Monday, October 11, 2010

mahu kamu....(part 5)

jika sudah memang takdirnya..kau dan aku pasti takkan bersatu..hapuskanlah rasa cinta ini...harus aku selamatkan diri ini..dari terus membiarkan hati ini terus terluka sepanjang waktu..agar semuanya adil untuk selamanya...

kerana aku yakin..cinta dalam hatiku..hanya milikmu..sampai akhir hidupku...di setiap hembus nafasku..hanya dirimu....

namun keyakinan itu bukan bukti setia..bukan bukti aku kekal akan bersama denganmu..bukan petanda cinta ini cintamu..dan cintaku untukmu...

Amira berteleku sendiri..terlalu banyak persoalan yang bermain dibenaknya..hatinya bercelaru..fikirannya buntu....diusap perutnya yang masih bersisa kesakitan. entah kenapa, semenjak dua tiga menjak ni, perutnya selalu sakit-sakit..memerit dan memedih...sakitnya bagai menekan hingga ke hati...menyesakkan ruang jiwa yang sudah sedia sesak dengan persoalan yang tiada jawapan..

membaringkan tubuh yang makin susut itu di ribaan sofa L-shape yang lembut, Amira masih mengusap-usap dan mengurut lembut perutnya..sakitnya menekan dan memberat..Aduhai..pedihnya...!!!...

deringan telefon yang membinbit, dibiarkan berhenti dan sepi sendiri. Irama nyanyian Maher Zain, Insyaallah, kembali memecah ruang....diusaha untuk mencapai telefon yang terletak di meja kopi dihadapannya......penuh daya dicuba mengapai telefon tersebut, cuba dan terus mencuba, dan akhirnya, Iphone 3g tu, berada di dalam pegangan....

Paparan wajah Azwan, memenuhi ruang skrin telefonnya. Wajah dan senyuman yang terpamer, menambah gundah dalam jiwanya.....telefon kembali sepi!.2 missed call.

tak sampai beberapa minit, paparan wajah Azwan kembali menghiasi ruang skrin telefonnya. Azwan...?apa yang dia mahu lagi...apa yang penting tentang dirinya pada pemuda itu!...Amira mencampakkan, telefon bimbit yang berwarna hitam dengan casing putih itu, ke sofa. Malas mahu menjawab panggilan dari Azwan...

sambil membungkam, bunyi loceng menganggu jiwa yang sedang cuba diredakan...

No comments: