Monday, December 10, 2012

fadhil

apabila ada mata yang menangis..tapi tidak berairmata!.

Fadhil memerhati sekeliling, pandanganya meliar. Jiwa kanak-kanaknya berperang dengan satu jiwa halus yang sering membawa dia jauh dan jatuh. Ilusi dan realiti, sukar untuk dia mengerti. Mak cakap, dia selalu berhalusinasi, bebas mengembara di dunia sendiri.

Fadhil hanya diam. Akal dan jiwanya tidak selari. Banyak yang dia nak luahkan, tapi akhirnya, tidak mampu disuarakan. Fadhil menguis mihun yang masih banyak berbaki. Kak Long, kakak sepupunya kalut di dapur menyediakan minuman. Dia hanya memandang, kosong!. Ikutkan jiwa, mahu sahaja dia menghulurkan bantuan, namun akal, menidakkan. Respon yang nyata, dia hanya diam, duduk di kerusi.

Firdaus, adiknya yang hanya berbeza usia setahun itu, cergas di dapur. Membantu Kak Long yang mungkin sangat-sangat mengejar masa. Jam dah menunjukkan ke angka 7.35pagi. Setengah jam lagi, Pak Anjang yang ditugaskan menghantar dan mengambil Kak Long pergi dan balik kerja akan sampai. Sah, Kak Long akan berang, kakak sepupunya itu mudah naik angin, apabila terkejar-kejar membuat sesuatu.


No comments: