Monday, December 10, 2012

amir surat 1

Bangkit daripada tidur yang dirasakan cukup panjang....Amir mengerang. Kepalanya sangat-sangat sakit...aduh!!!..Tidak pernah dia merasai sakit kepala yang sebegini. Mungkin lebihan alkohol dalam badannya menyerang saraf-saraf di bahagian kepala, sehingga dia mengalami sakit kepala yang memberat. Menyebak kasar selimut yang melingkar tubuhnya, Amir berusaha bangun!. Dia melihat ada seseorang yang masih pulas ridur di sebelah pembaringannya. Juli?Amy?...Intan..?Ahh..dia sudah lupa siapakah yang menemani ranjangnya semalam. Biarkan!.

Dengan langkah yang terhuyung hayang....dia bangun menuju ke bilik air. Namun, langkahnya rebah, tersadung lalu tersemban di tengah-tengah ruang biliknya. Sakitnya!!. Amir mengaduh sendiri, dia berusaha untuk kembali bangun, namun hanya mampu duduk sahaja. Diperhatikan sekeliling ruang kamar biliknnya yang telah bertukar warna dari seputih-putih warna dinding kepada hitam!.

Di dinding kamarnya, penuh tulisan-tulisan dakwat hitam. Tulisan yang memenuhi, sepenuh-penuh ruang!.Dengan kepala yang masih memberat dan pandangan yang kabur-bergalau!. Amir cuba membaca setiap coretan dinding yang dia sendiri tidak sedar, bila dia mencoretnya. Dan kenapa coretan itu di dinding!!. Apa yang berlaku sebenarnya?.

Amir berusaha bangun! menapak menuju ke dinding berdekatan pintu biliiknya. Apa yang berlaku sebenarnya!. Dia masih keliru.

Dengan langkah longlai...dan rasa mual yang mula terasa, Amir tetap berusaha berjalan ke arah dinding yang terconteng dengan sepenuhnya!. Apa ni!.

Amir mula membaca, satu persatu coretan tulisan tangannya yang entah bila terkarang menjadi 'kertas dinding' biliknya.

Aku masih ingat, masa aku berusia 6 tahun, aku selalu dibelikan oleh ayahku gula-gula kapas yang berwarna warni. Rasanya yang manis dan sedikit berkrim..ringan!..sangat sedap!. Aku akan menghabiskan gula-gula kapas berbentuk kon itu dengan perlahan-lahan. Sangat sayangkan kelembutan dan kemanisan gula-gula kapas yang lembut dan sedap itu...sehingga sedih untuk menghabiskannya. Ayah dan mak juga sering menjadikan gula-gula kapas kegemaran itu sebagai umpan untuk memujukku. Itu kisah aku dan gula-gula kapas!. tapi itu kisah 24 tahun yang lalu!

Dari zaman kanak-kanak mak ayah aku tak pernah sekalipun menghampakan aku. Segala kemahuan aku dituruti dan ditunaikan sepenuhnya. Ayah aku seorang Pengetua dan mak aku pula seorang ketua jururawat. Di zaman 80-90an...keluarga aku antara yang hebat dan kaya di Kuala Selangor. Rumah besar, kereta dan ada orang gaji yang aku panggil Mak Jah!. Mak Jah dan Nur Laila!..Ya Nur Laila.....anak perempuan Mak Jah yang muda dua tahun dariku. Dari umur aku 10 tahun..Nur Laila dan Mak Jah bekerja dan tinggal di belakang rumahku. Arrghhh...Nur Laila!!.

Bukan aku nak ceritakan kisah Laila yang aku panggil Ila!. Aku mahu ceritakan kisah aku..kisah aku dan hanya aku!. Aku yang sekarang kekal menjadi aku!. Aku yang hebat!!. 

No comments: