Monday, May 28, 2012

rasa aneh

Dalam hidup..kalau tak berani bermimpi....akan tiada langsung impian dan cita-cita. Mungkin itu adalah punca kenapa Shamir selalu menolak apa yang dia rasa dan apa yang dia ada. Takutkan bayang-bayang sendiri..itukah puncanya dan masalahnya. Entahlah..sukar untuk dia menjawab apa yang bersirat dalam lapang dada dan fikirannya.

Bukan menolak fitrah kejadian manusia...bukan menolak sunnah Rasulullah....aduhai..jiwanya dalam amuk rasa yang pelbagai..entahlah.....entahlah!. Hanya itu yang mampu dinyatakan saat akal bertunjangkan rasa yang aneh. Perasaan itu membunuh hampir keseluruhan jiwanya..kekuatannya seakan musnah, kegagahannya kalah dengan rasa yang aneh itu. Anehkah memiliki rasa yang satu itu. Rasa yang membuatkan jaganya tidak karuan dan lenanya tidak kenyeyakkan..(perkataan ini adakah?).

Shamir memandang ke luar  tingkap. Hiruk pikuk kenderaan tidak sedikit pun menjejaskan apa yang bersarang dalam kotak fikirannya. Aduhai....aduhai. Keluahan demi keluhan bagaikan tidak pernah luput.

susah!

Bunyi deringan SMS mengejutkan Shamir. Di capai telefon di meja kecil bersebelahan dengan katil bujangnya.

"Shamir...busy x?" SMS daripada Ziera.

"Tak buat apa pun. Kenapa?" balas Shamir, cepat

"Ada masalah sikit..huhu"

Tidak menjawab sms yang dikirim oleh Ziera, pantas Shamir mendail nombor seseorang. Kerisauan memuncak dan rasa ingin tahu beraja dengan mengila.

"Hello...Miss...Miss...!"

"Assalammualaikaum..Shamir..."

Kalut sangat membuat panggilan, sehingga lupa memberi salam, Malu Shamir sendiri.

"Waalaikummusalam warahmatullah...Miss kat mana?,apa yang jadi?kenapa?ada masalah apa?" bertubi-tubi soalan di tanya.

"Sabar..sabar..saya kat Wangsamaju..kat dengan area Wangsawalk Mall...kereta saya breakdown...saya tak tau nak buat apa ni......"

"Ok. Tunggu. Saya datang sekarang!". Mencapai kunci kereta, Shamir meluru ke arah pintu. Dicapai baju kemeja T yang tersidai di kerusi. Dengan hanya berseluar bermuda, pantas langkah dihayunkan.

Bimbangkan keselamatan dan keadaan Ziera, tiada yang lain yang dia pedulikan, Apa yang dia hanya tahu, perlu cepat sampai!


No comments: