Sunday, July 5, 2009

mentera semerah padi.....

emmm...esok hari penting..hari isnin yang penting..dalam seram sejuk..dalam gelabah-gelabah ayam....kerja dan tanggungjawab lain masih perlu diselesaikan...hahaha..apa yang akan berlaku esok?...just wait n see..semoga yang baik-baik sahaja yang akan memberi tanda....

sedang asyik membelek-belek buku DBP, terbitan 1998, yang aku order dari seorang pekerja dawama, DBP....hehehehe, hati aku terpaut pada indahnya dan seninya kehidupan masyarakat kita suatu masa dulu...

bertuhankan Allah...tapi tetap bertuankan makhluk2 halus...jin..dan syaitan. patutllah, lately, banyak citer2 seram, bermotifkan "peninggalan"..warisan dan "azimat" lama.....pemberian selendang kuning...keris pusaka...hatta, congkak...hahahahaha.....semuanya kerana ikatan janji dan pateri janji2 dan syair2 serta pujian halus untuk tuan tercipta...

nak suburkan padi....semangat padi diseru..(ala ala kekasihku seru...)..nak banyak hasil tangkapan....pantun tanpa pembayang yang lengkap dilagukan di tengah lautan...nak mengubati perut yang sakit,demam,sakit kepala,kayap,..gendang di palu...syair di lagu...(lagi hebat dari doktor..yelah kalo jumpe doktor...soklan best "awak sakit apa?kat mana sakit"..loh..kalo tau sakit apa..x payah jumpe doktor...ubat sendiri sudah...)

nak memijak tanah tapak rumah.....pujaan berkat di buat...hatta..nak menghalau dan menghalang gangguan makhluk2 halus...diseru jugak puisi-puisi dan mentera-mentera magis....emmm

k lah...panjanglak intro..hehehehe..as usual...bila dah start menaip..menulis...300 pages pun x cukup...

entry kali ni, aku nak kongsi ag, beberapa mentera semerah padi yang aku perolehi daripada sebuah buku. untuk kali ni, kita kongsi 2,3 mentera k!!

PERHATIAN: jangan di amal...kerana aku sendiri tak tahu kesannya, hanya ingin berkongsi "seni" dan "Tarikat" orang dolu-dolu...

mentera semangat padi...

A'u zubillah..
hai semangat padi...
nur pulih cendana pulih,
jangan duduk ghalik di benua keling dan benua china
kami nak sambut bawa balik ke jelapang baluh kami
mu mari duduk rumah aku
mari duduk tempat suka, tempat sunyi
buah padu sebesar buah kelapa
mari belaka semangat
hak kecil, besar, tua,muda
tapek tempang buta rangga pun, mari semua
pergi duduk rumah aku....


atau..

asslammualaikum..
hei seri mani,
mu asal keluar di tanah selebar daun
yang ditungal kulit wan empok wan malini
di pandang selebar daun
mu berbuah akan emas bertangkai pecah
berbatang akan suasa
marilah mu duduk di istana mahligaimu yang asal....



pelaut yang ingin menjauhkan diri daripada gangguan syaitan....hehehe.kalo orang nak g chandat sotong?emmm.....

assalammualaikum...
sapan sapa
assalammualaikum...
lakan laka
assalammualaikum...
dayu daya...


mentera nak panggil ikan.....(hehehe, teringat lak lagu bawang putih panggil mak dia, si ikan kaloi....nasi putih,daun keladi.....)

daun tarap susup di dinding
berbunga si panggil-panggil
bagai digarak bagai digiring
nabi sulaiman datang memanggil...


kalo nak dapatkan hasil pertanian yang banyak.....emmm..skang ni pun pertanian adalah perniagaan...kene baca mentera ni gak ker?..hehehehehe

hei jin tanah jembalang tanah...
jin hitam betara sini..
aku nak kirim anak aku...
tuan puteri sang sari namanya..
batang tuan puteri berdiri namanya...
daun tuan puteri menampar namanya..
pucuk tuan puteri kuntum namanya...
naiklah siang menjadi malam...
malam menjadi siang...
sejuk ini sejuk dingin...
sejuk seperti ular cintamani..


emmm....aku sendiri tak faham..nak jelaskan setiap kiasan yang ada...ada morfologi bahasa yang aku faham..yang jelas pembayang dan maksudnya..ada gak yang sehabis habuk aku tak faham...

apapun..sekadar berkongsi ilmu....hanya untuk bacaan umum..bukan untuk terapi dan mentera yang dizikirkan dengan niat salah....

jumpe ag...c ya!!

1 comment:

Anonymous said...

adapun mentera ada yg slh ada yg betul...bergantung pada iktikad dn pegangan kita....lg stu kne paham maksud mentera itu sndiri dn kalo terang2 duk puja antu setan xyah la amal