Sunday, October 19, 2008

~psikologi cinta~


"semua orang ingin hidup dalam suasana penuh kasih sayang. Rasa ingin dicintai dan mencintai adalah fitrah dalam kehidupan.Setiap yang bercinta tentunya ingin bahagia..."

Cinta diiktiraf sebagai keperluan hidup, dan juga jalan untuk mengenali dan membesarkan Allah, sebagaimana yang dinyatakan di dalam Quran ayat 49 surah al-Zariyat, "Dan segala sesuatu kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingati kebesaran Allah"

"cinta itu kuasa yang luar biasa kerana mampu membuat seseorang melakukan sesuatu yang tidak terfikir oleh akal. Qois mati mendakap nisan Laila, Sappo dalam dongengan Yunani sanggup terjun dari puncak karang yang tinggi kerana berat menanggung rindu dan cinta, Rama sanggup berkorban apa saja demi Sita, Shah Jehan membina Taj Mahal sebagai bukti cinta kepada isterinya, kisah Laila dan majnun serta Romeo dan Juliet membuktikannya"

Mengapa harus cinta?

cinta yang didambakan adalah cinta yang merangsang perasaan, cinta yang menaikkan semangat perjuangan dan cinta yang memberi makna dalam kehidupan

cinta yang diperlukan adalah cinta yang menguatkan bukan melemahkan, cinta yang menyucikan perasaan dan kehormatan, bukan mengotorkan dan merosakkannya. Manusia yang saling bercinta dengan penuh kesedaran menyedari mereka bertanggungjawab atas segala tindak tanduk dan perbuatan mereka dalam percintaan. Mereka takut akan perhitungan Allah, seandainya cinta yang mereka sanjung dan puja itu membawa kehancuran diri ataupun kemurkaan Allah.

Apa kata pakar mengenai cinta?

"Cinta berpaksi kepada tiga unsur penting iaitu keintiman, nafsu dan komitmen" J.Sternberg

"Cinta sebagai rangkaian kehendak seksual yang tidak dipenuhi sepenuhnya atau sublimated sexuality" Sigmund Freud

"Cinta sebagai perkara yang terbit lantaran rasa tidak puas hati kepada diri sendiri dan bahagian yang diperolehinya dalan kehidupan.." Theodore Reik

"Cinta sebagai unsur yang terbit daripada perasaan mengambil berat dan bertanggungjawab, hormat dan mengambil tahu mengenai keadaan orang lain" Erich Fromm

"Cinta sebagai unsur yang menyenangkan dan memberi tarikan dalam hati manusia" Imam Ghazali

Imam Ibnu Qayyim al- Jauziyah mengupas terperinci soal cinta manusia dan cinta ketuhanan yang saling berkait antara satu sama lain.

Ibnu Hazm pula banyak mengupas persoalan cinta sesama manusia tanpa melupakan ajaran Islam yang meletakkan beberapa batas dalam pergaulan dan percintaan

"Cinta unggul didefinasikan sebagai cinta tulen kepada pencipta segala cinta, iaitu Allah. Cinta yang tulen ini lahir daripada orang yang beriman yang mencintai Allah dengan sepenuh hati dan perasaan, bersikap lemah lembut dan saling mengasihi sesama manusia"

secara theorinya..cinta memberikan penjelasan tentang apa kata hati..cinta ada naluri dan kehendak tersendiri. terpulang kepada si perasa untuk memiliki perasaan dan mengarap perasaan yang bagaimana. pendek kata, cinta punya visi dan misi tersendiri. dan yang pasti, perasaan yang baik akan menyatukan semua...perasaan yang baik hanya akan jadi milik mereka-mereka yang sedar.

emm..terlalu sukar untuk dikecilkan skop dan membuat penilaian kasar tentang makna dan kandungan cinta itu sendiri. asam garam cinta, adalah rasa yang akan dinikmati oleh semua sang pencinta....ironinya, cinta itu tetap milik semua....sama ada ia nya bersifat abadi atau sementara....kerana yang pasti cinta dan hidup mati manusia itu, bagai tali yang tidak akan mampu terputus melainkan dengan izinnya..kun fa ya kun....

Dr. Fadzilah Kamsah dan Syaidatun Nazirah, mengupas psikologi cinta untuk dijadikan panduan muhasabah diri dan memberi kita laluan dan panduan terhadap cinta. cinta itu takkan mati, selagi kita mengerti.

menjalani kehidupan asasi dan terlalu biasa untuk seseorang yang bernama aku, membuatkan aku sering terfikir, apakah yang aku mahu dalam hidup ini?selain membahagiakan kedua orang tua ku dan mendapat rahmatNYA...pastinya apa yang aku ingin mahu..dan mahu ada..adalah harta. aku tidak menolak hakikat materialistik itu kerana dalam kehidupan yang real ini, duit memberi impak yang besar pada keperibadian sendiri. bukan bermakna dengan duit, segalanya akan mampu dimiliki...tetapi dengan duitlah hampir seluruh keindahan dunia ini akan dirasai..aku bercakap tentang dunia....realiti hidup seorang manusia yang bernama aku..
tapi dunia bukan akhiran setiap langkah dan perjalanan, itu pasti,mati itu pasti!!..jadi, biarlah harta itu lahir dari hasil yang halal..hasil yang diredhai dan hasil yang hak...hasil yang digunakan dengan jalan dan cara yang bijaksana~insyaAllah...

seperti juga cinta, kasih dan sayang. ku rasai cinta yang cukup subur di hati...letaknya di tingkat yang paling atas...paling terutama..cinta pencipta.....kasih ini pulak..sudah pasti milik sepasang usaha..yang setia berkasih sayang..ayah dan mak...dan sayang ini pulak....belum pasti untuk siapa semuanya..melainkan kini, sayang ini untuk semua...sayang yang hanya mampu diberi..dikongsi untuk semua...

No comments: