Tuesday, October 28, 2008

jiwa seorang aku...


akhirnya.....selama ini, mendiamkan diri dan cuba untuk tidak menunjukkan gelodak jiwa..hanya memakan diri sendiri.lewat perjalanan petang pulang ke jengka..tak disangka airmata itu mengalir tanpa henti. basah wajah itu dengan erti kata terkandung perasaan yang pilu. salah siapa?tidak ada ertinya menangisi perasaan hati sendiri..luka itu tercipta telah berabad lama....pedihnya parut yang ada, benar2 membuatkan aku mengerti..siapa kawan..siapa lawan. bukan salah sesiapa mungkin, hanya aku yang tersalah menilai..hanya aku yang terlalu kuat pegangan persahabatan..bukan salah sesiapa....

perjalanan diteruskan walau lambaian perpisahan tidak mampu aku ayunkan....perjalanan kemaman ke jengka..membuatkan aku terlalu hiba dengan sebak didada. tak terkata adik disebelah.....airmata itu tetap laju gugurnya..sakitkan apa...sakitkan mengenang betapa bodohnya diri sendiri...

aku yang sakit hati dengan kebodohan diri sendiri. berkali-kali persahabatan mencabar kesabaran dan keikhlasan..mungkin, memang tersurat, aku takkan punya sesiapa-siapa yang boleh digelarkan sebagai sahabat..teman....rakan..mungkin kerana aku banyak buruknya..aku banyak kurangnya..aku banyak busuknya...aku banyak bangkainya..aku banyak nanahnya....aku sayangi semua yang ada disekelilingku..mungkin kasih sayang itu belum cukup untuk semua...belum layak untuk semua...belum sampai tahap setianya...

aku kan manusia yang sering dihina dengan perjanjian kosong persahabatan. bergelodak isi hati aku dengan janji-janji persahabatan yang tidak punya perasaan. ayah mak, bising tanyakan kehadiran..persiapan telah disiapkan..walau penat tubuh ini, aku gagahkan demi meraikan...aku dan keluarga belanjakan ringgit dan keringat semata-mata untuk meraikan sahabat-sahabat yang berkunjung. aku lawan kepeningan dan kesakitan hati..semata-mata untuk memastikan semuanya menjadi terbaik..selamat dan berjaya. tak ada sesiapa tahu sakitnya jiwa aku melayari kesukaran sendiri. tiada sesiapa cuba memahami. tak apalah, aku dah biasa sendiri..aku dah terbiasa diasingkan..aku dah biasa....sepatutnya aku lebih bersedia..

kebiasaan itu akhirnya sekali lagi memakan diri sendiri. tidak sesekali penghargaan dihadiahkan demi satu pengorbanan...orang sekeliling tidak pernah faham..tidak sesekali mengerti...aku kan manusia yang hilang diri...hilang keegoaan demi sebuah persahabatan....hakikatnya...aku hilang maruah diri....yang aku dapat..tiada apa-apa, melainkan kesakitan dan kesedihan sendiri...

tiada kata yang mampu aku lafazkan melainkan terima kasih sahabat-sahabat semua. kerana berjaya membuatkan jiwa aku rasa sakit dan seksanya. terima kasih atas semua balasan susah payah seorang aku ini. hadiah terindah teman-teman...benar-benar membuatkan aku sedar diri....sedar betapa bodohnya aku selama ini.

aku tak mampu lagi untuk berhadapan dengan kemurnian persahabatan kalian..aku tak mampu untuk terus menyakitkan diri sendiri...dah tak mampu untuk aku terus mencari penawarnya. aku sedia untuk undur diri..untuk tidak lagi membuka ruang hati ini terus disakiti...aku tak mampu lagi untuk meneruskan jalinan ikatan yang terjalin. biarlah apa sahaja yang buruk dan busuk itu korang lemparkan pada aku....aku terima..kerana dah terlalu lama...bangkai busuk ngan nanah luka buruk itu sebati ngan diriku. hinakan aku?...aku tak mahu mengotorkan darjat sahabat-sahabat semua. aku tak mahu biarkan walau sebesar zarah nanah dan bangkai seorang aku ini, lekat pada tubuh dan pakaian korang semua. aku bersedia untuk menjauh..itu yang terbaik untuk semua...

aku sedia untuk lupakan semua..ketawa ria bersama..senda gurau bersama.....sebab aku tak mampu lagi menghadapi sakit semalam...aku pentingkan diri sendiri...kerana hanya ini yang aku ada..hanya ini sahaja jiwa yang aku punya dan menyayangi aku seadanya. hanya jiwa ini.....jiwa ini dah terlalu dalam lukanya.....izinkanlah aku merawat kelamnya sendiri....

aku harap...takkan ada lagi airmata bangkai seorang aku ini gugur lagi....aku sudah tak mampu untuk terus membelai jiwa aku.....jiwa seorang aku...

1 comment:

Anonymous said...

satu luahan hati yg bagus..ape yg diungkaikan sebenarnya