Sunday, October 19, 2008

JanGan TanYaKAn aku teNtaNG HiDUpkU..

“Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.”

(Surah al-Fatihah [1]:6-7)

dan telah pun Allah jawab dalam surah seterusnya dalam ayat yang mula-mula lagi.. iaitu..

“Alif, Laam, Miim. Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertakwa; Iaitu orang-orang yang beriman kepada perkara-perkara yang ghaib dan mendirikan (mengerjakan) sembahyang serta membelanjakan (mendermakan) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka. Dan juga orang-orang yang beriman kepada Kitab “Al-Quran” yang diturunkan kepadamu (Wahai Muhammad) dan Kitab-kitab yang diturunkan dahulu daripadamu, serta mereka yakin akan (adanya) hari akhirat (dengan sepenuhnya). Mereka itulah yang tetap mendapat petunjuk dari Tuhan mereka dan merekalah orang-orang yang berjaya.”

(Surah al-Baqarah [2]:1-5)

sesunggunya manusia ini kerdil ciptaannya..hatta sehebat manapun kite garapkan pengisian..ciptakan kemajuan...tak setanding diri kita ini kalau nak dibandingkan dengan Allah Almighty...

hanya sekadar menyampaikan amanat dan rasa hati sendiri....jangan tanyakan aku tentang hidupku..tentang amalku..tentang hasilku..kerana aku bukan penentu jayanya..setiap yang baik dan elok itu datangnye dengan izinNYa...yang buruk dan tidak elok itu datangnya daripada hati hitam dan diri aku sendiri...

jangan ditanyakan apa yang telah aku berikan dan sempurnakan dalam hidupku..sebab..tiada yang mampu menyempurnah fitrah kewujudan dan kepuasan hidup aku, selain daripada cinta dan redha Allah....

wallahualam

No comments: