Wednesday, October 10, 2012

Lima jari

Bayu pagi yang berpuput lembut menyentuh kulit mulus si jelita yang masih membutang matanya. Jam menunjukkan ke pukul 4.46 pagi. Nyata matanya masih degil untuk lelap dan beradu mimpi. Entah apa yang merasuk dalam fikiran, hingga lenapun merajuk pergi.

Ira tahu, terlalu banyak yang bermain di sudut fikiran dan di gelombang jiwanya. Kusut dan membusut. Terlalu banyak pemikiran hingga akhirnya, tiada satu keputusan pun mampu dibuat dan terlaksana. Bicara hatinya yang penuh galau, bukan sahaja menambah kelam dan senja dalam kabut ribut akal fikiran tetapi turut mengundang cacat dalama setiap pergerakan sedarnya. Semua yang dilakukan sumbang dan tidak sempurna.

Perlahan-lahan Ira menapak menuju ke ruangan sempit ruang tamu rumahnya yang disewa bersama dengan Intan. Di perhatikan klip-klip signal Unifi dan dekoder ASTRO yang menyala. Eeemmm...mahu menonton TV atau melayari Internet. Persoalan pada diri. Huh...!Akhirnya, dia hanya berteleku di sofa L yang diletakkan betul-betul di sudut dinding berwarna coklat-krim itu. Hanya bersandar dengan kaki melunjur sambil memandang tepat skrin tv yang hitam-gelap. 

"Let it go!". Rasanya ayat itu sudah terlalu sebati dalam dirinya hingga lali. Bertahun dia mencari kekuatan diri dan semangat untuk lepaskan segalanya. Bertahun juga dia memujuk diri untuk tidak lagi memikirkan kehendak dan keinginan nalurinya. Mengharap pada yang tidak sudi, hanya menambah rawan yang akhirnya membuatkan dia sawan. Sampai bila dia harus terus mengadu damba, mengharap dan berharap, hingga akhirnya menimbulkan benci dan marah yang panjang. Perasaan apakah yang dirasai oleh dirinya?, marah, merajuk, sunyi, sepi, benci, rindu..?. Entahlah. 

Ira mencapai sebuah buku yang terdampar di sudut kanan sofa yang didudukinya. Sebuah buku motivasi diri bertajuk Bibir tersenyum hati menangis yang ditulis oleh Muhammad Muhyiddin.Mungkin Intan yang menghabiskan masanya membaca buku tersebut malam tadi. Diselak helaian demi helaian dengan bacaan rambang dan sekilas pandang. Hanya memerhati beberapa tajuk-tajuk kecil yang dirasakan menarik. Ada dua topik yang dia rasakan menarik iaitu membongkar timbunan masalah dan misteri kehendak. Tetapi sekarang bukan masa yang sesuai untuk dia menelaah buku tersebut. Jiwa dan akal fikirnya menolak keinginan untuk mengetahui isi-isi yang terkandung di dalam buku tersebut.

Telefon bimbitnya tiba-tiba mengeluarkan isyarat mesej masuk. Eh, siapa yang masih menjadi jaga shift pagi sepertinya?. Bingkas mendapatkan telefon bimbit yang diletakkan di meja makan, Ira membuka peti simpanan mesej.

"Syg dah tido?Abg tak boleh tido.." itulah mesej yang tertera di skrin telefon bimbitnya. Pesanan yang baru diterima daripada seseorang yang hampir tiga bulan menyepikan diri, tanpa kiriman SMS, telefon atau berjumpa. Tiba-tiba, di subuh hening, memunculkan diri. Berulang dia membaca mesej yang tertera. Perlukah di balas mesej tersebut atau abaikannya seolah-olah dia sedang asyik di lena mimpi. Kalau tidak di balas, memang itu yang dinanti 3 bulan kebelakangan ini. Tapi kalau di balas, perasaan merajuk akan berakhir di sini. Argghhh......!

"Mesej telah di hantar". Itulah yang tertera di telefon bimbitnya. Eh, apa yang dibalas olehnya. "Abg tak sihat?demam ke sampai tak boleh tido?atau abg ada masalah?" Amboi, tanpa sedar itu yang dibalasnya. Hati perempuan, dalam merajuk, kerisauan mengatasi segalanya. Biarlah jiwa sedang parah dan berdarah, tetapi merawat duka dan luka yang tersayang, itu yang didahulukan. 


1 comment:

mabyntabron said...

Gambling in Vegas: Everything You Need to Know
Vegas: 안양 출장안마 What Makes Gambling Fun? 목포 출장마사지 · A 충청남도 출장안마 gambling game can be thrilling, exciting, or downright 경산 출장샵 dangerous · A 문경 출장마사지 gambling experience that's got you