Thursday, June 18, 2009

officially.....dah 26 tahun

alhamdulillah..hari ni..18.06.2009..maka, genaplah insan yang bernama nooriszai ishak ni, berusia 26 tahun...

dah 26 tahun rupanya....rasanya baru jer semalam abis pmr..dan melepak bersama kawan2 sekolah kat koridor..masa hujan...duk cakap.."mung rase...lima taun(tahun) kekgi...kite semua jadi mende (apa)"~loghat terengganu...

5 tahun dulu.....hehehe..sekarang dah 11 tahun berlalu....aku menjadi seperti sekarang...masih bergelumang dengan buku2 dan tanggungjawab belajar. sedangkan kawan2 lewat hujan di usia 15 tahun itu...ada anak yang dah masuk darjah 1...huh...

rezeki dan takdir masing-masing. Allah dah menjanjikan yang terbaik untuk setiap hambaNya..memberi dan membuka jalan..mewujudkan sejahtera dan sebagainya....tinggal diri manusia itu sendiri yang memilihnya....

berkenaan tarikh lahir..inginku kongsikan maklumat yang ada..kajian dan segala finding yang ada berkenaan dengan rahsia tarikh lahir dan seangkatan dengannnya..

sekadar santapan mata.....

PERTAMA: pengiraan tarikh+bulan+tahun=.....jawapan seperti 2007= 2+7=9

9. Pelakon
- Golongan ini mempunyai kebolehan untuk menghiburkan orang lain.
emmmm...adakah kawan2 saya selalu terhibur dengan saya?
- Mereka sangat penyayang dan pemurah.
ya..hehehehe...
- Dengan daya tarikan yang ada, mereka tidak mempunyai masalah untuk berkawan dengan sesiapa jua dan pada mereka tiada sesiapapun yang dianggap asing kepada mereka.
90% betul..janji layan kepala..be yourself...
- Mereka mempunyai personaliti yang pelbagai sehingga menyukarkan orang sekeliling mereka untuk memahami mereka.
kadang2..diri sendiri pun sukar nak faham....hahahaha
- Mereka umpama binatang sumpah-sumpah yang boleh berubah dan menyesuaikan diri mengikut persekitaran.
ya...sesumpah..bukan penyumpah...
- Mereka mempunyai nasib yang sangat baik tetapi juga boleh menderita akibat terlalu bergantung kepada nasib dan perasaan (mood). Untuk berjaya golongan ini perlu membina landasan kasih sayang.
paling penting.....love...n respect..then....bla..bla..

KEDUA: Gemini...emmmm

Ciri Positif
Orang yang lahir pada tarikh antara 21 Mei hingga 20 Jun dikatakan bernaung di bawah zodiak Gemini, yang berlambang Saudara Kembar. Dengan yang demikian , Gemini mahir berkomunikasi , suka mengembara , serba boleh, bijak , ada kuasa bercakap , berkebolehan menulis , kedekatan pada sanak saudara dan jiran , gemar penghijrahan , dan bersikap terbuka.
(yang aku boldkan...aku rasa,itu memang sikap dan diri aku...betul x kengkawan?)

Ciri Negatif
Walau bagaimanapun, ada kalanya anda bersikap hanya suka sekejap sahaja , berperangai keanak – anakan , gugup , talam dua muka , bercakap kosong , tak lengkap dan suka berpura – pura (bercakap kosong tu..emmm....idea banyak..kadang2 nak buat cam payah..xde upaya lah...apa lah....~alasan jer tu..poyo jer....^_*)

Kualiti Astrologi
Anda termasuk dalam kategori berubah-ubah, iaitu mudah mengalami daya perubahan, daya penyesuaian dan daya keseimbangan. Dengan kategori berubah-ubah ini, anda adalah kreatif walaupun tidak selalu praktikal. Lambang-lambang yang termasuk dalam kategori berubah-ubah selain anda ialah PISCES, VIRGO dan SAGITTARIUS (hahahahaha.....hampir tepat.....)

GEMINI : KERJAYA DAN KEWANGAN
Gemini perlu sedar anda di anugerah kemahiran berkomunikasi yang tinggi . Dengan kemahiran ini , anda berupaya memindahkan hasrat dan matlamat dalam diri kepada dengan orang lain secara logik . Kaedah pemindahan ini menjadikan orang Gemini sangat menonjol dalam kerjaya yang melibatkan penulisan , pendidikan , perjualan dan kewartawanan . Banyak contoh yang melibatkan orang Gemini , terkenal sebagai penyajak , pelukis , pemuzik dan ahli sufi . Sehingga kini , pencapaian yang tertinggi bagi orang Gemini ialah untuk mengajar kebenaran, sama ada bidang sains atau sejarah. Tidak keterlaluan jika dikatakan orang berzodiak Gemini adalah pembawa ilham yang mengagumkan ! Minda Gemini selalu berisi dengan berfalsafah hidup yang meransang minda orang lain .Dari segi kewangan, Gemini cenderung mengambil berat terhadap kekayaan pembelajaran dan idea daripada kekayaan kebendaan . Gemini gemar membuat perbincangan atau ‘tawar – menawar‘ dalam perkara yang melibatkan kewangan. Anda boleh memperolehi wang dengan banyak cara . Oleh sebab itu , sikap kewangan dan keinginan anda nampaknya berubah dari hari ke sehari.Perasaan terhadap wang ringgit juga turut berubah ; kekadang anda sangat ceria dengan wang , tetapi pada ketika yang lain , anda seolah – olah tidak mempedulikan wang ! Pada keseluruhannya , matlamat kewangan kerap di anggap sebagai cara untuk membantu keluarga.
(hampir tepat kejiwaku......keinginanku dan cita-citaku......semoga dipermudahkan jalan dan dimakbulkan impian~amin..)


gambar sambutan bufday ke26...insyaallah, akan di upload secepatnya....

sabar yer..


cik chummie yang berusia 26 tahun...

3 comments:

Dilala said...

Selamat Hari Lahir cik Chummie!
Semoga yg baik2 saja utk kamu..

cik chummie said...

thanks dilala.....semoga yang baik2 dan yang terindah juga untuk diri kamu...penambahan usia baru..penambahan dimensi baru..semoga semuanya dalam upaya dan redha Allah...amin..^_*

mizie's life said...

hepi birthday kak zie...sori ar lmbt sket wish utk diz year...bz sket...hihi...amboi,best ar artikel tu...k.zie buatkan artikel camtu utk sy boleh..?