Sunday, February 7, 2010

Seseorang manusia…(Bahagian 1)

Dalam perlarian masa…

Jasad itu mendesahkan keluh…

Hatinya walang..

Jiwanya kalut….

Sesak dan mendesak…

Tuntutan dunia..memaksa langkahnya songsang..

Menongkah arus kebatilan..

Hanya kerana jutaan nikmat kebendaan..

Hanya kerana kurnia darjah kebesaran dan keangkuhan..

Masa berlari dan pergi..

Penambahan usia mengotori sekeping hati..

Arak menjadi teman menari…

Perempuan menjadi selimut, buat teman malam sepi..

Judi menjadi saksi

Dan maksiat itulah yang pasti!!..

Dari sudut pandang kekemasan..

Tubuh bersalut jenama keangkuhan..

Langkah berdecip penuh kemewahan..

Tegak jasad penuh dengan keduniaan…

Semuanya..kebendaan…

Sayup…sayup..kau dengarkan panggilan…

Haiyya…alas….solah…….

Spontan!kau pekakkan telinga..Huh!

Bagimu..itu muzik kolot!!

Bukan ikut trend dan perubahan zaman!

Panggilan itu…kau lekehkan…

Panggilan itu…kau keji dan ejekkan…

Astagfirullah…………..

No comments: