Tuesday, October 26, 2010

hidup...

dalam bisikan yang terdengar perlahan...
dalam sayu mata menahan ngantuk yang memberat...
hidup terasa makin banyak cabaran...
sering kali aku terjatuh..
tersungkur...

tak pernah serius dengan hidup
atau aku terlalu serius..
bius-bius kegilaan menjelma
dalam amarah dan resah..

mahu apa dengan hidup....
untuk apa dengan hidup....
kerana apa kita hidup....
dengan apa kita hidup....

kenapa aku mempersoalkan hidup
sedang erti hidup itu sendiri masih kabur dalam dimensi

untuk apa aku berteka-teki tentang hidup
sedang hakikatnya..aku tak pasti...

aku merasai hidup dan nyata aku hidup...
aku merasai hidup...kerana aku hidup....
aku hidup dengan dunia dan keadaan aku..
aku hidup kerana aku masih berpeluang untuk hidup...
masih di beri ruang...
masih di beri peluang...

kenapa aku lalaikan hidup...
sehingga tersungkur hingga begini...
kenapa aku biarkan hidup..
terumbang ambing dalam lelah yang aku ciptakan sendiri...

benci dengan hidup yang tidak hidup
atau benci dengan diri sendiri yang tidak berusaha untuk hidup...

terlalu banyak persoalan hidup yang memberat...
hidup....
hidup...

Wednesday, October 13, 2010

sakit hati!!!!

bila buka sedikit ruang untuk melihat diri dengan mencermin diri sendiri..jelas...aku seorang manusia yang lemah dan banyak salah dan silapnya...

apa yang aku kesalkan...aku rasakan....aku lukakan..aku pendamkan..bila terluah...kadang2 memakan diri sendiri...

bila ada ayat-ayat sumbang...sinis memerli dengan niat dan perbuatan yang menjengkilkan...aku punya rasa nak tangankan jer.....nasib baik..akal dan hati seiring..kalo tak..dah lama...

bukan sekali...dua kali..berkali-kali dengan gaya dan sinis berbahasa.....^%$@!@#!!..mulalah aku nak mencarut!!....Astagfirullah......jauhnya sifat sabar dan ikhlas dalam diri...

aku sedar diri aku...x perlu nak ulang atau replay..benda yang sama..dan hebahkan pada dunia...kau saper...?cantik sangat!!!.....

syukurlah, Allah jadikan kau "sempurna" wajah.....aku doakan hati kau pun sempurna dan "secantik" wajah....

kalau kau fikir, aku ni tak layak untuk laki-laki diluar sana..yang nyata memandang rupa paras...terutama perempuan2 cantik seperti kau...nyata..kau benar dan betul....hanya kau yang layak...

"hey, kawan aku kirim salam....hahahahahaha.....dia tak tengok ag kau camner...."mengekek ketawa......."dia tak tgk lagi kau macamana...."emm..maksud ketawa=Kalau die tgk ko gemuk..hudoh..takde maknanya die nak kirim salam....."hahahahahaha...ketawa ko aku dah faham..amat dan cukup faham...

"saya duk umah die......die macam makcikan..muka macam makcik2...macam orang tua!!!..."die tu, aku kan??..macam makcik...walau kita sebaya...YER!!!..kau jelita......kau cantik...kau cun!!..aku makcik!!!....aku makcik!!...busuk!...TERIMA KASIH...

itu dah berapa kali...?x termasuk ulangan..."die tak tgk ag ko macamana....".apa hensem sangat kawan ko!!!!....aku x heran rupa paras......aku kisah apa..die x sehensem kawan2 laki ko..janji ada budi bahasa...bukan x reti bahasa....

ko cakap.....tiba2 aku nka marah!!..kalo ko jadi aku?ko tak marah.....sempurna..mata..tangan...akal...hati.....kaki..x kan x boleh nak pandang kiri kanan...tgk apa2 masalah yang ada....tak boleh??..bila aku marah..tinggikan suara skt.....mula mengadu domba seluruh dunia....."tiba2 nak marah" hakikatnya....salahkah?kalo ko rasa ko semuanyer betul!!....tolonglah...selama ni, aku diam kau perli2..."tuan puteri...."..."tuan puteri"..bila kau jadi tuan puteri.....?ada aku perli...?ada aku ejek.....?ada aku berbunyi.....selama ni, ada aku bising...aku perli2....aku sengaja sakitkan hati.....ada?..cuba ko selidik diri......jangan hanya pandai mengadu dan bercerita jer...keburukan aku....

keburukan jelah yang ko nampak kan...manusia memang macam tu...susah2 ko......senang2 ko yang sedikit aku berikan..x pernah nak kenang...aku manusia yang tak pernah berkira...x pernah nak kedekut2.....tapi..bila ko mengungkit dengan apa yang ko buat.....aku sangat bengkek hati....selama ni, ada aku ungkit apa yang aku buat!!!......

selama ni ada aku berkiraaa........???hey..ingat sket...xpernah aku ungkitkan!!!...jangan nak naikkan darah aku.....

aku malas nak bertekak..bergaduh angin!!!!!!!!!!!..sebab orang2 poyo.....

aku malas!!!!!!.....

tp, bila aku diam...ko makin naik tocangkan.....husihhhhhh!!!!!!!!.......

harap2 aku masih boleh bersabar...memandang ko sebagai manusia ag..bukan...@^#^%&!!!!....

Monday, October 11, 2010

mahu kamu...part 6

nyata..kesakitan jiwa lebih parah dari kesakitan perut yang memerit!.luka tak nampak darah, luka yang kekal terasa bisa!amat pedih!..Kalau lah boleh diundur masa, dia mahu kembali untuk memperbaiki ruang potensi diri,agar menjadi lebih dewasa dan lebih terbuka untuk bahagia..


Amira bersandar lemah, pintu utama dibiarkan terbuka, luas, hanya dikunci gril untuk tujuan keselamatan. pintu itu perlu dibiarkan terbuka, bimbang fitnah yang mungkin melanda, kerana didepannya, sesusuk tubuh tinggi lampai dan tegap Azwan, bersandar dengan riak tenang. Entah apa yang merasuk pemuda itu, hingga sanggup ke rumahnya. Masalah apa lagi yang cuba ditimbulkan.....?

"Amy........kenapa Amy tak jawab panggilan Wan...?entah untuk kali yang keberapa, soalan itu dipersoalkan padanya. Amira hanya diam, memandang wajah yang bertanya pun tidak. Berat mulutnya mahu menjawab persoalan Azwan, entah kenapa, memandang wajah pemuda itu membuatkan jiwanya tertekan, ada rajuk dan ada benci, berbaur menjadi satu rasa yang sukar untuk dimengertikan...

"Amy....."Azwan tidak pernah sesekali jemu untuk terus memanggil nama gadis itu. Seseorang yang baginya penting dan terlalu istimewa. Biar tidak pernah sekalipun dia berterus terang dengan apa yang ada jauh disudut hatinya. Gadis itulah cinta yang ingin disunting menjadi suri hidupnya. Dia mencari masa yang paling sesuai untuk berterus terang dan melamar gadis manis didepannya itu. Dia masih terus memandang dan merenung Amira yang hanya berseluar sukan, t-shirt ungu dan bertudung ringkas, manis tanpa solekan di wajah. Melihat gadis itu dalam keadaan yang serba ringkas itu pun, jiwanya rawan!..kalaulah dapat dilihat lembut rambut Amira dengan pakaian malam yang sedikit seksi...mahu sahaja, dia dinikahkan malam itu....~nakal!...Astagfirullah....

dia mahukan gadis itu. Sungguh...dia sedar..bukan nafsu yang menerajui akal, tapi cinta!.

"Amy, kita menikah!!!"bagai terkejut dengan halilintar dan petir menyabung, sedikit meloncat Amira. Segera dipalingkan wajah pada Azwan yang nyata, merenungnya aneh. Dipastikan tiada ajakan kosong dan riak lawak pada garis di wajah pemuda itu. Apa...?serius kah....?. Pertama kali dilamar dalam keadaan yang tidak bersedia.....dia sendiri tak mampu memahami, apa erti perasaan yang dia rasakan sekarang...

"Amy..menikah dengan Wan"Sekali lagi Azwan menyatakannya. Sedikit kuat dan tegas. Amira hanya mampu mendiamkan diri. Duduknya resah, jika tadi, kehadiran Azwan yang tak semena-mena telah mengundang amarah yang terpendam..kini, persoalan pemuda itu, bagai membuatkan dia hampir rasa mahu mati.

Dia sayangkan pemuda itu, dan sebagai seorang perempuan yang punya rasa cinta dan ingin dimiliki...dia bahagia..cuma, apa yang memberat.....mereka tidak sekufu..mereka tidak seangkatan, bagai langit dengan bumi....banyak jurang dan perbezaan. malahan dia sendiri sedar, ada ketidak setujuan dari pihak Mak Engku, mama Azwan..malah pandangan dan sinis lirikan Azura dan Alda, kakak kepada Azwan pun, dia faham dan sedar. Mereka menolaknya, jauh!...

"Wan..ikhlas.....mahu menyunting Amy, sebagai suri hidup Wan...Tolonglah Amy...Wan, sayangkan Amy.........."rayuan Azwan memecah hening, ruang yang nyata sepi.

"Amy.........."Azwan bingkas, bangun dan melabuhkan punggungnya disebelah Amira, memaksa, gadis itu untuk bangun beralih. tapi tak sempat dilarikan tubuhnya, Azwan tangkas, memaut tangan Amira, memaksa gadis itu, diam disebelahnya. Pautan tenaga seorang lelaki, nyata melemahkan Amira,pegangan tangan Azwan terlalu kuat.

Azwan, masih memegang tangan Amira..pertama kali menyentuh gadis itu. Dia mengenggam jari-jemari runcing yang lembut dan kecil itu, kejab. Amira menarik-narik tangannya dari genggaman Azwan, berkali-kali dan masih gagal, dia meronta-ronta kecil.

"Wan..lepaskan!!!"tinggi nada suara amira. Tak pernah sekalipun, seorang lelaki memperlakukannya sebegitu.

Azwan tidak akan melepaskannya. Makin dirapatkan tubuhnya pada gadis itu. Helaan nafas Amira jelas, di telinganya..haruman syampoo Amira juga jelas di hidungnya..~harum dan menyegarkan...tanpa sedar, disandarkan lembut dagunya di bahu kiri Amira, tak sampai beberapa inci sahaja mukanya dengan muka Amira.....wanginya....!!! Semakin kemas pegangan tangannya pada gadis itu.

"Ya Allah........selamatkanlah hambaMu ini...."rintih Amira, dalam sendu yang ditahan. Dia sangat takut dengan perlakuan Azwan..Dia cuba untuk meloloskan diri, dipijak kaki Azwan, yang berani mengelus dan menguis kakinya....terkejut dengan pijakan kuat yang tak semena-mena hingga terlepas pegangan tangannya, Azwan mengaduh kecil. Pantas mengambil kesempatan dan peluang, Amira bingkas, berdiri...

"Keluar.....!!!!!!!...."jerit Amira.......

mahu kamu....(part 5)

jika sudah memang takdirnya..kau dan aku pasti takkan bersatu..hapuskanlah rasa cinta ini...harus aku selamatkan diri ini..dari terus membiarkan hati ini terus terluka sepanjang waktu..agar semuanya adil untuk selamanya...

kerana aku yakin..cinta dalam hatiku..hanya milikmu..sampai akhir hidupku...di setiap hembus nafasku..hanya dirimu....

namun keyakinan itu bukan bukti setia..bukan bukti aku kekal akan bersama denganmu..bukan petanda cinta ini cintamu..dan cintaku untukmu...

Amira berteleku sendiri..terlalu banyak persoalan yang bermain dibenaknya..hatinya bercelaru..fikirannya buntu....diusap perutnya yang masih bersisa kesakitan. entah kenapa, semenjak dua tiga menjak ni, perutnya selalu sakit-sakit..memerit dan memedih...sakitnya bagai menekan hingga ke hati...menyesakkan ruang jiwa yang sudah sedia sesak dengan persoalan yang tiada jawapan..

membaringkan tubuh yang makin susut itu di ribaan sofa L-shape yang lembut, Amira masih mengusap-usap dan mengurut lembut perutnya..sakitnya menekan dan memberat..Aduhai..pedihnya...!!!...

deringan telefon yang membinbit, dibiarkan berhenti dan sepi sendiri. Irama nyanyian Maher Zain, Insyaallah, kembali memecah ruang....diusaha untuk mencapai telefon yang terletak di meja kopi dihadapannya......penuh daya dicuba mengapai telefon tersebut, cuba dan terus mencuba, dan akhirnya, Iphone 3g tu, berada di dalam pegangan....

Paparan wajah Azwan, memenuhi ruang skrin telefonnya. Wajah dan senyuman yang terpamer, menambah gundah dalam jiwanya.....telefon kembali sepi!.2 missed call.

tak sampai beberapa minit, paparan wajah Azwan kembali menghiasi ruang skrin telefonnya. Azwan...?apa yang dia mahu lagi...apa yang penting tentang dirinya pada pemuda itu!...Amira mencampakkan, telefon bimbit yang berwarna hitam dengan casing putih itu, ke sofa. Malas mahu menjawab panggilan dari Azwan...

sambil membungkam, bunyi loceng menganggu jiwa yang sedang cuba diredakan...

Saturday, October 9, 2010

aku dan ungu..

mengerti akan hadirnya cinta terindah...banyak kata...yang tak mampu kuungkapkan..kepada dirimu....aku ingin engkau selalu..hadir dan temani aku...di setiap langkah yang meyakiniku..kau tercipta untukku..sepanjang hidupku...

wah2..aku menulis sambil melayan lagu tercipta untukku..siapakah....?

aku ingin engkau selalu..hadir dan temani aku..
di setiap langkah yang meyakiniku..
kau tercipta untukku...
mesti waktu akan mampu..
memanggil seluruh ragaku..
ku ingin kau tahu..ku selalu milikmu..
yang menyintaiku sepanjang hidupku..

wah..lagu ni sangat sweet untuk dinyanyikan kepada seseorang yang bergelar suami....wakakakakaka

andaiku tahu...kapan tiba ajalku..
ku akan memohon ..tuhan tolong panjangkan umurku
andaiku tahu..kapan tiba masaku...
ku akan memohon...tuhan jangan kau ambil nyawaku....

aku takut..akan semua dosa-dosaku..
aku takut..dosa yang terus membayangiku...

aduhai......bilakah dan bisakah....?aku masih jauh dengan dunia...

andaiku tahu..malaikat bukan menjemputku
izinkan aku..mengucap kata taubat padamu...

aku takut..akan semua dosa-dosaku...aku takut...dosa yang terus membayangiku..
ampuni aku...dari segala dosa-dosaku...
ampuni aku..menangisku bertuabat padamu

aku manusia yang takut neraka
namun aku juga..tak pantas di syurga...

terasa kerdil dan kecilnya diriku..dalam azab dan dosa yang ku lakukan sendiri...huhuhuhuhu.....


Tuesday, October 5, 2010

bila hati yang menulis.....

hehehehehehe...sambil2 mencari mood untuk memulakan dan menyiapkan segala tugasan yang menanti...aku mencari sedikit ruang..membaca kembali segala coretan yang pernah aku tarikan didada blog sendiri....hehehehehe..ada sejarah yang kembali terungkai dan ada tangis yang sedikit terdetik di hati dan di dada....

terurai kembali segala yang tersimpan dan tersimpul dalam diri..nyata.aku tak pernah lelah menulis tentang diri...dan hakikatnya..semua yang aku taipkan..itu sejujurnya dari apa yang terlintas di hati dan akal fikiran..hingga akhirnya aku sedar...

aku sangat2 jiwang orangnya...hahahahahaha...perasaan romantis selalu mengatasi cerdik akal berbicara..entah macamana...ada jer idea untuk menjadi puitis dan kritis..hehehehe....

mungkinkah kerana..aku sering menulis apa yang terjadi dalam diri..dan apa yang hati aku berkata....prolog..monolog dan epilog...

mungkin jelas....apa yang aku karangkan...itulah apa yang aku ingin sampaikan...terus dari hati....

tak semena2 malu sendiri..bila ada coretan hati yang nyata aku tidak selindungkan..hingga mungkin boleh mendatangkan fitnah dan memalukan diri sendiri.....itulah menulis semahunya..tanpa pernah kembali menoleh kebelakang...

bahana cinta membuatkan aku lebih terbuka dalam menguraikan apa sahaja yang ada di pundak jiwa..tak pernah sedalamnya berfikir serius..apa natijahnya..kerana..kadang2 memang bermaksud untuk dia tahu dan mereka2 tahu....

emmm...kembali mengingati apa yang telah dibincangkan lewat tengahari tadi..saat menikmati hidangan...soal jodoh....gosip dan skandal....

itu semua mengganggu fikiran dan meracau hati aku...

aku ambik pot..aku ambik serius...sebab, AKU TAK NAK fitnah terus membelenggu dan menular dalam diri dan dikalangan teman2....susah menjaga diri n maruah seorang perempuan n anak dara...n nyata..seorang perempuan yang masih single yang sepatutnya sudah mampu n boleh berkahwin..BENAR..perkahwinan...menjadi kunci utama melenyapkan dan menutup segala fitnah...

bukan aku tak pernah fikirkan secara mendalam...secara serius berkenaan dengan perkahwinan atau mencari seorang pasangan......bukan aku tak usahakan...secara fizikal..jelas aku buat donno...secara hati,,,hanya Allah sahaja yang tahu..betapa aku panjatkan doa untuk mendapat jodoh yang sebaiknya untuk aku yang serba kekurangan...

aku pemalu....?hehehehehe..entahlah...cuma mungkin, aku jenis yang agak hilang arah bila nak memulakan perhubungan dengan seseorang yang aku mahu serius..tapi adakah orangnya....?ADA!....tapi..xpe lah......aku x daya nak meneruskannya.....~sedih!...

bila aku fikir dan renungkna kembali......siapakah aku?dalam hidup apa yang aku cari...?aku sendiri tak pernah puas dengan apa yang aku ada...takbur dan tak bersyukurnya menjadi seorang aku.....aku selalu melihat diri..sebagai satu objek yang tak pernah dilihat dan dipandang orang...aku meletakkan diriku jauh hingga aku sendiri kadang2 lemas dengan apa yang diri aku ada.....

aku tak pernah ada seinci keyakinan untuk menghadapi kenyataan..terutama sekali dengan apa yang melibatkan perasaan..aku tak boleh menidakkan cemburu...melenyapkan resah..bila melihat kebahagiaan dan cinta mereka2 yang nyata tulus n ikhlas....aku kah yang bersalah dalam meletak nilai diri dan menilai seseorang....

bila aku fikirkan pasal diri aku...
aku tak mampu menjawab seadanya...
bila aku fikirkan pasal diri aku...
aku selalu rasa diriku tiada....

bila aku melangkah dengan apa yang aku ada...
dengan diri..dengan rasa dan cinta manusia....
aku selalu rasa manusia memandangkan ku hina...
siapakah si gemuk itu~mereng!....
nampak busuk!..
nampak comot...!
nampak entah apa2....
eeeiiuuu.....

itulah yang sering aku rasa..
pandangan orang memandang aku..sebagai aku...
aku selalu merasakan diri ini..bahan ejekan dan kejian...
menjadi aku satu bebanan untuk orang yang rasakan..aku membebankan...

aku melihat diri dalam dimensi yang sangat aku faham...
sampai bila aku harus rasa kecil..sedangkan aku seorang yang besar..
sampai bila aku harus memencil diri...sedangkan aku seorang yang tegas!
sampai bila aku akan terus bertahan dengan apa yang aku rasa.....
sampai akhirnya..sampai sini...sampai mati!...

entahlah...aku melihat diri ini..tiada ruang dan peluang...
selalu terlepas peluang....
sebab tak pernah berani untuk mengintai peluang dna ruang...
bimbang....risau....dan segalanya.....

menjadi diri aku...aku melihat segala kekurangan yang jelas dan nyata..
menjadi diri aku...sebenarnya..banyak tangis dari tawa..
menjadi diri aku..sebenarnya..banyak takut dari berani...
menjadi diri aku...sebenarnya..banyak duka dari suka...

......................................................................................

Monday, October 4, 2010

diam...

waktu aku langkahkan kaki..
menuju semak laluan yang mengusut di depan...
aku terpandang ada kesan jejak di antara dua langkahku...
siapakah yang mendahului ku menyusur denai ini...
buntu...

setahu ku..hanya aku yang sering berkeluh kesah disini...
setahu ku..hanya aku yang sering bermenung di puncak rimba ini...
setahu ku..hanya aku yang sering berdiam di bawah teduhan hijau daun ini...

siapakah yang menceroboh ruang damaiku....
perasaan sedih mula menguasai....
hiba dan sayu menggila.....
entah untuk apa....
dan kepada siapa.....

sedih mengenangkan ruang damai yang tercemar...
aku dah tak punya apa......
disisi ruang ini...ada insan lain yang mula menceroboh..
siapakah insan itu...
mencuit pertanyaan dan membuahkan persoalan..
siapa dia yang tahu diamku disini...

aku teruskan langkahku..
sebaik mungkin kudiamkan hening......
menjejak misteri langkah hadapan.....

dari samar disebalik rimbunan lalang yang membusut...
aku melihat sesusuk tubuh kaku..
duduk bersandar pada pohon ceri yang sering menjadi naungan senduku....
siapa dia....?
bagaimana dia tahu lembah keramat ini.......?
huish....perasaan marah mula menular.....
untuk apa dia datang mengganggu damaiku...
untuk apa die cerobohi alam diamku....

ku intai gerak tubuh yang masih dia bersandar....
dia masih diam tidak bergerak...
lama aku perhatikan riak....
jelas...tiada satu pun pergerakan.....
eh...masih hidup kah..atau apakah yang sedang berlaku...?

persoalan itu menerjah ruang akal fikiran...
membentuk persoalan yang tiada jawapan..

perlukah aku mampir kedepan dan bertanya.......
khabar?
eh...sedangkan tadi aku sendiri yang membenci si empunya tubuh..
kini memberat risau..
aneh betul perasaan yang wujud......
marah....risau....pelik...
itulah yang sedang terjadi dalam diri...

emmm.....kaki masih diam terpaku...
tidak sedikitpun bergerak untuk melangkah..
hati mahu..langkah pulak yang diam...sumbang dan sepi....
egokah itu...?

mata masih jelas memusatkan pada pandangan pada susuk tubuh yang masih tidak berkutik....
huish...bebanan persoalan apakah ini.....
pelik benar rasanya.....

tapi siapa dia.......?

persoalan masih belum terungkap...
khayalan atau kenyataankah yang terpaku didepan mata....
ku kerdip entah untuk kali yang keberapa.....
persoalan yang masih belum ada jawapannya....

aku diam....
dan dia pun diam......

akhirnya..masa berlalu...diam dan terus diam...
diam yang panjang mungkin hanya akan meninggalkan.....dengan diam jua.....
akhirnya.....tiada apa yang terjadi dan berlaku...

..aku..masih diam..!

aku bukan untukmu...

rindu untuk kembali menciptakan ruang bahagia dengan cerita dan kisah seorang aku..penat menghabiskan hampir seharian waktu siangku....saat mentari belum sepenuhnya bersinar..hingga terik dan tenggelam...aku teruskan dengan cinta pada sebuah cerita dan kisah....

sambil menaipkan kisah seorang aku..alunan...piano..aku bukan untukmu..indah menemani..dalam hati..aku nyanyikan penuh asyik..mencipta magika dan imaginasi kisah aku yang terjatuh cinta pada seseorang yang sudah pun dimiliki hatinya oleh orang lain.....huhuhuhuhu....

x kisahlah apapun bayangan imaginasi yang tercetus....garapan dan nilaian hidup itu pasti akan mencipta sejarah tersendiri...andai yang terindah terukir dan nyata..maka bahagialah...tapi jangan disangkal...kesedihan itu hanya berita buruk dan yang tidak2.....siapa kata.......?

airmata melambangkan kita adalah MANUSIA BIASA!

menghabiskan waktu selepas waktu pejabat bersama rakan sekerja..dilla.wan dan faiz...membuka lembaran pengenalan yang lebih bermakna...konsep saling mengenal diri untuk lebih mengenali di antara satu sama lain..dan mengenal diri sendiri secara dimensi yang sama. aku bercerita kisah aku..dia bercerita kisah dia...dan kami bercerita kisah kami.....nyata....musyawarah itu kesannya dalam...dalam gelak..dalam sinis...ada unsur peringatan yang terselit...manusia..memang nyata..sikapnya takkan pernah berubah......negatif dan positif....tapi secara dalilnya..itulah manusia...sifat..akal dan hati...

kadang2..bila meluahkan sesuatu..kita selalu lupa....untuk menyembunyikan sesuatu..luahkan segalanya...hingga mungkin mencetuskan rasa jengkil..atau pun rasa yang tak berapa nak best...tapi..komunikasi dua hala itu penting..komunikasi bertentang mata itu penting..sebab lenggok tubuh...gerakkan tangan...ada hidden agenda dan maksudnya....'body language'...nyata..kebutuhan akan pecah..bila jumpa titik tolak penyelesaiannya...nyata..kita perlu berbincang...

hehehehehehe.....aku kembali mengingatkan diri...jangan menghebahkan keburukan orang...mengwar2kan keaiban orang even dalam ketidakpuasan hati..but aku manusia biasa....x mampu membendung nafsu melontarkan rasa..walau akal berkata jangan!..aduhai..perlu lebih muhasabahkan diri.....perlu lebih bersabar....tapi itulah..keperluan diri...jasmani itu letaknya pada hak dan pemilikkan diri sendiri..sedey!..selalu tewas dengan bisikan dosa..aku lah manusia yang lemah itu...

berbalik pada kisah diri..hari ni...ada yang mengganggu dan ada yang menyenangkan..kebahagiaan itu datang dalam bentuk yang pelbagai..nyatalah..hidup ini rencah dan kisahnya pelbagai...ada macam2 rasa...

sedey..bersulang bahagia.....gembira berkala resah...banyak yang bertandang di hati..pasang surutnya pun seperti air sungai..cepat...deras.....dalam beberapa jam...norma kembali berubah rentak....dalam kecewa...ada berita gembira...itulah nikmat!..

pelik tetapi benar.....tak nampak tetapi jelas....kisah ini aku panjangkan kerana aku tahu..perjalanannya masih jauh...

bila aku berbual2 pasal hidup,..cinta..tanggungjawab dan kerja...aku melihat ada cahaya dari balik lirik mata mereka....cahaya gembira..senyuman pun nyata manisnya berbeza..lirik mata indah berkaca...senyuman pula....terukir mesra...tanda hati berbunga-bunga...

benar2..kata2 yang indah..yang positif lahir dari hati yang positif dan bahagia....cinta membuatkan manusia senang dan ada kala membuatkan manusia susah..susah hati..rawan...senang hati...sawan!...hahahahahaha..

manusia nyata akan berubah kerana cinta....

ooppss....dah lari topik..

apapun....aku bahagia hari ini..bahagia melaksanakan tugas mendidik..buat Mun...tahniah..kerana berusaha menjadi yang terbaik..semoga dipermudahkan jalan dan urusan menuju jayanya.....saya sentiasa akan cuba membimbing dan memimpin..semoga ada daya dan tenaga untuk ilmu yang ada ini, dikongsikan sepenuhnya...

buat shah..heheheeheh...selamat dan tahniah atas jalinan hati yang terjalin..tapi awas!jangan tergadai dan terabai pelajaran kerana mabuk cinta...cinta itu indah...cinta itu juga racun..AWAS k....

emmm......dah lah....bercakap soal kete lak..SAGA SE merah ok x....?..hahahahahahaha