Tuesday, June 15, 2010

BeLAjaR MeMBuaT KeK!!

salam..semalam..penat membeli barang n usha2 rumah untuk aku n adik menetap..niat nak beli rumah...sebab kalo sewa rumah ngan bayaran rumah 600++ sebulan...rugi lak..sebab end upnyer...rumah tu tetap rumah orang....so, niatnya..nak carilah rumah sendiri...budget2 gak ah..tak mampu nak beli rumah yang mahai2...range rm100-200k...nak cr teres, kalo boleh lah.....insyaallah...ada rezeki, adalah...

plannyer..nak buat business cupcakes cookies..hehehe..so semalam..p cr lah oven. mixer n barang2 yang lain..tray cupcakes lak xde...so, hr ni g cari...dan disebabkan bercita2 tinggi tapi buat kek pun x pandai...maka hari ni..berpandukan resepi mak...main 'cawan2'...hahahaha, maka jadilah sebiji kek dengan presentation main 'hentam' jer...hehehehehe......

kira ok lah tu..at least..belajar gak buat kek..sebab biasanya, aku buat cookies jer...kek ni kureng skt...


kek yang sudah masak n baru nak dikeluarkan dr oven...cake tester pun ada..skema!

ni lah hasilnyer.........1st time buat kek tanpa otai a.k.a emak..kek along, angah n k.siti

bontut kek yang x hangit n hitam...lembut jer..just garing2...nilah hasil bake from elba oven RM 139.90!beli kat giant jer...

kek yang sedia untuk di jamu....

hehehehe..apa pandangan korang..untuk percubaan kali pertama ngan gaya persembahan n hasil kek yang begini..bagaimana?hehehehe....taburan atas kek (topping lah konon2nya....chips chocolate and hazelnut!)

ni lah resepi yang mak bagi, thru sms (bahasa yang mak gunakan..hehehehe....mak aku x belajar tinggi..kira aku faham bahasa die ok lah...)..resepi mak yang kelakar..ala2 arab!

"Salam apa kaba (Khabar) semua disana ini respi kek biasa satu cawan gula satu cawan falata (planta) dua cawan tpg gandun (tepung gandum) 6 biji tlo (telur) gb (gred B) satu sudu binkil fauda (baking powder) cara nya pukul gula dg (dengan) planta sampai putih masuk tg (telur) satu dmi (demi) satu smpi habis baru masuk tpg sikit2 sampai habis baru masuk bkpoda (baking powder) kacau plahan lahan bakar api sederhana"

terima kasih mak atas resepi!.....WE LOVE YOU SO MUCH!!!!.....muuuaahhhhhh!

Monday, June 14, 2010

HoBi dAn TeRaPi ReSaH AkU!!

inilah dia hasil yang akan terjadi saat aku sibuk dan kalut melayan jiwa aku yang rawan. bila aku rasa jatuh..terduduk..serabut...x upaya..x de mood untuk terus menyiapkan tanggungjawab master aku....tanggungjawab pada penulisan thesis aku..aku gemar menghabiskan masa aku...hampir seharian..mencipta dan membina..mereka apa sahaja..terutama plan rumah 3D dengan menggunakan prog sketchup....aku bangunkan binaannya..dr plan yang aku lukis/lakarkan terus dr hati di prog sketchup ni....

inilah aku...inilah hobi aku...sumber terapi aku memujuk diri dan mengembalikan mood aku..mengendalikan diri menjadi lebih...fokus dan sabar.....

aku bukan pandai sangat sketchup2 ni....hanya untuk diri sendiri...tiada nilai komersialnya..kerana aku bukan arkitek..aku hanya suka...suka sehingga..ianya menjadi games untuk aku...hehehehehe....

inilah hasil terkini...saat aku hilang....dan menghilang dr dunia penulisan thesis ku....

setiap tingkat...terdapat 5 pintu..bermakna setiap level..ada 5 buah rumah untuk dihuni...konsep rekaan modern dan ringkas.

ruang masuk dan ruang balkoni rumah...yang ringkas...

kemudahan riadah/fasiliti apartment rekaan aku..hehehehe...

rekaan ini...memang lahir secara tulus dan terus dari hati aku...main hentam dan buat jer....ianya memang membahagiakan aku..mengubah duka menjadi ceria.....hari yang baik.....insyaAllah...


amboi....tengok apa tu cik adik....sampai bercekak2 pinggang...emmmm



jom intai kat bilik2 ni....amboi2..bergaya depan cermin cik adik kita...hehehehe..nak bersiap g dating ek...

rumah ke rumah....

wan aku selalu cakap..rumah kat KL..rumah burung merpati......die x nak duk dalam ruamh merpati..xde tanah x puas...tp tulah..tanah makin limited..mahai lak tu...demand makin tinggi..living cost makin naik...hanya yang mampu di bina dan disedia..."rumah merapti" ni lah.....itu pun banyak gak types of rumah merpati yang tak mampu dimiliki dengan gaji degree...uwaaa!!!

oklah..time to sleep...terbanyak lah entry untuk dis month..tanda resah!..

kepada semua viewer..terima kasih kerana sudi menjenguk...meluangkan masa....semoga bertemu kembali.....jaga diri...n ceria2 selalu...

selamat!

sAtU KeGiLAan!

dulu..aku kalo ambik gambar..suka abiskan masa mengedir gambar2 tu...x pandai pun edit..hanya sekadar suka2....hahahahahaha...ni antara gambar2 yang aku terjumpe dalam simpanan aku.....external hardisk ni..dah lama aku x usha isinya...hehehehe...


ni antara wallpaper yang aku buat semasa aku jadi cikgu ganti kat sekolah teknik...hahahaha..masa tu..br nak brush up n polish skill editing...dah lama gak x buat graphic2 ni...



ni pulak.....final wallpaper yang digunakan untuk prog tu..akhirnya..skema kan?..macam gomen nyer wallpaper...hahahahaha



ni pulak..gambar perkahwinan kawan baik aku.....hehehehehe.....masa tu ada masa duk main edit2..editing zaman 2007...hahahahahaha...



ni pulak gambar yang tersangat bengong..masa aku terasa gatai nak berbaju pengantin...wakakakakakakaka...maaf kepada si pengantin (adik kawan aku)...berbaju pengantin n kurus tu...hahahahahahahaha

apapun..ni lah antara koleksi yang sempat aku jumpe..kalo ada ag...yang terselit...(sebab kebanyakkan file/folder dah corrupt)..huhuhuhu.....kalo ada ag..aku upload k...

selamat!

Sunday, June 13, 2010

LENGGANG PERUT SUATU WARISAN


Melenggang perut atau di sesetengah tempat digelar sebagai `kirim perut' menjadi suatu kebiasaan dalam masyarakat Melayu silam dalam usaha mereka mengenal pasti jantina bayi yang dikandung.
Upacara yang menjadi amalan `orang lama' ini biasanya dilakukan apabila tempoh kehamilan sudah menjangkau tujuh bulan dalam usaha memastikan kedudukan bayi berada di tempat sepatutnya dan mengelakkan kelahiran songsang yang mungkin akan memberi kesan terhadap ibu mahupun bayi.
Di sesetengah negeri, adat melenggang perut hanya membabitkan proses mengurut ibu yang hamil bagi memastikan kandungan mereka berada pada kedudukannya, manakala ada juga yang meneruskan tradisi penggunaan buah kepala bagi mengenal pasti jantina bayi.
Percampuran antara proses mengurut dan penggunaan buah kepala dalam penentuan jantina bayi ini menyebabkan sesetengah pihak melihatnya sebagai adat yang terpesong daripada kepercayaan agama Islam.
Ada juga yang melihat tradisi ini tidak perlu diteruskan memandangkan perkembangan sains dalam dunia moden membolehkan jantina bayi dikenal pasti dengan menggunakan ultrasound dan kebiasaan bacaannya tepat.
Pensyarah Akademi Pengajian Melayu (APM), Universiti Malaya (UM), Prof Dr Dr Hashim Awang, melihat adat melenggang perut sebagai persediaan awal bagi sesebuah keluarga untuk menerima kehadiran orang baru.
"Adat ini hanya dilakukan untuk kelahiran anak sulung dan ia satu keperluan sosial kepada ibu yang melenggang perut kerana beliau akan berasa lega dan tenang apabila mendapat perhatian daripada keluarga meskipun dalam keadaannya sebegitu," katanya pada pertemuan dengan Sastera di pejabatnya di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Selain itu, adat terbabit dilakukan sebagai usaha untuk mengetahui jantina bayi yang dikandung dan majlis sebagai penyeri dan sekadar ritual bagi mengurangkan tekanan kepada ibu yang hamil, tanpa menafikan risiko bersalin hanya ditentukan Allah SWT.
"Amalan ini masih lagi dilakukan segelintir masyarakat dan apa salahnya ibu yang melalui adat ini diberi sokongan moral kerana ia episod penting dalam kehidupan bakal ibu dan bapa yang baru pertama kali melalui peristiwa bersejarah dalam hidup mereka," ujarnya.
Beliau berharap amalan melenggang perut diteruskan oleh masyarakat Melayu yang semakin melupakan adat resam mereka dan ia boleh dimanfaatkan sebagai medan untuk menguatkan hubungan kemasyarakatan yang semakin pudar ekoran tuntutan memenuhi keperluan hidup.
Bagaimanapun, Pensyarah Fakulti Pengajian Islam (FPI), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Dr Zainab Ismail, menasihatkan bakal ibu untuk tidak meneruskan adat melenggang perut kerana ia boleh menjurus kepada khurafat dan syirik.
"Saya bimbang ia menjurus kepada khurafat dan syirik yang akan menyebabkan jatuhnya hukum haram. Bagaimanapun, sekiranya ia sekadar adat bagi melancarkan proses kelahiran bayi, Islam membenarkannya," jelasnya.
Beliau turut menolak tanggapan bahawa adat terbabit sebagai amalan bagi menghargai dan menenangkan ibu yang hamil kerana yang lebih terpapar ialah pembabitan bidan dan penggunaan buah kelapa untuk mengetahui jantina anak.
"Masyarakat dulu menggunakan kaedah ini bagi membantu bakal ibu mengetahui jantina anak mereka kerana ketika itu teknologi masih belum berkembang. Kini, ultrasound dapat membantu ibu mengetahui jantina anak dengan lebih tepat tanpa membabitkan akidah," katanya.
Justeru, beliau mencadangkan istilah melenggang perut ditukarkan kepada perkataan lain yang lebih sesuai bagi memastikan masyarakat memahami perbezaan di antara upacara yang haram dan sebaliknya, sekali gus memastikan proses kelahiran anak lebih berkat.
"Hasil kajian Fakulti Pengajian Islam UKM terhadap mahasiswa universiti ini, Universiti Islam Antarabangsa (UIA) dan Universiti Malaya (UM), menunjukkan 75.3 peratus tidak bersetuju dengan adat melenggang perut," jelasnya.

Source: Berita Harian
Date: 09/07/2009
Page Number: 21
Byline: Rashiqah Ilmi Abd Rahim; Hasnidarwina Hasim
Column Name: Warna kehidupan

Saturday, June 12, 2010

di aNtaRa iLmU daN PeNuliSanKu..aDa..iNi!

salam..ingin rasanya aku berkongsi sedikit atau di antara draft ilustrasi untuk thesis master aku.....ilustrasi yang aku lakar khas untuk tambahan maklumat thesis yang sedang aku usahakan untuk disiapkan dan dilengkapkan. hanya sekadar lukisan tangan..yang biasa..sekadar untuk ilustrasi menerangkan dalam bentuk visual apa yang cuba aku bentangkan dalam bentuk penulisan. bukan kah minda kita akan lebih terbuka....pemprosesan datanya pula lebih berkesan dan cepat. sebab itulah diawal tumbesaran minda kanak2 akan lebih terangsang kerana fokus pelajaran mereka memusat pada objek, warna, bentuk, corak dan apa sahaja bahan ilustrasi yang mampu membuatkan mereka seronok. sebab itulah, coklat dan ais krim, dihiasi dengan pilihan warna dan gaya yang pelbagai..macam pelangi....

apa yang aku sedang tulis untuk kajian sarjana aku, adalah berkenaan dengan adat dan proses perbidanan melayu tradisi kita, yang semakin lama semakin lupus dan pupus. bukan tertumpu kepada proses perbidanan semata-mata, tetapi lebih kepada bahan atau plant materials atau herbs yang digunakan semasa process midwifery. bukan apa...bumi semakin tandus bahan semulajadinya....hutan hijau kita pun sekarang..makin tandus menjadi hutan batu..akibat dari kerakusan dan pemodenan yang tidak terkawal dan seimbang. khazanah alam makin rakus di cabul...itu yang aku mahu buktikan dalam kajian aku..bumi Malaysia..penuh dengan flora yang sangat tinggi nilaiannya.....perlu diselamatkan apa yang dinamakan 'budaya' dan 'bangsa'..alam melayu itu...warisan tradisi itu..bukan boleh diwujudkan via cyber....maka....pattern dan juga pengelasan bahan itu sendiri perlu dititik beratkan. Mak aii...bercakap seolah-olah ahli bijak pandai...tapi itulah yang ada di dalam hatiku...



ada di antara kampung2 di daerah2 di beberapa negeri di Malaysia ini yang masih mempercayai berkenaan ritual menyepak kelapa yang telah digolekkan di atas perut ibu....untuk menentukan jantina bayi yang dikandung. kelapa dan bayi..apa signifikannya...?



di indonesia pula...sebelum upacara doa selamat dimulakan...seseorang yang dihormati, akan membacakan beberapa doa di atas dua buah labu, sebagai tanda memohon kesenangan dan keselamatan semasa kelahiran..


7 helai kain, sama ada putih, kuning atau kain batik pulak..pastinya popular di kalangan mereka yang tahu berkenaan adat melenggang perut. adat yang biasanya hanya dilakukan untuk kandungan pertama seorang ibu...(nak tahu lebih detail..kene lah baca thesis ku...hehehehehe)



inilah antara process dan ritual swinging the tummy yang biasanya diamalkan oleh seorang pakar sakit puan pada zaman purbakala dulu, mak bidan atau midwife.

apapun yang dilakukan..selagi iman dan amal masih utuh dalam diri...apa sahaja yang kita rasakan melanggar syariah..tahyul...khurafat..syirik..maka jauhilah...

niatku hanya ingin memartabatkan nilai budaya melayu yang masih ada...dah 27 tahun aku masih mencari nilai melayu..apa lagi anak2 bangsa yang akan datang..mampukah mereka mencari..atau masih adakah yang berminat untuk mencari....apa itu melayu....?

semoga apa yang mampu dikongsi...dicari...ditulis...mampu memberikan manfaat kepada semua...bangsa dan agama...

jumpa lagi yer...

a real me....

salam...idea itu datang mencurah dalam lelah dan semput aku berlari menyiapkan tugasan utama dalam diri...siapkan penulisan thesis master ku..aduhai....langkahnya sangat panjang..meminta jutaan kehidupan dan pengorbanan....aku sentiasa jatuh....menangis dalam sendu diri tiada berairmata..kejam pada emosi dan durjana pada keadilan diri...atau sebenarnya..aku yang sering bermalasan dalam mengatur langkah..tersadung..baru rasa memberat dan azab!

masih tak sedar dengan kegagalan..masih mengulang pada resam kemalasan diri..sampai bila..entahlah...persoalan dan jawapan ada dalam diri aku sendiri..sengaja aku pekakan dan buat tak endah......salah dan dosa sendiri!...

seperti dua minggu yang sudah berlalu dalam pembaziran masa sendiri yang amat jelas dan nyata...kerja terbengkalai dan kebelakang....nafsu dan cinta..dipenuhi dengan rona kemalasan yang mengila....

perasaan itu sering memikirkan yang tidak dan tidak....aku akan gagal....kerana aku memilih untuk gagal....bosan!!!....

untuk kesekian kali nya..aku terasa ingin kembali menjadi penghibur diri...menyanyi lagu sendiri..mengubah perasaan menjadi puisi hidup....

walau tidak puitis...perasaan ini, jauh menyimpang dengan tanggungjawab hidup!study!..siapkan thesis....

ia perasaan yang dilagukan..untuk titipan sebuah rahsia hati...adakah masih rahsia?..hahaha..tak pasti!...

aku gubah rasa jiwa menjadi satu melodi yang aku lahirkan dari hati yang sentiasa merasa "IA"....atau lebih tepat..."DIA"....


lagu ini, aku ciptakan lewat masa yang lalu..aku sendiri lupa..tarikh sebenar.....hanya rakaman biasa yang aku rakam saat aku hilang arah mencari jalan keluar dari rasa malas yang mengila..

walau ianya tidak menjanjikan perasaan malas itu...terluah nyata...lagu ini..adalah perasaan dan luahannya..lewat waktu itu..atau ianya tetap dan masih kukuh dirasa...ayat apakah ini...duh!!..

aku bungkam dan diam.....inilah natijahnya bila jari selaridengan apa yang dibisikan oleh suara hati..tak pernah malu menyatakan hakikat....walau dalam jasad dan pilihan hati lainnya..aku masih malu!...

kadang2 aku terfikir..kenapa masih ada rasa yang sama...kenapa mengharapkan pada mimpi yang hanya teman kecil malam dan tidur yang lena....

persoalan...jawapan...tiada...

seperti jugak lagu ini...hahahahaha....aku nyanyikan secara spontan...mengikut apa yang terlintas difikiran dan hati aku...hahahaha..seperti biasa..liriknya hanya kesukaan dan kebestan diri sendiri...tak sehebat penulis dan penyanyi yang dah ada dipasaran..ini hanya sebuah lagu aku..lagu tanpa musik..sebab....aku x pandai main satu pun alat music...cuma rytham jer yang aku nadakan.....jelas dr rasa hati sendiri...

teringin memiliki gitar sendiri.......ehh..mungkinkah untuk ulangtahun ku yang ke27 tahun ni...emm..lagi beberapa hari..aku akan dapat hadiah gitar?..i wish!!!

untuk semua rakan yang sudi berkunjung...membaca luahan dan catatan insan bernama aku...catatan yang merapu tapi secara luhur dan telus..aku kongsikan rahsia seorang aku....terima kasih....terima kasih kerana tetap mengingatkan aku..yang kita manusia..masih kekal dan masih utuh rasa kasih sayang itu...

terima kasih kerana sudi...menjadikan aku seorang teman bicara...



rakaman mp3 ni,hanya boleh didengari dengan menggunakan headphone/speaker...x sure kenapa kualiti audionya agak kureng.....(xde peralatan canggih! maaf)