Tuesday, January 20, 2009

children of Palestin...

Tentera rejim Zionis Yahudi terus memuntahkan ledakan bom dari udara, darat dan laut di segenap penjuru sasaran dengan segala peralatan perang paling canggih yang dibekalkan oleh Amerika Syarikat (AS) dan sekutu baratnya, ke atas rakyat Palestin di Genting Gaza yang kini lebih 800 telah syahid dan lebih 3,000 cedera dalam pelbagai kategori.

Serangan penaklukan ini yang telah melalui dua fasa. Pertama pengeboman dari udara yang telah memusnahkan dan menghancurkan segala kemudahan dan infrastruktur milik Pihak Berkuasa Palestin di Gaza yang kini berada di bawah pentadbiran Hamas. Fasa kedua melakukan serangan penaklukan dengan membedil dari darat dan laut kesasaran saluran perbekalan Hamas termasuk terowong-terowong bawah tanah.

Dengan segala serangan tanpa henti ini ia menyaksikan pembunuhan beramai-ramai umat Islam Palestin terdiri dari kanak-kanak, wanita termasuk ibu yang sedang mengandung dan hatta anggota pasukan sukarelawan bantuan kemanusiaan PBB dan anggota Pasukan Paling Merah Antarabangsa tidak terlepas dari menjadi mangsa jenayah terhadap kemanusiaan yang dilakukan oleh rejim Zionis

Kezaliman Zionis ini tiada batasnya lagi dan ia telah membangkitkan kemarahan di seluruh dunia melampaui batas rasa dan agama, tetapi pemimpin-pemimpin yang menamakan diri mereka pemimpin Islam khususnya pemimpin negara-negara Arab hanya mampu mengeluarkan kenyataan dan pergi ke Majlis Keselamatan bermesyuarat untuk membuat resolusi yang akhirnya tidak dipedulikan Israel.
Hamas walaupun pihak yang terlibat dalam kancah peperangan ini tetapi ia tidak dibawa berunding langsung kerana AS menganggap Hamas pertubuhan pengganas, sedangkan Hamas merupakan pertubuhan mewakili rakyat Palestin setelah ia memenangi pilihan raya pada 2006. Presiden Mahmoud Abbas yang dikenali dengan Abu Mazin bukan lagi mewakili rakyat Palestin dan waktu tempuh Presidennya telah tamat baru-baru ini.
Walaupun sasaran serangan penaklukan rejim Zionis ke Gaza untuk memastikan tiada lagi roket dilancarkan dari Gaza menyeberangi wilayah haram Israel di selatan, tetapi sehingga saat ini pun para pejuang masih mampu menembakkan roketnya ke selatan yang menunjukkan sasaran matlamat serangan penaklukan Zionis belum lagi mencapai matlamatnya.
Selagi para pejuang berupaya melancarkan roketnya maka selagi itu Israel akan menyerang Gaza dan membunuh rakyat awam dan bukannya para pejuang yang melakukan operasi jihad melalui terowong bawah tanah. Nampaknya rejim Zionis membuat kesilapan dan salah perhitungan lagi seperti serangan yang dilakukan terhadap Hizbullah di Lubnan pada 2006 selama 34 hari.

Dalam serangan penaklukan untuk memusnahkan Hizbullah ternyata Hizbullah muncul berjaya mempertahankan diri walaupun infrastruktur Hizbullah dimusnahkan dan bangunan-bangunan di Beirut ranap dan musnah, tetapi keiltizaman Hizbullah tidak dapat dipatahkan, bahkan Hizbullah muncul lebih kuat dan gagah.
Episod ini akan berulang di Gaza. Bukan Hamas dan pejuang lain yang dapat dimusnahkan oleh rejim Zionis, tetapi Hamas muncul lebih kuat dan berupaya menghadapi kecanggihan dan kekuatan peralatan perang rejim Zionis Yahudi.

Kabinet keselamatan rejim kini sedang berkira-kira untuk melakukan fasa ketiga serangan penaklukan yang melibatkan perang gerila dari bangunan kebangunan, dari lorong ke lorong dan dari jalan ke jalan, tetapi perang gerila seperti ini akan memakan korban yang banyak dari kedua pihak. Apakah rejim Zionis mampu menghadapi pemikiran dan pendapat umum nanti apabila lebih ramai anggota tentera Zionis akan terbunuh.

Kini pendapat umum menyebelahi rejim dalam perang penaklukan ini, tetapi apabila angka tentera yang terbunuh terus meningkat, pendapat umum akan berubah. Inilah hakikat pemikiran rakyat Yahudi sedangkan bagi para pejuang mereka berjuang atas dasar iman dan taqwa, sama ada kemenangan atau mati syahid di medan perjuangan.
Tentera Zionis setakat ini tidak berani untuk bertempur secara berdepan dan kerana itu masih berkira-kira untuk melaksanakan fasa ketiga.

akan banyak nyawa-nyawa yang akan diragut tanpa belas..nyawa-nyawa kecil yang matang dengan hakikat hidup yang tiada damainya..anak-anak palestin akan tetap bersellimutkan darah...bercadarkan hamis-hamis tubuh manusia yang bergelimpang syahid. dunia ini tiada amannya untuk mereka...

No comments: