Wednesday, November 21, 2012

kisah yang hidup

mencari suatu definisi kehidupan yang jelas. Nyata bukan mudah. Penilaian itu punya pembolehubah yang pelbagai, yang nampak nyata dan jelas dan yang kabur dan samar. Ada orang menilai tahap kepuasan diri dengan memiliki wang yang banyak..ada yang menilai kepuasan diri dengan memiliki anak-anak comel yang memeriahkan liku kehidupan. Ada yang menilai kepuasan diri dengan memiliki segala-galanya yang menjadi impian orang lain..pangkat, harta, nama. kereta mewah, rumah banglo...semuanya dari segi materialisasi...

entahlah, terlalu banyak definisi kepuasan dalam hidup...

aku sendiri melihat fenomena dan jalan hidup itu dalam pelbagai sketsa. Pelbagai ceritera yang kadang-kadang membuatkan aku sentap..dan sebaliknya. Bukan maksud untuk memperlekeh dan menjatuhkan hukum, hanya sekadar berkongsi apa yang aku rasa punya nilai dalam hidup.

aku masih mencari ruang kepuasan diri dalam khilaf yang tak pernah ada hujungnya. aku melihat. segala-galanya punya visi dan misi, punya cara dan punya keputusan. Terpulang!..

Dalam sibuk mengolah suatu kisah menjadi sejarah!. Aku sentiasa membandingkan apa yang aku ada dengan apa yang aku tiada!..membandingkan aku dengan mereka-mereka. Aku melihat...mereka yang ada di antara yang ada...aku melihat berjuta wajah dalam satu cerita..hingga akhirnya, sukar untuk aku membuat keputusan..puaskah mereka dengan kehidupan mereka?

menyusuri denai hidup..aku tahu ada kalah dan menangnya di situ. Sama!ada susah dan senangnya cerita aku dan mereka!. Memandang..menilai dengan mata kasar..hanya yang kasar jer yang mampu diberi nilai. Dalaman...itu suara hati, sukar untuk dimengerti..sesukar menilai hati sendiri..

aku hanya menulis dalm kontek penulisan yang aku selesa. mungkin sesetengah orang, cerita mereka dizahirkan dalam bentuk dialog..bukan monolog..epilog!. Entahlah.....kepuasan itu milik bebas. Pilih sahaja yang manaa satu menjadi jati diri.

kisah yang hidup ni nyata aku zahirkan dari kumpulan pengalaman yang aku kumpul bukan dari kisah sendiri..tetapi kisah bersama..kisah aku dan mereka. Niat aku..hanya untuk berkongsi kisah agar mampu menjadi motivasi kepada mereka yang lelah seperti aku. Manusia yang punya keyakinan dan percaya diri. 

aku bukan pakar motivasi...bukan seorang penulis yang baik..bukan pengkarya yang agung!..aku cuma mahu berkongsi...apa yang aku mampu kongsikan kerana pengalaman pengkongsian!.Ok dah merapi!!

kisah yang hidup!
aku melalui kisah itu dalam mimpi dan jagaku
melihat selok belok kisah
dalam terang dan berbalam
kadang-kadang aku berjalan dalam gerakan santun yang sungguh ayu
kadang-kadang aku berjalan dalam gaya seorang pejuang, utuh dan kukuh..
bila aku jatuh..ada luka yang bersirat
ada lebam yang melekat...
aku berlari..tersungkur..
bibir mencium bumi..dahi berbekas tanda..
kekal...hingga wajah berubah riak
kisahnya...
itu hidup..!
bila dari sembuh aku rasa sakit..
dari sakit aku kembali sembuh
sering lupa untuk bersyukur..
aku kisahkan apa...
ikhlas dan benci bukan siapa tahu
kalau riak mampu topengkan hasad!.

aku memandang dalam pandangan tipu dan jujur
beriak ikhlas...beriak hati busuk
tiada siapa tahu
kerana pelakon itu aku!..

bila aku berjalan dalam gelap dans empit ruang..
aku bising pada keadaan diri dan alam
tanpa sedar...
aku menidakkan seindah kejadian!.

aku mula mendaki dan mendaki
mencari identiti diri
yang mungkin tersangkut di dahan getah
atau bergabung menjadi rumpun buah kelapa sawit..
minta dicanai menjadi ulian tepung!
yang mana satu aku sebenarnya?

bukan mudah membelai jiwa halus yang rawannya terlalu komplek
aku malas nak berdebat!
tapi dalam hati memberontak maki hamun!
hanya..topeng ini Maha sakti!

aku terbau manis dan pahit kopi panas
semerbak menusuk hidung-bersin!
bila pedas menyengat pun..bersin!
apa bezanya...?

sendu dan sedu..bila aku tatap kembali tubuh sendiri
kerutan dan kedutan
tidak kekal dan kekal..
sama seperti milik dan bukan milik
lariannya sama...
bukan abadi!!..

habis..apa yang aku kalutkan kekurangan diri
sedang kelebihan diri turut aku kritik
bimbang menjadi riak
sedang kadang-kadang sangat riak!.

kisah yang hidup..
aku garap dari peti besi kisah-kisah hati..
koleksi cinta
koleksi putus cinta
koleksi benci
koleksi rindu
koleksi perempuan
koleksi lelaki...
koleksi pondan
koleksi sedih
koleksi gembira
koleksi dan koleksi..
yang banyak hinggak ada yang aku lupa!..
aku mahu kongsikan kisah hidup untuk kekal menjadi sejarah yang hidup...!!!



No comments: