Thursday, August 12, 2010

kisah yang dipanjangkan....(2)

hari ini..ada pembentangan tugasan studio yang telah pun aku postponed atas dasar timbangrasa terhadap dua orang pelajar ku. Dari awal pembelajaran, aku telah menyusun jadual yang semampunya untuk memastikan kelancaran jadual pembelajaran. Dari awal studio kelas,....aku dah ajarkan teori..aku ulang sehingga hampir setiap kali kelas...untuk memastikan semuanya mendapat main criteria or principle in urban design.. Nampak senang buat terlalu technical..banyak terms yang perlu difahami maksud dan applicationnya..der...!(wah itu ayat yang aku sering gunakan lately..why?i even don't know!...)..

perbentangan hari ini, aku jemput dua orang rakan ku untuk turut memberikan pandangan dan pendapat..komen dan sebagainya. Alhamdulillah..kedua2 nya ada masa untuk semua itu..thanks dude!...thanks atas komen..pemerhatian dan pandangan n cadangan..really appreciated!

Syahrel..nampaknya bersungguh! (dr awal die memang bersungguh2 untuk projek ni...dalam kelas teori pun sama..tumpuan tidak pernah mengecewakan..insyaAllah....ada daya saing..adalah ruang kecemerlangannya-amin....Mun pulak?....emmm.....jelas seperti yang digambarkan rakan-rakan sekelasnya...selalu sangat ke bulan...hilang...2 minggu tak nampak batang hidung..studio kelas..skip....maybe ada misi penting di bulan agaknya....sayang!..aku nak lihat dia turut komited dan berjaya macam syahrel....kurang2..bg feedback dan perform....

dia x suka kelas aku kah...?x suka cara akukah..?rasanya..aku dah cuba menjadi seorang pensyarah yang bersungguh dan cuba sebaik daya menjadi rakan dan pembimbing mereka...masih ada kurangkah?dia seperti tidak berminat dna menyukai aku...Kalaulah untuk menjadi seorang pensyarah yang menarik..aku kena menjadi cantik seperti Yana......tak dapat der....!aku bukan cantik...comel dan cun seperti Yana....huhuhuhuhu...sedey!..kalau itu kriteria untuk pelajar minat datang ke kelas..nyata!..kelas aku akan kosong...hahahahaha

mana mungkin aku mampu menarik minat pelajar dengan berbekalkan paras rupa menarik dan tubuh genit..sedangkan hakikat..aku tak punya itu semua!ganjil dan pelik....yang aku tau..niat aku...aku curahkan segala ilmu yang aku ada..untuk dikongsi dan untuk dijadikan panduan kepada semua pelajar2ku...aku jadikan mereka sahabat....teman berbicara dan teman aku berinteraksi disamping menunaikan amanat seorang pensyarah..kakak..dan muslimat...9dala kelas..selain teori..aku selitkan jugak unsur2 dakwah dan kemanusian)..biar generasi yang bakal lahir..lengkap ilmu di dada...cewah!!..tapi sejauh mana kefahaman mereka..wallahualam...

pelajar favorite...hehehehehe...emmm...baru aku tau..seseorang pensyarah juga punya favorite student die....student yang dia selesa..student yang dia sayang..bukan sebab fizikal..wajh atau apa2..biasanya disebabkan kerja dan kesungguhan.....hehehehehe...kalo aku?..siapa pelajar yang aku suka.......?heheehehehe..adalah....!masih terlalu awal untuk dinyatakan dengan benar dan jujur....

berbalik kepada kehidupan kerjaku..aku dan kerjaku..sesungguhnya bidang ini menjadi bidang yang aku minat sekian lama..pendidik...penyelidik!..aku sangat suka bergelumbang dengan research..dengan buku dengan semua cabang ilmu..sangat suka......(tapi master lambat gak habis!...huhuhuhu)....sangat teruja dengan dunia akademik..aku terjun ke bidang pendidikan..mengajar budak2 diploma yang akan berdaya saing dalam bidang landscape architecture.....

aku mahu menjadikan mereka pattern terbaik.....sebuah product yang dinamakan landscape architect..sesungguhnya aku sangat butuhkan pertolongan semua orang..bagi merealisasikan impian dan harapan....tolong ek kawan2..tolong usaha bersama n tolong doakan niatku..-amin!...

semenjak bekerja..aku rasakan..semuanya terlalu pantas..masa dan juga keadaan. Aku perlu lebih menjadi sistematik walau dalam apa jua keadaan..perlu tegas dan dalam masa yang sama perlu berlembut dan sangat bersabar..bukan senang nak menjadi senang....

aku mahu teruskan ag catatan kisah ini..tapi kelajuan menaip aku membuatkan aku teringat kata2 hazwan..semasa die melihat aku berbalas2 chat dengan sahabatku..."ni mesti selalu YM ni!!..."cet!!..xdelah laju sangat aku menaip...tapi keyboard aku keyboard zaman batu..(komputer opis..hahahahah)..sekali tekan key..berbunyi satu dewan...hahahahahaha...ketup ketet..ketup..ketet...hahahahaha....bingit jer...!-tapi bersyukurlah..oklah tu...

perasaan aku sekarang?..aku bahagia dengan apa yang aku ada sekarang..kerja yang alhamdulillah masih baik dan menyenangkang..kawan2 opis yang sangat layan kepala....best!..dan kawan2 belajar yang sangat2 aku rindukan....!...aku sangat berpuas hati dan bersyukur dengan apa yang Allah berikan padaku..alhamdulillah....

terima kasih..terima kasih atas peluang pengalaman dan peluang untuk aku terus mengali dan mencari ilmu MU..aku mahu menjadi seorang yang berjaya melalui jalanMu dan menemui cintaMU..amin....

buat kawan2 pembaca blogku...terima kasih kerana sudi singgah dan membaca catatan2 ku yang entah apa2...maaf andai ada rasa riak wujud dalam mana2 entry...kerana aku pasti..aku tidak menulis dengan niat itu..aku hanya menulis apa yang hati aku berkata....

terima kasih atas kunjungan..terima kasih atas penghargaan....sangat2 aku hargainya....

selamat menunaikan ibadah puasa dan melipat gandakan amalan di bulan mulia ini..selamatlah atas segalanya-amin....

semoga bertemu kembali......v(^_^)v....love and faith~

No comments: