Friday, February 5, 2010

mahu kamu.........(part 1)

Mahu kamu…

Amira menutup lembaran diari lamanya….air mata menitis tanpa sedar. Sudah lima tahun semuanya berlalu..sudah lima tahun dia masih mengharapkan kenangan itu kembali subur dan hidup dalam dirinya. Sudah lima tahun jua, dia biarkan hati dan jiwanya bersawang-kosong!. Semuanya kerana dia sendiri memilih untuk matikan diri…dia memilih untuk sendiri..dan dia memilih untuk mendiamkan diri..

Masih adakah cinta untuknya……
Masih adakah setia untuknya……

Aku bukan muda dan bukan menarik. Aku hanya seorang perempuan biasa, yang hanya biasa dan terlalu biasa. Bukan yang menghiburkan dan bukan yang sempurna. Apa yang aku ada..hanya cinta…hanya hormat..hanya setia..hanya kasih..hanya sayang….

sayang aku mahu bicara......akan aku ceritakan semua...apa yang aku mahu dan siapa diri ini...aku hanya ingin berterus terang..aku hanya ingin membahagiakan diri sendiri...aku hanya mahu hidup dalam dunia aku...dimensi seorang aku!.

aku ingin menterjemahkan ketidakfahaman orang lain tentang aku. memperbetulkan segala salah anggap orang dikeliling aku. aku bukan seperti apa yang mereka fikirkan dan gosipkan!.. susah sebenarnya..susah untuk berhadapan dengan hasad dengki manusia..yang hidup dalam rumpun yang sama...yang berkembang dalam persekitaran yang sama. akukah yang kolot dan kalut atau mereka yang sebenarnya suka melalut atau sebaliknya...

************************************************************************************

Amira berjalan menyusuri tebing empangan yang luas pandangannya. angin sepoi-sepoi yang menyapa diri, menampar susuk tubuh tinggi lampai dan sederhana itu, menambahkan damai dan sejuk di hati. matanya meliar menembus pandang. ada maksud dan niat tersendiri. hampir sejam menghabiskan masa di bibir empang...bayang dan susuk Azwan masih belum kelihatan. Tidak memancingkan dia?..persoalan bermukim-diam tiada jawapan!nokhtah!.

Amira mengelus lengannya yang setia memeluk tubuh yang bersalut baju putih berbunga pink, baju yang diperbuat daripada kain kapas itali yang dibelinya semasa berjalan-jalan menghabiskan masa di WangsaWalk Mall, lewat beberapa bulan yang lalu. selesa!.

deringan sedikit kuat dan getaran di poket Lee jeans yang dipakainya, membuatkan dia sedikit tersentak. ada sms. siapakah agakanya, omel Amira sendiri.

..kamu nampak.......cantik!

hanya itu yang tertera di telefon bimbitnya. SMS dari Azwan. sepontan dipalingkan wajah. membutangkan mata tepat pada seorang jejaka yang sedang melangkah turun bersama dua batang joran dan memberat sarat dengan beberapa perkakas yang lain. jejaka ber T-shirt putih, Armani dengan jeans bermuda itu, tersenyum, manis. Amira diam membatu, sehingga pemuda itu berdiri di hadapannya, terkedu.

"Amy dah lama tunggu Wan...?" sapaan Azwan lembut, senyuman masih tidak lekang dari bibirnya. lesung pipi di kiri kanan, timbul, comel sekali.

"Dah hampir sejam..."Amira menyambut huluran joran. memusingkan badannnya, mengatur tapak menuju ke port biasa mereka berdua. Azwan membuntuti, diam.

"Wan dah breakfast? Amy tak sempat nak masak makanan yang berat-berat. Semalam balik lambat, badan penat lagi. Banyak sangat kerja kat pejabat" Amira menghulurkan bekas makanan yang berisi mihun goreng singapura, bekalan makanan yang sempat disediakan. Azwan yang sedang asyik menyediakan joran, hanya menangguk. Sebagai isyarat, nantilah, biar dia selesaikan kerjanya dulu. Amira hanya memerhatikan Azwan yang leka dengan joran-joran dan perkakas memancingnya. Suasana diam, senyap dan sunyi.

hari minggu yang sama, di pagi yang sama, tempat yang sama, aktiviti yang sama dan dengan orang yang sama. rutin yang sama dan itulah rutin hujung minggunya. Tidak jemu dan tidak pernah terasa bosan. mengapa?.monolog Amira sendiri. Pandangan matanya, di hala menuju ke sesusuk tubuh yang sedang membongkok, membetulkan jorannya. Terasa seperti diperhatikan, Azwan berpaling, melambai tangan dan tersenyum. Senyuman dan lambaian berbalas. Amira kembali menyibukkan dirinya, mengadap laptop yang sering dibawanya, semasa menemankan Azwan memancing. Laptop yang menjadi rakan karibnya, dan dimensi dirinya yang lain. Rahsia!.

kenapa aku selalu melihat dalam diri seseorang ada banyak dimensi yang tersembunyi..yang hanya nampak dilihat oleh mata kasar, adalah dimensi yang ditonjolkan, dari sudut pandang diri, 1 point atau titik pandang. yang kabur dan jelas...dimensi itu tersembunyi dan kadang-kadang bermain cak-cak!terlihat..tersembunyi..terlihat..tersembunyi!..aku melihat seseorang itu yang seperti aku......terlihat..tersembunyi...terus ber...


belum sempat dia menghabiskan rangkap, Azwan melabuhkan punggung disebelahnya. menjadikan ayatnya terus tergantung. Mati. Pantas di lipat laptopnya. Jelingan curi pandang Azwan, hanya dibiarkan.

No comments: