Saturday, June 12, 2010

di aNtaRa iLmU daN PeNuliSanKu..aDa..iNi!

salam..ingin rasanya aku berkongsi sedikit atau di antara draft ilustrasi untuk thesis master aku.....ilustrasi yang aku lakar khas untuk tambahan maklumat thesis yang sedang aku usahakan untuk disiapkan dan dilengkapkan. hanya sekadar lukisan tangan..yang biasa..sekadar untuk ilustrasi menerangkan dalam bentuk visual apa yang cuba aku bentangkan dalam bentuk penulisan. bukan kah minda kita akan lebih terbuka....pemprosesan datanya pula lebih berkesan dan cepat. sebab itulah diawal tumbesaran minda kanak2 akan lebih terangsang kerana fokus pelajaran mereka memusat pada objek, warna, bentuk, corak dan apa sahaja bahan ilustrasi yang mampu membuatkan mereka seronok. sebab itulah, coklat dan ais krim, dihiasi dengan pilihan warna dan gaya yang pelbagai..macam pelangi....

apa yang aku sedang tulis untuk kajian sarjana aku, adalah berkenaan dengan adat dan proses perbidanan melayu tradisi kita, yang semakin lama semakin lupus dan pupus. bukan tertumpu kepada proses perbidanan semata-mata, tetapi lebih kepada bahan atau plant materials atau herbs yang digunakan semasa process midwifery. bukan apa...bumi semakin tandus bahan semulajadinya....hutan hijau kita pun sekarang..makin tandus menjadi hutan batu..akibat dari kerakusan dan pemodenan yang tidak terkawal dan seimbang. khazanah alam makin rakus di cabul...itu yang aku mahu buktikan dalam kajian aku..bumi Malaysia..penuh dengan flora yang sangat tinggi nilaiannya.....perlu diselamatkan apa yang dinamakan 'budaya' dan 'bangsa'..alam melayu itu...warisan tradisi itu..bukan boleh diwujudkan via cyber....maka....pattern dan juga pengelasan bahan itu sendiri perlu dititik beratkan. Mak aii...bercakap seolah-olah ahli bijak pandai...tapi itulah yang ada di dalam hatiku...



ada di antara kampung2 di daerah2 di beberapa negeri di Malaysia ini yang masih mempercayai berkenaan ritual menyepak kelapa yang telah digolekkan di atas perut ibu....untuk menentukan jantina bayi yang dikandung. kelapa dan bayi..apa signifikannya...?



di indonesia pula...sebelum upacara doa selamat dimulakan...seseorang yang dihormati, akan membacakan beberapa doa di atas dua buah labu, sebagai tanda memohon kesenangan dan keselamatan semasa kelahiran..


7 helai kain, sama ada putih, kuning atau kain batik pulak..pastinya popular di kalangan mereka yang tahu berkenaan adat melenggang perut. adat yang biasanya hanya dilakukan untuk kandungan pertama seorang ibu...(nak tahu lebih detail..kene lah baca thesis ku...hehehehehe)



inilah antara process dan ritual swinging the tummy yang biasanya diamalkan oleh seorang pakar sakit puan pada zaman purbakala dulu, mak bidan atau midwife.

apapun yang dilakukan..selagi iman dan amal masih utuh dalam diri...apa sahaja yang kita rasakan melanggar syariah..tahyul...khurafat..syirik..maka jauhilah...

niatku hanya ingin memartabatkan nilai budaya melayu yang masih ada...dah 27 tahun aku masih mencari nilai melayu..apa lagi anak2 bangsa yang akan datang..mampukah mereka mencari..atau masih adakah yang berminat untuk mencari....apa itu melayu....?

semoga apa yang mampu dikongsi...dicari...ditulis...mampu memberikan manfaat kepada semua...bangsa dan agama...

jumpa lagi yer...

1 comment:

Anonymous said...

assalamualaikum..izinkan saye copy salah satu lukisan upacara melenggang perut yg anda lukis sbgai bahan assigment sy..boleh ye :)