Monday, October 11, 2010

mahu kamu...part 6

nyata..kesakitan jiwa lebih parah dari kesakitan perut yang memerit!.luka tak nampak darah, luka yang kekal terasa bisa!amat pedih!..Kalau lah boleh diundur masa, dia mahu kembali untuk memperbaiki ruang potensi diri,agar menjadi lebih dewasa dan lebih terbuka untuk bahagia..


Amira bersandar lemah, pintu utama dibiarkan terbuka, luas, hanya dikunci gril untuk tujuan keselamatan. pintu itu perlu dibiarkan terbuka, bimbang fitnah yang mungkin melanda, kerana didepannya, sesusuk tubuh tinggi lampai dan tegap Azwan, bersandar dengan riak tenang. Entah apa yang merasuk pemuda itu, hingga sanggup ke rumahnya. Masalah apa lagi yang cuba ditimbulkan.....?

"Amy........kenapa Amy tak jawab panggilan Wan...?entah untuk kali yang keberapa, soalan itu dipersoalkan padanya. Amira hanya diam, memandang wajah yang bertanya pun tidak. Berat mulutnya mahu menjawab persoalan Azwan, entah kenapa, memandang wajah pemuda itu membuatkan jiwanya tertekan, ada rajuk dan ada benci, berbaur menjadi satu rasa yang sukar untuk dimengertikan...

"Amy....."Azwan tidak pernah sesekali jemu untuk terus memanggil nama gadis itu. Seseorang yang baginya penting dan terlalu istimewa. Biar tidak pernah sekalipun dia berterus terang dengan apa yang ada jauh disudut hatinya. Gadis itulah cinta yang ingin disunting menjadi suri hidupnya. Dia mencari masa yang paling sesuai untuk berterus terang dan melamar gadis manis didepannya itu. Dia masih terus memandang dan merenung Amira yang hanya berseluar sukan, t-shirt ungu dan bertudung ringkas, manis tanpa solekan di wajah. Melihat gadis itu dalam keadaan yang serba ringkas itu pun, jiwanya rawan!..kalaulah dapat dilihat lembut rambut Amira dengan pakaian malam yang sedikit seksi...mahu sahaja, dia dinikahkan malam itu....~nakal!...Astagfirullah....

dia mahukan gadis itu. Sungguh...dia sedar..bukan nafsu yang menerajui akal, tapi cinta!.

"Amy, kita menikah!!!"bagai terkejut dengan halilintar dan petir menyabung, sedikit meloncat Amira. Segera dipalingkan wajah pada Azwan yang nyata, merenungnya aneh. Dipastikan tiada ajakan kosong dan riak lawak pada garis di wajah pemuda itu. Apa...?serius kah....?. Pertama kali dilamar dalam keadaan yang tidak bersedia.....dia sendiri tak mampu memahami, apa erti perasaan yang dia rasakan sekarang...

"Amy..menikah dengan Wan"Sekali lagi Azwan menyatakannya. Sedikit kuat dan tegas. Amira hanya mampu mendiamkan diri. Duduknya resah, jika tadi, kehadiran Azwan yang tak semena-mena telah mengundang amarah yang terpendam..kini, persoalan pemuda itu, bagai membuatkan dia hampir rasa mahu mati.

Dia sayangkan pemuda itu, dan sebagai seorang perempuan yang punya rasa cinta dan ingin dimiliki...dia bahagia..cuma, apa yang memberat.....mereka tidak sekufu..mereka tidak seangkatan, bagai langit dengan bumi....banyak jurang dan perbezaan. malahan dia sendiri sedar, ada ketidak setujuan dari pihak Mak Engku, mama Azwan..malah pandangan dan sinis lirikan Azura dan Alda, kakak kepada Azwan pun, dia faham dan sedar. Mereka menolaknya, jauh!...

"Wan..ikhlas.....mahu menyunting Amy, sebagai suri hidup Wan...Tolonglah Amy...Wan, sayangkan Amy.........."rayuan Azwan memecah hening, ruang yang nyata sepi.

"Amy.........."Azwan bingkas, bangun dan melabuhkan punggungnya disebelah Amira, memaksa, gadis itu untuk bangun beralih. tapi tak sempat dilarikan tubuhnya, Azwan tangkas, memaut tangan Amira, memaksa gadis itu, diam disebelahnya. Pautan tenaga seorang lelaki, nyata melemahkan Amira,pegangan tangan Azwan terlalu kuat.

Azwan, masih memegang tangan Amira..pertama kali menyentuh gadis itu. Dia mengenggam jari-jemari runcing yang lembut dan kecil itu, kejab. Amira menarik-narik tangannya dari genggaman Azwan, berkali-kali dan masih gagal, dia meronta-ronta kecil.

"Wan..lepaskan!!!"tinggi nada suara amira. Tak pernah sekalipun, seorang lelaki memperlakukannya sebegitu.

Azwan tidak akan melepaskannya. Makin dirapatkan tubuhnya pada gadis itu. Helaan nafas Amira jelas, di telinganya..haruman syampoo Amira juga jelas di hidungnya..~harum dan menyegarkan...tanpa sedar, disandarkan lembut dagunya di bahu kiri Amira, tak sampai beberapa inci sahaja mukanya dengan muka Amira.....wanginya....!!! Semakin kemas pegangan tangannya pada gadis itu.

"Ya Allah........selamatkanlah hambaMu ini...."rintih Amira, dalam sendu yang ditahan. Dia sangat takut dengan perlakuan Azwan..Dia cuba untuk meloloskan diri, dipijak kaki Azwan, yang berani mengelus dan menguis kakinya....terkejut dengan pijakan kuat yang tak semena-mena hingga terlepas pegangan tangannya, Azwan mengaduh kecil. Pantas mengambil kesempatan dan peluang, Amira bingkas, berdiri...

"Keluar.....!!!!!!!...."jerit Amira.......

No comments: