Wednesday, September 11, 2013

Menumpang

Entahlah..bila dilihat pada kisah yang terjadi dengan peristiwa hari ini..keseronokan dan airmata bergabung mencipta cerita yang kadang-kadang boleh dijangka.

Berlari dalam lelah mencari sekeping hati untuk menumpang kasih.nyata..hati itu memang menyediakab ruang tumpangan yang hanya sekecil hama.dah nama pun menumpang.sampai masa.....ketika terpaksa diusir jua.

Usai senja dalam rajuk lena yang panjang dan kisah yang tidak pernah selesai.aku mahu terus mengusir cerita duka menjadi mimpi panjang sampai tiada lagi jaga dan terus lena. Matikan apa yang tersurat dan tersirat....sebab sudah tiada daya dan aku melarat.

Bukan mengecilkan diri dan rasa hati yang besar. Tapi hanya membuang masa san tenaga. Wang dilaburkan dalam konteks kebodohan diri sendiri. Tergadai mencipta sekam pada kejahilan diri sendiri..

Aku terasa seperti membuang diri dalam.longkang dosa yang tidak pernah disucikan....tiada usaha menghapus noda....biarkan terus berkurap dan bernanah hingga akhirnya aku sendiri terbuang dalam hina...

Bodohnya menyinta.......yang terjafi hari ini..kisah dan peringatan untuk esok.

Terima kasih atas rasa ini