Wednesday, August 11, 2010

kisah yang dipanjangkan...

sendirian mencari arah dalam keadaan persekitaran pejabat yang sunyi. Aku berteleku sendiri. Memerhati ruang bilik ku yang ku kongsi bersama dua orang rakan sekerja yang lain-lelaki. Kedua-duanya pulang agak awal hari ini. Tidak seperti selalu, aku yang akan pulang dahulu. Hari ini lain pulak kisahnya. Aku yang terlewat pulang, lewat dijemput adikku. Kebosanan dan sedikit gementar, yelah ditinggalkan seorang diri di aras 6..tanpa ada sesiapapun. Aku terfikir dan masih berfikir..perlukah aku mengunci pintu bilikku..atau biarkan hanya terbuka...lalu aku putuskan, biarkan terbuka...

kejadian lewat 15 minit lalu, kembali mencuit hati. Pak Agung dibilik sebelah bersiap-siap untuk pulang (aku mendengar dia mengemas barang, kerana meja ku betul-betul bersebelahan dinding bilik Pak Agung) telah menutup suis utama. Bergelap aku yang sedang membaca novel karipap-karipap cinta. Aku pantas kuar dan menjerit kecil, "Pak Agung!" dia yang sedang bersiap-siap untuk keluar dari pintu kaca, terkejut.

"Lah..saya ingatkan sudah ngak ada orang. Biasanya Wan yang terakhirkan...Maaf ye.."sambil tergelak-gelak kecil dengan mata yang agak terbeliak, Pak Agung menghidupkan kembali suis utama. Selepas bertukar salam perpisahan..(bukan salam tangan ek...)..ucapan salam. Pak Agung melangkah ke rumah. Maka dengan itu, tinggallah aku sendiri lagi. Sendiri dan sendiri.

Bosan menanti, sambil melayan lagu N.D Lala 'Dairi Y.B'..aku lakarkan kisah untuk tatapan pembaca semua..sekadar berkongsi cerita yang entah apa-apa, sengaja mengisi masa dan keadaan.

Alhamdulillah..hari ni 1 Ramadhan, puasa pertama semua umat Islam di dunia. Selamat menunaikan ibadah puasa, semoga segala amal ibadah bertambah dan sentiasa dalam lindunganNYA-amin.

untuk puasa pertama. Tak banyak perubahan dengan puasa-puasa yang terdahulu, melainkan, untuk puasa kali ini, buat pertama kalinya aku bergelar seorang pekerja. Dan sekarang, di tempat kerja akulah aku tuliskan kisah yang dipanjangkan ini. Hehehehe...dan hari ini, kesibukan kerja membataskan rasa dan perasaan berpuasa, alhamdulillah. Hari ini, aku lebih sibuk dengan urusan kuiz para pelajarku. Macam-macam ragam dan kisah anak-anak muridku. Budak2 remaja yang sedang meningkat naik, sedang mencari arah dan identiti, maka beginilah...macam-macam pe'el..hehehehe. Setakat hari ini, esok genap sebulan aku bergelar seorang pensyarah...para pelajar sangat memberikan kerjasama yang baik. Dan jauh disudut hati aku, aku harap dapat memberikan hanya yang terbaik untuk mereka. Aku senang berada di sini, senang dengan rakan sekerja yang lain, terutama rakan fakulti...dan juga rakan bilik pejabatku, Iqbal dan Hazwan (Iqbal rakan sekelasku semasa degree dan Hazwan juniorku semasa degree-kami dari pattern product yang sama~UIAM)..hehehehehe. Alih2 yang aku tahu, hampir 70% staff di sini, adalah ex-students UIAM.....dr fakulti bioteknologi..bahasa..malahan staff admin juga...ramai dari UIAM. Tahniah UIAM..kerana melahirkan graduan yang cemerlang!...yang membantu dalam kempen 0 siswazah menganggur`alhamdulillah...

hari ini, aku uruskan beberapa tugasan yang perlu diuruskan sebagai seorang pensyarah. Jadual kuiz, Assignment, cummulative marks, carrymarks, check papers...notes preparataion.....emm..susah sebenarnya....

adik aku dah sampai..sebelum kita sambung kisah ini..ini dia hasil kerja kreatif untuk hari ini...

lukisan yang tak seberapa..konsep dan kisah disebaliknya...nanti aku updated kan..


selamat berpuasa semua...selamat menjamu selera...jumpa lagi, insyaallah

salam sayang..dan persaudaraan...




No comments: