Sunday, July 21, 2013

Meluahkan apa yang terbuku

Entahlah..terlalu banyak yang perkara yang terjadi dan menagih sejuta perhatian dalam hati dan fikiran..

Penat menghela nafas yang tak pernah mahu kebah dari demam perasaan tidak menentu.aku mencari dan terus mencari dimana mahu diluahkan apa yang terbuku.semakin hari berlalu..semakin aku sedar..rupanya ramai yang tidak mengerti dan memahami.

Adakah ini dilema seorang perempuan 30an yang sendiri...persahabatan dengan seseorang yang bergelar lelaki selalu di salah erti..terutama seseorang lelaki yang lebih jauh muda usianya..yang punya cinta lain dihatinya..kami hanya berkawan...

Mungkin kerana perangai...minat..dan sifat yang hampir sama...kami menjadi akrab..tp 'hak milik' orang bukan sesuatu yang aku abaikan...bukan dan tidak sama sekali....

Tapi kebebasan itu nyata membuatkan aku sering dipersalahkan..sedangkan aku sendiri dihurungi rasa bersalah...

Aku hanya mahu menjadi diri sendiri..bukan memburukkan lagi keadaan...ada x sesiapa yang faham apa yang terkandung dihati..apa yang aku ingin...adakah ada org yang faham..adakah susah sangat untuk faham...adakah segalanya begitu membebankan...

Pada siapa mampu kuluahkan apa yang ku rasai...

Sunyi..sepi sendiri...aku cuma ingin bahagia dan mencari bahagia...!!!

Aduyai....terasa sayu dijiwa...tak terluah airmata yang mengalir..tak terungkap perasaan yang tersimpul...benarkah akhirnya aku akan sendiri....

Membahagiakab orang lain...dengan janji mereka akan bahagia...!

Sedangkan diri sendiri....diam! Bahagiakankah insan2 lain....biarkan mereka bahagia..

Semoga mereka bahagia...

1 comment:

Bunga Mekar said...

sememangnya membahagiakan org lain tu penting tapi dalam masa yang sama hati kita pun kene jaga juga kalau tidak luka dia lagi teruk dari luka dihati orang lain,bagi saya mendengar rintihan sesorang bukan satu masalah bagi saya,so anda boleh lah berkongsi dengan saya sekiranya anda inginkan teman untuk berkongsi,saya sentiasa memahami isi hati orang yang seperti anda kerana situasi kita sgt sama