Tuesday, August 24, 2010

tak kan pernah ada...

rasanya dah lama tidak meluangkan masa menulis entry baru sebagai cerita lewat seorang perempuan bernama aku. tuntutan dan tanggungjawab kerja dan belajar benar-benar membutuhkan ruang panjang. penat dan sangat terbeban, tapi itulah pilihan dan perjalanan...

seseorang sahabat memperkenalkan aku pada satu lagu yang selama ini tidak pernah pulak aku dengar di mana-mana....'takkan pernah ada...'by geisha band..

dia memang hanya dia
ku selalu memikirkannya
tak pernah ada habisnya
benar dia..benar hanya dia...
ku selalu menginginkannya..belaian dari tangannya
mungkin hanya dia harta yang paling terindah...
diperjalanan hidupku setia gerak denyut nadiku
mungkin hanya dia
indahnya sangat berbeza
ku haus merindukannya
ku ingin kau tahu isi hatiku
kaulah yang terakhir dalam hidupku
tak ada yang lain..hanya kamu
tak pernah ada..
takkan pernah ada

benar dia...benar hanya dia...
ku selalu menginginkannya..belaian dari tanganya
mungkin hanya dia....
indahnya sangat berbeza
ku haus merindukannya.....

aduhai..apa nih!...tetiba ingat si dia...

x suka dengan perasaan yang ada..tetapi tetap biarkan perasaan ini terus bermain-main dalam hati..deym!

bersungguh benar bunyinya...geruh di langit di abaikan saja..atas dasar..punya kekuatan untuk terus menyembunyikan kisah..padahal....satu dunia boleh sahaja melayangkan onar...sebab...memilih untuk menyatakannya di sini.....

huhuhuhu..bagaimanakah caranya untuk mengusir rindu andai ianya telah sebati dalam diri..bencinya hidup termimpi-mimpi..sedangkan hakikatnya...tak seindah impian...huhuhuhuhu

waktu mengulik resah..aku akan kekal gelisah....gelisah dan pasrah...

bukan cuba untuk mengadu domba...aku cuma insan biasa..takkan kekal dengan rasa yang sama..

tapi mengapa ianya masih kekal bersisa dan terus menyisa....huhuhuhu

Friday, August 13, 2010

kisah yang dipanjangkan.....(3)

hari ni aku bekerja masih macam biasa....sekali lagi aku kecewa dengan rekod kedatangan student aku...hari ni ada kuiz..boley jer slamber dek...dua org student aku x datang...huhuhuhu..tinggalah satu2nya student harapan menyelesaikan kuiz..hai..bersabar dengan karenah budak2 ni..kuiz tu tidak sepatutnya di anggap beban...sebab...kuiz..assignmentlah yang banyak membantu..untuk score dalam keputusan. Nak mengharapkan keputusan ujian final jer..x dapat der....bukan senang nak score 40%!...

tapi itulah...budak2 yang sedang nak meningkat naik kan....kenalah banyak bersabar..melayan perangai dan semuanya...tapi aku bersyukur..mengenali mereka membuatkan aku lebih mengenali diri sendiri. Cukup dalam tempoh sebulan di sini,aku masih bahagia..cuma agak bimbang dengan perihal master aku. Tadi aku sempat berchat dengan bet, aduhai, perkhabaran yang menakutkan dan menyentak rasa dan jiwaku...kalau tak abiskan jugak dalam tempoh 3 tahun..dikira fail...deym!!

aku perlu meningkatkan usaha dan daya..takkan nak buang begitu sahaja masa yang aku leburkan untuk 3 tahun ni....baru nak mencapai bintang..kene usaha lebih dan lebih lagi...Ya Allah..berikan aku kekuatan....keazaman dan kecekalan..agar aku bisa menyempurnakan semuanya dengan sebaik mungkin.amin!!...

perlu mencari alternative jugak sebenarnya.....!bukan apa..tanggungjawab menjadi sangat besar bila aku membuat keputusan untuk bekerja!.Di fikiran..aku teringat que..aku akan upah dia untuk menyiapkan beberapa perkara penting masterku..lagipun que punya pengalaman dan faham akan kajian masterku...harap2lah que setuju...bukan apa.....perlukan pembantu yang baik...boleh jugak gadis itu gunakan duit ini sebagai duit raya dan belanja raya....nanti akan aku listkan..apa bentuk bantuan yang aku butuhkan dari que..harap2 gadis itu setuju...

hari ni..aku pulang lewat untuk kali kedua sepanjang bulan puasa ni...emmm.....aku ingatkan selepas membeli juadah berbuka di bazaar berhampiran (untuk tujuan berbuka di dalam kereta)..aku akan duduk di opis seorang diri..namun sangkaan aku meleset..Hazwan pun..pulang lewat....dalam 6 lebih.....kiranya aku sekarang berdua jelah dengan wan.....tak selesa..tp tulah..dengan pintu terbuka..lampu yang menyala pastinya..aku dan wan masing2 buat kerja masing2..die melayan anime one piece..manakala aku giat mencatatkan kisah yang dipanjangkan ini..sambil melayan video clip cheryl cole parachute..i dont need a paratchute..baby if i got you.. bbaby if i got you...you gonna catch me...you gonna catch me for fall, down..down..down.. i wont fall out of love..i wont fall out of love.....i fall into you..deym!!!!.....

hahahahahahaha...aku suka sangat dengan tarian cheryl dalam vid ni...sangat kemas..sangat simple...dengan gaya gothic n ala2 vampire....tiba2 aku rindukan jacob n edward!..saga twilight..eclipse..really miss u..

don't tell anyone....!hahahahaha......ada gelak jahat disebaliknya...jangan fikir yang bukan2....aku takkan mudah berubah dan mengubah,,,,,jangan pernah mengandaikan sesuatu yang tidak baik...jauhi dari segala rasa yang tidak baik dan akan memudaratkan...buang sahaja ke dalam longkang atau tanam sahaja..hapuskan segala rasa yang tak best!!....

berbalik kepada apa yang berlaku dan kisah menarik hari ini..tiada kisha menarik..melainkan..kerja yang bertimbun dan kesedihan menanti..para pelajar datang ke kelas dan menjawab soalan kuiz...akhirnya aku kecewa....ujian untuk menguji kesabaran dan keikhlasan.....semoga Allah permudahkan jalan dan urusan di masa hadapan......jangan dipersoalkan keadaan mengapa dan kenapa..aku perlu lakukan sesuatu untuk mengubahnya..fikirkan perubahan dan jalan penyelesaian yang terbaik....

semenjak aku bekerja..atau kah bidang kerja aku ni yang menyebabkan..aku sangat keletihan..bila balik jer...mata cepat jer layu......ngantuk..sampai tertinggal2..kerja2 master aku..aduhai.....perlukan tenaga extra untuk semua benda....

aku perlukan kekuatan dalam diri untuk mengubah segala keadaan dan memperbetulkan segala kesalahan dan kesilapan...aduhai hati...bilakah akan berubah menjadi lebih baik...lebih ikhlas dan lebih lembut...aku hanya mampu berusaha menjadi diri sendiri...menjadi hanya yang aku mampu jadi......

masih menanti adikku datang menjemput. Dia sendiri sebenarnya sangat penat..menunaikan pesanan..membeli laptop untuk adik sepupu aku...kemudian..bergegas pulak datang menjemput aku..apalah daya dan upaya....tunggu dan terus menunggu..cuma jam dah 6.29..aku masih berdua dengan wan..x sampai sejam ag......nak berbuka..adik aku masih x sampai2..aku akan tumpangkan wan sampai LRT..kesian lak die...

huish...keadaan makin menekan....huhuhuhuh....macamana ek..ujian bulan Ramadhan...ujian yang sangat membutuhkan..kesabaran dan kecekalan....

insyaAllah..urusan dan niat yang baik akan dipermudahkan Allah...

Thursday, August 12, 2010

kisah yang dipanjangkan....(2)

hari ini..ada pembentangan tugasan studio yang telah pun aku postponed atas dasar timbangrasa terhadap dua orang pelajar ku. Dari awal pembelajaran, aku telah menyusun jadual yang semampunya untuk memastikan kelancaran jadual pembelajaran. Dari awal studio kelas,....aku dah ajarkan teori..aku ulang sehingga hampir setiap kali kelas...untuk memastikan semuanya mendapat main criteria or principle in urban design.. Nampak senang buat terlalu technical..banyak terms yang perlu difahami maksud dan applicationnya..der...!(wah itu ayat yang aku sering gunakan lately..why?i even don't know!...)..

perbentangan hari ini, aku jemput dua orang rakan ku untuk turut memberikan pandangan dan pendapat..komen dan sebagainya. Alhamdulillah..kedua2 nya ada masa untuk semua itu..thanks dude!...thanks atas komen..pemerhatian dan pandangan n cadangan..really appreciated!

Syahrel..nampaknya bersungguh! (dr awal die memang bersungguh2 untuk projek ni...dalam kelas teori pun sama..tumpuan tidak pernah mengecewakan..insyaAllah....ada daya saing..adalah ruang kecemerlangannya-amin....Mun pulak?....emmm.....jelas seperti yang digambarkan rakan-rakan sekelasnya...selalu sangat ke bulan...hilang...2 minggu tak nampak batang hidung..studio kelas..skip....maybe ada misi penting di bulan agaknya....sayang!..aku nak lihat dia turut komited dan berjaya macam syahrel....kurang2..bg feedback dan perform....

dia x suka kelas aku kah...?x suka cara akukah..?rasanya..aku dah cuba menjadi seorang pensyarah yang bersungguh dan cuba sebaik daya menjadi rakan dan pembimbing mereka...masih ada kurangkah?dia seperti tidak berminat dna menyukai aku...Kalaulah untuk menjadi seorang pensyarah yang menarik..aku kena menjadi cantik seperti Yana......tak dapat der....!aku bukan cantik...comel dan cun seperti Yana....huhuhuhuhu...sedey!..kalau itu kriteria untuk pelajar minat datang ke kelas..nyata!..kelas aku akan kosong...hahahahaha

mana mungkin aku mampu menarik minat pelajar dengan berbekalkan paras rupa menarik dan tubuh genit..sedangkan hakikat..aku tak punya itu semua!ganjil dan pelik....yang aku tau..niat aku...aku curahkan segala ilmu yang aku ada..untuk dikongsi dan untuk dijadikan panduan kepada semua pelajar2ku...aku jadikan mereka sahabat....teman berbicara dan teman aku berinteraksi disamping menunaikan amanat seorang pensyarah..kakak..dan muslimat...9dala kelas..selain teori..aku selitkan jugak unsur2 dakwah dan kemanusian)..biar generasi yang bakal lahir..lengkap ilmu di dada...cewah!!..tapi sejauh mana kefahaman mereka..wallahualam...

pelajar favorite...hehehehehe...emmm...baru aku tau..seseorang pensyarah juga punya favorite student die....student yang dia selesa..student yang dia sayang..bukan sebab fizikal..wajh atau apa2..biasanya disebabkan kerja dan kesungguhan.....hehehehehe...kalo aku?..siapa pelajar yang aku suka.......?heheehehehe..adalah....!masih terlalu awal untuk dinyatakan dengan benar dan jujur....

berbalik kepada kehidupan kerjaku..aku dan kerjaku..sesungguhnya bidang ini menjadi bidang yang aku minat sekian lama..pendidik...penyelidik!..aku sangat suka bergelumbang dengan research..dengan buku dengan semua cabang ilmu..sangat suka......(tapi master lambat gak habis!...huhuhuhu)....sangat teruja dengan dunia akademik..aku terjun ke bidang pendidikan..mengajar budak2 diploma yang akan berdaya saing dalam bidang landscape architecture.....

aku mahu menjadikan mereka pattern terbaik.....sebuah product yang dinamakan landscape architect..sesungguhnya aku sangat butuhkan pertolongan semua orang..bagi merealisasikan impian dan harapan....tolong ek kawan2..tolong usaha bersama n tolong doakan niatku..-amin!...

semenjak bekerja..aku rasakan..semuanya terlalu pantas..masa dan juga keadaan. Aku perlu lebih menjadi sistematik walau dalam apa jua keadaan..perlu tegas dan dalam masa yang sama perlu berlembut dan sangat bersabar..bukan senang nak menjadi senang....

