Thursday, November 29, 2012

lelah...si Amir

sewaktu memilih untuk kembali menghasilkan bait-bait cerita di laman ini. aku berfikir..masih ramaikah yang menanti..yang menunggu sebarang tinta yang ada di lembaran merah jambu ini.

Bukan aku menyepikan kisah kerana tiada apa yang mahu dicoretkan..cuma, terlalu banyak tuntutan kerja yang menuntun pelbagai kepentingan di pentingkan dan diutamakan. Aku sendiri rindu untuk bermadu asmara di sisi laman merah jambu ini..tapi itulah..bukan mudah membuahkan kisah kalau benihnya sukar untuk di tabur dan disemai menjadi pohon rimbun yang subur...

apa yang pasti..kisah-kisah ini hanya sekadar kumpulan kisah hidup...antara hati..jiwa..tangis dan airmata..yang mungkin sama dan mungkin tidak pernah terlintas di kotak fikiran. Aku hanya menzahirkan menjadi satu definisi hasil ilusi dan realiti yang digabungkan oleh cerdik akal dan nyaman jiwa..

relakan berpisah atau relakah berpisah...menyerah atau ebrserah. Memang kisah hati banyak ragam dan rasanya. Hadir tanpa pernah kita fikirkan kesudahannya. Itulah hidup, variasi alam untuk mencari nikmat dan azab dunia. Yang mematangkan dan kadangkala kebudak-budakan.

membiarkan diri berkurung dan terkurung dalam gelap malam dengan dingin bayu yang berpuput lembut, membelai tubuh yang hanya berbalut baju T-shirt putih Pulau Pangkor, Amir menjatuhkan pandangan pada kerlip cahaya dari rumah-rumah mewah di pinggir Kuala Lumpur. Membiarkan pandangannya jatuh tanpa fokus. Sampai bila!.

Dia membiarkan angin malam terus membelai tubuh tinggi 178cm itu. Di biarkan rambut lurus panjang paras bahu itu lepas bebas...daripada dulu dia mengemarkan gaya sedemikian. Kepenatan menyalurkan bantuan kepada mangsa banjir di Kelantan dan Terengganu, dibiarkan secara zahirnya reda sendiri. Galau di hati yang gersang yang paling diutamakan. Terbayang riuh dan pilu sekeping hati tua yang berdiang di puncak bumbung pondok tua, melihat arus banjir menghanyutkan isi rumah...

hatiku gersang....tapi bumi ini banjir!. Di mana mahu disalurkan cerita hati dan kisah bumi ini...perikemanusiaan!. hanya itu ayat yang terlintas di fikirannya. Di mana letaknya nilai kemanusiaan..kalau di jiwa hilang erti bantuan....

berkedalak bila..sang kota raya..
subuh hingga senja..
kita bekerja
abaikan suara yang terlepas di telinga
kedua belah bahu kita...ada penulisnya...

ini doa ayah...
katanya lekas pulang..
andai kita rebah...
pasti masih ada ruang..
kembara kita maish jauh
berselindung dosaku tempuh
kembara kita masih jauh...
berselindung dosaku tempuh...

monolog dan lagu kembara bergilir memenuhi ruang rasa...

kembara kita....masih jauh!!!

Amir menghela nafas berat, beban tanggungan di biarkan terus kekal dan dia sanggup nemambah beban yang ada. Dia melangkah menuju ke bilik tamu yang pintunya tidak tertutup rapat. Di jengah pada kamar kecil dengan set perabut bilik bujang berwarna putih dengan dinding bercat ungu. Kamar suram itu hanya disuluh lampu dinding IKEA berbentuk bunga.

Wajah berkedut tok Ngah di pandang dalam senyuman lega. Di betulkan selimut yang terlondeh hingga ke paras lutut, membalut tubuh yang hanya tinggal tulang itu. Lena tidur Tok Ngah. Semoga damailah jiwa tua insan malang itu.

Amir melangkah keluar, di capai samsung taggednya. Merujuk jadual kerjanya untuk esok. Banyak temujanji dan mesyuarat yang perlu dihadiri. Biasanya, memang dia pastikan hari Khamis adalah hari untuk kerja-kerja luar sama ada melunaskan urusan kerjayanya sebagai seorang jurutera atau sebagai pengiat sosial. Bertugas sebagai seorang pegawai eksekutif di sebuah syarikat Swasta terkemuka di bumi Kuala Lumpur, menuntut banyak pengorbanan baik dari segi sosial dan emosi. Banyak yang perlu dia perjuangkan..antara mempertahan prinsip dunia hata prinsip akhirat.

Esok ada tiga temujanji dan 2 mesyuarat penting, dari pagi hingga malam. Dari 9.00am hingga 4.00pm!Di mana slot untuk bertemu cinta hatinya. Huh!..dunia...berfikir positif, InsyaAllah, ada jalannya.Jangan berputus asa.

Amir membersihkan wajahnya, mengambil wuduk dan segera menunaikan solat sunat taubat. Itulah dintara amalam solat sunat yang dia amalkan semenjak setahun yang lalu. Amalan yang dia lakukan apabila sedar dari kemabukan dunia. Mabuk dengan nikmat dunia, duit, pangkat, harta, perempuan dan segala-gala nikmat dunia..semuanya lambang keegoaan seorang manusia dan lelaki bekerjaya sepertinya!...Astagfirullah!

*********************************************************************************
Semua orang tua inginkan yang terbaik untuk anaknya, begitu juga orang tuaku!.

Pesan ayahnya hanya dipandang sepi, nasihat ibunya dibiarkan berlalu begitu sahaja. Di usia 32 tahun, dia rimas dan cukup rimas dengan bebelan kedua orang tuanya. Dia sudah cukup matang untuk memilih antara baik dan jahat dan antara yang buruk dan yang cantik. Kerana keegoaan dan kematangan yang dia fikirkan menjadi kunci utama untuk dia membuat keputusan berkahwin dengan Erene!. Dia sanggup berdegil dan melawan pandangan kedua orang tuanya.

Erene Phillps menjadi pilihan dan pertaruhan hidup dan jiwa raganya. matipun dia mahu! Takkan pisah. Amir menghembuskan asap rokok yang dihisapnya perlahan-lahan. Dengan hanya mengenakan seluar pendek paras peha dan tidak berbaju, sambil bersandar malas pada ribaan bantal yang disandarkan separa di kepala katil. Amir bermalas-malasan. Tubuh telanjangnya, hanya di biarkan berbalut dengan selimut tebal berwarna  coklat gelap itu. Tangan kirinya, mengelus-ngelus lembut dan bermain dengan lengan hingga ke bahagian bahu, ketiak dan dagu Erene yang juga bermalas-malasan sepertinya. Tubuh putih gebu Erene yang tanpa pakaian terdedah di bahagian belakang badan.. Mengundang galak Amir untuk sekali-sekala membelai belakang tubuh perempuan yang sangat digilainya.

Sesekali Erene mendesah manja, mengeluskan rambutnya yang disandarkan di dada bidang Amir. Sesekali dia mencium-cium manja dada Amir, mengoda dan melintuk manja. Amir membiarkan tubuh wangi Erene mengesel-gesel kulit badannya. Dia suka bila Erene bermanja-manja seperti itu. Di biarkan Erene bergerak-gerak dan mengulit tubuhnya yang hanya separa berselimut. Dia sangat gemarkan kemanjaan Erene yang mengusik nakal kejantanannya!. Terasa tercabar dan di cabar. Hingga akhirnya, mereka beradu dan berjuang melepaskan lelah panjang dalam berahi yang mereka mahukan.

Bukan sekali mereka melepaskan lelah bersama..boleh dikatakan seminggu beberapa kali, mereka bermadu asmara dan melempiaskan segalanya. Tidka kira malam, siang atau bila-bila sahaja ada masa terluang dan ada sumber yang meransang. Kehidupan dia dan Erene lebih daripada kehidupan suami-isteri yang sah nikahnya. Tiga tahun bersama, tiga tahun mereka berkahwin tanpa nikah!. Itu pilihan Amir, itu pilihan Erene. Di kala itu, tiada istilah zina, dosa berkhalwat dan seangkatan dengannya. Yang pasti kemahuan dan kepuasan dunia dikecepai sepenuhnya.

Amir tenggelam dan terus tenggelam!. Yang tinggal hanya nikmat!. Erene benar-benar berjaya menambat jiwanya. Berjaya menawan zahir dan batinya. Dia puas!. Apa yang dia tahu, dia sangat puas didodoi, dibelai, dilayan, dimanja dan diulit tubuh dan cinta Erene. Dia lupa segala-galanya, dia lupa pendamping kiri kanannya yang setia setiap saat mencatat saham akhiratnya dari segala perbuatan di dunianya.!


Deringan telepon di hujung meja, mengejutkan Amir yang jauh berkhayal. Fail yang masih ditangan, di letakkan ke tepi. Paparan nama "Baby" mematikan khayalannya tadi. Menyambung panggilan dengan nada ceria, akhirnya membuatkan dia terdiam dan terkedu. Si pemanggil memberikan dia perkhabaran yang amat mengejutkan.

Rempuhan pintu biliknya dan wajah penuh cemas Rudy, di abaikan.

Erene telah tiada!. Meninggal kerana serangan jantung ketika bersama Ramon!. Dia ditemui mati dalam keadaan yang memalukan!.

Sebuah tumbukan dilepaskan, menghasilkan bunyi dentuman yang agak keras. Dia bengang dan berang!!. DI saat itu rasa kecewa berbaur dengan rasa amarah yang teramat. Cinta sucinya dirasakan hancur lebur!.Erene curang...dan mati dalam keadaan yang curang!!.

AARgghhhhhggghhhh!!!!!...jeritan kerasukan bergema, mengundang penasaran staf-staf yang nyata terkejut dengan jeritan tak semena-mena. Rudy yang masih tercegat di muka pintu, segera mendapatkan rakan kerja dan sosialnya itu. Ccuba diraih tubuh kekar Amir, tetapi ditolak!.

"Sial punya pompuan!!. Aku sayang dia!!..dia menyundal dengan Ramon!!!..dia sundal!!!!"Maki Amir tanpa sedar!. Di tendang segala apa yang ada di hadapanya. Nampak dia terlalu kusut!!!. Berita kematian Erene dalam keadaan mengaibkan itu sangat memberi tekanan kepadanya.

Rudy hanya membiarkan Amir melempiaskan segala amarahnya. Hati sahabatnya itu tengah panas!.Bukan 2,3 hari dia mengenali Amir, dah bertahun mereka berkawan. Dia masak benar dengan sikap Amir yang bencikan orang yang curang. Kecut perut jugak dia melihat amukan Amir. Amukan kedua selepas 5 tahun yang lalu..Semasa Shila juga melakukan perkara yang sama dengan Erene!. Cuma bezanya, Shila masih hidup dan Erene telah meninggal dan baru jer meninggalkan dunia. Tapi perbuatannya tetap sama, curang berasmara dengan lelaki lain!.

Perempuan curang untuk lelaki curang...tapi Amir tidak pernah curang..dan sepanjang pengetahuannya Amir memang sangat setia. Setia pada yang satu!.

*********************************************************************************Menghabiskan masa hingga ke pukul 2 pagi dan kemudiannya tersadai di dalam kereta hingga ke pukul 8 pagi!..atau kadang-kadang terlajak sehingga ke pukul 11 pagi, melayakkan Amir untuk mendapatkan beberapa kali surat amaran dan dipanggil secara formal oleh pihak atasan. Setelah 6 bulan mendiang Erene dikebumikan, prestasi kerja Amir benar-benar merosot. Tetapi prestasi sosialnya, berkembang dengan cukup hebat. Siapa sahaja kenalan perempuan yang dia temui di kelab akan menjadi teman ranjangnya. Ada yang kekal berkampung di rumah mewahnya. Malah ada yang sanggup ditiduri, berdua atau bertiga.

Kehidupan Amir berubah dari sudut kerjaya, tidak kompeten, tidak serius dan tidak bertanggungjawab. Dia abaikan amanah kerja yang ditugaskan. Dia lupakan segala-galanya. Jiwanya kosong!. Sehingga pihak atasan memberinya cuti selama dua bulan untuk mendapatkan rawatan dan terapi jiwa. Cuti dua bulan yang diharapkan dapat kembali memulihkan semangatnya yang hilang. Kerana cinta, banyak jiwa yang akan merana.

Namun, dalam tempoh sebulan pertama, tiada sebarang perubahan yang berlaku. Amir tetap sama seperti Amir yang 6 bulan kebelakangan. Malah makin teruk. Rudy yang menjadi teman sosial dan pemerhati, tidak mampu melakukan apa-apa. Dah beratus kali dia menegur sikap Amir, tapi semuanya tidak diendahkan.

Meneguk air yang masam bewarna kuning-kuning emas dengan buih-buih kecil itu, Amir ligat memeluk dan meraba-raba tubuh Juli, gadis kelab yang baru 15 minit ditemui ketika berada di center hall. Juli yang duduk di ribaan peha Amir, hanya meliuk lentuk, membiarkan tangan kanan sasa Amir menyentuh kulit pehanya..menyebak skirt pendek warna jingga yang dipakainya. Membiarkan jari-jemari Amir bermain-main di pangkal peha yang sengaja di kangkangkan. Mendesah manja, Juli ketawa kegelian. Amir membetulkan kedudukan Juli, mengangkat punggung juli dan diletakkan gadis manja itu betul-betul di tengah-tengah kangkang lelakinya. Di kuak kaki Juli, dikangkangkan dan diasak punggung juli rapat ke pangkal pehanya. Sengaja dia mengoda nafsu si gadis yang baru berusia 21 tahun itu.

"Emmm.....emmm....!" suara mendesah Juli makin galak terngiang di cuping telinga Amir. Tubuh gadis itu rapat menyentuh tubuhnya. Bauan colonge yang dipakainya menambah berahi Amir, Di cium-cium manja bahagian leher dan pangkal dada Juli yang agak besar bukaannya. Nasi lemak 3.00!..Lumayan!.

"Honey!..you are so gorgeous!" bisik Amir sambil mengesel-gesel lembut wajahnya di bahagian lurah dada Juli. Mencium-cium celahan buah dada yang bersaiz 38-D itu. Juli mendesah manja...di ramas-ramas rambut Amir yang memang telah kusut masai. Di biarkan pandangan orang sekeliling hata Rudy yang berada di belakangnya. Rudy sendiri hanyut bercomolot dengan Mimi. Arrgghh!!..

"Honey........I nak you!!.." bisik Amir. EEmmmm...hanya itu jawapan yang diberikan oleh Juli. Dia sudah benar-benar hanyut.

"Honey...please....!" pura-pura merayu sambil mengusap-ngusap punggung Juli yang galak mengulit. Score!!..jeritan itu bergema dalam diri Amir. Tidak terhitung berapa banyak gadis-gadis gedik yang jatuh ke perangkap kasanovanya. Ini lah thrill!. Perempuan...arak....rasuah...semua sudah di jamah dengan lahap. Kenyang dan puas.

Hahahahaha....!Azmi ketawa puas...terus hanyut dalam hiburan dunia yang tidak pernah sudah. Nikmat!!.















No comments: