Tuesday, October 26, 2010

hidup...

dalam bisikan yang terdengar perlahan...
dalam sayu mata menahan ngantuk yang memberat...
hidup terasa makin banyak cabaran...
sering kali aku terjatuh..
tersungkur...

tak pernah serius dengan hidup
atau aku terlalu serius..
bius-bius kegilaan menjelma
dalam amarah dan resah..

mahu apa dengan hidup....
untuk apa dengan hidup....
kerana apa kita hidup....
dengan apa kita hidup....

kenapa aku mempersoalkan hidup
sedang erti hidup itu sendiri masih kabur dalam dimensi

untuk apa aku berteka-teki tentang hidup
sedang hakikatnya..aku tak pasti...

aku merasai hidup dan nyata aku hidup...
aku merasai hidup...kerana aku hidup....
aku hidup dengan dunia dan keadaan aku..
aku hidup kerana aku masih berpeluang untuk hidup...
masih di beri ruang...
masih di beri peluang...

kenapa aku lalaikan hidup...
sehingga tersungkur hingga begini...
kenapa aku biarkan hidup..
terumbang ambing dalam lelah yang aku ciptakan sendiri...

benci dengan hidup yang tidak hidup
atau benci dengan diri sendiri yang tidak berusaha untuk hidup...

terlalu banyak persoalan hidup yang memberat...
hidup....
hidup...

No comments: