak membuatkan aku senyum
membuatkan aku menangis..

maaflah..ku coretkan sedikit banyak apa yang aku rasa..
kerana aku suka!..
aku bukan mahu mengaibkan diriku atau dirimu..
aku hanya mahu melayan jiwaku..
aku hanya mahu melayan hatiku...
aku hanya mahu menceritakan tentang kisah aku...

dirimu adalah suatu kisah yang ada dalam sejarah kisah-kisahku...
aku cuba melupakan..aku berusaha melupakan....aku akan melupakan...
pilihan ada padaku...

bahagialah....
bergembiralah.....
selamatlah...

tak perlu aku panjangkan ucapan doa ini secara zahirnya....
aku akan sentiasa mendoakan pilihan mu..kerana ianya adalah pilihan...
bukan aku dan milik dia!.

emmm....apabila menilai dan berbicara soal hati..banyak sangat benda yang bergegar dalam kepala...terlalu banyak yang memberi kesan...sama ada rasa tercengkam....perit dan pedih..atau rasa sayu...atau tiada rasa apa-apa...

entahlah..sukar untuk memahami apa yang aku rasa....tidak faham atau tidak mahu faham...pilihan...

kalau diberi pilihan...aku tidak tau yang mana satu akan menjadi pilihan...kerana antara hidup...pelbagai rasa Allah berikan..untuk terus menjadi manusia..akal dan hati..

ini semua berlaku..bila tetiba..perasaan teringat...atau rindukah?bertamu di kalbu...

zina hati!!..lupakan..lupakan...!kau bukan hakku!....lupakan...lupakan..

biarkanlah masa dan usaha ni membuktikan tekadku...aku belajar dan sedang belajar melupakan..........

usaha cik chummie!..usahakanlah......!!


Thursday, January 24, 2013

...................

kebenaran..walaupun menyakitkan...disuatu masa itulah kebaikan dan rahmat..

apabila diberikan ujian saat jiwa sebenarnya memang tidak pernah bersedia..ku yakini dengan janji Allah yang pasti...hanya yang terbaik untuk diriku menjadi hadiah hari-hari depanku..

terima kasih kerana berjaya merobek jiwaku dan menghiris hatiku...hingga lumat bagai tiada esok lagi...

terima kasih kerana kekalkan rasa tidak percaya pada diriku terus utuh dan bersemadi..

didalam hidup ini....

aku tak pasti dimana letaknya perasaanku..mudah benar dipatahkan dan dihancurkan...

seolah olah ianya hanya sampah longgokan dan busuk..

kenapa tidak pernah kau berterus terang...

SAKITNYAAAAAAAAAAA....!!!

Thursday, January 17, 2013

terbang....

entah kenapa..banyak yang aku malaskan sangat perasaan itu ingin aku buang jauh....nyata..kesakitan melepaskan usai bertahun-tahun perhubungan terjalin membuatkan aku sangat berjauh hati..mahu terus terbang dari terus diam...

seru angin sejuk pada puncak gunung ini aku biarkan terus menggigit tulang temulangku..
mencengkam pori...
hingga aku tidak mampu lari...
diam....
diam....
bila rasa mencengkam fizikal gempal ini...
tarikan nafas hanya mampu dihela..aduh!..sejuknya!!...
sejuk hingga terasa kebas jari jemari.....

eh..kenapa aku bercerita pasal seuk gunung..mahu menaipkan berkenaan dengan manis strawberi coklat.....cantik warna warni bunga...?

kenapa aku pusatkan Cameron Highland?dalam bayangan kisah yang cuba aku garapkan...?hahahaha...

NYATA...gambar yang terlihat oleh hati..menyiatkan jiwa yang masih belum mampu merelakan sepenuhnya...

kenapalah suka sangat menyusahkan diri dan hati..kenapa suka sangat menyakitkan hati sendiri....giler dengan perbuatan yang sia-sia. sudahlah!..

kenapa perasaan sayang itu sukr dihapuskan..sukar untuk disenarai hitamkan...

tuhan berikan aku kesempatan untuk meyayangi diri sendiri...

kebencian ini menyakitkan!!...

lepaskanlah...lepaskanlah!..

sudah lah!!!...

Monday, December 10, 2012

amir surat 1

Bangkit daripada tidur yang dirasakan cukup panjang....Amir mengerang. Kepalanya sangat-sangat sakit...aduh!!!..Tidak pernah dia merasai sakit kepala yang sebegini. Mungkin lebihan alkohol dalam badannya menyerang saraf-saraf di bahagian kepala, sehingga dia mengalami sakit kepala yang memberat. Menyebak kasar selimut yang melingkar tubuhnya, Amir berusaha bangun!. Dia melihat ada seseorang yang masih pulas ridur di sebelah pembaringannya. Juli?Amy?...Intan..?Ahh..dia sudah lupa siapakah yang menemani ranjangnya semalam. Biarkan!.

Dengan langkah yang terhuyung hayang....dia bangun menuju ke bilik air. Namun, langkahnya rebah, tersadung lalu tersemban di tengah-tengah ruang biliknya. Sakitnya!!. Amir mengaduh sendiri, dia berusaha untuk kembali bangun, namun hanya mampu duduk sahaja. Diperhatikan sekeliling ruang kamar biliknnya yang telah bertukar warna dari seputih-putih warna dinding kepada hitam!.

Di dinding kamarnya, penuh tulisan-tulisan dakwat hitam. Tulisan yang memenuhi, sepenuh-penuh ruang!.Dengan kepala yang masih memberat dan pandangan yang kabur-bergalau!. Amir cuba membaca setiap coretan dinding yang dia sendiri tidak sedar, bila dia mencoretnya. Dan kenapa coretan itu di dinding!!. Apa yang berlaku sebenarnya?.

Amir berusaha bangun! menapak menuju ke dinding berdekatan pintu biliiknya. Apa yang berlaku sebenarnya!. Dia masih keliru.

Dengan langkah longlai...dan rasa mual yang mula terasa, Amir tetap berusaha berjalan ke arah dinding yang terconteng dengan sepenuhnya!. Apa ni!.

Amir mula membaca, satu persatu coretan tulisan tangannya yang entah bila terkarang menjadi 'kertas dinding' biliknya.

Aku masih ingat, masa aku berusia 6 tahun, aku selalu dibelikan oleh ayahku gula-gula kapas yang berwarna warni. Rasanya yang manis dan sedikit berkrim..ringan!..sangat sedap!. Aku akan menghabiskan gula-gula kapas berbentuk kon itu dengan perlahan-lahan. Sangat sayangkan kelembutan dan kemanisan gula-gula kapas yang lembut dan sedap itu...sehingga sedih untuk menghabiskannya. Ayah dan mak juga sering menjadikan gula-gula kapas kegemaran itu sebagai umpan untuk memujukku. Itu kisah aku dan gula-gula kapas!. tapi itu kisah 24 tahun yang lalu!

Dari zaman kanak-kanak mak ayah aku tak pernah sekalipun menghampakan aku. Segala kemahuan aku dituruti dan ditunaikan sepenuhnya. Ayah aku seorang Pengetua dan mak aku pula seorang ketua jururawat. Di zaman 80-90an...keluarga aku antara yang hebat dan kaya di Kuala Selangor. Rumah besar, kereta dan ada orang gaji yang aku panggil Mak Jah!. Mak Jah dan Nur Laila!..Ya Nur Laila.....anak perempuan Mak Jah yang muda dua tahun dariku. Dari umur aku 10 tahun..Nur Laila dan Mak Jah bekerja dan tinggal di belakang rumahku. Arrghhh...Nur Laila!!.

Bukan aku nak ceritakan kisah Laila yang aku panggil Ila!. Aku mahu ceritakan kisah aku..kisah aku dan hanya aku!. Aku yang sekarang kekal menjadi aku!. Aku yang hebat!!. 

fadhil

apabila ada mata yang menangis..tapi tidak berairmata!.

Fadhil memerhati sekeliling, pandanganya meliar. Jiwa kanak-kanaknya berperang dengan satu jiwa halus yang sering membawa dia jauh dan jatuh. Ilusi dan realiti, sukar untuk dia mengerti. Mak cakap, dia selalu berhalusinasi, bebas mengembara di dunia sendiri.

Fadhil hanya diam. Akal dan jiwanya tidak selari. Banyak yang dia nak luahkan, tapi akhirnya, tidak mampu disuarakan. Fadhil menguis mihun yang masih banyak berbaki. Kak Long, kakak sepupunya kalut di dapur menyediakan minuman. Dia hanya memandang, kosong!. Ikutkan jiwa, mahu sahaja dia menghulurkan bantuan, namun akal, menidakkan. Respon yang nyata, dia hanya diam, duduk di kerusi.

Firdaus, adiknya yang hanya berbeza usia setahun itu, cergas di dapur. Membantu Kak Long yang mungkin sangat-sangat mengejar masa. Jam dah menunjukkan ke angka 7.35pagi. Setengah jam lagi, Pak Anjang yang ditugaskan menghantar dan mengambil Kak Long pergi dan balik kerja akan sampai. Sah, Kak Long akan berang, kakak sepupunya itu mudah naik angin, apabila terkejar-kejar membuat sesuatu.