Saturday, July 25, 2009

hal tunang dan kawin mawin...

salam,

semalam,alhamdulillah,berkesempatan untuk menghadirkan diri,di majlis pertunangan,seorang sahabat baik, nurfarahin marzuki dengan nizam..insyaallah,mengikut perancangan,kalo xde aral atau halangan, majlis perkahwinan akan di adakan pada 12.12.2009....amin...

untuk fain n nizam..selamat menempuh alam pertunangan.korang berdua tu,berdarah manis(even aku tak faham kenapa dinamakan darah manis)...semoga ikatan yang terjalin,jangan ada masalahnya....

emmm.....dah alang2 bercerita pasal pertunangan n perkahwinan....ingin aku berkongsi sedikit cerita sinis berkenaan adat2 semasa perkahwinan...tapi..sebelum itu,kita tgk dulu,rakaman gambar2 aku dan kawan2 di majlis perkahwinan fain...jom layan...



liza, fain dan aku...emmm....yang hijau tu bila lagi?


aku,liza,fain,fad dan ardi.......

hantaran dr pihak teruna untuk pihak si dara.....

hantaran dari pihak perempuan untuk si lelaki...

nizam yang x ready sebenarnya..hehehe,sepatutnya,die xde di masa majlis...hehehe..malu2 lak..

fain tersenyum yet tersengih bahagia....tahniah darling!

semoga semua yang dirancang mendapat barakah dan di redhai olehNYA...

okey,berbalik pada cerita adat kawin mawin yang aku nak kongsi bersama....semuanya kerana majalah ujang..majalah ke komik ujang?hahahaha..apa2 jelah....

ADAT PERKAHWINAN YANG TELAH DIDAHULUI....by pak cik din..

1. MERISIK DAN MASUK BERTANYA...

si teruna sudah bertanya dahulu kepada si dara sewaktu mula2 berkenalan...

2. MENGHANTAR CINCIN

si teruna sudahpun menghadiahkan cincin sebagai tanda cinta sewaktu cinta mula bersemi.takpun atas permintaan si dara

3. BARANG HANTARAN

sebenarnya sudah banyak "barang hantaran" tidak rasmi yang sudah diperolehi oleh pihak perempuan

4. MEMBATALKAN AIR SEMBAHYANG/SENTUHAN PERTAMA

walaupun bukan semua.ada yang dari awal lagi sudah membatalkan air sembahyang(jika ada) dan sentuhan pun bukan kali pertama lagi..

5. BERSANDING

bersanding atas pelamin mungkin pertama kali jika tidak dikira duduk bersama kat taman,panggung wayang dan sebagainya..

6. MAKAN BERDAMAI

makan berdamai ialah istilah makan bersama-sama pertama kali buat pengantin.hakikatnya itu adalah kali ke berapa entah...

hehehehehe....sebenarnya,banyak dah yang terjadi..yang "istimewa" dah x menjadi yang istimewa kepada yang betul2 hak.....paling senang....berpegangan tangan...

kepada semua kawan2..bukan senang nak jadi baik...dan bukan susah nak jadi jahat,jadi selamatlah menjadi yang senang dan susah yang seadany....

SELAMAT BERAMAL......^_*

1 comment:

sepigegar said...

memang bukan senang nk senang.

sama-sama la kita saling ingat-mengingati...