Tuesday, June 30, 2009

di rumah ayah bonda.....aktivitiku...

salam...aduhai dah lama betul x menulis di sini..lately, busy ngan tanggungjawab sosial dan tanggungjawab keluarga..sehingga mengabaikan sedikit sebanyak tuntutan dan tanggungjawab diri sendiri...

kewajipan ilahi..alhamdulillah....masih mampu dilunaskan tanpa culas..tekadku...dah 26 tahun ni..tak nak lagi.."bocor"2 solat...puasa....dan macam2.....bocor atas sebab-sebab tertentu, itu x boleh lah nak dielakkan..

aku ngan adik2....(yelah dah seminggu di rumah...)dah berpakat...nak abiskan seberapa banyak surah yang termampu..n berpuasa sunat!..sunat bulan rejab....sehari habiskan sepuluh helai quran...selepas solat maghrib..insyaallah..

ada masa..aku belek2 gak lah..buku2 yang ada..hehehe..tanggungjawab belajar tetap dan masih perlu diteruskan..dateline dan target kene diusahakan gak..mencapai bintang...xkan nak guna 2 anak tangga...so....banyaklah tangga-tangga dan menara-menara yang perlu didaki dan dibina...membina kekuatan diri dan disiplin yang tinggi..itulah yang susah dan sangat susah....

susahkan.....

berada jauh diperantauan...membawa diri dan membentuk pribadi sendiri...tanpa kelibat dan omelan mak ayah..hahaha..memang kadang2 menghanyutkan....tapi AWAS!!..bukan hanyut hingga lupa jati diri, agama dan bangsa...hanyut dengan dunia indah bersosial dan rewang2 yang sihat...asah bakat menyanyi..melepak menghabiskan detik dan saat2 hidup...hahahaha.....main2..dan main2...

dah alang2 duk belek2 buku tumbuhan ubatan malaysia....adalah a few herba-herba yang termaktub dalam buku ni,,mengilhamkan pantun2 yang indah dan a few mentera yang ada..(jangan disalah guna ek..hanya untuk berkongsi ilmu..jangan ada yang cuba2...takut jadi lain lak)....insyaallah..one fine day..aku akan kongsi a few petua yang aku baca,belajar dan dapat sepanjang kajian dan bacaanku....

mentera atau jampi masyarakat iban..

mentera pelandai(pungga 1989)

ko jako padu seduai pempan
sigi kelatai seduai mumban
ayan karan batu kerangan
ujan sebulan-bulan
besai ai ampoh emperan
rapat apat naban ka dan
tumbang menaung ka rian..


ha...faham x?...aku pun x faham...hehehe, ni terjemahannya...

seperti ata padu dan pempan
memang kelatai dengan mumban
sekali kemarau satu bulan
terdedah batu-batu di sungai
hujan satu bulan
besar air menatupi tebing
air kuat menghanyut semua ranting
menuang(sejenis pokok) tumbang
hingga menumbangkan durian....


hahahahahaha..sebenarnya, mentera ni pasal buah durian atau durio zibethinus

lagi...pasal buah durian dan pantunnya....(entry kali ni, kita cakap pasal buah durian jelah ek...sebab musim dorian....teringatlak lagu mr.os...."bile musim dorian...ramai sedara mara....bile nok menebas..seekor x nampak muka..."hehehe...betul ke..sorry ah, lirik lintang pukang....)

ke hulu memotong pagar
jangan terpotong batang durian
cari guru tempat belajar
supaya jangan sesal kemudian..


betul tu..jangan di cari yang tak tentu hala..kang jadi ajaran sesat..yang mengaku nabi..yang berkiblatkan macam2...yang bersolatkan niat semata...


buah durian dari hulu
pokoknya banyak di kebun cik Amin
tak tahukah tuan semenjak dahulu
dalam gula racun bermain...



yang ni,mengikut kefahaman kami...diabetis....kencing manis...gula kan best...tapi kalo terlebih dos..alahai...semua potong..kaki luka..tak sembuh2...hingga buruk..lalu POTONG!!


daun durian jatuh tercampak
lopak lopak isi selasih
tujuh tahun dilambung ombak
tiada kulupa hati yang kasih...

alahai..puitis nyer...manalah nak diusir cinta yang lalu..bertahun menyemai benih kasih sayang...bersama meredah onak dan cabaran..bertahun menyulam rindu...takkan semudah itu nak dilupakan seseorang yang bernama kekasih...
alamak!!..terlebey sudah!!

k lah......semua coretan di atas....aku ukirkan di saat2 aku melepaskan lelah..tgk tv cinta gila..cinta indah....sambil meniarap di depan TV...huh....layanz...

see ya....

selamat beramal....

aku sayang semua yang sayangkan aku!!...chox2....^_*

Thursday, June 18, 2009

officially.....dah 26 tahun

alhamdulillah..hari ni..18.06.2009..maka, genaplah insan yang bernama nooriszai ishak ni, berusia 26 tahun...

dah 26 tahun rupanya....rasanya baru jer semalam abis pmr..dan melepak bersama kawan2 sekolah kat koridor..masa hujan...duk cakap.."mung rase...lima taun(tahun) kekgi...kite semua jadi mende (apa)"~loghat terengganu...

5 tahun dulu.....hehehe..sekarang dah 11 tahun berlalu....aku menjadi seperti sekarang...masih bergelumang dengan buku2 dan tanggungjawab belajar. sedangkan kawan2 lewat hujan di usia 15 tahun itu...ada anak yang dah masuk darjah 1...huh...

rezeki dan takdir masing-masing. Allah dah menjanjikan yang terbaik untuk setiap hambaNya..memberi dan membuka jalan..mewujudkan sejahtera dan sebagainya....tinggal diri manusia itu sendiri yang memilihnya....

berkenaan tarikh lahir..inginku kongsikan maklumat yang ada..kajian dan segala finding yang ada berkenaan dengan rahsia tarikh lahir dan seangkatan dengannnya..

sekadar santapan mata.....

PERTAMA: pengiraan tarikh+bulan+tahun=.....jawapan seperti 2007= 2+7=9

9. Pelakon
- Golongan ini mempunyai kebolehan untuk menghiburkan orang lain.
emmmm...adakah kawan2 saya selalu terhibur dengan saya?
- Mereka sangat penyayang dan pemurah.
ya..hehehehe...
- Dengan daya tarikan yang ada, mereka tidak mempunyai masalah untuk berkawan dengan sesiapa jua dan pada mereka tiada sesiapapun yang dianggap asing kepada mereka.
90% betul..janji layan kepala..be yourself...
- Mereka mempunyai personaliti yang pelbagai sehingga menyukarkan orang sekeliling mereka untuk memahami mereka.
kadang2..diri sendiri pun sukar nak faham....hahahaha
- Mereka umpama binatang sumpah-sumpah yang boleh berubah dan menyesuaikan diri mengikut persekitaran.
ya...sesumpah..bukan penyumpah...
- Mereka mempunyai nasib yang sangat baik tetapi juga boleh menderita akibat terlalu bergantung kepada nasib dan perasaan (mood). Untuk berjaya golongan ini perlu membina landasan kasih sayang.
paling penting.....love...n respect..then....bla..bla..

KEDUA: Gemini...emmmm

Ciri Positif
Orang yang lahir pada tarikh antara 21 Mei hingga 20 Jun dikatakan bernaung di bawah zodiak Gemini, yang berlambang Saudara Kembar. Dengan yang demikian , Gemini mahir berkomunikasi , suka mengembara , serba boleh, bijak , ada kuasa bercakap , berkebolehan menulis , kedekatan pada sanak saudara dan jiran , gemar penghijrahan , dan bersikap terbuka.
(yang aku boldkan...aku rasa,itu memang sikap dan diri aku...betul x kengkawan?)

Ciri Negatif
Walau bagaimanapun, ada kalanya anda bersikap hanya suka sekejap sahaja , berperangai keanak – anakan , gugup , talam dua muka , bercakap kosong , tak lengkap dan suka berpura – pura (bercakap kosong tu..emmm....idea banyak..kadang2 nak buat cam payah..xde upaya lah...apa lah....~alasan jer tu..poyo jer....^_*)

Kualiti Astrologi
Anda termasuk dalam kategori berubah-ubah, iaitu mudah mengalami daya perubahan, daya penyesuaian dan daya keseimbangan. Dengan kategori berubah-ubah ini, anda adalah kreatif walaupun tidak selalu praktikal. Lambang-lambang yang termasuk dalam kategori berubah-ubah selain anda ialah PISCES, VIRGO dan SAGITTARIUS (hahahahaha.....hampir tepat.....)

GEMINI : KERJAYA DAN KEWANGAN
Gemini perlu sedar anda di anugerah kemahiran berkomunikasi yang tinggi . Dengan kemahiran ini , anda berupaya memindahkan hasrat dan matlamat dalam diri kepada dengan orang lain secara logik . Kaedah pemindahan ini menjadikan orang Gemini sangat menonjol dalam kerjaya yang melibatkan penulisan , pendidikan , perjualan dan kewartawanan . Banyak contoh yang melibatkan orang Gemini , terkenal sebagai penyajak , pelukis , pemuzik dan ahli sufi . Sehingga kini , pencapaian yang tertinggi bagi orang Gemini ialah untuk mengajar kebenaran, sama ada bidang sains atau sejarah. Tidak keterlaluan jika dikatakan orang berzodiak Gemini adalah pembawa ilham yang mengagumkan ! Minda Gemini selalu berisi dengan berfalsafah hidup yang meransang minda orang lain .Dari segi kewangan, Gemini cenderung mengambil berat terhadap kekayaan pembelajaran dan idea daripada kekayaan kebendaan . Gemini gemar membuat perbincangan atau ‘tawar – menawar‘ dalam perkara yang melibatkan kewangan. Anda boleh memperolehi wang dengan banyak cara . Oleh sebab itu , sikap kewangan dan keinginan anda nampaknya berubah dari hari ke sehari.Perasaan terhadap wang ringgit juga turut berubah ; kekadang anda sangat ceria dengan wang , tetapi pada ketika yang lain , anda seolah – olah tidak mempedulikan wang ! Pada keseluruhannya , matlamat kewangan kerap di anggap sebagai cara untuk membantu keluarga.
(hampir tepat kejiwaku......keinginanku dan cita-citaku......semoga dipermudahkan jalan dan dimakbulkan impian~amin..)


gambar sambutan bufday ke26...insyaallah, akan di upload secepatnya....

sabar yer..


cik chummie yang berusia 26 tahun...

Monday, June 15, 2009

ayah dan ibu....



aku berdiri disini....
di hujung kaki pelangi...
merenung jaluran warna pelangi...
pelangi yang seindah dirimu...

aku masih berdiri disini...
di hujung kaki pelangi...
menyadur merah cinta pelangi...
cinta yang sehangat cintamu....

aku masih berdiri disini...
di hujung kaki pelangi...
membilah jingga rinduku.....
rindu yang sesalju rindumu...

aku masih berdiri disini...
di hujung kaki pelangi...
bersama kuning ceria jiwaku....
seriang kuntuman tawamu...

aku masih berdiri disini...
di hujung kaki pelangi...
dibawah hijau rimbun naungan kasih sayangmu...
sedamai dakapan kasih sayangmu...

aku masih berdiri disini...
di hujung kaki pelangi...
dilautan biru gelombang kasihmu...
yang sentiasa bergelora semesra kasihmu...

aku masih berdiri disini...
di hujung kaki pelangi...
di indigo suria raut senyumanmu...
yang sentiasa tersenyum secantikmu...

aku masih berdiri disini...
di hujung kaki pelangi...
mencanting ungu kanvas jiwaku..
yang bersemadi utuh jiwamu...

aku masih berdiri disini....
di hujung kaki pelangi...
menjalin warna-warna cintaku...
kerana aku adalah cintamu...

aku masih berdiri di sini....
di hujung kaki pelangi...
mencantum rinduku padamu...
yang takkan pernah lagi merapuh meninggalkanmu...

aku masih berdiri disini...
di hujung kaki pelangi...
mendoakanmu ayah dan ibuku...
kerana hanya dirimu..ayah dan ibuku...

aku masih berdiri disini...
di hujung kaki pelangi...
setia menyayangimu..seperti mana dirimu menyayangiku...
kerana menyayangimu...lebih afdal untukku....

aku masih berdiri disini..
di hujung kaki pelangi....
menjulang kasih mencintaimu..
kerana hanya dirimu kasih hatiku...

terima kasih pelangi...
menghadiahkan warna cinta indah seindahmu...

Sunday, June 14, 2009

ayah dan ibu...

rindu aku dengan kisah malaikatmmu.....suatu masa dulu, aku pernah postkan citer yang sama, di blog aku yang satu ag....

rindu betul dengan mak ayah...baru 2 hari lepas, aku jumpe mak ayah...tapi rindu itu tetap kuat...


Malaikatmu.....


Suatu hari seorang bayi siap untuk dilahirkan ke dunia...

Dia bertanya kepada Tuhan : " Para malaikat disini mengatakan
bahawa besok Engkau akan mengirimkan saya kedunia, tetapi
bagaimana cara saya hidup disana; saya begitu kecil dan lemah ?"

Dan Tuhan menjawab: "Aku telah memilih satu malaikat untukmu.
Ia akan menjaga dan mengasihimu ."

Bayi bertanya lagi: "Tetapi disini; didalam syurga ini,
apa yang saya lakukan hanyalah bernyanyi, bermain dan tertawa..
Inikan sudah cukup bagi saya untuk berbahagia."

"Malaikatmu akan bernyanyi dan tersenyum untukmu setiap hari.
Dan kamu akan merasakan kehangatan cintanya dan menjadi lebih berbahagia"

"Dan bagaimana bisa saya mengerti disaat orang-orang berbicara
kepada saya jika saya tidak mengerti bahasa mereka ?"
"Malaikatmu akan berbicara kepadamu dengan bahasa yang paling indah
yang pernah kamu dengar; dan dengan penuh kesabaran dan perhatian.
Dia akan mengajar kepadamu cara berbicara."

"Dan apa yang akan saya lakukan saat saya ingin berbicara kepadaMu ?"
"Malaikatmu akan mengajarkan bagaimana cara kamu berdoa"

"Saya mendengar bahawa di Bumi banyak orang jahat.
Siapa yang akan melindungi saya ?"
"Malaikatmu akan melindungimu; walaupun hal tersebut mungkin akan
mengancam jiwanya"

"Tapi, saya pasti akan merasa sedih kerana tidak melihatMu lagi"
"Malaikatmu akan menceritakan kepadamu tentang Aku,
dan akan mengajarkan bagaimana agar kamu bisa kembali kepadaKu;
walaupun sesungguhnya Aku akan sentiasa disisimu"

Disaat itu, Syurga begitu tenang dan heningnya sehingga suara dari
Bumi dapat terdengar, dan sang bayi bertanya perlahan :
"Tuhan, jika saya harus pergi sekarang, bisakah Kamu
memberitahuku nama malaikat tersebut ?"


"Kamu akan memanggil malaikatmu itu: " IBU "



Ingatlah sentiasa kasih sayang dan pengorbanan ibu.

Berbakti, berdoa dan cintailah dia sepanjang masa.....
Dialah sesatunya harta yang tiada galang gantinya dunia akhirat...

Dan untuk para ibu, ingatlah kisah ini dikala kamu hilang sabar
dengan karenah anak-anak yang sedang membesar....
sesungguhnya Syurga itu dibawah telapak kakimu...



terima kasih makku...puan zaiton binti talib....kerana mengandungkanku...melahirkanku..membesarkanku..mendidikku..menyayangiku..dan mengasihiku...terima kasih mak...tiada perkataan yang mampu along ucapkan sebagai tanda syukur dan kasih sayang......mak lah segalanya..cinta terindah dan yang paling berharga...

terima kasih ayahku....encik ishak bin awang....kerana menjagaku...mendidikku..membesarkanku....menyayangiku..dan mengasihiku..segala pengorbanan ayah..tak terbalas hingga hujung nyawa along.....ayahlah anugerah Allah yang paling indah.....

terima kasih mak dan ayah...terima kasih...

*sedeynyerrrrrrrrrrrrrrr...........

kata aku....

emm......rasa rindu pulak hari ni, nak menonton filem2 melayu..last filem melayu yang aku tonton syurga cinta..(itupun sebab tunaikan permintaan adik bongsuku..yang nak sangat tgk wayang....dah alang2 die cuti sekolah dan datang kl, aku pun layankan jelah..bawak die n adikku sorang ag n sepupu..layan midnight kat tgv, klcc...hehe, itupun marathon 2 wayang...night in the museum 2, then baru syurga cinta)...

aku ni, bukanlah kaki wayang atau pengemar filem sangat. kalo memilih filem2..atau drama.....aku lebih sukakan filem yang ringan dan sedih2..action2 movie...atau fantasi2 yang merepek..bukan filem pilihan aku...

aku,sekali pun x pernah tgk lord of the ring...percaya x?hahahaha..entah kenapa...aku xde perasaan nak tgk. kalo semua orang gile dengan lord of the ring....aku x pernah giler...even pada novelnye pun....emmm...entahlah perasaan nak tgk tu xde...

mungkin....aku x suka filem2 fantasi dan "berat"....aku sukakan sesuatu yang ringan dan touching..kalo fantasi..aku suke enchanted...kalo musical...aku suka hairspray...kalo filem melayu..aku paling suka sepi...kalo filem indon..aku suke ayat-ayat cinta..kalo filem hollywood...aku suke shopaholic...novel die pun!!..kalo animation..aku suke wall E....n of course upin n ipin....x sabar nak tunggu, upin n ipin angkasa!..kalo teater...of cos aku suke p.ramlee the musical...

emmm...aku ni, x boleh nak komen banyak sangat pasal filem..sebab aku bukan filmholic...hahahaha..aku mungkin akan menjadi bias atas setiap statement yang akan aku nyatakan...

namun..sebagai penonton.....aku rasa, x salah nak luahkan beberapa pendapat....hehehe..pendapat yang denial atau yang firm...hohohoho

emmm....dari dulu..since form 1, aku suke sangat ngan film2 atau drama2 jepun...n cina...cinderella tokyo....the good old days..antara drama yang aku suka...

since form 1 sampai skang ni....dah umur 26 tahun ni..aku masih sukakan citer2 jepun n korea....dah kurang lak tgk citer cina...tapi citer taiwan..ade a few yang aku layan...

bagi aku, citer diaorg lebih hidup dan lebih logik..bukan "drama" semata2...

contohnya..drama jepun 1 litre of tears...emmm..maybe ianya lebih "dramatik" sebab heroinnyer cun...tapi sebab ianya kisah benar dan di"komersialkan" dengan elok...dengan kemas..tanpa mematikan elemen asal dan asas...ianya sangat menyentuh perasaan...pemilihan script...starring yang baik....memang memainkan peranan penting....

lontaran vokal..intonasi pada setiap script yang dilakonkan...akan mendatangkan kesan yang besar kepada penonton...ayat biar simple...jelas dan dekat di hati...macam filem sepi.....berbunga...tapi jelas pada maksudnya..cerita jiwang..x semestinya perlukan 120% ayat2 jiwang....

bagi aku..semuanya kene "bermasyarakat"...berwarisan dan berketamadunan...kalo melakonkan watak dan dunia melayu...lakonkan melayu yang sebenarnya..bukan melayoxico...(melayu+mexico)...kalo melayu...biarlah jadi melayu-muar..melayu-kelantan..melayu-perlis..yang penting.,.ia nya melayu...

biarpun ianya menjadi sensitif atau akan menciptakan "fenemone"...tapi hakikat sebenar yang perlu dipertontonkan..jangan mem"plastik"kan kenyataan....kalo melayu kampung...xkan rambut perang2....bulu mata macam unta...mascara tebal....(bagi watak gadis kampung yang naif..gadis2 kampung sekarang pun dah ramai yang terlebih key ell...)hahaha...

kalo seorang executive....mestikah menjadi melayuxico..make up tebal...seksi..sampai nampak semuanya....gedik????

pemilihan watak..pemilihan costum..make up..semua tu penting..sebab secara langsung...memberi kesan pada mood penonton. dalam ghairah nak mencipta nama pun..artis x perlu..."kontroversi murah..." dengan menjaja..maruah dan kredibiliti sendiri...wak lu!...

emmm....setting lak....kenalah lebih natural dan lebih harmoni....lighting effect..kesan sampingan apa2pun..(aku x tau sangat filem)...kene lebih bland to the set...jangan terlalu nak nampak advance...hebat..terus lupakan unsur2 alam yang sebenarnya sangat membantu dan menguntungkan..

tolonglah..jangan dibuat cerita yang 100% hanya untuk mempopularkan lagi pelakon2 yang kononnya popular...buatlah cerita yang ada mesej dan punya niat yang baik...

jangan hanya buat duit..tapi x ikhlas dengan kerja yang akan dihasilkan....

x salahkan..beramal melalui filem..tazkirah ni....muhasabah diri ni..x semestinya hanya dpertontonkan melalui al-kuliyyah....ar-rayyan..semata2...thru jangan tidur lagi pun boleh kan....

hehehehehe.....banyak ag idea di kepala sebenarnya....

nantilah...kita sambung ag...

Wednesday, June 10, 2009

melaka bandaraya bersejarah...part akhir

antara duit ngan handphone...yang mana lebih anda sayangi..di saat2 anda kekeringan...




nak dijadikan melaka ni benar-benar terbukti bandaraya bersejarah..maka bersejarahlah kunjungan aku dan kawan2 kali ini...hehehehe..melaka benar-benar mengingatkan aku kembali pada detik dua minggu dua tahun yang lalu..semasa aku menjalankan kajian masjid-masjid lama di melaka...hahahaha....

bertahun yang lalu.....

semasa aku dan liza dan kawan-kawan yang lain menjalankan kajian berkenaan masjid-masjid lama di melaka...aku dan liza pun menjalankan tanggungjawab kami, menemuramah salah seorang pengguna masjid....

aku: nama siapa ek....
ali: ............
aku: liza..ko tolong catitkan ek..aku interview die..
aku: umur berapa ek...
ali: .......40
aku: ali belajar sampai tahap apa? spm?diploma?ijazah?
ali: sometimes....i speak malay...sometimes i speak US...

aku ngan liza...emmm...dah pelik2....tiba2...ali mengeluarkan sesuatu...macam business cardnyer holder...emm....

ali: i give my heart to you.....(sambil menghulurkan "benda" tersebut kepadaku...
aku: pardon, sorry.....(aku x dengar n x clear sangat apa dia cakap..)
ali: i give my heart to you...

aku dan liza..tercengang2....tahan perut...nak gelak...macam haram...mamat ni betul ke x...

sekali tu..pak abdullah..person in charge masjid kg hulu tu pun...

pakcik abdullah: jangan di layan ali tu..die tu "kureng" skt...

HAHAHAHAHA...patutlah....

lepas pada tu...dia duk usha aku baik punyer..siap nyanyi lagu jamal abdillah untuk aku..hahaha..apa ntah tajuk nyer..aku dah lupa...

siap bawak teropong..keje nyer duk meneropong aku...macam siot jer...huhuhu..orang normal x pandang aku..orang giler yang pandang beria...wakakakaka

************************

abaikan citer melaka 2 tahun dulu....

kembali ke cerita melaka seminggu yang lalu....

KAMI DI RAMPOK!!....hahahaha..

duk sibuk2 nak ambik video n gambar pengantin, aku, fain, liza and hannan, tinggalkan handbag kitaorg dalam bilik pengantin...selonggok...ngan purse..handphone n semua lah...

berkejar-kejar nak dapatkan pose yang best....lupa pasal handbag ang semuanya..

lepas dah setel rakamkan aksi sepanjang majlis...makan n borak2 ngan kawan2...barulah duk teringat nak check beg..nak check phone..kot2lah ada sms atau call2 penting..

ramailah2 kami, kemudiannya ke bilik pengantin....

fain: eh, duit aku hilang!!!

semua orang terkejut....semua dah gelabah2..check handbag masing2...

aku: eh..duit aku pun xde!!...huhuhuhuhuhu...

nan: handphone nan.....handphone nan xde....

liza: duit aku ade..sebab aku letak kat celah2 ni

aku: bet, handphone ko adekan?

bet: ade..sebab aku letak kat zip depan.....

semua orang senyap jer.....suasana sepi membisu..sampai pengantin masuk nak salin baju....bila safi tau..terus kecoh..kesian pengantin...dah lah penat...hari bersejarah lak tu...

nak dijadikan cerita..rupanya...5 buah handphone hilang......duit x sure....yang aku tau..duit dalam rm300!!...

semua orang dah kecoh2..sapar yang ambik...bila duk bincang ramai2...bila check camera n video..ade sorang suspect..ni pun berdasarkan bukti dari 2 orang saksi, yang nampak suspek mencurigakan dalam bilik pengantin n mencangkung kat longgokan beg kitaorg....so...

investigation begin....

akhirnya....:

pesalah: seorang guru praktikal di sekolah menengah mursyi melaka.
: memakai baju kurung biru laut, kain bercorak batik dan bertudung biru
: umur dalam lingkungan 21-24 tahun

apabila serbuan dilakukan, barang2 yang ditemui bersama pesalah adalah kesemua handphone yang dilaporkan hilang dicuri. pesalah tak mengaku, mencuri duit.

dipercayai jumlah wang tunai yang dijumpai di dalam beg dompet pesalah hanyalah rm 160

ikuti perbualan pesalah dan juga mangsa (aku) melalui telephone:

pesalah: kak...betul kak...sy x ambik duit...(sambil menangis)

aku : kalo awak bukak handbag semua orang....ambik handphone....n tgk purse ngan tunai..x kan awak buat bodoh!!...

pesalah: betul kak..sy tak ambik!

aku : tapi awak ambik handphone kan!!

pesalah: saya ambik benda yang depan mata jer..

aku : benda depan mata....macamana awak boleh tau...beg mana ada handphone..bukan ke semua handphone dalam handbag..nak tau beg mana ada handphone..mestilah awak bukak semua handbag kan!!. bile dah bukak handbag...awak nampak purse n tunai ratus2....x kan awak x ambik!!....nak2 dah intentionally awak dah ada niat mencuri..apakah!!!

pesalah: betul kak..saya x ambik.....sy ambik handphone jer...

*perbualan dicelah oleh kakak rumah pesalah dan safiah...

antara yang disimpulkan oleh kakak rumah pesalah dan safiah:

- pesalah memang ada rm160 dalam purse, mungkin die x curi duit
- pesalah menyatakan yang dia terdesak
- kecurian ini, merupakan perlakuan kali pertama, yang dilakukan oleh pesalah
- jangan laporkan pada polis dan upload gambar pesalah di dalam youtube atau internet kerana akan merosakkan masa depan pesalah..

rumusan yang disimpulkan oleh aku dan mangsa2 lainnye:

- budak tu boleh je belanjakan duit tu dulu...beli topup...isi minyak kete..then balance die..rm160 tu....
- kalo terdesak..takkanlah ada rm160 dalam purse!!..aku kalo terdesak...rm2 pun belum tentu ada dalam purse!!
- yeke kali pertama!!..kalo 1st time..xkan berani masuk dua buah bilik..bilik yang berbeza lak tu..rembat sampai 5 phone!!..pergh..born to be pencuri kah!!..1st time boleh rembat phone sampai 5 + tunai!!
- kalo ikut hati aku....(dah lah duit tu, nak guna g site..fain lak nka beli hantaran tunang)...aku dah lama upload dalam youtube....pastu report..berani buat berani tanggung!..cikgu lak tu...manakah nilai n etika seorang pendidik!!

morality sebagai seorang perempuan dan bakal guru yang aku bengkek kan!!...giler berani..buat taik kat majlis kenduri orang....

awak seorang guru.,.inikah yang diajar..sebagai seorang bakal pendidik....sungguh x layak menjadi seorang guru...nak mengajar anak bangsa jadi pencuri kah!!....bagaimana nak lahirkan pelajar cemerlang dan mencipta negara gemilang..kalo cikgu sendiri rendah moralnya...kalo ikutkan hati aku..memang dah lama dah....si pesalah masuk penjara...bukan setakat x dapat jadi cikgu...mungkin masa depan akan berubah....

aku bukan fikirkan diri aku semata2..mungkin dengan membuat laporan kes ni..dapat membanteras kejadian yang sama, berlaku in future.....x nak ramai orang jadi mangsa....atau mungkin, kes2 kecurian sebelum ni, dapat diselesaikan...manalah tau..she's the mastermind!..

kalau benda ni berlaku kat korang..apa korang buat!!!!!

Saturday, June 6, 2009

melaka bandaraya bersejarah...

salam...dua hari tidak mencoretkan sesuatu di sini..terasa,ada rindu yang mencengkam...samalah dengan perasaan ketawa dan menangis..adakalanya rasa x best kalo dalam sehari..kita tak ketawa..kadang kala pulak..rasa rindu nak menangis tentang sesuatu..bukan suka2 nak kuarkan airmata..tapi airmata boleh menjadi terapi jiwa...kita, kadang2 selalu x sedar kita sebenarnya berada dalam keadaan yang tertekan..selalu xsedar yang dalam hidup kita ni, ada macam2 keadaan yang tak seindah yang dibayangkan...bahasa tubuh,..isyarat-isyarat kecil seperti lenguh2..kejang2 pun selalu kita endahkan..kalo rasa kebas tu lagi lah kan......sebenarnya.....bahasa dan isyarat-isyarat kecil itulah...signal terbesar tahap kesihatan kita...jangan terkejut, kalo isyarat itu..sebenarnya boleh berakhir dengan: minor stroke!!...kite jer yang selalu abaikan....

**********...

wah agak panjang intro untuk entry kali ni....

berbalik pada cerita utama. aku baru jer balik dari melaka. meraikan majlis perkahwinan sahabat baik. pada 05 dan 060609...alhamdulillah...2x lafaz....safiah abu noh telah selamat menjadi isteri yang sah kepada Hairi Jamaludin...

pelbagai pengalaman pahit manis terakam sepanjang majlis...ketawa..ria...airmata..semua ada....pendek kata, panjang x kata ek...hehehehe...macam2 ada....

sampai di melaka, pada jumaat tengahari, lebih kurang pkl 12 lebey.....sempatlah tgk pengantin bersiap...masuk2 jer bilik pengantin, terkejut tgk pengantin....ehhh...apsal muka macam bersalut ngan kunyit...kuning semacam....wakakakaka...rupanya itu foundation tones untuk pengantin....pelik giler warnanya..ker, untuk orang yang x pandai makeup macam aku....pelik...sedangkan biasa jer warna tu..ahh..abaikan jelah..aku bukan nak jadi mak andam pun...

nak nikah pukul 3 ni....so, bersiaplah si pengantin....kitaorg ni...macam biasa jelah..mana2 majlis..suke sangat buat macam umah and port sendiri..belasah jer...hehehe..aku agak biasa ngan family pengantin..so, slamber badak and anak gajah jelah...ehh, gajah lagi...wakakakaka

nak menikah lak..tiba2 ada masalah dengan surat wakil wali...loh....gelabah ayam....(kenapalah perumpamaan moden ni, suka sangat berkait dengan bintang...)...apa lagi..nak menangislah sipengantin.....ayah....abang kandung even adik lelaki kandung, semuanya telah selamat di jemput Allah. dimana lagi tempat nak mengadu...pakcik2 belah ayah pun, semuanya telah kembali ke rahmatullah....tinggallah sepupu ayahnya....emmmm.....bila2 bincang2 n berbincang.....alhamdulillah..si sepupu ayahnya, layak untuk mewalikannya....alhamdulillah....

akhirnya..tepat jam 2.45, kami berangkat ke masjid bt berendam.....wah..macam x sabar..hehehe....macam aku lak yang nak kawin..wakakakaka

aku lak..x pasal2 dipertanggungjwabkan...menjadi jurucakap...kepada mak safi...emmm..bukan jurucakap sebenarnya,....tapi lebih kepada "cermin mata...n cikgu bahasa.."sebab..mak safi ni rabun..pastu x pandai baca rumi...orang dulu2 kan tulis dalam jawi....hehehe, cuba suh aku baca jawi.....1 page, mau makan 3 tahun..wakakaka..merangkak2 macam .....macam..apa ek....binatang ag...cet!

aku dipertanggungjwabkan baca taklik untuk mak safi..hahahaha....baca taklik.

majlis akad nikah pun berlangsung....2x lafaz..."aku terima nikah safiah abu noh, dengan mas kawinnya....(aku dah lupa....)hahahaha....tunai"..so, semuanya selamat!

sampailah turn baca lafaz nikah n bla2....part baca taklik ibu...hahaha...bukan aku tolong mak safi baca..aku yang kena baca....memang x boleh blah!!!....

"bismillahirahmannirahim....anakku..safiah abu noh.....dengan akad ini, maka berakhirlah tanggungjwab mak..mendidik....bla2...."aku dha lupa.....hahaha, aku yang kena baca tu..aku pun x kawin ag....hahahaha....xper...layankan jer...

masa baca..sebak kat dada..memang x boleh nak layan...macam sedih semacam...nak2 part..."jagalah tingkahlakumu......jadilah isteri, ibu dan menantu yang terbaik..jaga akhlak dan agamamu....bla2...."..."Tanggungjawab mak mendidikmu,...menjagamu..membesarkanmu...."huh..part ni, memang x boleh nak layan...syahdu..layu...huh..nasib baik boleh control ag airmata....di liza lak yang banjir....aku steady...(luar je....dalam hati....dah hanyut...banjir ngan air mata...)sob..sob..sob...

part safi baca..lagilah...selamat terus..airmata x hingatnyer..lenguh tangan hannan, si pengapit lapkan....yelah, nak jaga makeup....

so, akhirnya...semuanya selamat....(ada ag kisahnya...tapi yang biasa2 jer..makan...berkenal kenalan..n bla2)

dah setel akad nikah...kita org pun konon2nya nak berehat ah kat umah yang telah disediakan..kat durian tunggal...lepas makan n bersalaman mohon diri..bergerak ah kitaorg ke durian tunggal..mencari taman cenderawasih....dah sampai/....nak jadikan cerita dongeng..kunci umah tertinggal...hahahahahahaha...semua org x ambik kunci....wooo...badan dah lah melekit...bau macam...dah macam bau belacan dah!!..nak mandi....huhuhuhu, nak patah balik umah si pengantin...oooo my gosh!!

ambik keputusan...mandi kat masjid..carilah masjid:

masjid pertama: tmpt solat pompuan pun xde...apa ag bilik air..ooomy gosh!!

masjid kedua: masjid al azim, walaupun di lalu depan umah pengantin, segan nak singgah., so rancangnya..mandi n gosok baju kat al azim jelah. masuk2 jer masjid...ada satu signboard "di larang mengosok baju"..wakakakaka....mandi jer...aku apa ag..fashion disaster ah...baju hijau..tudung pink...wakakaka

dengan selambar....g bandar melaka...makan asam pedas....macam2 kejadian berlaku gak...x boleh tulis panjang2.....kang entry aku jadi essay 10000 patah perkataan lak...

lepas makan..x sempat nak pusing2 melaka...aku melaka ni, dah puas gak berjalan..pernah stay 2 minggu...so...dah belasah banyak tempat..nak2 tempat2 makan...layan...

dalam pkl 8, g umah pengantin, sebab si safi mintak tolong buatkan door gift....maka, buatlah kami door gift beramai2...macam2 dept ada...packaging...quality...stock....n bla2...keje punye keje...(sempat makan gear box sup x tahan tu....wwakakakaka...)....semuanya (dalam 85% siap).....dalam pkl 2 pagi...kitaorg gerak balik durin tunggal. kali ni, kunci dah ada....

dengan mata layu n dah macam haram...geraklah kami ke durian tunggal..taman cenderawasih,jalan cenderwasih 3, umah no 4116....sampai jer...aku pun bukalah gril...sekali kunci mangga tu x boleh bukak...gelabah dah aku ni...dahlah suasana sunyi....try banyak kali..x boleh gak....betulkah umah ni...

bincang2 punya bincang..ada plan nak panjat pagar umah....tapi kang...x pasal2 tido lokap.....orang ingat nak mencuri...call lah si safi.....emmm....sekali tu..cet, salah pintu umah ah..umah dia 4119!!...bongek betul!!

tapi, sampai depan umah 4119..ade waja..lampu pasang..eh..saper lak berkampung...emmmm....calllah pengantin balik..masa tu, dah dekat pkl 3 pagi...kita org macam gangster...terpacak depan umah....dengan gaya peluk tubuh dan bercekak pinggang...wakakaka...

sekali, itu kakak dia ah...tido situ sekali...lega!!....ingatkan tido masjid dah kitaorg malam ni....naik je bilik atas..salin baju...(aku sempat mandi ag......)..bentang toto...membuta beramai2....

**************

esoknya......

semua orang dah bersiap...nak g makan dulu..lapor tu.....sampai je sebuah kedai..safi call....wei..makan kat umah aku..makcik aku masakkan nasi lemak untuk korang...apa ag...makan kat umah pengantin jelah..nasib baik x turun kete ag...

sampai jer umah pengantin..salam mak die....g cari makanan terus...wakakaka....

safi dengan baju bollywood....duk2 sibuk2 ambik gambar..kitaorg macam biasa..duk sibuk2 mencekek...makan....

pastu, macam biasalah..tolong apa yang patut.....hulurkan tangan..ringankan beban....amboi2....

pastu..macam biasalah...kompang..berarak..DJ....bersanding.....renji2....gambar2....n makan2...

aku lak n kawan2 duk sibuk makan n ambik gambar..aku berlari ambik video...huh..hilang cun!!..

handbag...handphone..semuanya dalam bilik pengantin...

nak dijadikan cerita...................(eh....tadi panjang2..bukan cerita ker...)

p/s: aku sambung malam kang ah...penat n lenguh dah ni....jangan mare...^_*

Thursday, June 4, 2009

terima kasih......akhirnya...



There's a hero If you look inside your heart
You don't have to be afraid Of what you are
There's an answer If you reach into your soul
And the sorrow that you know Will melt away

And then a hero comes along With the strength to carry on
And you cast your fears aside
And you know you can survive
So when you feel like hope is gone
Look inside you and be strong
And you'll finally see the truth
That a hero lies in you

It's a long road When you face the world alone
No one reaches out a hand For you to hold
You can find love If you search within yourself
And the emptiness you felt Will disappear

And then a hero comes along
With the strength to carry on
And you cast your fears aside
And you know you can survive
So when you feel like hope is gone
Look inside you and be strong
And you'll finally see the truth
That a hero lies in you

Lord knows Dreams are hard to follow
But don't let anyone
Tear them away
Hold on
There will be tomorrow
In time You'll find the way

And then a hero comes along
With the strength to carry on
And you cast your fears aside
And you know you can survive
So when you feel like hope is gone
Look inside you and be strong
And you'll finally see the truth
That a hero lies in you

thanks GOD...terima kasih YA ALLAH...berikan aku kurniaan logik akal yang sihat dan berupaya untuk meneruskan perjalanan...menempuh ujian yang datang

aku yang mengundang perasaan itu datang dan aku seharusnya belajar untuk mengendalikan perasaan itu sebaiknya.

alhamdulillah....jasad ini masih utuh dalam melangkah...masih mampu mencipta dan mereka apa jua cerita dalam hidupnya.

hati ini masih cekal dan bulat tekadnya. aku pasrah...aku redha....keresahan semalam...membuatkan aku berfikir, baik dalam sedar dan tak sedar....dalam jaga dan lenaku....akhirnya...

akhirnya..ku ulit mimpi dengan anyaman kisah yang x pasti...dalam lena aku tangisi kejadian yang tak seharusnya ditangisi...

akhirnya...dalam jaga ku..dalam warasku....dalam cekalku...ku orak langkah untuk mendapat pastinya permainan perasaan ini

jawapannya...meruntuhkan segala tembok kesangsianku...merobohkan seluruh benteng persoalan yang bersarang dibenakku...terima kasih....

terima kasih kerana menghadiahkan kisah hati yang aku akhirnya mengerti

terima kasih kerana sandarkan harapan dan keinginan...terima kasih kerana semakin mendewasakan kisah hati dan perasaanku...

terima kasih kerana berjaya membuatkan aku menjadi semakin aku....terima kasih kerana membuatkan aku sangat mengenali bisikan hati nuraniku

terima kasih kerana menjanjikan kedewasaan untuk kisah kita....

terima kasih kerana kau berikan aku secukup rasa dalam ramuan kisah kita...

terima kasih kerana menjadikan aku seperti aku....dulu dan sekarang...perbezaannya hanya masa....dulu dan sekarang perbezaannnya hanyalah kisah apa.....dulu dan sekarang....kisah cintanya tetap sama...

terima kasih kerana mengembalikan kebahagiaan jiwaku....terima kasih kerana kasihmu berjaya mencambahkan tunas cintaku....terima kasih kerana sempat membajainya...

terima kasih.....


Ari Lasso feat. Bunga Citra Lestari - Aku Dan Dirimu

ari lasso - aku dan dirimu lirik

tiba saatnya kita saling bicara
tentang perasaan yang kian menyiksa
tentang rindu yang menggebu
tentang cinta yang tak terungkap

sudah terlalu lama kita berdiam
tenggelam dalam gelisah yang tak teredam
memenuhi mimpi-mimpimu malam kita

reff:
duhai cintaku, sayangku, lepaskanlah
perasaanmu, rindumu, seluruh cintamu
dan kini hanya ada aku dan dirimu
sesaat di keabadian

jika sang waktu bisa kita hentikan
dan segala mimpi-mimpi jadi kenyataan

www.rizkyonline.com
meleburkan semua batas
antara kau dan aku, kita

repeat reff

Video Klip Ari Lasso - Aku Dan Dirimu

You need to a flashplayer enabled browser to view this YouTube video

powered by lirik lagu indonesia

Wednesday, June 3, 2009

cerita seorang perempuan gemuk....

menjadi gemuk dan dilahirkan gemuk atau gemuk ketika usia tua...

aku dilahirkan dengan berat yang normal..sekitar berat2 ideal baby2 Malaysia. di lahirkan dari kalangan keluarga sederhana..semuanya bersederhana..dari cara hidup..dan makan pakai. pendek kata, mengikut kemampuan diri dan keluarga.

dibesarkan penuh kasih sayang dan punya sepenuhnya rasa cinta dan sayang, membuatkan aku membesar dalam persekitaran yang amat sihat dan sangat sihat.

usia demi usia..tubuhku yang hanya memiliki ketinggian 163cm ni semakin mengembang dan terus mengembang. maka lekatlah gelaran-gelaran sungguh "enak" tanda penghargaan dan keperihatinan kawan2 yang cukup "sempurna".



GEMOK!!....MONTEL!!...GENDUT...BOROI...DORAEMON...GIANT...BULAT...ROTI BOOM...SHANIE..ADIBAH NOOR...DEBAB!!.....

dan macam2 agi...macam pingat yang boleh membawa gelaran....SI polan..polan..polan...

aku teruskan hidup dengan memangku gelaran-gelaran yang cukup BESAR dan GEMOK itu..hingga usia aku akhirnya 26 tahun...

kerana terlalu asyik dan kerap aku hidup dengan gelaran-gelaran itu....aku menjadi takut dengan diri sendiri...aku tidak pernah sesekali membenci diri aku yang gemuk ini....cuma aku takut!!..

hari berganti hari..berat bertambah berat...tubuh aku semakin mengebu dan mengepam!..makin lama makin SIHAT..GEMOK...

aku teringat..suatu masa dulu..masa aku menginjak remaja....aku terjatuh di tangga umah wan aku..tangga tu terjatuh...asalnya..memang tangga tu dah tercabut paku...

nak dijadikan cerita..masa aku nak naik..elok2 baru pijak anak tangga yang ke dua..tangga tu terjatuh..dengan aku-aku pastinya terjatuh sambil terduduk...sakitnya punggung dan pinggang aku masa tu..hanya Allah yang tahu..batang penyapu terlepas. niat aku nak ke atas bersihkan sawang...nak raya lagi 2 hari..rumah x siap berkemas ag....

tengah aku menahan perit...ketawa2 ria bergema di belakang...."HAHAHAHAHAHA...ANAK GAJAH JATUH...HAHAHAHAHA...ANAK GAJAH JATUH....!!..ANAK GAJAH...".....penuh penghayatan dan penuh jiwa mereka-mereka mentertawakan aku....aku seekor anak gajah...

Ya ALLAH....hancurnya hati aku...sakit di pinggang and punggung yang tak terkata..bertambah tercalar dan terluka dengan ejakan sepenuh hati sepupu2 aku...gelaklah...anak gajah ini..memang suka...memang suka diejek dan dicerca..gelaklah....gelaklah sepuas hati...

aku gagahkan diri bangun..sisa tawa sepupu-sepupu aku mengejek seekor anak gajah masih mengila....anak gajah dan si beauty..memanglah jauh bezanya. aku anak gajah itu..mereka puteri-puteri jelita..idaman putera-putera....

susah untuk aku bangun sebenarnya...sakit sangat!!!..tetapi aku x betah berdiam lama di situ. ada tangis yang dah mula nak pecah. hinanya menjadi gemuk...Ya Allah...bulan ramadhan yang mulia ni..kau sabarkan imanku..tabahkan hatiku....lirihnya..sendunya....hanya Allah je yang tahu...

anak gajah ini, berjalan menjauh....menuju ke balkoni....aku diamkan diri disitu...aku lihat...hijau pokok dan biru langit...air mata tak tertahan..anak gajah ini menangis..hati seekor gajah ini betul2 terluka...Ya Allah....sakitnya....sakitnya....anak gajah ini sakit...mak...sakit....along sakit...sakit punggung!!..pinggang!!..tapi hati along lagi sakit!!!...anak gajah sakit mak!!!

air mata terus mengalir..anak gajah ini terus menangis....aku seekor anak gajah....


dengan gelaran anak gajah..aku teruskan hidup.....berhari2 cerita seekor anak gajah jatuh tangga menjadi bahan utama perbualan...gelak2 yang penuh bangga menjadi teman setia...sehingga akhirnya mak aku tau dan berkata..."Kalo along anak gajah...habis makcik ni mak gajah!?"....semua terdiam..anak gajah ni x harapkan pembelaan....anak gajah ni dah halalkan penghinaan....biarlah aku terus menjadi bahan ketawa..jangan hina mak aku!!....terima kasih mak......terima kasih....

musim berganti musim..aku hidup dengan ketakutan dan rendah diri..aku ciptakan kejayaan dan kebahagiaan diri sendiri..dengan belajar bersungguh-sungguh..ukir kejayaan dan cita-cita...hingga akhirnya aku ke peringkat master....

semasa praktikal di sebuah firm.....diskriminasi saiz badan menjadi topik besar...tetap menambah cerita di arkib seorang gadis gemuk...."aku x nak ah ambik zie..nanti senget kete aku...wakakakakakakakakakaka......"seronoknya ketawa......aku terdiam....senget kete..kete ayah aku xpernah senget pun....aku si gemuk hanya layak jalan kaki jer ek....macam masa jamuan....yang cantik2 di depan..menyambut tetamu..aku si gemuk...dengan baju raya..tolong orang cuci pinggan...hidangkan makanan....aku dengan pakaian raya..menyinsing lengan membasuh pinggan..aku dengan pakaian raya..berlari-lari menambah kuih muih..menyediakan hidangan..sebab, aku si gemuk yang memakai pakaian raya yang lawa dan mahal..tetap di pandang hudoh dan hina...aku si gemuk..tmpt aku kat belakang2.....akukan si gemuk...

akukah si gemuk yang hudoh..cacat..hina..buruk....akukah si gemuk....

kerana orang-orang yang penuh jiwa besar dan bangga dengan kecantikkan dan kesempurnaan mereka..aku menjadi aku....menjadi seorang perempuan gemuk yang sangat penakut....

aku perempuan gemuk yang sangat takutkan ikatan..aku seorang perempuan gemuk yang sangat takutkan percintaan...aku seorang perempuan gemuk yang sangat tak percaya pada cinta...aku sangat takut...

aku perempuan gemuk yang dah terlalu biasa di jadi bahan gurauan dan gelak serta ejekan orang....lelaki?hahaha..aku bukan pari2 dan seorang puteri..aku hanya seorang perempuan gemuk.....

aku menjadi sekeras aku.....aku kuatkan diri dari cinta..tidak menerima cinta..kerana aku seorang perempuan gemuk....tiada penghargaan untuk si gemuk yang bernama aku..yang ada,...hanya penghinaan...

aku perempuan gemuk...yang berusaha melepaskan cinta aku untuk kebahagiaannya....aku perempuan gemuk..yang mengeraskan hati aku untuk tidak jatuh cinta...

aku perempuan gemuk yang cuba sedaya aku menjadi seorang yang ego dan tidak punya hati...

aku perempuan gemuk yang hanya mampu mengimpikan bahagia berkeluarga..tetapi tidak akan berani mencipta realiti...

aku perempuan gemuk yang hanya berani menjaga diri dan hati sendiri...aku x nak lukakan hati dia....kerana bersama aku yang gemuk...manusia akan melihatnya pelik..manusia akan memandangnya jelik..manusia akan mentertawakannya...biarlah....aku lepaskan dia...kerana dia x sepatutnya terkena biasan dan tulah perempuan gemuk...

aku perempuan gemuk yang sangat terbiasa membiarkan jiwanya sedih....aku sedih..aku sepi..tapi aku seorang perempuan gemuk...

wahai hati...bawalah perasaan ini jauh....wahai hati.....biarkanlah segalanya pergi...wahai hati...jangan kau cambahkan benih cinta ini...wahai hati....fahamilah..aku tak mampu menyintai....wahai hati..jangan kau bisikan rindu ini terus menerus meresap ke dalam jiwa...wahai hati....aku tak mampu untuk kecewa ag...wahai hati..jangan ko robek hatimu sendiri...wahai hati.....biarlah segalanya mati...wahai hati..biarlah segalanya pergi.....

wahai hati..kau perlu faham...kau perlu mengerti....

aku....seorang perempuan gemuk!

perlu buat sesuatu....

salam.....

wahai tinta jiwaku....kenapa hati aku macam racau...persoalan bermain dalan rentak yang membuatkan aku terasa sakit....sambil layan lagu hero....if your look inside your heart...dont have to be afraid..of what you are...

inilah persoalan yang paling berat dalam diri aku...aku takut dengan apa yang aku ada..aku takut dengan persekitaran yang terbentang..takut dengan keupayaan diri sendiri...aku kah manusia yang rugi..selalu melepaskan peluang di depan mata?..selalu biarkan semuanya berlalu tanpa apa2 faedahnya....akukah manusia yang gagal itu..terlalu takutkan bayang sendiri..terlalu takutkan diri sendiri....

aku takut nak memulakan sesuatu perhubungan..sebab aku takut untuk rasa kecewa ag...aku memilih untuk lupakan semua..sebab aku takut untuk ada rasa rindu..untuk merindu...aku asingkan diri..sebab aku takut cahaya cinta itu meresap dalam diri aku..dan akhirnya hilang bersama gelap bayang-bayang...

aku tak berani pertaruhkan hati aku..kerana hanya itu yang aku ada..aku takut untuk menyatakan rasa jiwa...sebab...tak ada orang yang akan faham dan mengerti...

suara hati yang terdetik...suara hati yang terniatkan....andai aku bertemu dengannya hari ini...semuanya memberi makna..pertemuan tadi..buat aku mengelabah dan ingin punya segalanya..perasaan aku berkocak....perasaan aku macam-macam....aku tak tahu kenapa...

jarak yang dekat....selangkah dua langkah....tapi diri ini bisu..aku terlalu ego dengan perasaan sendiri..atau aku sebenarnya bodoh untuk kenal diri sendiri....

aku cuba sorokan diri..sorokkan gelodak jiwa..sebab aku takut...aku takut memalukan dia..dia dan kawan-kawan dia...how can you pretend to be so cruel...its gonna be me...its gonna be you...its gonna be love..its gonna be sad...its gonna be true...its gonna be more then i can take...

It's gonna be me, baby
It's gonna be you, baby

It's time, I've been patient for so long
How can I pretend to be so strong?
Looking at you, baby
Feeling it too, baby
If I'm asking you to hold me tight
Then it's gonna be all right

It's gonna be love
It's gonna be great
It's gonna be more than I can take
It's gonna be free
It's gonna be real
It's gonna change everything I feel
It's gonna be sad
It's gonna be true
It's gonna be me, baby
It's gonna be you, baby
It's gonna be.....
It's gonna be love

Time in my restless your a fool
How can you pretend to be so cruel?
Maybe it's me, baby
Maybe it's true, baby
Maybe it's everything we're dreaming of
We've waited long enough

............................................

The sooner you let two hearts beat together
The sooner you'll know this love is forever
(It's gonna be love)
Love needs time now or never
(It's gonna be love)
It's gonna be tough
You gotta believe
It's gonna be strong enough

...........................huhuhuhu.....

while aku coretkan suara jiwa disini...lagu ini berkumandang di telinga....

aduhai..its gonna be...yang rosakkan semuanya....

takdir menemukan kita..hanya untuk memisahkan kita..

takdir menemukan kita untuk mengajar aku sesuatu...

begitukah...???