aku mahu teruskan ag catatan kisah ini..tapi kelajuan menaip aku membuatkan aku teringat kata2 hazwan..semasa die melihat aku berbalas2 chat dengan sahabatku..."ni mesti selalu YM ni!!..."cet!!..xdelah laju sangat aku menaip...tapi keyboard aku keyboard zaman batu..(komputer opis..hahahahah)..sekali tekan key..berbunyi satu dewan...hahahahahaha...ketup ketet..ketup..ketet...hahahahaha....bingit jer...!-tapi bersyukurlah..oklah tu...

perasaan aku sekarang?..aku bahagia dengan apa yang aku ada sekarang..kerja yang alhamdulillah masih baik dan menyenangkang..kawan2 opis yang sangat layan kepala....best!..dan kawan2 belajar yang sangat2 aku rindukan....!...aku sangat berpuas hati dan bersyukur dengan apa yang Allah berikan padaku..alhamdulillah....

terima kasih..terima kasih atas peluang pengalaman dan peluang untuk aku terus mengali dan mencari ilmu MU..aku mahu menjadi seorang yang berjaya melalui jalanMu dan menemui cintaMU..amin....

buat kawan2 pembaca blogku...terima kasih kerana sudi singgah dan membaca catatan2 ku yang entah apa2...maaf andai ada rasa riak wujud dalam mana2 entry...kerana aku pasti..aku tidak menulis dengan niat itu..aku hanya menulis apa yang hati aku berkata....

terima kasih atas kunjungan..terima kasih atas penghargaan....sangat2 aku hargainya....

selamat menunaikan ibadah puasa dan melipat gandakan amalan di bulan mulia ini..selamatlah atas segalanya-amin....

semoga bertemu kembali......v(^_^)v....love and faith~

Wednesday, August 11, 2010

kisah yang dipanjangkan...

sendirian mencari arah dalam keadaan persekitaran pejabat yang sunyi. Aku berteleku sendiri. Memerhati ruang bilik ku yang ku kongsi bersama dua orang rakan sekerja yang lain-lelaki. Kedua-duanya pulang agak awal hari ini. Tidak seperti selalu, aku yang akan pulang dahulu. Hari ini lain pulak kisahnya. Aku yang terlewat pulang, lewat dijemput adikku. Kebosanan dan sedikit gementar, yelah ditinggalkan seorang diri di aras 6..tanpa ada sesiapapun. Aku terfikir dan masih berfikir..perlukah aku mengunci pintu bilikku..atau biarkan hanya terbuka...lalu aku putuskan, biarkan terbuka...

kejadian lewat 15 minit lalu, kembali mencuit hati. Pak Agung dibilik sebelah bersiap-siap untuk pulang (aku mendengar dia mengemas barang, kerana meja ku betul-betul bersebelahan dinding bilik Pak Agung) telah menutup suis utama. Bergelap aku yang sedang membaca novel karipap-karipap cinta. Aku pantas kuar dan menjerit kecil, "Pak Agung!" dia yang sedang bersiap-siap untuk keluar dari pintu kaca, terkejut.

"Lah..saya ingatkan sudah ngak ada orang. Biasanya Wan yang terakhirkan...Maaf ye.."sambil tergelak-gelak kecil dengan mata yang agak terbeliak, Pak Agung menghidupkan kembali suis utama. Selepas bertukar salam perpisahan..(bukan salam tangan ek...)..ucapan salam. Pak Agung melangkah ke rumah. Maka dengan itu, tinggallah aku sendiri lagi. Sendiri dan sendiri.

Bosan menanti, sambil melayan lagu N.D Lala 'Dairi Y.B'..aku lakarkan kisah untuk tatapan pembaca semua..sekadar berkongsi cerita yang entah apa-apa, sengaja mengisi masa dan keadaan.

Alhamdulillah..hari ni 1 Ramadhan, puasa pertama semua umat Islam di dunia. Selamat menunaikan ibadah puasa, semoga segala amal ibadah bertambah dan sentiasa dalam lindunganNYA-amin.

untuk puasa pertama. Tak banyak perubahan dengan puasa-puasa yang terdahulu, melainkan, untuk puasa kali ini, buat pertama kalinya aku bergelar seorang pekerja. Dan sekarang, di tempat kerja akulah aku tuliskan kisah yang dipanjangkan ini. Hehehehe...dan hari ini, kesibukan kerja membataskan rasa dan perasaan berpuasa, alhamdulillah. Hari ini, aku lebih sibuk dengan urusan kuiz para pelajarku. Macam-macam ragam dan kisah anak-anak muridku. Budak2 remaja yang sedang meningkat naik, sedang mencari arah dan identiti, maka beginilah...macam-macam pe'el..hehehehe. Setakat hari ini, esok genap sebulan aku bergelar seorang pensyarah...para pelajar sangat memberikan kerjasama yang baik. Dan jauh disudut hati aku, aku harap dapat memberikan hanya yang terbaik untuk mereka. Aku senang berada di sini, senang dengan rakan sekerja yang lain, terutama rakan fakulti...dan juga rakan bilik pejabatku, Iqbal dan Hazwan (Iqbal rakan sekelasku semasa degree dan Hazwan juniorku semasa degree-kami dari pattern product yang sama~UIAM)..hehehehehe. Alih2 yang aku tahu, hampir 70% staff di sini, adalah ex-students UIAM.....dr fakulti bioteknologi..bahasa..malahan staff admin juga...ramai dari UIAM. Tahniah UIAM..kerana melahirkan graduan yang cemerlang!...yang membantu dalam kempen 0 siswazah menganggur`alhamdulillah...

hari ini, aku uruskan beberapa tugasan yang perlu diuruskan sebagai seorang pensyarah. Jadual kuiz, Assignment, cummulative marks, carrymarks, check papers...notes preparataion.....emm..susah sebenarnya....

adik aku dah sampai..sebelum kita sambung kisah ini..ini dia hasil kerja kreatif untuk hari ini...

lukisan yang tak seberapa..konsep dan kisah disebaliknya...nanti aku updated kan..


selamat berpuasa semua...selamat menjamu selera...jumpa lagi, insyaallah

salam sayang..dan persaudaraan...




Saturday, August 7, 2010

menanti cinta...



menanti cinta...

im waiting...die dengar tak...?hahahahaha

Friday, August 6, 2010

kau kasih...



salam...as usual i come out with something..which is me!...hehehehe..dah lama x merakam n mencipta my own songs/lyrics..hehehehe..kenapa sampai skang masih x tau main gitar..i cant compose my own songs...really hope for some miracle..someone will come and compose a songs only for me....guys out there...do u here me....???...im too shout!..

apapun..this is my new record...hahahahaha...for my album Rajlas (rajin dan malas)...love to fill in all the blank with something memorable and it's me...really love of it!

bukan mudah mencari jiwa yang hilang dan bukan mustahil untuk ianya terus hilang dan pergi.....

bukan mudah mencari pasti kalau diri masih utuh dengan sangsi...wahhh..kenapa makin hari makin kritis dan puitis..kenapa tidak pitih jer.....pakcik kayo!!...hahahahahaha

feel lonely and already missed someone....deym!!!..

orang seni perasaannya sangat halus..mudah tersentuh dan disentuh..yeker...?im not an artist..so..who am i...?

_______________________________(please find me some answer..fill in the blank)...

love and faith!

thanks uols..love always!..v(^_^)v

Thursday, August 5, 2010

terasing

kembara itu berterusan mengharap terbang kunjung alam...
berlati meniti batang kelapa yang menghubung dua sempadan..
aku rebah..jatuh lalu hanyut dibawa arus deras...
bermukim tanpa sedar di sebuah daerah yang asing..

denyutan kepala..dibiarkan..
persoalan..siapa....di mana?
jawapan....aku terasing!

bahasa apakah ini?
pertuturan mereka sukar difahami....
alam apakah ini..
dimanakah dunia yang aku berada sekarang...
siapa mereka....
siapa aku...

persoalan..diam....jawapan..diam..

"siapa kalian......?"
suara asing bertanya...nadanya betul-betul kedengaran asing....
"dimana aku....?"
suara yang sama bertanya....
tapi kenapa aku yang berasa kejang!

***********