Wednesday, August 12, 2009

Waktu berbeza...

aku mendongak ke atas...
merenung warna awan yang keperangan...
berjalur warna jingga merencah sunyi datangnya malam
warna hati yang sentiasa aku lahirkan kosong dan sepi

bertongkat paruh di ladang
berpimpin ramai sekampung...

aku sahutkan dalam resah panjang...
aku laungkan suara hati yang sepi...
bisakah di dengar dek angin yang berlalu...
bisakah rintihan jiwa ini terdengar tanpa palang...

bertatih aku melangkah kata
bersimpuh aku melabuhkan jiwa..

suara itu..suara hati aku..
suara yang bernada penuh polos...
suara yang terukir dek jenuh jiwa ini berfikir..
terbentuk dari cantuman hati yang berserakan...

si polan terjun membawa labu
ayam nya menang kampung tergadai..

suara hati aku ini..salah masanya..
salah waktunya..pincang bezanya....
aku...hanya bersendu...bukan berlagu
aku hanya memendam bukan mempamer..

berlangir mencurah tempayan...
berbunga kasturi kemban si dara..

suara itu tetap menyatakan kehendak...
dah berpatah arang jiwa ini sebenarnya...
kusut yang membusut dan akhirnya
menjadi karut...

suara hati..waktu kita berbeza..
mungkin takkan sama angkanya...
mungkin takkan sama jisimnya...
mungkin takkan sama matahari dan bulannya..

berbendang menguning padi sawah..
berkawan ramai si burung padi...

“....” tak terfaham akal jiwaku....
waktu berbeza....


maaflah....puisi ini terkarang..berpandu pada suara hati yang entah apa2...semuanya terzahir kerana hati ini bersyair...ada yang dialunkan dalam seloka.....syair...pantun...

nilai lah ia seadanya....

No comments: