Tuesday, May 22, 2012

pak tam dan rasa itu


kak long kepelikan. Makin lama perasaan yang ada ini membuahkan rasa yang pelbagai, manis dan pahit. Pelik tetapi benar. apa yang ada dalam koak rasanya sekarang berbeza sekali dengan apa yang ada didalam fikiran warasnya.

Arghh..susah benar untuk memahami rasa yang ada. Unjuran perancangan jiwa, nyata tidak sama dengan perancangan akal fikiran yang berpaksikan pada ilmu logik dan nyata. Fantasi kadangkala melemahkan tetapi kadang kala menjadi nada penguat cerita.

Dah lama tidak bertemu dan berbual-bual dengan Pak Tam. Kesibukan bekerja dan kebatasan masa membuatkan segala tanggungjawab sosial terpaksa di tinggalkan. Bekerja juga melunaskan tanggungjawab sosial, cuma lebih bersifa sejagat. Tanggungjawab sosial yang dimaksudkan sekarang lebih kepada keperluan batin.

Kak Long membelek-belek helaian buku yang sedari tadi hanya diselak-selak tanpa sedikit pun di baca isinya. Perasaan dan fikiran melayang, kontra dalam definisi fikiran dan rasa hati. Aduhai, bisakan rindu itu membuai-buai jiwa perempuannya. Sedangkan logik akal, menidakkan perasaan yang makin bercambah.

Manusia, ketamakan dalam menentukan apa yang dikehendaki. Antara kemahuan rasa dan kemahuan akal, antara logik  dan khayalan.

Apa yang sedang dilakukan oleh dia sekarang. Sudah tidurkah?. Jam menunjukkan tepat jam 2.30 pagi. Aduhai, malam indah yang sangat sesuai untuk bertahajud dan solat sunat. Kak Long bingkas, niatnya hanya satu, merendahkan diri pada si Pencipta, agar jiwanya yang kusut mampu untuk ditenangkan. Semoga dipermudahkan keputusan.

*******************************************************************************

Shamir hanya diam, merenung keluar jendela, Peluh yang menitis di dahinya di sapu dengan tuala yang dilingkarkan ke leher. Dia baru sahaja pulang daripada menjalankan kerja-kerja yang di amanatkan. Sudah hampir seminggu dia menjalankan tanggungjawab pada kerja-kerja yang di amanatkan kepadanya. Keluar jam 9.00 malam, selesai kerja jam 2-3.00 pagi. Begitulah rutin kehidpunnya dalam tempoh seminggu ini. Tinggal dua minggu lagi, roda kehidupannya akan kembali normal. Itupun kalau tiada assignment yang menanti.

Mengeliat sambil membetulkan urat otot yang berselirat, Shamir merebahkan dirinya pada ribaan tilam. Rambutnya masih basah. Dia baru sahaja usai mandi. Haba malam yang panas membuatkan badannya berpeluh. Tidak selesa dengan keadaan dirinya, suhu air cond di rendahkan kepada 18 darjah. Biar sejuk sikit.

Emmm...apa cerita ek, geng-geng yang lain. Dah lama tak update facebook!. Aduh..malasnya. Ulah Shamir sendiri sambil telentang dengan tangan di tongkatkan di dahinya.

Jam menunjukkan pukul 2.30 pagi. Rasa mengantuk masih berlum bertandang. Solat Isyak telah selamat disempurnakan. Emm...mungkin ini malam yang baik untuk solat sunat. Bisikan hati Shamir merungkaikan aktiviti untuk saat itu. Bingkas menuju kebilik air mengambil wuduk. Rasa sayu terbuai dalam syahdu.

*******************************************************************************
Dalam tenang tanpa suara kenderaan dan hiruk pikuk manusia kota. Ada insan-insan yang punya ruang dan peluang, khusyuk dalam damai menunaikan ibadah pada yang Maha Berkuasa. Ada alunan zikir-zikir memuji kebesaran si pencinta dan kekasihNYA berlagu dalam irama yang penuh cinta. Lembut dan mendamaikan. Ada yang masih sujud menyembah dengan rasa cinta yang besar dan ada yang sedang memanjatkan doa memohon hanya kepadaNYA.

Segalanya dilakukan dalam ikhlas dan redha.




1 comment:

Prince of Noob said...

bagus kisah ni... done follow - Noob