Wednesday, February 17, 2010

mau kamu....(part 2)

azwan menghempaskan badannya pada ribaan katil yang terbentang. mengeliat dengan penuh malas dan penat!. badannya lenguh-lenguh, sendi dan tulang temulangnya terasa kejang..ototnya berselirat dengan angin yang tak lepas. semuanya gara-gara terlalu membanting tulang dan kudrat...berhempas masa dan tenaga...serta usaha menjejaki amira!....

kemana kesayangnya itu pergi...gundah jiwa dan resah hatinya!.

bukan sehari..bukan dua hari gadis itu pergi tanpa kesan dan berita..sudah dua tahun..sudah dua tahun, Amira menghilangkan diri darinya.....sudah dua tahun jugaklah dia menjadi perindu yang setia. pemuja yang tega. tidak sesaat pun dia mendiamkan diri dari mencari..mencari dan mencari jejak Amira. tidak sesekali pun dia palingkan waktu memburu kehilangan gadis yang tertakhta di hatinya. dia mahu meneruskan hidup dengan kepastian..dengan penuh realiti. hanya gadis itu yang mampu memberikan jawapan kepada setiap persoalan yang membelenggu diri dan jiwanya..

Amira........Amira..!!

berjuta-juta kali nama itu meniti dibibirnya......dijeritkan persoalan..diamarahkan kebuntuan!...

deringan telefon di meja kecil di sebelah katil. memaksa pemuda itu bangun. mencapai telefon. tiada nama..hanya nombor yang tertera...siapakah?.

"Hello.."

............senyap...........

"Hello.....siapa?" Azwan bertanya, suaranya dikuatkan sedikit.

............senyap..........

"Hello...!"tinggi suara Azwan, mendesah. siapa yang bermain-main kala emosinya terganggu!. Marah hatinya,kelam.

"Azwan......."sayup terdengar suara.....ya...suara....seseorang yang amat dan teramat dirinduinya...terlompat dia seketika!

"Amy.............!!!"jeritan rawan Azwan..."Amy....Amy...!!"diulang berkali-kali, menyebut nama yang sangat diidamkannya.

...........senyap...........talian di matikan.

Sepantasnya, azwan mendail kembali nombor yang sama.talian gagal disambungkan.....masih gagal dan gagal....dari petang sehingga malam, dia menghabiskan masa menelefon ke nombor yang sama. jawapannya hampir sama. gagal dihubungi.

tanpa sedar, airmatanya gugur. entah untuk kali yang ke berapa..

tak tertahan rasa jiwa dan batinnya...

kenapa...........

*bersambung

No comments: