Tuesday, August 19, 2008

sekadar perenung kehidupan sendiri...

malunya pompuan yang pakai ketat..

malu lagi lelaki yang tak tutup aurat..

bukan susah bro dari lutut sampai pusat..

sikit punya senang nak jaga pun korang tak dapat..


macam macam budaya yang korang tumpang..

dari underground black metal sampai le punk..

nak tanya sikit korang dah pernah kena pelempang..

meh le rasa kalau korang nak jalan tempang..

rogol merogol dah jadi korang punya mainan..

kuat betul nafsu ko ek mengalahkan orang utan..

bila ditanya kenapa perangai macam setan..

selamba rock je ko jawab hari hari minum kopi jantan..

bro mana peginya semangat kelelakianmu..

pelajar pompuan dah tinggalkan ko jauh melulu..

ingat le sikit korang tu bukan tetamu..

tinggi darjat korang boleh jadi khalifah tu..

yang suka menagih dadah tolonglah berhenti..

bila orang nasihat sentiasalah diingati..

jangan le baru kena tegur korang dah maki..

takkan la korang nak penuhkan pusat serenti..

lelaki oh lelaki sudah sudah le tu..

sebelum buat jahat fikir fikirkan le dahulu..

kalau dah kena tangkap korang jugak yang malu..

tapi pada yang sentiasa buat baik..WA CAYA SAMA LU..

harus diingat..

segala yang kita ada hanya pinjaman sahaja..

sedangkan roh dan jasad ini pun bukan milik kita..

apatah lagi kecantikan tubuh badan dan paras rupa..

bertambah tambah lagi kemewahan dunia..

apakah kita rasa boleh bawa ke dunia lagi satu..

elok2 le bro n sis jangan le berfikiran macam tu..

ko ingat ko boleh ke bawak harta mahupun baju..

kain kapan yang membalut tu pun ada yang sudi menjamu..

ko dedah sana sini ko ingat elok le tu..

punya le sendat sampai mata aku pun naik kematu..

kat dunia ni sedap le ko pakai macam tu..

pembalasan kat akhirat sana kita blom tahu..

apa yang nak di banggakan pada paras rupamu..

eleh sudah le macam le muka ko tu jambu..

ko 'dai' rambut kononnya cantik le tu..

padahal kat dalam tu penuh kelemumur dan kutu..

gincu dan makeup dah jadi lukisan pada wajahmu..

tapi ko tak sedar ko punya solek dah macam hantu..

daripada perabis baik ko simpan je duit nak beli make up tu..

tak pun sedekahkan je pada yang lebih perlu..

pompuan oh pompuan cukup cukup le tu..

ko ingat ramai ke lelaki yang boleh tahan nafsu..

diorang tunggu masa je nak kendurikan kamu..

bila dah kena rogol nak cakap apa lagi..PADAN MUKA LU..

-Karya dari sahabat den yang bernama rahman at shukur.org.

No comments: