Saturday, July 31, 2010

mahu kamu....(part 4)

Azwan menghempaskan tubuhnya pada ribaan tilam yang terhampar. Mengurut-urut kepalanya yang berdenyut, pedih dan memerit. Sakit kepalanya itu semakin lama semakin kuat menyerang. Letih dan tak tahan dengan kesakitan yang makin mengila, dia mengambil keputusan untuk pulang lebih awal ke rumah. Memandu dalam keadaan tidak betul-betul fokus, dengan gangguan sakit kepala yang memberat, benar-benar menyesakkan dan menyeksakan. Perlahan-lahan dan kadang-kadang sedikit tekanan di berikan pada urat-urat di bahagian dahi dan ubun kepalanya. Nafas di tarik perlahan-lahan...cuba untuk lebih releks dan tenang. Banyak perkara yang menyesakkan otaknya dan fikirannya. hatinya tak tenang, jiwanya rawan..semuanya serba tidak kena. Semuanya gara-gara panggilan telefon lebih 3 minggu yang lalu. Puas dia berfikir..puas dia mencari kepastian, namun, jawapannya hampa!. Tiada sebarang tanda dan tiada sebarang jawapan. ARggghhhh....!!

Azwan lemas dan cemas. Sudah penat mencari dan mencari...namun pencarian itu nyata tidak membuahkan hasil. Mahu ke lubuk mana lagi die menyelam mencari jawapan...mahu ke gunung mana lagi untuk dia daki bagi mencari kepastian. Dimana?....

bila membicarakan apa dan kenapa..semua persoalan hanya akan tinggal menjadi persoalan. Pertanyaan akan tergantung tanpa jawapan....bungkam!.

"Amy......."aduhai...terlalu berat beban rindu yang Amira tinggalkan..terlalu azab rasa kasih sayang itu tumbuh..bercambah dan mekar dalam dirinya. Dialah si pekebun cinta..membajak sekeping hati dengan batas-batas rasa sebuah cinta..menyemai benih-benih cinta..dengan siraman kasih sayang dan sungkupan keikhlasan...dialah yang menjaga dan memelihara nilai cinta itu untuk terus subur dan mewangi. Dia pemilik cinta itu......dia pemilik rasa kasih sayang itu...

Azwan menghela nafas panjang...kepalanya masih keras, berdegil dan rasa pening yang tidak jua surut. Dia sakit...seluruh jiwanya sakit....

**************************************************************************
Amira memakirkan keretanya betul-betul di hadapan kedai Makan Ikan Singgang yang terletak di Sri Rampai. Jam menunjukkan pukul 1.15 tengahari. Masih ada 15 minit sebelum janji pertemuan dia dan juga Faizal. Dengan mengenakan jubah labuh berwarna hijau gelap dan selendang bercorak abstrak dari pilihan warna yang bersesuaian, padanan fesyen gadis itu nyata mengindahkan lagi ayunan langkah sopannya. Senyuman terukir indah di bibir tanpa lipstik gadis berbadan sederhana itu. Faizal......

"Assalammualaikum......"Amira menegur sesusuk tubuh yang sedang asyik membaca menu di hadapannya.

"Waalaikummusalam......Mira!"riak gembira jelas terpamer di wajah dan suara pemuda berkaca mata dan bercermin mata itu. Senyuman indah terukir, mesra.

"Wah ejal....khusyuk tengok menu..sampai x sedar orang kiri kanan..hehehe"Amira melabuhkan punggungnya di hadapan Faizal, sepupunya yang paling dia rapat, dari kecil sehingga masing-masing dewasa dan punya kehidupan sendiri.

"Hehehehe....awal Mira sampai....."

"Ejal lagi awal..siap dah nak order makan pun..x menyempat-nyempat tunggu Mira...tak baik tau..."

"Bukan lama mana pun. Baru jer sampai...keluar awal tadi, kebetulan hari ni, kat opis x sibuk mana..lagipun, ada showroom dekat dengan Wangsawalk..lepas tengok showroom, terus ke sini. Mira sihat..?Dah lama kita tak jumpa kan...namanya duk KL...jumpa pun susah..."Faizal membetulkan duduknya. Matanya tepat memandang gadis manis dihadapannya. Semakin dewasa, semakin cantik sepupunya itu. Manis dan ayu.

"Cantik Mira sekarang...hehehehehe...."Amira hanya tersipu-sipu malu, segan di puji.

"Manalah cantiknya..masih macam yang Ejal kenal dulu...hehehehe....Eh, macamana dengan Sarah...dia sihat...dah lama Mira tak jumpa dia..."

"Sarah?...emm....dia sihat, macam biasa. Dia busy dengan kerja-kerja dia Mira....."ada nada keluhan dan sedikit kecewa pada penyataan Faizal. Amira hanya diam. Tidak mahu bertanya lanjut. Bukan dia tidak kenal dengan Sarah, isteri sepupunya itu. Kenal, tapi dia tidak mahu banyak bertanya, sebab kata hatinya menyatakan ada yang tidak indah sedang berlaku. Indah?..

"Ejal sebenarnya.....sedang kecewa Mira..kecewa dengan apa yang berlaku semenjak dua tiga menjak ni. Ejal kecewa dengan Sarah...kecewa dengan diri Ejal sendiri...."sedikit pendahuluan Faizal, Amira sudah dapat mengagak, maksud pertemuan mereka hari ini. Luahan dan perkongsian perasaan. Amira hanya diam. Memberikan ruang selesa untuk Faizal terus bercerita.

"Kali ini..Ejal...Ejal....."tersekat-sekat bicara sepupunya itu. Duduknya resah...serba tidak kena. Riak mukanya keruh dan jelas serabut. Cara Faizal merenungnya...meluahkan kata, semuanya bagai serba tak kena, gelisah dan resah. Perbualan mereka terhenti, apabila pelayan datang mengambil pesanan.

"Ejal...."belum sempat dihabiskan kata-katanya, deringan telepon milik Faizal berdering nyaring. Faizal hanya memandang sepi, tidak dijawab. Dia hanya mengeluh. Diam. Sekali lagi teleponnya menjerit nyaring, masih dibiarkan, 1,2,3 kali, diam tak dijawab.

"Kenapa tak dijawab?"

"Sarah."Ringkas jawapan Faizal. Dia mencapai teleponnya yang masih berdering entah untuk kali ke berapa. Di cabut bateri teleponnya. Diam. Amira sedikit terkesima dengan tindakan spontan sepupunya itu.

"Ejal bosan Mira..bosan dengan sikap Sarah yang tak pernah nak matang!"sedikit tinggi suara Faizal. Mendengus. Suasana bungkam, pelayan menghantar pesanan mereka. Tenggiri singgang, Udang petai, Kangkung Belacan dan juga Ulam budu.

"Ejal...Ejal..tak pernah rasa terhina macam ni....Ejal benar-benar kecewa!..."sedikit menjerit pemuda itu berkata. Ada airmata yang bergenang, bertakung di dua mata sepupunya yang sedikit sepet itu. Wajah Faizal yang berkulit cerah dan putih itu, sedikit memerah. Marah dan sayu.

"Sarah benar-benar dah mencabar Ejal!!"Amira masih diam, dibiarkan Faizal menyatakan semuanya. Dia sendiri pasti boleh mengagak, semua masalah sepupunya itu, pastinya berpunca dari Sarah. Bukan hanya kali ini sahaja sepupunya itu dan dirinya berkongsi suka dan duka, rahsia dan cerita. Malah dari kecil mereka bersama dalam menyimpan semua kisah-kisah dan kejadian yang terjadi di antara mereka berdua. Semuanya tersimpan rapi dan tetap menjadi rahsia mereka berdua. Malah, Amira sendiri, sudah terlalu jelas dengan sikap cemburu buta Sarah. Satu-satunya sikap Sarah yang paling tidak disukainya. Cemburu tidak bertempat. Amira pasti, kali ini juga, masalahnya adalah sama, Sarah dan cemburunya.

"Ejal tak pernah terniat atau berniat untuk menduakan Sarah. Berlaku curang!..tak pernah terlintas pun dalam hati Ejal. Mira pun tahukan.....sedalam mana cinta dan kasih sayang Ejal pada Sarah...."ada sendu yang melirik. Amira hanya mengangguk. Baginya sendiri, sebagai seorang perempuan, Sarah benar-benar beruntung memiliki seorang suami yang sangat ikhlas menyayanginya..menyintainya, dari dulu hingga sekarang. Biarpun di tuduh macam-macam, Faizal masih tetap setia disisi, mengasihi dan menyintai. Apa lagi yang Sarah mahukan?. Dia sendiri pelik.

"Ejal....Ejal dah tak boleh nak teruskan........Ejal kecewa Mira....sangat!" terpempam Amira mendengar penyataan yang tak pernah terlintas sedikitpun di akal fikirannya. Apakah maksud sepupunya itu..berpisah?..dia mahu berpisah dengan Sarah?.

"Ejal....Ejal difitnah oleh isteri sendiri Mira!..Ejal malu......benar-benar kecewa!Malu!"

"Apa yang terjadi sebenarnya...?apa yang Sarah dah buat?Ejal....."Tak tahan melihat airmata lelaki yang gugur di hadapanya itu, Amira sudah tidak senang duduk. Belas dan simpati. Dia sangat-sangat sayangkan sepupunya itu, bagai darah daging dan adik beradik sendiri.

***********.....bersambung.....**************

(Nakal x...?)...hehehehehehe

No comments: