Sunday, February 7, 2010

Seseorang manusia…(Bahagian 1)

Dalam perlarian masa…

Jasad itu mendesahkan keluh…

Hatinya walang..

Jiwanya kalut….

Sesak dan mendesak…

Tuntutan dunia..memaksa langkahnya songsang..

Menongkah arus kebatilan..

Hanya kerana jutaan nikmat kebendaan..

Hanya kerana kurnia darjah kebesaran dan keangkuhan..

Masa berlari dan pergi..

Penambahan usia mengotori sekeping hati..

Arak menjadi teman menari…

Perempuan menjadi selimut, buat teman malam sepi..

Judi menjadi saksi

Dan maksiat itulah yang pasti!!..

Dari sudut pandang kekemasan..

Tubuh bersalut jenama keangkuhan..

Langkah berdecip penuh kemewahan..

Tegak jasad penuh dengan keduniaan…

Semuanya..kebendaan…

Sayup…sayup..kau dengarkan panggilan…

Haiyya…alas….solah…….

Spontan!kau pekakkan telinga..Huh!

Bagimu..itu muzik kolot!!

Bukan ikut trend dan perubahan zaman!

Panggilan itu…kau lekehkan…

Panggilan itu…kau keji dan ejekkan…

Astagfirullah…………..

Friday, February 5, 2010

mahu kamu.........(part 1)

Mahu kamu…

Amira menutup lembaran diari lamanya….air mata menitis tanpa sedar. Sudah lima tahun semuanya berlalu..sudah lima tahun dia masih mengharapkan kenangan itu kembali subur dan hidup dalam dirinya. Sudah lima tahun jua, dia biarkan hati dan jiwanya bersawang-kosong!. Semuanya kerana dia sendiri memilih untuk matikan diri…dia memilih untuk sendiri..dan dia memilih untuk mendiamkan diri..

Masih adakah cinta untuknya……
Masih adakah setia untuknya……

Aku bukan muda dan bukan menarik. Aku hanya seorang perempuan biasa, yang hanya biasa dan terlalu biasa. Bukan yang menghiburkan dan bukan yang sempurna. Apa yang aku ada..hanya cinta…hanya hormat..hanya setia..hanya kasih..hanya sayang….

sayang aku mahu bicara......akan aku ceritakan semua...apa yang aku mahu dan siapa diri ini...aku hanya ingin berterus terang..aku hanya ingin membahagiakan diri sendiri...aku hanya mahu hidup dalam dunia aku...dimensi seorang aku!.

aku ingin menterjemahkan ketidakfahaman orang lain tentang aku. memperbetulkan segala salah anggap orang dikeliling aku. aku bukan seperti apa yang mereka fikirkan dan gosipkan!.. susah sebenarnya..susah untuk berhadapan dengan hasad dengki manusia..yang hidup dalam rumpun yang sama...yang berkembang dalam persekitaran yang sama. akukah yang kolot dan kalut atau mereka yang sebenarnya suka melalut atau sebaliknya...

************************************************************************************

Amira berjalan menyusuri tebing empangan yang luas pandangannya. angin sepoi-sepoi yang menyapa diri, menampar susuk tubuh tinggi lampai dan sederhana itu, menambahkan damai dan sejuk di hati. matanya meliar menembus pandang. ada maksud dan niat tersendiri. hampir sejam menghabiskan masa di bibir empang...bayang dan susuk Azwan masih belum kelihatan. Tidak memancingkan dia?..persoalan bermukim-diam tiada jawapan!nokhtah!.

Amira mengelus lengannya yang setia memeluk tubuh yang bersalut baju putih berbunga pink, baju yang diperbuat daripada kain kapas itali yang dibelinya semasa berjalan-jalan menghabiskan masa di WangsaWalk Mall, lewat beberapa bulan yang lalu. selesa!.

deringan sedikit kuat dan getaran di poket Lee jeans yang dipakainya, membuatkan dia sedikit tersentak. ada sms. siapakah agakanya, omel Amira sendiri.

..kamu nampak.......cantik!

hanya itu yang tertera di telefon bimbitnya. SMS dari Azwan. sepontan dipalingkan wajah. membutangkan mata tepat pada seorang jejaka yang sedang melangkah turun bersama dua batang joran dan memberat sarat dengan beberapa perkakas yang lain. jejaka ber T-shirt putih, Armani dengan jeans bermuda itu, tersenyum, manis. Amira diam membatu, sehingga pemuda itu berdiri di hadapannya, terkedu.

"Amy dah lama tunggu Wan...?" sapaan Azwan lembut, senyuman masih tidak lekang dari bibirnya. lesung pipi di kiri kanan, timbul, comel sekali.

"Dah hampir sejam..."Amira menyambut huluran joran. memusingkan badannnya, mengatur tapak menuju ke port biasa mereka berdua. Azwan membuntuti, diam.

"Wan dah breakfast? Amy tak sempat nak masak makanan yang berat-berat. Semalam balik lambat, badan penat lagi. Banyak sangat kerja kat pejabat" Amira menghulurkan bekas makanan yang berisi mihun goreng singapura, bekalan makanan yang sempat disediakan. Azwan yang sedang asyik menyediakan joran, hanya menangguk. Sebagai isyarat, nantilah, biar dia selesaikan kerjanya dulu. Amira hanya memerhatikan Azwan yang leka dengan joran-joran dan perkakas memancingnya. Suasana diam, senyap dan sunyi.

hari minggu yang sama, di pagi yang sama, tempat yang sama, aktiviti yang sama dan dengan orang yang sama. rutin yang sama dan itulah rutin hujung minggunya. Tidak jemu dan tidak pernah terasa bosan. mengapa?.monolog Amira sendiri. Pandangan matanya, di hala menuju ke sesusuk tubuh yang sedang membongkok, membetulkan jorannya. Terasa seperti diperhatikan, Azwan berpaling, melambai tangan dan tersenyum. Senyuman dan lambaian berbalas. Amira kembali menyibukkan dirinya, mengadap laptop yang sering dibawanya, semasa menemankan Azwan memancing. Laptop yang menjadi rakan karibnya, dan dimensi dirinya yang lain. Rahsia!.

kenapa aku selalu melihat dalam diri seseorang ada banyak dimensi yang tersembunyi..yang hanya nampak dilihat oleh mata kasar, adalah dimensi yang ditonjolkan, dari sudut pandang diri, 1 point atau titik pandang. yang kabur dan jelas...dimensi itu tersembunyi dan kadang-kadang bermain cak-cak!terlihat..tersembunyi..terlihat..tersembunyi!..aku melihat seseorang itu yang seperti aku......terlihat..tersembunyi...terus ber...


belum sempat dia menghabiskan rangkap, Azwan melabuhkan punggung disebelahnya. menjadikan ayatnya terus tergantung. Mati. Pantas di lipat laptopnya. Jelingan curi pandang Azwan, hanya dibiarkan.

Wednesday, February 3, 2010

kekasih halalku (intro)

bagaimana kita nak memberitahu seseorang...."tolonglah...jangan mempermainkan hati orang..x baik buat orang macam tu......"...

"mana satu yang nak ni...yang tu lah...yang ni lah....yang tu abg..syg..yg ni..abg..sayang....!"...

"mana satu?".......muka berkerut....aku rasa nak lempang..meluat dengan aksi manja dan suara mengada2 di telepon..entah mamat-mamat mana yang dilayan.....semuanya.."teman tapi mesra"...tapi sampai bila...

"hehehehe........syang...hehehehe....."suara manja2..menekan otak aku hingga aku rasa nak menjerit STOP IT!!...ingat muka, cantik sangat....!jangan tergedik2....terngada2.....aku yang melihat rimas...aku yang memandang serabut..MUAL!!!

x faham sangat2 dengan perangai orang2 yang merasakan dirinya HOT CHICK!!!!....menyampah dengan gaya dan keadaan..dan ruang..aku merasakan semakin sempit...sambil bergayut..handphone yang 1 lagi..duk sibuk ber sms....ramai sangat BF..x terlayan...abg 1 call...abd 1 sms....abg 3 call...abg 4, abg 5, abg 6......ha..semua tunggu turn...."hehehehehe.....emmmm......"itu jelah...gayut n gayut....."U ni....ada pulak...bergurau pulak" tu bg yang baru nak kenal2..."sy ni..biasa jer.....hehehehe.....sy ni memang suka gelak...hehehehe..."..kalo yang dah di anggap istimewa..hakikatnya..dah xde langsung yg istimewa.."abang ni....hehehehe...abg ni......"huh..SERABUT!!

aku telah lelah....aku serabut!...

bukan x pernah menegur..."ASYIK BERGAYUT JER!"...buat bodoh jer..abis gaya..aku yang kene sound balik..siap dengan jelingan ag..CET!!

ingat aku dengki ker..sorrylah...kalo nak jadi perempuan..jadilah perempuan yang mahal...bukan yang di cop entah apa2...

bagaimana nak cakap ni.....

bagaimana nak tegur ni....

kekasih halalku.....

p/s: ini adalah sedikit intro penulisan ku untuk satu projek "Ilmu" yang aku cuba untuk siapkan....bersama2 dengan penulisan thesis masterku...aku ingin menulis tentang nilai sebuah erti SAYANG...dan CINTA.....dan SETIA!...

Thursday, January 28, 2010

kaulah bahagia..kaulah derita...

pencarian dalam niat mendewasakan dan meraikan hidup..bukan sekadar menuntut sebaris ayat "BEBAS".....dan dewasa....

aduhai banyak mata yang akan memandang dan menilai..bukan sekadar mereka akan berkata-kata, tapi mereka jugak akan meletakkan syarat sehingga semua orang akan mempersoalkan mana satu hakikat dan rekaan. ralatnya tiada, hingga kau takkan mampu mengenal pasti...

pendirian dan keadaan sering seiringan atau melingkar kehendak...mengetepikan keegoaan sendiri...melupakan prinsip hidup...hanya kerana ingin hidup!..dah terlalu ramai yang terpaksa memilih..pilihan sulit sehingga yang paling sulit!..

aku melihat..ruang dan peluang itu adakalanya datangnya dalam keadaan songsang.....di mana kemahuan dan impian....kemahuan dan kehendak dipermainkan!....

adakalanya....kita perlu memilih untuk kebahagiaan orang lain..orang yang kita sayang mungkin....sehingga melupakan kehendak dan impian sendiri....kadangkala pula...kita terpaksa mengubah diri dan menjadi orang lain...demi untuk membahagiakan orang2 disekeliling kita jua....definisi keinginan sendiri....adakalanya akan terpinggir dan dipinggirkan.....KEHENDAK!..

itulah antara cerita ruang dan peluang...kehendak dan keperluan!....seringkali pilihan kita tersasar dari ciri perancangan sebenar

bukan hanya mempersoalkan pasal kehendak yang berupa kebendaan dan zahirnya....tapi seringkali jua....pilihan hati..impian menjadi pilihan untuk terus dipilih dan memilih...meletakkan impian dan kehendak...dalam dilema yang panjang...

mana satu yang diciptakan dan yang diciptakan.....

banyak benda dala hidup ni...yang tergantung..tanpa jawapan...

kau bertanya.....

aku juga akan terus bertanya....

jawapannya........

kaulah bahagia....kaulah derita.....

Tuesday, January 26, 2010

FA vs LO....

hahahahaha...rasanya aku x pernah menulis berkenaan artis atau dunia hiburan yang ada di negara kita..bukan x pernah ambik port..cuma bukan bidang yang aku minat untuk "hidup" dan "bernafas" didalamnya...dah namapun hiburan...semua itu hanya sampingan...

melihat satu kisah kepada satu kisah...pelbagai isu yang dibangkitkan sama ada di luar pakaian atau yang di dalam pakaian..dunia korek mengorek kisah artis dan menjaja isu-isu peribadi atau pun bukan peribadi..aku melihat dunia artis ni...sangat "lain"..ada yang kisah malah ada yang akan cakap AAK (ada aku kisah)..bila nilai diri..cerita peribadi di jaja dan digembar gemburkan...membuka ruang aib diri dan mungkin melibatkan keluarga (secara langsungnya begitulah...)menjadi satu trend dan satu perkara biasa....

paling terbaru..(andai aku boleh menyatakan sebegitu)...kisah saman FA teratas LO...."kerana mulut badan binasa" dan kisah "xde angin xkan pokok bergoyang"...aduhai..dunia ni makin cepat larian khiamatnya....banyak dah petunjuk..banyak dah gambarannya.....seumpama..banyaknya dan bercambahnya dunia pondan....dunia gay..dunia lesbian..dunia anak derhaka...dunia bayi haram dan sebagainya...pandangan yang biasa..yang sebenarnya adalah satu peringatan...benarlah...jangan dipersalahkan sesuatu kejadian...jangan di utarakan kenapa dan mengapa....sebab..ada sebab kenapa dan mengapa ianya terjadi....hanya kita perlu lebih melihat sesuatu kejadian dalam pandangan terbuka dan positif...

berbalik pada kisah FA dan LO..secara total..aku x pernah kenal keduanya secara peribadi..mengikuti kisah diaorg berdua pun jarang2....aku hanya sekadar memandang..membaca dan mendengar..tidak pernah sekalipun berjumpa keduanya..apatah lagi duduk semeja berborak dan minum kopi...

aku secara peribadi....tidak meminati LO..bukan kerana aku benci atau apa...cuma aku selalu rasa kurang selesa melihat die..mendengar celotehnya..dan segalanya berkenaan LO....kadang2 sebagai manusia..kita akan ada rasa yang macam tu..rasa yang kurang selesa dan seantaranya..maaf lah..aku hanya memilih untuk bersikap berterus terang....adakah aku mengikut perasaan?....wallahualam...aku hanya menyampaikan apa yang aku rasa....aku sedih sebenarnya..bila aku sudah menemui cinta radioku..Suria FM...tiba2 LO join station radio tu..terus hambar.....terus aku rasa pudar...nasib baik ada DJ LIN...dengan suria cinta...maka...malam2 ku...masih aku setia dengan suria....tapi untuk pagi dan petangku..selamat tinggal suria FM....bagaimana ngan Tuah?....x silap aku die keudara malam......aku rindu celoteh Tuah dan zizi...suatu ketika di breakfast@ suria....hehehehe, akulah cik chummie itu..(kalo kalian masih ingat)...

entahlah....dari Era...ke sinar..kemudian ke suria....aku x suka mendengarnya...apatah lagi rancangan tanya linda!..jahatkah aku?..aku hanya mementingkan keselesaan dan kebahagian hati aku..aku x tgk..aku x sokong...kerana aku x selesa...x suka....macam tadi..aku baca facebook linda...."comment pasal fafau...-kalo nak undi fafau macamana?" ada peminat bertanya.....jawab penyokong2 linda...."nak undi fafau bukan di sini...(betul gak itukan FB linda...bukan fafau)..tapi x perlulah linda tulis....."ala...friends reject"..so x profesional..bergurau kah?/...hahahahaha..jangan takut..kalo dah memang disukai dan dihormati peminat..diaorg takkan lari....berbudi bahasalah..tanpa peminat x kemana kerjaya Lo atau pun LOOK..

aku ni, menulis dalam nada2 benci lak...maaf lah LO..itu lah kata hati dan pemerhatian aku...maaf....

kisah LO dan FA..walaupun aku x berapa pasti bagaimana TTM...ni boleh declare couple n clash (CC)..hahahahaha...aku x kisah sangat..(AAK)..hahahaha...sebab jodoh masing2..bukan urusan dan ketentuan manusia..ehemm......

bila isu dan kisah cinta di bawa hingga ke mahkamah..benarkah tiada jalan penyelesaian lain.....benarkah kerana mulut badan binasa..dan kerana cinta banyak jiwa yang sengsara...ehhh....maksudnya...dengan penulisan juga...akan ada hati yang terluka..walau penulisan tidak punya suara..tp punya maksud dan lisannya....aduhai...falsampah apa ni...hehehehehe

entahlah..kenapa kedua2nya yang terpelajar bila menceburi bidang dan cabang seni...menjadi seperti seseorang yang tidak punya pelajaran dan nilai diri....'aku kutuk ko..ko kutuk aku balik"....aku cakap ko nie.....ko cakap aku ni...."mendiamkan diri sebenarnya lebih baik...mendiamkan diri bukan kerana takut...tapi kesabaran ada tahap dan limitnya...manusia x maksum dosa....kita bukan nabi...kita bukan malaikat yang tiada nafsu...kita punya nafsu amarah..nafsu cinta..nafsu makan..nafsu dan nafsu...sebab itu kita digelar manusia..ada cerdik dan bodoh akal fikiran....

kepada FA dan LO..kalo dah x bisa meredah dan terlalu sakit memperjuangkan hak di cabang seni...apa kata gunakan kepakaran undang-undang...hiasan dalaman anda untuk mewarnai dunia yang lebih telus dan jujur...dunia yang tak membuka pekung sendiri...dunia yang kecil tapi milik peribadi...lebih membahgiakan...tapi seandainya..dunia seni ini membahagiakan kalian berdua..teruskan dengan dunia ini...

kalo bertanya pada aku sendiri...dunia ini..lebih baik dihiasi dengan kesukaan sendiri...bina dan cipta bahagia dengan apa yang kita suka...x perlu org lain suka..x perlu dedahkan apa2..dunia yang hanya milik kita sendiri...terjaga maruah..tersimpan aib terhentti spekulasi dan terbaik...cewahhh...

bukan apa..sekali terbukti noda itu ada....berjuta tahun org akan bercakap....bukan aku x pernah dilontarkan fitnah....aku pernah terkena..di mana reputasi diri dipijak dan dijelek2 kan......namun Allah itu ada....sampaikan dan leraikan kusut hati di sisi Allah....

luka itu lambat sembuhnya..luka itu akan berparut selamanya......aku mahu bahagia..aku mahu bahagia....aku harap...kalian pun akan turut merasa bahagia..."kemaafan dendam yang terindah..."aduhai.....keikhlasan hati dan ketelusan budi..........

mampukah kita?...

entahlah...aku harap..penulisan ini..hanya sekadar penulisan yang tidak akan di provokasi..tidak akan disalah erti..aku hanya rindu dengan dunia penulisan..rindu dengan omongan yang aku tarikan di dada kanvas elektronik ni...

aku bahagia dengan kata2ku,....
aku bahagia dengan cerita-ceritaku...
aku mahukan.......semua orang bahagia dengan kisah mereka sendiri..
bahagia dengan dunia mereka sendiri...

seorang bujang yang bahagia dengan isi rumah dan isi hati bujangnya...
seorang gemuk yang bangga dan bahagia dengan bentuk fizikalnya.....
seorang kurus yang bangga dan bahagia dengan bentuk fizikanlnya....
seorang ibu tunggal yang bahagia dengan cerita anaknya yang pulang dr tadika..
sepasang suami isteri yang tiada anak yang bahagia menghabiskan sisa usia mereka bercinta..berdua...
seorang suami yang bertugas di luar....memeluk selimut..rindukan isterinya...
seorang photographer yang tersenyu menjalankan tugasnya....
seorang guru...yang masih bersabar dengan karenah anak2 muridnya.....
seorang anak yang sedang bergayut dengan ibunya....
seorang ayah yang seronok melihat bola dengan anak perempuanya...
seorang arkitek yang masih mengadap komputer menyiapkan lukisannya...
seorang peniaga yang tersenyum mengambil order.....
dan seorang pembaca...yang sudi menghabiskan bacaan entri ini...

aku doakan...semuanya...semuanya...bahagia dan menemui kebahagiaan abadi......

amin....

Sunday, January 17, 2010

un break my heart zie cover version

salam...inilah..hsailnyer..bila aku sanggap...bosan...serabut..puas...dan malas...
aku nyanyikan lagu2 ni..walaupun sumbang mambang.hanya untuk hiburkan hati yang sunyi.....huhuhuh

video

inilah video yg diambik oleh kemal........dan ni lak lagu yang aku reka n gubah...lagu duet "kasih sayang kamu".....nanti aku uploadkn video die....nk upload mp3 format..xde lak...

Pernahkah kau fikirkan
Diantara kita sudah satu suratan
Bertemu bercinta dan bermesra
Ikatan ini janji olehNya…

Kau hadir membalut luka…
Kau siarkan aku dengan penuh sempurna
Disini aku ingin nyatakan
Bagiku…kaulah segalanya…ooo…

Kasihku berjanji setia hingga..
Akhir hayat ini..setia hanya padamu..
Kasih ku tak sanggup kehilanganmu..
Kerna bagiku..kau ilhamku….hoooooo…

Kau puteri hatiku..
Kau lambang kasih suciku…
Ku tak sanggup melihat airmata dipipimu..
Kerna itu ku setia mengasihimu..

Sayang…..ku tahu hanya kau yang Satu
Bidadari peneman malam dan jaga ku…
Sayang…..ku berjanji..hanya dirimu..
Yang kan ada di hatiku..
Kasih….sayang…
Kasih….Sayang….
Kasih….sayang….kamu…..
Sayang…kasih…
Sayang…kasih….
Sayang…kasih….kamu…

Mari berjanji duhai kasihku..
Mari bersatu duhai sayangku…
Kerna itulah..ikatan ini terus bersemadi

Kasih..sayang…kamu……
Sayang…kasih…..kamu…..

Saturday, January 16, 2010

B.I.L.A B.O.S.A.N

jam menunjukkan ke angka 3.35pm..kenapalah hari ini..terasa begitu lambat berlalu..hari AHAD YANG MEMBOSANKAN....ahad2 yang lalu..bagaimana?...

at 3.36pm..aku ambik handphone....message...new message...

type: "D, buat apa?"

at 3.37pm, handphone berbunyi,,,,"kak long angkat tepon..kak long angkat teponnnn....!" rakaman suara alia as sign message...

"Salam jgk.xde wat apa.duk saje" balasan dr D

semua benda adalah bosan...bukak facebook......baca wall kawan2.....wah2.....ada kawan yang dalam kerinduan..."Only God know..how much i miss her....:-)"..cool na!!..x sangka man dah ada yang punya...wow!!....(sedey gak..sebab x tau story!).........

kawan2 lain.....?nampaknya semua ada urusan dengan "bank" masing2...hahahaha...weekend bg mereka yang punya teman mesra2..maka mesralah...hahahahaha.....bagi yang solo2..maka..solo lah....aktiviti solo, bila tengah serabut n rasa nak.."leave me alone"..layan lah...tapi..bila dah ada aura2 BOSAN...huh!!!!!!nak sms pun..terus ber sms pun...xde hatiiiiiiii.....

ada kawan yang duk sibuk buat correction untuk submission.....(aKU JER..yang xsedar diri.....nak submit..tp xde hati nak buat keje.......bosan!)....yang lain2?..status FB pudaarr........berehat2 n berliburan mungkin......

BOSANNNNNNNNNNN....!