Saturday, November 22, 2008

sinar cahaya...

alhamdulillah..aku kembali diberi peluang untuk terus mencipta dan merasa nikmat sebuah kebahagian..banjiran syukur aku sujud padaMu Ya Rabb..kerana memberikan aku zat kebahagian yang terlalu indah. rohani di hiasi keabadian khusus....dengan cinta dan kasih sayangMu....keabadian yang hakiki...yang aku dambakan lewat usia yang semakin meniti cahaya senja...aku doakan hanya yang terindah buat nurkilan jiwa aku yang tandus. terima kasih atas peluang hidup yang kau berikan...nyawa ini semakin kuat azamnya. terima kasih Ya Allah...memberikan aku sinar untuk kembali sirna..

kini, diteratak indah milik ayah dan emak, aku diamkan diri untuk terus mencari damai di hati..agar esok..di hari-hari misteri yang entah apa cerekanya..aku mampu berdiri dan teguh berdikari. di bumi terengganu, aku habiskan lewat usiaku..membilah hari-hari depanku.....pangajian ku perlu aku langsaikan kewajipannya dengan sepenuh usaha dan tekad yang jitu.aku tak ingin dan tak mahu jatuh lagi. biarlah..biarlah aku terpaksa bertatih...merangkak atau berbuat apapun..asalkan aku bahagia dengan jalan yang aku pilih..asalkan aku berjaya dengan cara aku sendiri.....

restu mak ayah.....doa dan kasih sayangMu...pegangan kuat untuk ku terus maju...insyaAllah..sedang asyik mencatitkan cerita hati....teringat seorang sahabat lama yang seikhlasnya..masih aku rindui...

macamana dia sekarang?macamana kehidupan dia dan suami?dah lama benar tak mendengar suara dan menatap wajahnya. sihatkah?bahagiakah?..aduhai...ada rindu dihati ini...namun apakan daya....suami menghalang perhubungan persahabatan antara kita terus terjalin.....teringat saat2 bersama masa degree dulu, walaupun pada hakikat, pengenalan persahabatan antara kita telah lama terjalin, sejak matrik dulu. di kala, aku menjadi director untuk mahallah performance untuk kolej n level kite..hahahaha, garangkan aku masa tu...tapi bagi dirimu..aku seorang yang tegas....nampak garang, hakikatnya, aku seorang yang sangat sempoi dan layan kepala.....

meneruskan perjuangan dalam bidang pengajian masing2..aku dalam bidang architecture dan dirimu dalam bidang agama...membuatkan kita terputus hubungan....alhamdulillah, mungkin jodoh kita masih panjang, kite bertemu kembali dalam kelas bahasa melayu semasa di main camp. masa tu, kite duk sebelah menyebelah. aku ni, buat2 selenge....macam cam muka org sebelah, tapi buat2 dek..hehehehe, jahatkan?ego yang ntah apa-apa ntah...hahahaha. akhirnya, selepas 2,3 kali kelas...kau dengan penuh lemah lembut, menghulurkan kembali jalinan persahabatan yang telah terikat setahun yang dulu....macamana aku boleh lupa?aduhai...

hakikatnya, masa kau imbas kembali saat-saat pementasan theater kat Al Malik Faisal Hall, di mana aku menjadi director cum lighting man...hahahaha..aku dah lupa aku seorang director masa tu..hahahahaha...dan kau, salah seorang pelakon-pelakon pentasnya..hahahaha....betapa cepatnya aku nyanyuk..

sinar cahaya…….walau mereka sering berkata..ku tetap setia..semuannya dusta, hidupku ini tiada lagi erti, tanpa kasih suci untuk menemani hati..inilah janji yang aku beri, semoga dirimu sentiasa di sisi..walau setinggi mana aku mendaki, aku tetap diriku, yang kau kenali dulu…usah dikau ragu, ku takkan pernah melupakan jasa dan kasihmu..tuhan berikanlah kekuatan….semoga cinta kan abadi hingga akhirnya..walau apa jua yang melanda..kan ku terus berdoa, agar aku capai sinar bahagia untuk selamanya….

A few lyrics dalam lagu sinar cahaya kaer, membuatkan aku tersenyum sendiri….ku takkan pernah melupakan jasa dan kasihmu sayangku….sayang seorang sahabat…

Inilah cinta cinta pertama
Cinta yang abadi untuk selamanya
Dikaulah sinar dalam hidup ini
Sehidup semati akanku berjanji
Walau apa yang akan terjadi
Ku tetap percaya kau sentiasa di sisi

Walau setinggi manakan aku mendaki.
ku tetap diriku yang kau pernah kenali dulu
Walau sejauhmanakan daku berlari..
kutetap diriku oo sayangku..usah dikau ragu…
Ku takkan pernah melupakan..jasa dan kasihmu..sayangku…

Walau mereka sering mengata
Ku tetap setia..
Semuanya dusta..hidupku ini, tiada lagi erti..tanpa kasih suci untuk menemani hati
Inilah janji yang akan ku beri..semoga dirimu..sentiasa di sisi…

Walau setinggi manakan aku mendaki.
ku tetap diriku yang kau pernah kenali dulu
Walau sejauhmanakan dakuku berlari..
kutetap diriku oo sayangku..usah dikau ragu…
Ku takkan pernah melupakan..jasa dan kasihmu..

Tuhan berikanlah kekuatan
Tempuh ranjau duri ini
Semoga cinta kekal abadi..hingga akhirnya
Walau apa jua yang melanda..
Ku kan terus menunggu dan berdoa..
Agar ku capai sinar bahagia untuk selamanya….

No comments: